Anda di halaman 1dari 54

Modul

Numerasi

Definisi
Numerasi
Kebolehan untuk melakukan operasi
asas matematik dan memahami idea
matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran matematik dalam kehidupan
harian.

MODUL NUMERASI
ASAS 1 & TAHUN 2

Organisasi
Modul
Disediakan mengikut peringkat/Tahun:
KBSR
KSSR
Tahun 1 (2010)
Asas 1 (2011)
Tahun 2 (2011)
Asas 2 (2012)
Tahun 3 (2012)
Asas 3 (2013)
Edisi Terbitan:
Bahasa Malaysia
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Inggeris

Edisi Terbitan:
Bahasa Malaysia
Bahasa Cina
Bahasa Tamil

Kandungan
Nombor dan
Operasi:

Aplikasi
:

Pranombor dan
Nombor Bulat
Operasi Asas Tambah
Operasi Asas Tolak
Operasi Asas Darab
Operasi Asas Bahagi
Pecahan
Wang
Masa dan Waktu
Ukuran dan
Sukatan
5
Bentuk

Organisasi
Modul
Naskah penerbitan:
Modul Guru
Modul Murid (Jilid
1)
Modul Murid (Jilid
2)

MODUL NUMERASI
(Tahun 1)

MODUL NUMERASI
(Asas 1)

MODUL NUMERASI
(Tahun 2)

Modul
Numerasi
Pendekatan

Numerasi secara
bersepadu
Rangsangan deria:
penekanan kepada
psikomotor dan kognitif.
Perkembangan aktiviti:
maujud, gambar,
perwakilan, garis nombor
Secara bersepadu:
memperkenalkan
pengetahuan baru
berasaskan kemahiran sedia
ada. Contoh, unit nombor
sebagai persediaan kepada
10
unit yang berikutnya.

Modul
Numerasi
Pendekatan

Numerasi secara
pembelajaran masteri
Mempastikan murid
berpengetahuan asas yang
kukuh sebelum
memperkenalkan kemahiran
baru.
Murid yang belum menguasai
sesuatu kemahiran, perlu
diajar semula - khusus untuk
memperbetulkan ketidak
fahaman mereka secara
strategi yang berbeza.
11
Sentiasa menyedari
keperluan

Modul
Numerasi
Pendekatan

Numerasi secara ansur


maju
Pengetahuan berasaskan
hieraki ilmu.
Senang kepada yang susah
Konkrit kepada abstrak
Kontekstual kepada
konstruktif
Guru membimbing dan
mendampingi murid secara
sentuhan individu. Kenali
setiap murid bagi mengenal
pasti keperluan dan
strategi
12
mengatasinya.

Modul
Numerasi
Pendekatan

Memberi fokus
pengamatan murid
Penggunaan bahan maujud
Mempelbagaikan kaedah
pengajaran
Individu
Berpasangan
kumpulan
Memberi latihan pengamatan:
diskriminasi penglihatan,
turutan, bentuk dan menyalin.
13

Modul
Numerasi
Contoh:
Ingatan
penglihatan

Memberi fokus pengamatan


murid
Menekap angkaangka, corakcorak, dan
bentuk-bentuk

Mencari
barang
tersembunyi

Diskrimina
si
penglihata
n

Mencari
gambar,
bentuk,
huruf/angka,
simbol

Padanan

14

Modul
Numerasi
Pendekatan

Didik hibur
Pelbagai aktiviti dan latihan
Aktiviti yang kreatif dan
inovatif
Latihan yang interaktif
menggunakan media
elektronik.
Penggunaan bahan yang
menarik, nyanyian, sebutan
berirama, permainan dan
sebagainya.
15

Modul
Numerasi
Pendekatan

Penggabungjalinan
Menggabungjalinkan sesuatu
kemahiran dengan kemahiran
yang lain, seperti antara
tajuk/unit dan kemahiran.
Contoh:
Unit Nombor dengan Unit
Penambahan, penolakan,
pendaraban, pembahagian,
dsb.
Antara kemahiran: Tambah
lingkungan fakta asas dengan
penambahan 2 nombor hingga
2d/3d, dsb.
16

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat

Menggabungjalinkan sesuatu
kemahiran dengan kemahiran
yang lain, seperti antara
tajuk/unit dan kemahiran.
Contoh:
Unit Nombor dengan Unit
Penambahan, Penolakan,
Pendaraban, Pembahagian,
dsb.
Antara kemahiran: Tambah
lingkungan fakta asas dengan
penambahan 2 nombor hingga
2d/3d, dsb.

