Anda di halaman 1dari 34

PENGANGGURAN SISWAZAH

Disediakan oleh: Normah Bte Bolhassan


SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, jumlah siswazah


menganggur semakin meningkat di negara ini. Masalah ini haruslah dibendung
segera sebelum menjadi dilema yang semakin serius.

FAKTOR

i) Kegawatan ekonomi meningkatkan pengangguran siswazah.


· Kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997 menjejaskan hampir
kesemua kegiatan ekonomi negara kita.
· Pengenalan operasi dan produk serta penutupan kilang dan syarikat menyekat
peluang pekerjaan untuk para graduan.
· Banyak syarikat diambil alih dan dimodali semula menyebabkan pekerjanya
dihentikan atau dibuang kerja.

ii) Masalah kerelevanan kursus yang diikuti di universiti


· Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti tidak sesuai mengikut
kehendak pasaran kerja.
· Syarikat memerlukan latihan yang dapat diamalkan dan bukan terlalu
berorientasikan teori semata-mata.
· Graduan untuk bidang sastera terlalu ramai berbanding bidang yang diperlukan
seperti bidang sains, teknologi ,kejuruteraan dan perubatan.

iii) Terlalu Ramai graduan yang dihasilkan setiap tahun

· Universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta mementingkan kuantiti


berbanding kualiti. Contohnya, tidak kurang 150000 graduan dilahirkan setiap
tahun.
· Pengeluaran graduan melebihi permintaan dari segi pekerjaan.

iv) Masalah sikap graduan yang terlalu memilih kerja


· Sikap graduan yang terlalu memilih merupakan punca utama ramai graduan
masih menganggur .
· Kebanyakan graduan memilih dan mengharapkan pekerjaan kolar putih yang
menawarkan pendapatan tinggi.
· Ada juga graduan yang masih mengamalkan paradigma lama, iaitu hanya
mahu makan gaji dan tidak mahu berdikari

USAHA MENGATASI / MENGURANGKAN

i ) Mengkaji semula penawaran kursus di universiti


· Sukatan pelajaran kursus universiti dikaji dari semasa ke semasa.
· Kursus yang ditawarkan mestilah diselaraskan dengan keperluan pasaran
kerja.
· Penekanan haruslah diberikan kepada kemahiran dan amali supaya kursus
universiti menjadi lebih praktikal.

ii ) Mengubah sikap graduan


· Sikap memilih pekerjaan haruslah dikikis.
· Menceburi bidang mengikut permintaan pasaran pekerjaan.
· Mengikuti latihan semula siswazah dalam pelbagai kemahiran seperti
kemahiran berbahasa, latihan pengurusan dan sebagainya untuk memenuhi
kehendak pasaran kerja.
· Mengubah amalan paradigma lama, iaitu mahu sanggup berdikari dalam
menjalankan pekerjaan.

KESAN PENGANGGURAN 
Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan
kepada ekonomi dan sosial.

Kesan pengangguran terhadap ekonomi: 


i.) Mengurangkan keluaran negara. Apabila terdapat ramainya tenaga buruh
yang menganggur, maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan
berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara berkenaan akan
berkurangan.

ii.) Menurunkan taraf hidup. Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur


dengan menggunakan pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya ramai tenaga
buruh yang menganggur, maka keluaran negara kasar akan berkurangan dan
seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita. Apabila pendapatan per
kapita rendah, maka taraf hidup penduduk juga akan rendah.
iii.) Mengurangkan pendapatan negara. Apabila kadar pengangguran adalah
tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini
akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat
yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan
pendapatan negara.

iv). Melambatkan proses pembangunan negara. Apabila pendapatan negara


berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan
infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan
tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan
negara.

v). Menambahkan kadar kemiskinan. Pengangguran yang tinggi kadarnya


akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa
merancang beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan. Ini akan
menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan negara.

Kesan pengangguran terhadap sosial


i.) Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga. Apabila berlaku
pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak tenteram
kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnyanmembawa
kepada penceraian.

ii ). Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat. Akibat dari masalah


kewangan yang dihadapi oleh pengangguran, maka mereka sanggup melakukan
rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan
wang.

iii.) Masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri penganggur yang telah
lama menganggur akan mengalami masalah tekanan jiwa yang hebat dalam
kehidupannya. Ia akan sentiasa berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap
keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan ia sedang menganggur.

KESIMPULAN
· Kesemua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
pengangguran di kalangan siswazah.Tabungan Usahawan Siswazah haruslah
ditubuhkan untuk melatih semula dam memberi khidmat nasihat termasuk
pinjaman bagi membolehkan para siswazah memulakan perniagaan dan mengisi
kekosongan mengikut pasaran pekerjaan.
Posted by cikgusueat 5:19 PM1 comments
Labels: BAHAGIAN A

THURSDAY, NOVEMBER 27, 2008


Nota Bahagian A : R & D
PENYELIDIKA.N DAN PENBANGUNAN(R&D)
OLEH: AMINAH BTE CHE JENI(6A2)
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

A) KEPENTINGAN

i)PENGHASILAN BARANG YANG KREATIF


R&D akan menghasilkan barangan yang kreatif dan inovatif.Sebagai contohnya
Malaysia mampu menghasilkan lampu bijak(smart lamp) yang dapat padam dan
menyala secara automatik.Lampu ini kini dihasilkan secara besar-besaran di
seluruh dunia.Pasarannya meluas kerana keistimewaannya.R&D Jerman pula
Berjaya menghasilkan beg udara(air bag) dalam kereta.Bagi udara ini dapat
melindungi pemandu dan penumpang daripada terhentak pada badan kereta
semasa kemalangan.Dengan itu keselamatan pemandu dan penumpang lebih
terjamin.Kini beg uara ini digunakan secara meluas dalam semua industri
automobile.

ii)PENINGKATAN PRODUKTIVITI
R&D dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran kos
pengeluaran.MARDI,melalui R&D,banyak menghasilkan baka padi yang bermutu
tinggi,misalnya MK 188 dan MK 189.Tumbesaran beras ini cepat.Hasilnya
lumayan dan berkualiti.Daya tahannya terhadap penyakit yang tinggi.Oleh
itu,hasil yang tinggi akan menambah pendapatan petani di samping memenuhi
permintaan makanan rakyat.Melalaui R&D robot juga dihasilkan untuk
menggantikan tenaga manusia.Robot boleh melakukan kerja dengan lebih cekap
tanpa dipengaruhi emosi dan keletihan seperti manusia.Kos pengeluaran juga
dapat dikurangkan. 

iii)MEWUJUDKAN TENAGA MANUSIA BERKEMAMPUAN


Malaysia telah memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui
Koridor Raya Multimedia,menggalakkan pembangunan Industri Teknologi
Maklumat,serta mewujudkan tenaga manusia yang berkemampuan untuk
memanfaatkan teknologi tersebut.Generasi muda seharusnya mampu untuk
memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran,selaras dengan tuntutan suasan
ekonomi semasa.Pembangunan tenaga manusia akan menjadi kunci kepada
kejayaan Negara pada alaf baharu.Pengeluaran pelbagai sektor ekonomi serta
daya saing Negara dalam pasaran global akan ditentukan oleh kecekapan dan
kemampuan tenaga pekerja,pengurus,pentadbir,dan juga penyelidik,untuk
menggerakkan ekonomi.
iv)PELUANG MEMPERKUKUHKAN EKONOMI
Proses globalisasi akan menular ke dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia
melalui Lebuh Raya Maklumat serta memberi peluang untuk memperkukuhkan
ekonomi.Hal ini menggalakkan para saintis dan penyelidik untuk membangunkan
inisiatif baharu dalam bidang-bidang –bidang pendidikan,perubatan,dan
bioteknologi,yang berpotensi dimanfaatkan di peringkat global,sekali gus
menaikkan imej Malaysia di mata dunia,berdiri sama tinggi,duduk sama rendah
dengan Negara-negara maju.

