Anda di halaman 1dari 2

NOTA PUISI TRADISIONAL ANTOLOGI ANAK LAUT

PANTUN KIASAN

Rangkap 1
Maksud
Sesuatu benda yang buruk atau rosak tidak seharusnya dibuang begitu sahaja kerana
kemungkinan benda itu masih boleh digunakan untuk keperluan lain.

Nilai
berjimat-cermat / tidak membazir

Pengajaran
Janganlah kita membazir dengan membuang barang-barang yang kita anggap sudah lama atau
buruk kerana mungkin barang itu masih boleh digunakan untuk tujuan lain.

Rangkap 2
Maksud
Orang yang berdagang merendah diri dengan mengatakan bahawa dirinya seorang yang tidak
berguna dan tidak penting dalam komuniti / masyarakat.

Nilai
merendah diri
tidak sombong

Pengajaran
i. Seseorang yang merantau di tempat orang hendaklah menjaga tutur kata dan budi
bahasa .
ii. Hendaklah kita merendah diri apabila berada di tempat orang.
iii. Janganlah kita bersikap sombong dan ego apabila berada di tempat orang.

Rangkap 3
Maksud
Seseorang yang ingin menyunting / meminang atau menjadikan seorang gadis sebagai isterinya
tetapi gadis itu adalah dari kalangan orang yang berdarjat tinggi.

Nilai :
Berani
Tidak berputus asa

Pengajaran
i. Seseorang itu hendaklah bersedia menghadapi cabaran dan dugaan untuk mendapatkan
sesuatu yang dihajatinya.
ii. Janganlah kita berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang diidam-idamkan
walaupun perkara itu kelihatan sukar untuk diperoleh/ dicapai.
iii. Setiap orang hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hajat/cita-
citanya.
Rangkap 4
Maksud
Rangkap ini memberi peringatan supaya kita tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak
pasti kerana perkara yang kita harap-harapkan itu mungkin tidak akan kita dapati selama-
lamanya.

Nilai
berhati-hati

Pengajaran
i. Janganlah kita mengharapkan sesuatu yang belum pasti boleh kita peroleh kerana kita
akan berasa kecewa jika tidak dapat memilikinya.
ii. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan
dalam kehidupan.

Rangkap 5
Maksud
Seseorang yang bersikap sombong dan bangga akan kebolehan dirinya sehingga memandang
rendah akan kebolehan orang lain.

Pengajaran
i. Janganlah kita bersikap sombong walaupun kita mempunyai kelebihan daripada orang
lain.
ii. Janganlah memandang rendah terhadap keupayaan orang yang kelihatan lemah dan
tidak berkemampuan jika dibandingkan dengan diri kita.