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat

Senaraikan kemahiran utama


yang perlu ada untuk
pengajaran pranombor

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat

Kemahiran
Pranombor
Pengkelasan
Turutan/Seriasi
Perbandingan kuantiti
Konservasi
Pola

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat
Pranombor

Pengkelasan
Warna
o
o
o
o
o
o

Mengenal warna
Menamakan warna
Mencantumkan kad warna
Mengasingkan warna
Mengasingkan warna dengan objek
Mewarna mengikut arahan yang
diberi.

Saiz

o Membandingkan saiz objek konkrit yang


ditunjukkan.
o Mengenal saiz kecil/besar,
tinggi/rendah, panjang/pendek
o Menamakan saiz
o Mengasingkan objek semi konkrit
mengikut saiz
o Memadan kan saiz yang sama
o Mewarnakan saiz yang sama.

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat
Pranombor

Pengkelasan
Bentuk

o Mengasingkan objek mengikut bentuk


o Menamakan bentuk
o Memadankan bentuk yang sama
dengan objek konkrit
o Mewarnakan bentuk-bentuk yang
sama.

Jenis

o Menamakan benda mengikut jenis


o Mengumpul objek mengikut jenis (Semi
maujud)
o Mengkelaskan objek mengikut jenis
(piktorial)
o Mewarnakan/melukis objek mengikut
jenis

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat
Pranombor

Turutan/seriasi

Mengatur objek mengikut jenis


Mengatur objek mengikut bentuk

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat
Pranombor

Perbandingan kuantiti

Mengasingkan kumpulan
o Yang banyak atau sedikit
o Yang sedikit atau kurang
o Yang sama banyak
o Yang tidak sama banyak
Mewarnakan kumpulan
o Yang banyak atau sedikit
o Yang sedikit atau kurang
o Yang sama banyak
o Yang tidak sama banyak
Menamakan kumpulan
o Yang banyak atau sedikit
o Yang sedikit atau kurang
o Yang sama banyak
o Yang tidak sama banyak

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat

Pola nombor

Kenal pasti pola nombor


Menentukan pola nombor
Membina pola nombor

Konservasi
Kamus Dewan
konservasi bermaksud
pemeliharaan atau penjagaan
sesuatu tersusun bagi mengatasi
kemusnahan/ kerosakan dan lainlain.
Dalam konteks matematik khususnya
aspek pranombor,
konservasi diertikan sebagai
pemeliharaan ilmu asas dengan
pranombor dalam kalangan murid.
Untuk memelihara atau memastikan
ilmu berkaitan pranombor yang telah

KEMAHIRAN
ASAS
Nombor
Bulat

Bincangkan. Tunjukkan
contoh berdasarkan modul
Asas 1/Tahun 2
Konsep nombor
Menghafal
nombor
Menunjuk nombor
Menulis nombor
Nilai nombor
Menyebut dan menulis
nombor
Cerakin nombor
Konsep anggaran
Pembundaran
Pola nombor

Konsep nombor
Konsep nombor ordinal dan kardinal perlu diajar dan diberi
penekanan kepada murid sejak awal lagi. Ini dapat mengubah
struktur pemikiran kanak-kanak yang sering menghafal nombor
tanpa mengenal makna nombor itu yang menjadi penghalang
kepada mereka untuk membuat pertalian antara nombor ordinal
dan nombor kardinal.
Nombor kardinal?
Nombor ordinal?

Konsep nombor
Nombor kardinal digunakan untuk membilang berapa banyak
objek dalam satu set atau kumpulan. Memahami nombor
kardinal amat penting kerana dengan adanya kebolehan
menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek, murid akan
dapat menggunakan nombor bulat untuk empat operasi
matematik.
Nombor ordinal ialah nombor yang digunakan untuk
mengetahui kedudukan relatif sesuatu objek atau peristiwa.