B)SALAH MEMBANGUNKAN R&D


i)KOS TINGGI
Pembangunan dalam bidang teknologi maklumat memerlukan kos yang
tinggi.Contohnya dalam tahun 80-an Amerika Syarikat telah membelanjakan
sebanyak AS$750 billion untuk meningkatkan prasarana atau infrastruktur yang
berkaitan denagn teknologi maklumat.Sudah pasti kos pada hari ini semakin
meningkat.Hal ini akan membawa masalah kepada Negara-negara yang tidak
mempunyai teknologi maklumat akan ketinggalan dan secara tidak langsung
turut menjejaskan aspek-aspek lain yang berkaitan termasuk perkembangan
ekonomi.Jadi,pengagihan kekayaan dunia menjadi tidak smbang dan lebih
memihak kepada Negara-negara maju yang tentunya menguasai teknologi
maklumat.

ii)MASALAH PELAN PEMBANGUNAN NEGERI


Ketiadaan pelan pembangunan ataupun pelan pembangunan negeri yang sudah
terlalu lama dan tidak sesuai lagi digunakn(out-dated) merupakan satu masalah
bagi menyelaraskan perancangan dan pembangunan bagi seluruh
negeri.Contohnya Pulau Pinang mempunyai satu Pealn Induk yang dibuat pada
awal tahun 1970-an dan penyediaan Rancangan Struktur Seberanf Perai ialah
paa pertengahan 1980-an.Oleh tiu,Pelan Induk yang disediakan sudah ‘out
dated’ untuk rujukan dan Rancangan Struktur Seberang Perai yang disediakan
tidak menggambarkan keselarasan perancangan
iii)KETIADAAN RANCANGAN STRUKTUR BERSAMA
Akta 172 memperuntukkan kawasan di bawah kuasa tempatan sahaja perlu
disediakan pelan struktur dan tidak memperuntukkan kawasan yang tidak
mempunyai pihak berkuasa tenpatan.Oleh itu,ini bermakna kawassan yang
diliputi oleh pelan-pelan struktur adalah taburan dan tidak selaras.Pihak
Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan Rancanag
Struktur secara bersama iaitu dengan mencantumkan beberapa kawasan Pihak
Berkuasa Tempatan dan seterusnya menyediakan satu sahaja Rancangan
Struktur.Ini tidak boleh dilakukan kerana peruntukkan didalam Akta 172.
iv)PENYERTAAN AWAM
Daripada pengalaman penyrtaan awam yang lepas,didapati bahawa sambutan
orang ramai untuk mengeluarkan pendapat mereka adalah bebitu dingin.Pelan
Struktur yang berbentuk kenyataan bertulis denagn matlamat,objektif dan polisi
lazimnya sukar difahami oleh masyarakat awam.Akibatnya tindakbalas kepada
penyertaan awan amat rendah,umpamanya penyertaan awam dalam Rancangan
Strukrur Pulau inang,Cuma 2800 orang sahaja yang melawat pameran iaityu
kurang daripada 1% penduduk Pulau Pinang.Walau bagaimanapun implikasi
daripada campur tangan politik akan membantutkan proses perlaksanaan dan
juga akan menimbulakan persoalan sejauh manakah keberkesanan Rancangan
Struktur dan Perancangan Tempatan.

C)CARA DAN USAHA

i)MENARIK BALIK PAKAR SAINTIS DI LUAR NEGARA


Usaha menarik balik pakar saintis kita di luar Negara yang pakar dalam R&D
juga perlu dipergiatkan.Kita masih kekurangan saintis yang pakar dalam kerja
menyelidik dan pembangunan dalam semua bidang.Sebaliknya,golongan ini
lebih suka bekerja di luar negara.Dalam kebanyakkan bidang,kita terpaksa
membayar harga yang tinggi untuk dapatkan teknologi hasil R&D luar
Negara.Oleh itu,kita perlu berkempen untuk menginsafkan mereka tentang
kepentingan berkhidmat untuk Negara sendiri.Pelbagai insentif perlu
ditawarkan,misalnya dari segi ganjaran kewangan,gelaran khidmat,dan
kemudahan pendidikan untuk anak-anak mereka.Dengan itu,lebih banyak saintis
kita akan pulang dan berkhidmat untuk Negara.

ii)GUBAL DAN KUATKUASAKAN UNDANG- UNDANG


Undang-undang yang dapat menggalakkan R&D juga harus didakan.Akta Hak
Paten & Reka Cipta perlu diperketatkan.Kegiatan cetak rompak dan meniru hasil
R&D sering berlaku dengan berleluasa.Oleh itu,banyak saintis kita kurang
berminat dalam R&D.Hal ini demikaian kerana titk peluh mereka tidak
mendatangkan hasil yang diingini.Sebaliknya,orang lain akan menggunakan
hasil R&D untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan mengaut keuntungan
yang besar.Oleh itu,hukuman dan akta yang kita perlu diperkenalkan dan
dikuatkusakan untuk memastikan usaha R&D seseorang menjadi miliknya dan
diberikan ganjaran sepatutnya.Tegasnya,harta intelek perlu dilindungi.

iii)DASAR KERAJAAN
Dasar kerajaan juga dapat menbangunkan R&D.Kerajaan dapat membantu R&D
melalui dasar kewangan.Cukai terhadap barangan berteknologi tinggi dan
penting dalam R&D harus diturunkan atau dimansuhkan.Sebagai
contohnya,komputer penting dalam pemprosesan data,mereka bentuk,dan
penyelidikan.Oleh itu,cukai terhadap konputer perlu dimansuhkan demi
memajukan R&D.Cukai keuntungan syarikat juga perlu dikecualikan jika
keuntungan itu diperuntukkan sebagai kos R&D.Hal ini akan menggalakkan
pihak swasta memperuntukkan wang yang lebih untuk tujuan ini.Pendapatan
para penyelidik juga boleh diberikan pengecualian cukai.Dengan itu,banyak
saintis kita akan menceburi bidang ini.

iv)ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN


Ilmu pengetahuan dan kemahiran penting dalam menyumbangkan kepada nilai
tanbah dalam meningkatkan prestasi sector industri dan
perkhidmatan.Penggunuaanya secara berkesan berupaya unuk meningkatkan
kecekapan ekonomi melalui penggunaan IT dalam sector-sektor utama.Dalam
sector pertanian,penggunaan teknologi maklumat akan dapat mengubah
strukturnya,iaitu lebih berorientasi komersial.Penerapan ini hanya berkesan
sekiranya banyak lulusan pendidikan Teknologi Maklumat melibatkan diri dalam
bidang keusahawan.Penyelidikan dan pembangunan dapat membantu dalam
menjadikan tanaman seperti getah dan kelapa sawit sebagai asas utama
kelompok industri yang penting di Malaysia.
Posted by cikgusueat 12:00 AM0 comments
Labels: BAHAGIAN A

WEDNESDAY, NOVEMBER 26, 2008

Nota Bahagian A : SETINGGAN


SETINGGAN
OLEH : VIVI SABRINA BINTI MOHAMAD
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

A.DEFINISI 
Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa
kebenaran di atas tanah kerajaan,swasta dan orang perseorangan.Kewujudan
setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana
petempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak
selesaan,kesesakan,kekotoran dan kekurangan kemudahan asas.

B.FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN SETINGGAN


1.WUJUDNYA KAWASAN-KAWASAN TERBIAR
Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan
setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan lapang yang terbiar tanpa
kawalan.Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api,tebing sungai,tepi
lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang
sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan.Bagi pendatang
tanpa izin pula,mereka membina penempatan setinggan “segera” di tepi sungai
dan di lereng-lereng bukit.
2.KOS HIDUP YANG TINGGI
Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong
sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik
kerjaan.Kebanyakan mereka berpendapatan rendah antara RM400 hingga
RM600 sebulan kerana bekerja di sector yang bertaraf rendah akibat tidak
Mempunyai kelayakan yang tinggi. Kedudukan setinggan yang berhampiran
dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik
menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka.

