Anda di halaman 1dari 2

NOTA PROSA KLASIK ANTOLOGI ‘ANAK LAUT’

PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Peristiwa Penting

1. Kemangkatan permaisuri membuatkan Sultan Mahmud berasa amat dukacita kerana


Melaka tidak mempunyai Raja Perempuan.

2. Baginda memanggil Bendahara serta para pembesar dan menyatakan hasrat baginda
untuk beristeri lagi.Kali ini baginda mahu beristerikan seorang wanita yang bukan
daripada kalangan anak raja biasa. Hal ini disebabkan baginda berpendapat bahawa
raja- raja lain telah pun berkahwin dengan perempuan daripada keturunan raja-raja
juga. Sedangkan baginda mahu memperisteri seorang perempuan yang tidak dimiliki
oleh raja-raja yang lain. Oleh itu, baginda menitahkan Laksamana dan Sang Setia
untuk pergi meminang Tuan Puteri Gunung Ledang.

3. Tun Mamat mendahului perjalanan ke Gunung Ledang dengan membawa orang


Inderagiri. Tun Mamat ialah ketua orang Inderagiri. Orang-orang Inderagiri yang arif
akan jalan ke Gunung Ledang berjalan sambil membersihkan semak-samun sepanjang
jalan ke gunung itu.

4. Tun Mamat,Laksamana dan Sang Setia pergi ke Gunung Ledang berserta dengan
hulubalang dan para pembesar.

5. Sampai di kaki Gunung Ledang, mereka meneruskan perjalanan . Mereka berhenti


di pertengahan gunung itu . Perjalanan ketika itu terlalu sukar dan angin pula bertiup

terlalu kencang. Ahli rombongan itu sudah tidak berdaya untuk meneruskan pendakian.

Oleh sebab itu, Tun Mamat meminta kebenaran untuk meneruskan perjalanan ke
puncak Gunung Ledang dengan dua orang pembantu yang pantas berjalan, sementara
Laksamana serta yang lain-lain menunggu di tempat itu.

6. Tun Mamat dengan pembantunya sampai di had buluh perindu.Keadaan di tempat itu
digambarkan seperti berikut :
- angin bertiup terlalu kuat/sangat kencang sehingga mereka bertiga seperti
akan terbang.
- awan seperti boleh dicapai ( tempat itu terlalu tinggi ).
- Kedengaran bunyi buluh perindu yang sangat merdu sehingga burung-burung
berhenti terbang untuk menikmati kemerduan itu.

Tun Mamat tiba di sebuah taman . Keadaan di taman itu sangat indah:
- terdapat pelbagai jenis bunga dan buah-buahan.
- terdapat bunga yang boleh bernyanyi dan berpantun.
- limau mangkar boleh bersorak.
- anggerik boleh mengilai.
- tumbuh-tumbuhan boleh tertawa dan tersenyum.

7. Tun Mamat tiba di sebuah balai di taman itu.


- Atap balai itu diperbuat daripada rambut, dindingnya dan lain-lain diperbuat daripada
tulang.
- Tun Mamat bertemu dengan Dang Raya Rani, seorang tua yang merupakan pengetua
Puteri Gunung Ledang, diiringi 4 orang perempuan muda.
- Tun Mamat memberitahu Dang Raya Rani akan tujuan kedatangannya.
1
- Dang Raya Rani menghilang untuk memberitahu Tuan Puteri Gunung Ledang tentang
kedatangan Tun Mamat.

8. Beberapa saat kemudian , muncul seorang perempuan tua yang bongkok tiga memberitahu

Tun Mamat hantaran yang diminta TPGL sekiranya Sultan Mahmud mahu
memperisterikannya

- ebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak yang dibina menghubungkan Melaka

dengan Gunung Ledang.


- 7 dulang hati nyamuk.
- 7 dulang hati kuman.
- 1 tempayan air mata.
- 1 tempayan air pinang muda.
- 1 mangkuk darah raja.
- 1 mangkuk darah anak raja.

9. Tun Mamat pun menuruni Gunung Ledang lalu mempersembahkan syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Tuan Puteri Gunung Ledang itu kepada Laksamana dan Sang Setia.

10. Rombongan itu pun memulakan perjalanan pulang ke Melaka.Setibanya di istana,


Laksamana, Sang Setia dan Tun Mamat pun masuklah menghadap Sultan Mahmud. Mereka
mempersembahkan segala syarat yang dinyatakan oleh TPGL kepada raja.

11. Sultan bertitah bahawa baginda sanggup mengadakan semua permintaan TPGL kecuali
permintaan TPGL untuk semangkuk darah raja dan darah Raja Ahmad. Oleh sebab itu,
baginda menangguhkan/menghentikan/melupakan hasratnya untuk memperisterikan TPGL

itu.