Menghafal Nombor
Aktiviti menghafal nombor boleh dijalankan secara
berperingkat:
Nombor dalam lingkungan 10,
Nombor dalam lingkungan 18/20
Nombor dalam lingkungan 50 dan
Nombor dalam lingkungan 100.
Aktiviti yang paling berkesan bagi kemahiran menghafal
nombor ini adalah latih tubi. Kebolehan murid menghafal
nombor akan membantu mereka menyelesaikan masalah
matematik yang lain dengan lebih cekap dan pantas.

Menunjuk nombor
Aktiviti menunjuk nombor akan dapat mendekatkan murid
dengan nombor dan secara tidak langsung mereka
dibiasakan dengan nombor tersebut dan hal ini membantu
mereka untuk lebih mengenali nombor-nombor yang
diperkenalkan. Guru boleh menggunakan carta nombor dan
meminta murid menunjukkan nombor yang disebut oleh
guru. Latih tubi begini akan meningkatkan kecekapan murid
dalam mengenali nombor. Di samping itu juga, guru boleh
menggunakan kad-kad nombor dan meminta murid
mengumpul (mengasingkan) angka yang sama atau
menunjuk kad nombor yang guru sebut.

Menulis nombor

Kemahiran menulis nombor diperkenalkan setelah murid


dapat mengaitkan makna nombor dengan angka.
Mula berlatih menulis angka ketika masih dalam proses
pemantapan kefahaman tentang nombor.
Penulisan angka bagi sesuatu nombor harus dilakukan
bersama-sama perwakilan model nombor: dalam bentuk
konkrit atau gambar (memperkukuhkan makna nombor)
Sebelum menggunakan otot halus, penulisan angka boleh
bermula dengan menggunakan pergerakan otot kasar
seperti: menulis di udara, kota pasir, menyurih nombornombor timbul dengan jari mengikut urutan, menekap
mengikut urutan nombor dengan pensel warna pada acuan
angka dan membentuk angka mengikut garisan titik-titik.

Nilai nombor

Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam


sistem penomboran kerana kedudukan digit dalam sesuatu
nombor mempunyai nilai tertentu.
Perkenalkan konsep nilai tempat apabila mereka sudah
boleh membaca dan menulis angka bagi nombor 0 hingga 9
serta boleh membilang dengan mengumpul secara sepuluhsepuluh.
Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk
memperkenalkan konsep nilai tempat melalui pengumpulan
bahan berkadaran seperti menggunakan lidi, dan rod biji
kacang.
Untuk mengukuhkan konsep ini dalam kalangan murid guru
boleh juga menggunakan kaedah permainan bingo dan kad
lipat.

Menyebut dan menulis nombor


Urutan menaik (counting-on)

Membilang dan menyusun pembilang dari nilai kecil ke besar


Meletakkan kad angka di bawah pembilang
Menyusun angka secara menaik dari kad angka yang diselerakkan.

Urutan menurun (counting-back)

Membilang dan menyusun pembilang dari nilai besar ke kecil


Meletakkan kad angka di bawah pembilang
menyusun angka secara menurun dari kad angka yang diselerakkan
Melengkapkan turutan nombor secara menurun.

Nombor di antara (skip counting)


Mengisi nombor yang tepat di antara dua nombor seperti meletak-kan
kad angka di antara kad-kad angka, menamakan nombor di antara dan
mengisi tempat kosong dengan angka yang sesuai.

Aktiviti kemahiran nombor yang seronok,


bermakna, berguna dan mencabar:
Keunikan kewujudan nombor
Sejarah nombor
Permainan nombor
Nyanyian/nada berirama
dll

Operasi Asas
Mengira merupakan aktiviti kognitif yang meliputi
beberapa proses dan pemeringkatan.
Dalam konteks kurikulum matematik, mengira
ditakrifkan sebagai operasi asas merangkumi
operasi tambah, operasi tolak, operasi darab,
dan operasi bahagi. Empat proses ini disebut
sebagai operasi asas aritmetik.
Operasi asas ini akan berkembang kepada
peringkat yang lebih abstrak dan kompleks.

Operasi Tambah

Operasi tambah merupakan asas kepada operasi yang


lain.
Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami
semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini
memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan
kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat
seterusnya.
Prasyarat: menguasai kemahiran membilang hingga 10,
menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan
menulis angka 1 hingga 10, memadankan angka
daripada 1 hingga 10 dengan perkataan nombor,
mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar dan
memahami maknanya serta mengabadikan nombor.