3.KURANGNYA RUMAH KOS RENDAH ATAU SEWANYA MURAH


Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan
kawasan setinggan.Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal
yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya
berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi.Maka secara mudah kawasan
setinggan yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan.

4.PERPINDAHAN MASYARAKAT KAMPUNG KE KAWASAN BANDAR


Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar juga banyak
menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan.Kebanyakan mereka
berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar,tukang kayu,pekerja
kilang,peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan
rendah.Justeru berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah-tanah
kosong untuk dijadikan tempat tinggal.

C.KESAN-KESAN KEWUJUDAN SETINGGAN


1.MENGANCAM KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR
Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam
kemajuan dan pembangunan Bandar secara menyeluruh.Antaranya,kawasan
setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit social seperti jenayah
ragut,rogol,kegiatan AhLong dan lain-lain.Suasana yang tidak teratur menjadikan
kawasan tidak teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian
penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak
berkuasa.Maka,tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menjadikannya
sebagai pusat pelacuran,perjudian,perkelahian dan sebagainya.

2.MENGANCAM KESIHATAN PENDUDUK


Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah,
malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan
jangkitan wabak seperti taun dan denggi. Umpamanya kawasan setinggan bagi
pendatangb asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan
aspek kesihatan dan sivik. Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya
ke dalam sungai sehingga menjejaska alam sekitar. Hal ini akan mengakibatkan
pencemaran udara dan air sekali gus menambahkan lagi risiko wabak yang
dibawa oleh vector pembawab penyakit seperti lalat dan nyamuk.

3.MENIMBULKAN MASALAH KEBAKARAN DAN KETIDAK SELESAAN


HIDUP
Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan
akibat kedudukan rumah yang rapat.Biasanya,rumah setinggan tidak dibina
mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Struktur rumah yang diperbuat daripada
papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian
kebakaran yang besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga
mengorbankan banyak nyawa.

4.MENYEBABKAN POLARISASI ANTARA KAUM TERJEJAS


Petempatan setinggan juga antara lain menyebabkan polarisasi antara kaum di
Negara ini semakin menebal.Contohnya,di Kuala Lumpur kita boleh melihat
sesebuah kaum mempunyai kawasan setinggan mereka tersendiri.Pengasingan
yang wujud di antara pelbagai kaum ini akan merosakkan perpaduan masyarakat
yang berbilang kaum di negara iniHal ini sekaligus akan menjejaskan imej
negara kita..

D.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SETINGGAN


1.KERAJAAN MEMBERIKAN IMBUHAN KEPADA PENDUDUK
Bagi mengekang masalah ini,kerajaan hendaklah memberikan imbuhan kepada
penduduk sekiranya kerajaan meminta untuk mengambil penempatan setinggan
untuk dibangunkan.Dalam hal ini,kerajaan harus bertanggungjawab dengan
memberi pampasan yang sewajarnya kepada penduduk setinggan seperti
menyediakan rumah kos rendah demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan
mereka.Penyediaan ini harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas
seperti bekalan elektrik,air,sekolah,klinik dan lain-lain.

2.MENYEDIAKAN RUMAH KOS RENDAH


Pihak Majlis Perbandaran juga haruslah menyediakan kawasan perumahan yang
baik serta bersesuaian dengan penduduk.Contohnya,kawasan perumahan
haruslah dibina di kawasan yang strategik supaya tidak membebankan
penduduk untuk mencari rezeki.Pihak tersebut juga haruslah mengurangkan lagi
jumlah bayaran sewa rumah agar penyewa tidak terlalu dibebani dengan
pelbagai tanggungan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

3.MENYERU PENDUDUK SETINGGAN MEMBERIKAN KERJASAMA


Pihak kerajaan haruslah menyeru penduduk setinggan memberikan kerjasama
kepada usaha kerajaan untuk mengatasi masalah
setinggan.Contohnya,penduduk setinggan haruslah berpindah apabila pihak
kerajaan mengambil penempatan tersebut.Sahutan daripada masyarakat sangat
diharapkan dalam menjayakan usaha ini yang sejajar dengan seruan kerajaan
supaya mencapai setinggan sifar.

4.MENYEDARKAN PENDUDUK TENTANG KEBURUKAN SETINGGAN


Pihak kerajaan juga haruslah menyedarkan penduduk setinggan tentang
keburukan dan kelemahan tinggal di kawasan setinggan.Dengan ini,penduduk
yang terbuka mata dan mindanya akan sedar kesilapan mereka.Mereka akan
berpindah ke kawasan yang telah disediakan.Jika keadaan berterusan,usaha-
usaha untuk membersihkan kawasan setinggan menjelang tahun 2010 mungkin
akan tercapai dengan mudah.
Posted by cikgusueat 11:47 PM0 comments
Labels: BAHAGIAN A

Nota Bahagian B : PERUBATAN HERBA


PERUBATAN HERBA

OLEH : VIVI SABRINA BINTI MOHAMAD


SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

A.DEFINISI
Perubatan herba merupakan satu kaedah alternatif kepada kaedah perubatan
moden dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi alam seperti tongkat
ali,kacip fatimah,serai wangi,daun pelawas,jemuju,kayu manis,ubi kemili dan
sebagainya.Di Malaysia,kira-kira 1230 spesies tumbuh-tumbuhan telah
dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk ubat-ubatan herba.

B.MENGAPA MALAYSIA BERPOTENSI MEMAJUKAN INDUSTRI


PERUBATAN HERBA

1.MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI


Dengan adanya kepakaran dan kepelbagaian teknologi yang terdapat di
Malaysia,ini akan mendorong negara untuk menjadi pengeluar produk herba
bermutu tinggi.Kewujudan dan kepelbagaian teknologi yang tinggi di kawasan
hutan hujan tropika memberi peluang kepada penemuan baru tumbuhan herba
untuk kegunaan tertentu dalam perubatan.Contohnya herba utama negara kita
iaitu tongkat ali dan kacip,mampu dilonjak menembusi pasaran global seperti
ginseng dengan penggunaan teknologi moden.Menurut Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Industri,Usahawan,IKS,Sains dan Teknologi Johor,Md.Salikon
Sarpin,lebih 200 buah IKS di Malaysia akan mendapat manfaat hasil
pemindahan teknoogi itu kelak.

2.MEMPUNYAI PELBAGAI SUMBER ALAM SEMULAJADI(BIODIVERSE)


Malaysia juga dikatakan berpotensi untuk memajukan penanaman tumbuhan
herba kerana mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse).Dengan
ini,ia akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba
tempatan.Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai memandangkan hutan hujan
tropika Malaysia mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.

3.MEMPUNYAI BADAN ATAU PUSAT YANG DIJADIKAN SUMBER UNTUK


MENDAPATKAN BEKALAN BENIH DAN POKOK 
Terdapat badan atau pusat yang ditubuhkan bagi mendapatkan bekalan benih
dan pokok bagi perubatan herba juga menyebabkan Malaysia begitu berpotensi
untuk dimajukan.Syarikat Global Herba contohnya mempunyai ladang seluas
200 hektar terletak di Sungai Perak.Perbadanan ini ditubuhkan bagi memastikan
warisan herba tradisional terus terpelihara.

4.KESEDARAN MASYARAKAT
Kesedaran dalam diri masyarakat pada hari ini juga merupakan satu unsur
menyebabkan Malaysia sangat berpotensi bagi memajukan industri perubatan
herba.Keberkesanan sesuatu produk perubatan herba telah mengubah persepsi
mereka terhadap ubat-ubatan herba yang dianggap kolot.Hal ini adalah selaras
dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri heba
sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.

