Anda di halaman 1dari 1

NOTA PUISI ANTOLOGI ANAK LAUT

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Rangkap 1
Setiap waktu jalan raya di kota mengalami kesesakan. Apabila lewat senja dalam keadaan
hujan, warga kota yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya mula hilang sabar.Mereka
berasa resah dan marah kerana terpaksa berada di jalan ketika itu.

Rangkap 2
Akhirnya warga kota sudah tidak boleh bersabar lagi dengan keadaan itu.Sebaliknya timbul
perasaan marah dan sombong di hati masing-masing.Hal ini disebabkan kebosanan mereka
(pengguna-pengguna jalan raya ) menghadapi kesesakan di jalan raya.

Rangkap 3
Begitulah keadaan dan sikap warga kota ketika di jalan raya.Mereka telah mengetepikan adab
sopan.Sebaliknya,mereka mengikut perasaan dengan melanggar peraturan jalan raya dan
memandu dengan laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Rangkap 4
Penyair menyamakan jalan-jalan raya yang terdapat di kota sebagai medan keganasan dan
tempat manusia berlumba-lumba memperlihatkan sikap kurang sopan mereka. Pada penyair,
pengguna jalan raya di kota telah hilang perasaan timbang rasa dan nilai-nilai murni mereka.