Konsep Tambah
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor
untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil
tambah. Contoh: 3 + 2 = 5
Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep
penambahan iaitu:
Penyatuan set
Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan
objek dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi
unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu set objek yang
disatukan.
Pengukuran pada garis nombor
Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak di
antara titik pada garis bernilai 1.

Fakta Asas Tambah

Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan


(termasuk songsangannya) yang setiap sebutan (juzuknya)
ialah nombor 1 digit.
Menguasai fakta asas tambah merupakan asas kepada
pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat.
Kepelbagaian aktiviti bagi menguasai pembentukan konsep
fakta asas tambah
Pendedahan operasi tambah secara:
o Konkrit
o Piktorial
o Garis nombor
o Kaedah visual dan lisan
Memperkenalkan strategi berfikir.
Murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua fakta asas
tambah.

Operasi Tambah

Pendedahan operasi penambahan sebaik sahaja mereka telah


menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah.
Murid didedahkan dengan kemahiran menambah:
o nombor 2 digit dan nombor 1 digit
o menambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digit
o Murid juga akan biasakan dengan kemahiran menulis ayat
matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam
bentuk lazim.
Operasi tambah ini akan didedahkan secara berperingkat iaitu:
o Operasi tambah dalam lingkungan 10
o Operasi tambah dalam lingkungan 18.
o Operasi tambah dalam lingkungan 50 t/dms
o Operasi tambah dalam lingkungan 100 t/dms

Operasi Tolak
Operasi tolak diajar selepas operasi tambah.
Operasi tolak berhubung dengan pengasingkan
atau pengurangan sesuatu set objek kepada setset kecil. (sonsangan operasi tambah).
Kemahiran yang diajar adalah:
o menulis ayat matematik
o melengkapkan ayat matematik menolak secara
spontan fakta asas tolak
o menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim
o Penyelesaian masalah berkaitan penolakan.

Konsep Tolak
Melalui beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau mengambil jalan
keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan. Pengasingan atau
mengambil jalan keluar - daripada satu set objek, satu subset dikeluarkan.
Contohnya:
Terdapatnya 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas
meja tersebut?
Perbandingan - dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set
objek yang tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau beza.
Contohnya:
Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi kek?

Konsep Tolak
Pelengkap - bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa lagi
perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan.
Contohnya:
Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya
masukkan lagi ke dalam kandang itu?
Penyekatan - dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat.
Contohnya:
Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan yang lain berwarna merah. Berapa buah
keretakah yang berwarna merah?

Fakta Asas Tolak

Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan


nombor 1 digit daripada nombor 1 digit atau 2 digit dan
hasilnya nombor satu digit.
Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas tolak
iaitu:
o mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan, dan
o mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.

Operasi Tolak

Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak


tanpa mengumpul semula kepada tolak dengan mengumpul
semula.
Sebelum mempelajari operasi tolak dengan mengumpul
semula, murid perlu mahir kemahiran yang berikut:
o Fakta asas tolak
o Menolak nombor yang sama nilai tempatnya
o Nilai tempat bagi angka
o Menulis nombor dalam bentuk tambah mengikut nilai
tempat dan seterusnya menulis nombor berkenaan dalam
bentuk yang lain.

Operasi Darab
Konsep Darab
Darab sebagai operasi tambah berulang. Contohnya:
o tiga 2 diertikan sebagai 3 2
o lima set 4 diertikan sebagai 5 4.
Darab bermakna kali ganda. Contoh: 3 6 = 18
o disebut tiga kali ganda enam menghasilkan lapan belas
o Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor darab
o tanda merujuk kepada operasi ganda
o tanda = merujuk kepada hasil
o nombor 18 mewakili hasil darab atau nombor terbitan
operasi darab.
Cara menulis operasi darab adalah dengan cara menegak
dan cara mendatar.
Antara model bagi menjelaskan konsep darab ialah model
gandaan set, model turus, model turutan garisan
bernombor dan model hasil Cartesian.