C.LANGKAH/USAHA UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA


1.PENANAMAN TANAMAN HERBA SECARA LEBIH MELUAS
Penanaman herba secara lebih meluas merupakan salah satu usaha bagi
memajukan industri perubatan herba.Jika dahulu tumbuhan herba ditanam
secara kecil-kecilan di sekeliling rumah ataupun di hutan rimba untuk industri
kampung sahaja,namun pada masa ini ianya telah berubah.Langkah ini adalah
selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri
herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi untuk dimajukan pada
abad ke-21 ini.

2.MEMASTIKAN PRODUK YANG DIHASILKAN BERKUALITI DAN SELAMAT


DIGUNAKAN
Penghasilan produk yang berkualiti dan selamat digunakan juga haruslah
dipastikan bagi memajukan industri perubatan herba.Kajian-kajian saintifik perlu
dijalankan terhadap tumbuhan ubatan untuk mengesahkan dakwaan khasiat dan
kemujaraban ubat berkenaan.Produk kesihatan berasaskan herba Malaysia
seperti tongkat ali dan kacip fatimah memasuki pasaran antarabangsa secara
besar-besaran mulai tahun 2005 menjadikan masyarakat lebih mempercayai
keberkesanannya.

3.MENGGABUNGKAN KEPAKARANTENAGA TEMPATAN DAN LUAR


NEGARA
Kepakaran tenaga tempatan dan luar negar dapat digabungkan supaya bahan
mentah herba tempatan dapat dimajukan untuk pasaran luar.Perkongsian pintar
antara pengusaha industri kecil dan sederhana(IKS) ginseng dan herba Malaysia
akan membolehkan produk dipasarkan secara agresif.Kepakaran tenaga
tempatan bekerjasama dengan tenaga pakar luar Negara seperti
Indonesia,China dan India adalah sangat berkesan.Hal ini demikian kerana
ketiga-tiga buah Negara tersebut diakui sudah mengusahakan herba sejak
beribu tahun dahulu.

4.MENGADAKAN PAMERAN PERDAGANGAN


Jenama produk herba Malaysia juga dapat ditonjolkan di peringkat antarabangsa
melalui pameran perdagangan.Pengusaha herba tempatan harus mengambil
peluang menimba pengetahuan dan pengalaman pengusaha lain serta
memasarkan jenama produk mereka menerusi pengusaha-pengusaha yang
hadir.Dengan ini,produk Negara akan dapat menembusi pasaran global.
Posted by cikgusueat 11:40 PM0 comments
Labels: BAHAGIAN B

Nota Bahagian B : OBESITI


OBESITI
Oleh : Rosmina Bt Dillah
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

Pendahuluan
Obesiti adalah satu masalah kesihatan yang sering berlaku pada sesetengah
kanak-kanak.Dalam masalah ini,terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan
masalah ini terjadi dan menimbulkan beberapa kesan kepada mereka yang
terlibat.

Faktor-faktornya
1) Genetik
Seseorang boleh menjadi gemuk jika ibu bapa atau salah seorang daripada
keturunan yang sebelumnya gemuk.Ini disebabkan faktor genetik.gen yang
membawa ciri – ciri gemuk akan muncul pada sesiapa yang mewarisinya.dalam
kes ini masalah kegemukan sukar atau tidak boleh diatasi langsung.

2)Lebihan makanan lemak dan gula


Makanan yang banyak mengandungi lemak dan gula boleh menggemukkan.
Orang yang makan makanan yang digoreng, bersantan kelapa, bergula seperti
coklat dan kuih –muih boleh menjadi gemuk jika kerap mengambil makanan
tersebut.

3)Pemakanan yang salah


Sistem pemakanan yang tidak betul iaitu makan pada bila – bila masa dan tidak
dalam amaun yang berpatutan juga bolaeh menyebabkan seseorang menjadi
gemuk.

4)Kurang bersenam
Kurang bersenam atau tidak bersenam langsung boleh menggemukkan.ini
adalah kerana orang akan menjadi pasif dan makanan yang dimakan akan
bertukar menjadi lemak apabila makanan yang dibakar oleh badan.masalah ini
biasa dihadapi oleh atlet yang berhenti bersukan secara mengejut dan tidak
melakukan senaman,terutamanya ahli bina badan.

Kesan – Kesannya 
1)Tekanan perasaan
Orang yang berbadan besar kerap mangalami tekanan perasaan. Ini disebabkan
mereka sering menjadi baha ejekan dan gurauan orang ramai. Kegilaan
kebanyakan orang untuk mengekalkan kelangsingan badan menyebabkan orang
gemuk merasa rendah diri dan kecewa kerana kecantikan tubuh
badanmerupakan daya penarik bagi seseoran. Mungkin ada yang mengambil
jalan mudah dengan membunuh diri bagi mengatasi masalah ini.

2)Pergerakan terbatas
Seseorang yang terlalu gemuk boleh menghadapi masalah pergerakan kerana
tidak boleh gergerak dengan selesa akibat badan yang berat. Oleh itu dalam kes
- kes kecemasan seperti berlakunya kebakaran, ianya akan mendatangkan
bahaya kepada orang gemuk.

3)Saiz pakaian terhad


Pakaian juga sukar dicari di pusat- pusat membeli belah kerana saiz yang
terlalubesar jarang dikeluarkan oleh kilang –kilang membuat pakaian.Orang yang
gemuk perlu menempah pakaian di kedai – kedai jahit.

4)Mudah dihinggapi penyakit


Orang gemuk mudah dihidapi penyakit bahaya seperti penyakit lemah jantung,
tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kehadiran lemak yang berlebihan
menyebabkan saluran darah ke jantung tersumbat. Penyakit jantung
kadiovaskular mudah menyerang.
Langkah – langkah mengatasinya
1)senaman
Senaman yang bersesuaian dan secara teratur boleh membantu mengurangkan
berat badan. Misalnya mangamalkan joging atau melakukan latihan di
gimnasium secara teratur. Cara ini amat berkesan dan memerlukan
kesungguhan.

2)Pengambilan pil – pil


Segelintir remaja mengambil pil – pil untuk mengurangkan selera makan dan
mengurangkan pengambilan makanan. Ini sangat merbahaya kerana lama –
kelamaan mereka mungkin tidak boleh makan langsung.

3)Program kesihatan
Pihak media massa seperti radio dan televisyen juga mangadakan program –
program berkaitan dengan kesihatan. Di dalam program pula diselitkan cara –
cara mengatasi berat badan secara tradisional atau cara – cara untuk menjaga
badan supaya tidak menjadi gemuk.

4)Artikel kesihatan
Media bercetak seperti majalah – majalah wanita, sukan, surat khabar dan
sebagainya tidak ketinggalan memberikan sumbangan dengan memaparkan
artikel –artikel berguna dalam sudut – sudut yang diperuntukkan.

5)Pita senaman
Cara moden pula adalah melalui kaset dan video yang mengajar cara – cara
melakukan senaman yang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Cara ini
menjimatkan dan berkesan.

Kesimpulan
Kegemukan bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan.
Memandangkan kesan akibat kegemukan adalah bahaya,mereka yang terlibat
perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan
tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –
masing.
Posted by cikgusueat 5:40 PM0 comments
Labels: BAHAGIAN B

Nota Bahagian A : KEGANASAN ANTARABANGSA


Peperangan dan Keganasan Antarabangsa
Oleh : Nurashikin binti Sandom (U6A2)
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK
Pengenalan

Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman,
pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada
sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi
politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa
sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan – kesan

1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.


Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan
yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya.
Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai
akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti
merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam
keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.


Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di
Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani
melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka
keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk.
Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi
dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia
(WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal
ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.


Ø perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh
pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara.
Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan
politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas.
Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara
berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk
terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan
banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung
tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.


Ø mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh
askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa
bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat
terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-
ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat
tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam
peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi.
Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah – langkah/cara mengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.


Ø pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan.
Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa
tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang
mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat.
Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan
tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia
mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan
mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam
keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara
dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.


Ø pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut
sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak
ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan
cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau
melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat
mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya
akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi
negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.


