Anda di halaman 1dari 2

Baca dan fahami petikan.

Seterusnya, ikut arahan yang

diberikan guru.

Meningkatkan Pengeluaran Susu Getah

Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RPIM) telah menemui
beberapa teknik untuk meningkatkan pengeluaran susu getah,
seterusnya menambahkan pendapatan pekebun kecil. Antara
teknik yang digunakan ialah penggunaan bahan penggalak susu
yang disembur pada batang pokok getah yang ditoreh. Bahan ini
akan bertindak balas pada batang pokok getah supaya
pengeluaran susu getah bertambah.
Pokok getah juga amat sensitif dengan hujan, seterusnya
menghalang pekebun kecil menoreh pokok getah. Kesannya,
susu getah tidak dapat diperoleh buat beberapa hari. Oleh itu,
terciptalah alat pelindung hujan yang dipasang pada bahagian
atas tempat torehan pada pokok getah. Alat ini memayungi
tempat torehan daripada dibasahi air hujan. Dengan cara ini,
penoreh dapat menoreh getah walaupun selepas hari hujan.
Penemuan terakhir ialah pembahagian batang pokok getah
yang ditoreh kepada empat bahagian. Hal ini demikian kerana
kulit pokok getah yang ditoreh memerlukan masa untuk pulih
kembali. Pekebun perlu menoreh kulit batang pokok getah
mengikut bahagian-bahagian yang telah ditentukan tadi.
Kesannya, pengeluaran susu getah akan meningkat kerana kulit
pokok getah yang baik semula selepas ditoreh akan
menghasilkan susu getah.

Baca dan fahami petikan. Seterusnya, ikut arahan yang

Anda mungkin juga menyukai