Operasi Darab

Konsep Darab

Model Gandaan Set

Model Terus

2 + 2 + 2 + 2 = 8
Empat set 2 satu set 8
4 2 = 8
Model Turutan Garisan Bernombor
0
3
6
9 12 15
___, ___, ___, ___, ___, ___
Lima turutan 3 hasil
3 pasangan 6 objek
3 2 = 6

atau
3 + 3 + 3 + 3 = 12
Empat turus 3 kelompok 12
4 3 = 12

Fakta Asas Darab

Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu
angka atau satu digit, misalnya daripada 0 0 hingga 9 9.
Bagi menjamin komputasi efisen (jawapan yang tepat dan
menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab.
Ada 100 fakta seperti 0 0, 1 1, 2 2, 3 3 hingga 9 9, iaitu
pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain bersimetri (45 +
45). Fakta bersimetri ialah seperti 4 7 = 7 4.
Fakta darab perlu dibantu dengan manipulasi objek konkrit, piktorial
dan jadual fakta.
Murid digalakkan membuat pertalian antara satu fakta dengan
fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan pengalaman konkrit
mereka seterusnya memikirkan pertalian antara berbagai-bagai
fakta
menggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma
standard.

Operasi Darab

Operasi ialah kaedah penyelesaian matematik secara teratur


dan bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan
kesilapan.
Matlamat akhir pembelajaran operasi ialah kebolehan
menyelesaikan masalah menggunakan algoritma yang
efisen.
Peringkat awal pendekatan nilai tempat untuk memantapkan
kefahaman proses darab melalui latihan angka puluh atau
gandaan sepuluh.
Kebolehan menyelesaikan kira-kira darab amat bergantung
pada kemahiran mengingat kembali fakta asas dengan cepat
dan tepat.
Pendekatan nilai tempat memerlukan pencerakinan nombor
kepada puluh dan sa dan Hukum Taburan digunakan sebagai
pendekatan.

Operasi Bahagi

Operasi bahagi memerlukan tahap kematangan berfikir


yang lebih tinggi untuk memahami konsep dan
algoritma bahagi.
Untuk pembelajaran yang efektif, murid perlu faham
tentang konsep dan sifat milik, atau hukum operasi
bahagi di samping penyediaan kaedah dan pedekatan
yang terancang oleh guru untuk memudahkan proses
memahami operasi ini.

Konsep Bahagi
Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan
operasi darab. Misalnya, 5p = 10, iaitu untuk mendapatkan
faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi
bahagi juga mempunyai petalian dengan penghitungan, iaitu
turutan selangan nombor dihitung ke belakang (reverse)
contoh:
4 2 0, 2, 4, 6, 8
8 2 8, 6, 4, 2, 0

Konsep Bahagi
Operasi bahagi boleh dianologi sebagai tolak berulang-ulang.
Cara menulis ayat matematik bahagi, contohnya:
9
18
18 2 = 9,
= 9, 2 18
2

Nombor 18 dipanggil nombor yang dibahagi (dividen), nombor


2 dipanggil pembahagi dan nombor 9 ialah hasil bahagi.

Konsep Bahagi

Dua model iaitu:


o Model Kuotatif (memberi gambaran berapa kumpulan
dapat dibuat daripada sesuatu dividen atau sebilangan
besar unsur.
o Model partitif atau sama rata (memberi gambaran berapa
banyak unsur dalam satu kumpulan atau kelompok.
Kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta-fakta
asas darab berkait rapat dengan kebolehan menyelesaikan
kira-kira bahagi secara sikap dan ekonomik.
Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan
operasi darab (sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi
dengan nombor lain, tanpa sebarang baki nombor bernilai).

Fakta Asas Bahagi

Fakta asas bahagi mempunyai faktor pembahagi


dan hasil bahagi bernombor satu angka.
Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan akan
menghasilkan satu fakta bahagi.
Contohnya, 14 2 = 7.
Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi
ialah:
o Pengekelasan objek-objek.
o Penggunaan pengalaman harian,
o manipulasi objek-objek,
o melukis dan menganalisis gambar
o mencari jawapan melalui pertalian.

Operasi Bahagi

Bahagi ialah songsangan darab, kecuali bagi hal-hal


yang melibatkan baki.
Keupayaan murid menyelesaikan kira-kira bahagi
bergantung pada kebolehan mereka menyongsangkan
fakta darab.
Sebelum menyelesaikan 3184 murid perlu berkira-kira
8 = 9. Persamaan dengan variasi kedudukan
pengisi
dapat membina pemikiran berbalik dan
songsangan.
Algoritma bahagi standard diperkenalkan setelah murid
mahir mengolah cara berfikir dan fakta darab.

Sekian,
terima kasih

54

Anda mungkin juga menyukai