Ø semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada
rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar
maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang
terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera.
Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Faktor – faktor

1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.


Ø perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap
manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa
kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau
kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan
yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian
seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu
yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia
menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar,
bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri.


Ø Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai
sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun
sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara
tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk
mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta
mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik
mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan
yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan.
Ø Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada
seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan
kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk
sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi
Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali
namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan
daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara
mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.
Posted by cikgusueat 5:29 PM1 comments
Labels: BAHAGIAN A

Bahagian B : BANJIR
BANJIR
Oleh : Nurashikin binti Sandom (U6A2)
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

Pengenalan

Malaysia sering dilanda banjir terutama menjelang musim hujan. Banjir selalu
berlaku di bandar dan menyebabkan kerugian yang besar. Beberapa punca
banjir telah dikenal pasti. Langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi
masalah ini.

Faktor – faktor

1. Banjir berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang.


Ø banyak projek diluluskan tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap alam
sekitar. Pembangunan secara mendadak itu mengakibatkan berlakunya hakisan
tanah dan tanah runtuh apabila tanah terdedah kepada air hujan. Tanah dialirkan
oleh air hujan itu ke sungai. Sebagai akibatnya, sungai menjadi cetek. Apabila
hujan, air sungai melimpahi tebingnay dan membanjiri kawasan sekitarnya.

2. Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.


Ø banyak orang suka membuang sampah sarap seperti barangan plastik, botol-
botol, bahan kaca, dan kertas ke dalam longkang dan sungai. Perbuatan ini
menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan air tidak dapat mengalir.
Apabila hujan, air longkang melimpah. Sampah sarap yang dibuang ke dalam
sungai pula mendap di dasar sungai dan mencetekkan sungai. Air sungai
melimpahi tebing apabila hujan.

3. Sistem saluran air yang tidak terancang.


Ø di kawasan tertentu, sistem saluran airnya tidak berkesan. Bilangan longkang
adalah sedikit. Longkang-longkang yang dikorek adalah sempit dan pendek. Air
tidak dapat disalur keluar dengan berkesan. Longkang-longkang yang sempit itu
juga mudah tersumbat. Sebagai akibatnya, apabila hujan lebat, air hujan tidak
dapat disalur keluar dengan cepat dan hal ini menyebabkan banjir.

4. Hutan tadahan.
Ø hutan merupakan 1 kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan
dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang
ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan
yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara 2% hingga 20%. Kemudian
air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga
proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan air ke
udara. Dengan ini berlaku kitaran air semulajadi. Pemusnahan hutan
menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan
yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam
sungai. Sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak.
Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

Langkah-langkah/cara mengatasi

1. Kerajaan perlu membaiki sistem saluran air.


Ø longkang-longkang perlu ditambah supaya air dapat disalur keluar dengan
lebih berkesan. Selain itu, longkang yang dikorek perlulah lebih besar dan
panjang. Hal ini membolehkan air disalur keluar dengan lebih cepat dan banyak.
Longkang-longkang juga tidak mudah tersumbat. Dengan itu, banjir tidak akan
berlaku setiap kali hujan lebat.

2. Kempen gotong-royong untuk membersihkan longkang dan sungai.


Ø kempen ini membolehkan longkang-longkang di bandar dibersihkan supaya
tidak tersumbat. Sungai-sungai dibersihkan supaya sampah sarap tidak
termendap di dasar sungai. Kempen ini bukan sahaja membersihkan longkang
dan sungai, tetapi juga bertujuan menyedarkan masyarakat supaya menjaga
kebersihan longkang dan sungai. Kempen ini dapat memupuk sikap
bertanggungjawab di kalangan masyarakat.

3. Mengawal pembangunan yang pesat.


Ø Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan - kawasan hulu
sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang,
Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan
undang- undang ke atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan
pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak
berkuasa mengenakan syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan
membina kolam takungan dalam kawasan pembangunan mereka untuk
menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungai- sungai
utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat dikawal
dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di
kawasan hilir sungai.

4. Mempercepatkan perlaksanaan projek.


Ø Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek- projek di bawah
Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang. Menurut kajian yang telah dijalankan,
didapati bahawa pelaksanaan projek- projek tersebut berjalan agak perlahan
akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan
balik tanah, peruntukan kewangan dan halangan- halangan utiliti semasa
peringkat pembinaan. Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara
jabatan dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan
penuh komitmen.

Kesan – kesan

1.Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.


Ø dengan adanya kejadian bencana seperti ini yang menimpa negara kita,
secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya
sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh, menyumbangkan
keperluan hidup seperti, makanan, minuman, pakaian dan barang-barang
keperluan lain yang mampu disumbangkan oleh masyarakat kepada mangsa
banjir. Manakala pihak kerajaan pula, sebagai contoh, menyediakan tempat
tinggal sementara kepada mangsa-mangsa banjir. Dengan ini, semangat tolong-
menolong dan bersatu-padu dapat dipupuk dalam diri masyarakat kita.

2.Kehilangan tempat tinggal, harta-benda dan boleh meragut nyawa


seseorang.
Ø bencana alam seperti banjir ini juga boleh menyebabkan seseorang itu
kehilangan tempat tinggal, harta-benda dan tempat bergantung. Selain itu, ia
juga boleh meragut nyawa seseorang walaupun bencana banjir ini tidak seperti
bencana-bancana alam yang lain. Banjir dapat melenyapkan harta-benda
seseorang itu dengan sekaligus. Bencana tsunami yang pernah melanda negara
kita satu ketika dahulu, hampir meragut lebih 200 orang nyawa penduduk negara
kita. Apatah lagi harta-benda mereka. Bencana alam yang sukar dijangka ini
menyebabkan ramai yang terbunuh kerana tidak sempat menyelamatkan diri.

3.Menyebabkan jangkitan penyakit di kalangan penduduk.


Ø tanpa kita sedari, banjir juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit-
berjangkit di kalangan penduduk. Sebagai contoh, penyakit taun yang berjangkit
melalui air. Selain itu, kudis juga di antara salah satu contoh penyakit-berjangkit
yang boleh membawa maut seperti juga penyakit taun. Penyakit yang paling
berleluasa sekarang ialah penyakit HFMD, iaitu penyakit tangan,kaki dan mulut
yang menyerang kanak-kanak juga yang boleh merebak melalui air.

4. Menyebabkan kerugian prasarana.


Ø Banjir menyebabkan sesebuah Negara mengalami kerugian yang besar
terutama sekali dalam bidang prasarana. Pembangunan yang dijalankan
tergendala menyebabkan kerugian yang amat besar di samping membantutkan
pembangunan sesebuah Negara itu. Dengan itu, Negara tersebut terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kerugian tersebut.
Secara tidak langsung, banjir membawa banyak kesulitan kepada sesebuah
Negara baik dalam prasarana sesebuah Negara mahupun aspek-aspek lain.
Posted by cikgusueat 5:16 PM0 comments
Labels: BAHAGIAN B

Nota Bahagian B : PENCEMARAN SUNGAI


PENCEMARAN SUNGAI
NOORAZLINA BTE BOLHASSAN – 6A1
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

1.Pengenalan.
Air meliputi 70% daripada bumi dan memainkan peranan yang amat penting
dalam kehidupan kita.Semua benda hidup bergantung kepada air untuk pelbagai
kegunaan seperti minuman,memasak,bertani dan sebagainya.Pencemaran air
didefinisikan sebagai sebarang kemasukan bahan asing ke dalam air yang
menyebabkan perubahan fizikal dan kimia seterusnya mengancam kehidupan
benda hidup.

2.Sebab berlaku
a)pembuangan sampah yang tidak bersistematik.
· Sikap yang tidak bertanggungjawab pihak industri dan penternak terutamanya
yang terletak berdekatan sungai.
· Air kotor yang tercemar dibenarkan mengalir ke sungai-sungai yang
berhampiran menyebabkan sungai turut tercemar.
· Sampah sarap,sisa buangan domestik daripada kawasan perumahan.

b)kumbahan premis perumahan dan perniagaan yang masih menggunakan


teknologi lapuk.
· Sistem usang ini tidak lagi berkesan merawat kumbahan yang menjadi punca
utama pencemaran sungai di negara ini.
· Pelepasan sisa-sisa dari kilang tidak serius berbanding kumbahan dari premis
kediaman dan perniagaan.
· Membangkitkan rasa resah kepada seluruh rakyat Malaysia.

c)Berpunca dari kelodak,pembangunan dan pelepasan sisa kumbahan.


· Penggunaan air mentah tidak berkualiti lebih membawa mudarat kepada
manusia.
· Pembuangan najis binatang yang tidak bersistematik.
· Menunjukkan masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam
memahami pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar.

d)Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi


· Membawa perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi
menampung keperluan kegaitan ekonomi.
· Mendedahkan sungai kepada pelbagai tanah yang kadangkala tidak dapat
ditanggung oleh sungai.
· Mempelbagaikan bahan asing ke dalam sungai.

2.Kesan-kesan.
a)membawa kesan negatif kepada kesihatan manusia.
Pengumpulan bahan-bahan asing dalam badan manusia secara perlahan-lahan
sehingga mencapai tahap bahaya dan hanya disedari apabila terlalu kronik.
Pengumpulan bahan logam berat toksik dalam badan kerana kerap memakan
ikan yang ditangkap dalam sungai yang telah dicemari.
Menurunkan tahap ketahanan antibodi manusia.

b)Membazirkan wang untuk pemulihan


· Kos perawatan yang tinggi dan secara tidak langsung kos tersebut dibayar oleh
pengguna melalui caj penggunaan air.
· Ditanggung oleh masyarakat itu sendiri kerana kecuiaan mereka terhadap alam
sekitar.
· menjayakan pemulihan kualiti sungai memerlukan program kesedaran alam
yang tinggi kosnya.

c)Menjejaskan semua hidupan air


· pencemaran sungai yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan berlakunya
kematian,serangan penyakit,kecacatan genetik dan masalah pembiakan.
· Mengganggu kestabilan rantaian makanan bagi hidupan sungai.
· Berlakunya kepupusan haiwan akuatik yang semakin berleluasa.

d)Menjejaskan kualiti air.


· Bahan kimia tidak organik seperti sebatian plumbum yang bertoksik terus
mencemarkan kebersihan sungai.
· Bahan pejal menyebabkan keindahan sungai tercemar.
· Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.

3.Langkah mengatasi.
a)Penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai perlu dimulakan.
· Mengambilkira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat
memberi sumbangan secara sukarela.
· Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengembleng tenaga
dan sumber yang ada untuk tujuan berkenaan.
· Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang
pemuliharaan dan pemulihan sungai.

b)Menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada melakukan


kegiatan yang boleh mencemarkan sungai.
· Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar,kawasan
perumahan dan kawasan perindustrian.
· Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan untuk mencegah
pencemaran sungai.
· Undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai harus
diperketatkan untuk mengurangkan benda-benda asing yang mencemari sungai
kita.

c)Mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan


sisa-sisa bersepadu.
· Melalui sistem tersebut,air akan dirawat mengikut piawaian yang telah
ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai.
· Mengenakan hukuman penjara dan menanggung kos pembersihan dan
pemuliharaan sungai tersebut.
· Mengadakan langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang
mencemarkan sungai.

d)Melalui program pendidikan ,latihan dan maklumat alam sekitar.


· Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan
pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan
tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.
· Setiap aktiviti yang dilakukan oleh individu akan memberi kesan yang
menyeluruh terhadap diri sendiri dan masyarakat.
· Menerapkan ilmu yang telah dipelajari semasa program untuk dilaksanakan
dalam kehidupan seharian.
Posted by cikgusueat 5:02 PM0 comments
Labels: BAHAGIAN B

Nota Bahagian A : MODAL INSAN


MODAL INSAN
Fauziah Ahmad 6A1
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

DEFINISI
Modal Insan ialah modal yang digagaskan telah dihebahkan dan dibentang di
peringkat institusi-
Institusi pengajian tinggi awam dan swasta agar mahasiswa-mahasiswa dapat
menjanakan satu bentuk gerak kerja yang dilihatkan sebagai aset penting
negara.Disebabkan itulah,golongan intelek merumuskan bahawa mahasiswa-
mahasiswa di Malaysia khususnya adalah golongan sasaran utama dalam
menjayakan rencana ini memandangkan daya pemikiran yang dinamik,progresif
dan eksklusif yang ada pada mereka.Dengan itu,mereka diletakkan sebagai
generasi pelapis yang mampu mewarisi tanpuk pemerintahan Negara suatu hari
nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.

KEPENTINGAN MODAL INSAN


1. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk
“Minda Kelas Pertama”
-masyarakat yang berpengetahuan,mampu berdaya saing,berbudaya kerja
cemerlang dan mkuatan moral.
2. Menjadi negara berdaya saing dan berdaya maju.
-tenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai
untuk dibangun.Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke
hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan.

3. Inditor atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah Negara


-Kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi,rakyat terutamanya
generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai tradisional dan kontemporari
dalam usaha memajukan Negara dan martabat bangsa.

4. Menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan
perubahan.
-sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi
total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,resam
budaya ,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu dan
pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan letronik terhadap umat manusia.

HALANGAN UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN


1.Sukar untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang dan
“bermodal insan”
-betapa perlunya minda kelas pertama dicorak dengan intipati akhlak dan moral
yang sejati serta mengikis tradisi individualisme dalam jiwa manusia dalam
usaha kita membina modal insan yang sebenar-benar insaniah.

2.Tidak menunjukkan impak berkesan kepada masyarakat.


-masyarakat kelihatan masih seolah-olah teoretikal yang bergantung antara
gagasan dan perlaksanaan.

3.Orang melayu kelihatan lebih mudah dan bersedia untuk menerima budaya
hiburan.
-pelbagai pihak kelihatan berlumba menghidangkan bermacam-macam bentuk
hiburan kepada masyarakat.Hakikatnya ialah cenderung menyahut semua
bentuk hiburan.

4.Sumbangan orang melayu hanya sedikit berbanding kedudukan sebagai


kumpulan terbwesar dalam masyarakat.
-penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang melayu untuk
perjalanan menuju wawasan 2020.
Posted by cikgusueat 4:55 PM0 comments
Labels: BAHAGIAN A

Nota Bahagian A : Kemalangan Jalan Raya


KEMALANGAN JALAN RAYA
OLEH:NUR QAMARINA
6 ATAS 2 (SMK AGAMA SIBU, SARAWAK)

PENGENALAN
Semakin meningkat tahun saban tahun menjadikan Malaysia salah satu negara
yang mempunyai kadar kemalangan di atas jalan yang tertinggi di dunia.Menurut
sumber daripada Kementerian Pengangkutan sebanyak 189,109 kemalangan
dilaporkan daripada jumlah kematian seramai 6304 orang.

FAKTOR-FAKTOR
i)Pertambahan bilangan kenderaan
Sehingga akhir tahun 1996,sebanyak 7,686,684 buah kenderaan didapati aktif di
atas jalan raya.Daripada jumlah itu,motosikal mencatat jumlah yang tertinggi
dengan 3,951,937 buah diikuti kereta (2,889,536 buah), kenderaan awam dan
sebagainya.Dengan pertambahan ini, maka kekerapan,kemungkinan dan
kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan jalan raya adalah tinggi.

ii)Kesesakan dan sistem perhubungan kurang baik


Pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh negara ini adalah pesat sekali.
tinggal di kawasan perbandaran.Kehidupan masakini menuntut Sekaligus
mengubah cara hidup rakyat di negara ini terutamanya yang setiap warganya
bergerak dengan cepat kerana masa itu diibaratkan emas.Maka tidak hairanlah
ramai yang berkejar,bersaing dan berlumba untuk sampai ke destinasi secepat
yang mungkin.Akibatnya,risiko untukberlaku dan mendapat kemalangan adalah
tinggi.

iii)Kecuaian masyarakat
Pengguna jalan raya bukan sahaja mengamalkan sikap berhati malahan sengaja
melanggar peraturan dengan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.Tidak
kurang juga menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba dan berlagak
mempamerkan kehebatanya.Situasi ini selalunya melibatkan golongan remaja
yang menggunakan jalan raya sebagai saluran untuk melepasi tension dan enjoy
semata-mata.

iv)Peningkatan taraf jalan raya dengan pembinaan “highway”


Jalan raya di Malaysia merupakan antara yang terbaik di Asia.Tetapi sebaliknya
itu jalan raya yang bertaraf highway jugs mempunyai keburukan.Sama ada
disedari atau tidak,sejak lebuh raya Utara Selatan dibuka ia telah
menyumbangkan kadar kemalangan yang bukan sedikit yang rata-ratanya
mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.
LANGKAH MENGATASI
i)Menguatkuasakan undang-undang
Undang undang yang lebih berkesan perlu digubal untuk memastikan masalah
ini dapat ditangani.Undang-undang yang diamalkan di Jepun wajar dicontohi.Di
Jepun,apabila berlaku kemalangan,kedua-dua belah pihak iaitu yang melanggar
atau dilanggar terus dikenakan denda yang tinggi tanpa mengira siapa yang
bersalah.Mereka kemudiannya dibicarakan di Mahkamah Kemalangan Jalan
Raya pada kadar segera.Undang-undang seperti ini menggalakkan pemandu
agar memandu dengan lebih berhati-hati.Selain itu,penguatkuasaan undang-
undang tersebut juga harus tegas dan tidak memilih bulu.

ii)Memperbaiki keadaan jalan raya


Keadaan jalan raya yang berbahaya juga perlu diperbaiki agar kemalangan jalan
raya dapat diatasi.Contohnya seperti jalan yang berselekoh tajam hendaklah
diluruskan agar senang dilalui oleh para pengguna.Manakala jalan yang
bercerun tinggi pula perlu direndahkan.Selain itu juga,tanda-tanda isyarat di jalan
raya juga perlu diperkemaskan dan kemudahan tertentu hendaklah dibina seperti
jejantas,laluan pejalan kaki dan sebagainya.Hal ini bagi memudahkan pengguna
melintas jalan dan mengelak daripada kemalangan.

iii)Meletakkan papan tanda yang besar,jelas dan mudah dilihat


Bagi mengelakkan kemalangan terus berlaku,pihak berkuasa juga perlu
meletakkan papan tanda di tempat-tempat yang strategik untuk memberikan
amaran kepada pemandu tentang bahaya jalan raya di hadapan mereka.Dengan
ini membolehkan pemandu agar mengurangkan kelajuan kenderaan yang
mereka pandu.Keadaan jalan raya yang pula seperti di selekoh-selekoh batuan
yang lebih besar patut digunakan untuk menggantikan jalan bitumen.

iv)Memperhebatkan kempen mencegah kemalangan jalan raya


Kini banyak kempen mengatasi masalah kemalangan jalan raya diadakan oleh
pihak berkuasa tetapi nampaknya kempen tersebut masih belum meninggalkan
kesan yang memuaskan.Oleh itu amat wajar jika kempen itu
diperhebatkan,dilaksanakan secara lebih agresif dan dibuat secara
berterusan.Kesedaran orang ramai harus dipupuk agar mereka sentiasa berhati-
hati dan bertimbang rasa sewaktu di jalan raya.

KESAN-KESAN
i)Jalan penyelasaian membaiki jalan raya
Peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang berlaku hari ini telah memberi
impak kepada semua pihak terutamanya JPJ.Ia merupakan salah satu jalan
penyelesaian yang digunakan oleh masyarakat agar pihak berkuasa mengambil
tindakan untuk membaiki semula jalan raya yang telah rosak.Sekiranya tindakan
ini diambil dalam masa yang terdekat,kadar kemalangan jalan raya akan
berkurangan dan pihak berkuasa hendaklah sentiasa berwaspada dengan jalan
raya agar tidak berlaku kemalangan jalan raya.

ii)Mewujudkan kesedaran kepada pengguna jalan raya


Kemalangan jalan raya yang sering berlaku hari ini juga dapat memberi
kesedaran dalam diri pengguna agar lebih berwaspada semasa memandu dan
mengamalkan sikap berhati-hati.Terutamanya semasa melalui jalan yang
mempunyai selekoh tajam atau jalan yang berbukit-bukit.Keadaan kemalangan
yang mengerikan akan dapat melahirkan rasa gerun dalam diri manusia dan
melahirkan rasa insaf dan takut jika mengalami perkara yang sama sekiranya
mereka tidak berhati-hati di jalan raya.

iii)Mengalami kadar kerugian yang tinggi


Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan-kenderaan besar akan
menyebabkan kadar kerugian yang banyak terutamanya sekiranya kemalangan
melibatkan golongan belia.Malahan wang yang disimpan akan terbuang begitu
sahaja kerana digunakan untuk membaiki kerosakan pada kenderaan.Hal ini
menyebabkan hampir setiap tahun negara mengalami kegawatan ekonomi
kerana kurang pelaburan daripada semua masyarakat.Oleh yang demikian,kita
hendaklah berusaha untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan
raya.

iv)Meragut nyawa dan mengalami kecacatan


Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya majoritinya
akan merempuh ke alam maut kerana kecederaan yang parah terutamanya
bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlaku hentakan yang kuat pada
bahagian kepala boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian otak
manusia.Sebab itulah peluang untuk manusia hidup amat tipis.Terdapat
sebahagian yang mengalami kemalangan juga masih selamat tetapi mengalami
kecacatan seperti tangan kudung,kaki dipotong atau buta dan juga hilang
ingatan.Sebab itulah,keselamatan amat penting dan perlu diingat setiap masa.

PENUTUP
Justeru itu,kesedaran dan sikap prihatin dalam diri setiap masyarakat haruslah
diwujudkan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Kita hendaklah
menjadikannya sebagai pengajaran pada masa akan datang.Janganlah
sehingga orang yang kesayangan kita terlibatbarulah kita bertindak .
Posted by cikgusueat 12:03 AM0 comments
Labels: BAHAGIAN A
TUESDAY, NOVEMBER 25, 2008

Nota Bahagian A : IKLAN


BAHAGIAN A
BY:NURFARAHIN BT SALEHIN

TAJUK ISU:IKLAN

Pengenalan:
Iklan adalah pemangkin yang penting dalam memaju dan menjayakan sesuatu
urus niaga.Pengusaha akan memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan bagi
tujuan promosi produk mereka.Tetapi dari sudut yang lain pengiklanan
mempunyai kelemahan tersendiri dan banyak yang mempengaruhi pengurusan
kewangan pengguna.Justeru itu,pelbagai langkah perlu diambil bagi mengawal
industri pengiklanan ini.

a.Impak baik:

1.Iklan berperanan sebagai alat penyebar maklumat atau informasi kepada


para pengguna.
Melalui alat sebaran ini kita dapat mengetahui kewujudan sesuatu produk baharu
dalam pasaran.Iklan yang baik dapat mendidik para pengguna tentang cara
menggunakan sesuatu barangan dan langkah keselamatan yang perlu diambil
apabila menggunakan sesuatu produk.

2. Membawa unsur-unsur pendidikan kepada masyarakat.


Kementerian penerangan telah memperketatkan siaran iklan di media
elektronik.Pihak berkuasa telah melarang penyiaran iklan-iklan yang
bertentangan dengan budaya masyarakat kita.Oleh hal yang demikian banyak
iklan yang disiarkan di kaca televisyen telah memaparkan nilai-nilai
murni.Contohnya soal integrasi kaum,nilai kasih sayang,menghormati warga tua,
mempunyai cita-cita dan aspirasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan
maka,jelaslah kepada kita bahawa iklan dapat menerapkan nilai-nilai murni
dalam jiwa pengguna .

3.Penting kepada pengusaha


Iklan membantu pengusaha memasarkan barangan mereka.Selain itu,dapat
menjimatkan kos,wang dan tenaga.Menghubungkan masyarakat pengguna
dengan barangan.Iklan juga membolehkan pengusaha menghadapi persaingan
di pasar,contohnya seperti dalam perniagaan,perdagangan dan sebagainya.Di
samping itu boleh menonjolkan keistimewaan sesuatu barangan itu.
4.Iklan sesuatu kempen yang penting
Iklan ialah sesuatu mesej yang dapat disebarkan dengan mudah dan
meluas.Iklan yang kreatif dapat menarik perhatian orang ramai.Sebagai
contohnya,iklan tentang kebaikan susu ibu dan kempen keselamatan jalan raya
seperti yang sering disiarkan dalam televisyen.Iklan ini juga dapat mendidik
rakyat umum.

b.Impak buruk:
1.Iklan yang disiarkan mengeksploitasi tubuh wanita untuk melaraskan
produk.
Pihak tidak bertanggungjawab memaparkan tubuh wanita yang memakai
pakaian yang mencolok mata serta dalam keadaan yang
mengghairahkan.Fenomena ini bukan sahaja menjatuhkan maruah wanita malah
boleh menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar.Akibatnya,budaya
timur tercemar.Pihak-pihak tersebut hanya mementingkan keuntungan semata-
mata sehingga sanggup mengorbankan nilai-nilai budaya masyarakat kita.Oleh
itu,pihak berkuasa perlu menapis iklan-iklan yang disiarkan agar tidak
mendatangkan kesan-kesan negatif kepada masyarakat.

2.Syarikat penyiaran menyiarkan pelbagai jenis makanan ringan


Penyiaran iklan makanan ringan membawa kesan negatif kepada masyarakat
terutama golongan kanak-kanak yang masih mentah.Dengan ini iklan dapat
mendorong golongan ini untuk membeli makanan tersebut sebagaimana yang
kita sedia maklum makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat malah
memudaratkan kesihatan.Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan agar
kementerian penerangan melarang penyiaran iklan makanan ringan ini.

3.Mencemarkan budaya
Iklan yang tidak baik akan menyebabkan nilai murni masyarakat mungkin
terhakis.Iklan seperti mempromosikan barangan kosmetik memupuk
sikapmengutamakan kecantikan luaran sahaja.Terdapat juga iklan yang
menyebabkan kita boros berbelanja seperti iklan promosi barangan perabot yang
menawarkan harga yang rendah dan menyebabkan orang ramai tertarik untuk
membelinya.

4.Iklan mengandungi maklumat palsu.


Banyak maklumat-maklumat palsu yang telah dimuatkan dalam iklan kerana
segalanya adalah penipuan belaka.Contohnya seperti mengiklankan tentang
Skim Cepat Kaya dalam iklan untuk mempengaruhi orang ramai.Dengan
itu,pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut akan memperolehi keuntungan
dan orang ramai mengalami kerugian.Selain itu,keistimewaan sesuatu produk
dilebih-lebihkan seperti produk yang kita sering lihat dalam televisyen tanpa kita
ketahui kesan-kesan penggunaannya.
c.Cadangan iklan yang baik

1.Memperkenal kod iklan yang baru.


Kerajaan telah memperkenal kod iklan baru bagi komersial televisyen dan radio
mula 1 Oktober 1990.Di antara inti pati kod itu ialah larangan pemaparan cara
hidup barat sama ada menerusi model berwajah ‘Pan Asia’(kacukan Barat dan
Asia)mahupun situasi gambaran,lokasi,gaya hidup yang tidak bersesuaian
seperti bercumpuan antara dua orang dewasa,berlatar belakang disko,kelab
malam dan sebagainya.Tujuannya menggantikan semua iklan berunsurkan
kebaratan dan menghapuskan kerakusan pihak pengiklan mengekploitasikan
wajah ‘Pan Asia’.Di samping,menimbulkan semangat kemalaysiaan di dalam jiwa
setiap individu.

2.Iklan komersial perlu dapat kelulusan


Semua iklan komersial perlu mendapat kelulusan Kementerian Penerangan
berdasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta jenis media yang
digunakan sebelum ia boleh disiarkan.Arahan ini dimulakan pada awal bulan
Ogos 1996.Tujuannya adalah membendung penipuan melalui iklan serta
melindungi pengguna daripada taktik kotor peniaga.Dengan adanya peraturan
baru ini,Kementerian Penerangan bertanggungjawab mengawal setiap iklan
berkaitan dan mengambil tindakan jika iklan itu tidak mematuhi peraturan
mengikut akta atau undang-undang masing-masing.

3.Pertubuhan Majlis Pengiklanan Negara


Bagi mengawasi pelaksanaan dasar dan penguatkuasaan aktanya memberi
garis panduan kepada pendidikan pengiklanan dan mewajibkan industri
pengiklanan meyumbang ke arah gaya hidup yang sihat.Menubuhkan suatu
badan khas bagi mengawal iklan kanak-kanak.Adalah penting memandangkan
jumlah iklan yang menggunakan kanak-kanak meningkat.

4.Menggubal undang-undang pengiklanan lebih ketat


Undang-undang baru akan menggabungkan pelbagai peraturan serta akta yang
ketika ini dikuatkuasakan secara bersaing iaitu Akta Perihal Dagangan 1972 oleh
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Akta Penyiaran oleh
Kementerian Penerangan.Kerana Undang-undang sekarang tidak mencukupi
bagi menjamin hak pengguna menyebabkan ramai yang tertipu dengan iklan
berkenaan.Selain itu,ia dilakukan ekoran iklan jualan langsung melalui pos dan
televisyen sejak akhir-akhir ini.Kecenderungan yang amat ketara sehingga
mewujudkan budaya baru.
Posted by cikgusueat 11:05 PM0 comments
Labels: BAHAGIAN A
MONDAY, NOVEMBER 24, 2008

Nota Bahagian B : BIODIVERSITI


BIODIVERSITI (DISEDIAKAN OLEH :BALKIS AHMAD
6 (ATAS 1) - SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

DEFINISI
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara
organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-
lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem
yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan
ekosistemnya.(sumber:estidotmy,February 2007)

KEPENTINGAN
A.KEPADA ALAM

1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI


Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan
membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah
lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya
sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.MODIFIKASI IKLIM
Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca
dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan
wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan
suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian
biologi biodiversiti ini.

3.KAWAL HAKISAN TANAH


Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini
sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi “mengikat
tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan
tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma
menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya
bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja
menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN


Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula
membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen
dalam tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan
sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh
mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPADA MANUSIA
1.NILSI INSTRUMEN
Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini
dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan
kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk
menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa
kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap
kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK
GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur
dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang
menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara.

2.NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK
UNTUK HIDUP”.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia
mempunyai “hak asasi”masing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi
dan kesakitan.

MASALAH 
1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN
TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.
Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya
biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus.
Ada di antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika
tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas
teruk dan mungkin hilang buat selamanya.

2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN


YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT
KEUNTUNGAN.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau
pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil
kepada negara membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak
dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan
biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk
pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan
pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM seperti tanah runtuh, banjir,


kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada
kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.

4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN


BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal
menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.

LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI


1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU
DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN
PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan
(SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queen’s University,
Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan
Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta.Antara isu yang
disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan
pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam.

2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang


menandatanganiKONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA
SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember
1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan
penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan
datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi
dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT


PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi
Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang
boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat
penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip,
memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel,
pemprosesan dan penghasilan benih.

4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG


LEBIH TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan
digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan
pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram
misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik
Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya
termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak
merugikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai