Anda di halaman 1dari 1

Bidang

: Kekeluargaan

Tajuk

: Membantu ibu membuat kerja rumah

Penganjur

:(

Matlamat

: Membantu meringankan beban tugas ibu dalam melakukan kerja-kerja rumah

Objektif

1.
2.
3.

nama kakak

Menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang anak terhadap ibu.


Melahirkan perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap ibu
Mewujudkan sikap mengambil berat, prihatin dan peka terhadap bebanan tugas ibu di rumah.

Perjalanan projek :
Kerja amal (tajuk kerja amal) telah dilakukan pada (hari) dan bertarikh (tarikh kerja amal dilakukan). Sebelum
kerja amal (tajuk kerja amal) dilakukan, saya kakak dan adik lelaki saya telah meluangkan masa duduk berbincang. Kami
bercadang untuk melakukan kerja (tajuk kerja amal) kerana keadaan kesihatan ibu pada hari itu tidak memuaskan. Ibu
telah mengalami demam panas. Saya telah menyumbang idea kepada kakak supaya membiarkan ibu berehat pada hari
itu dan kami yang akan mengambil alih tugas ibu melakukan kerja rumah seperti (tugas-tugas yang biasa ibu lakukan).
Kakak telah mengagihkan tugas untuk kami bertiga. Kakak dan saya akan memasak manakala adik lelaki saya ditugaskan
untuk membersihkan tandas. Selain itu, saya juga diminta untuk menyapu dan membersihkan kawasan dalam rumah.
Semasa aktiviti dijalankan, saya telah membantu kakak memotong sayur dan menyediakan bahan untuk
dimasak. Kami bekerjasama dalam memastikan makanan tengah hari dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Dalam hal ini, sikap tolak ansur yang diamalkan membolehkan kerja-kerja memasak disiapkan dengan segera. Tepat jam
(waktu makan tengah hari), kami sekeluarga telah dapat menikmati makan tengah hari. Ibu kelihatan gembira apabila
kami menghidangkan makanan untuknya. Selepas makan, saya membantu kakak mengemas meja dam membasuh
pinggan. Saya tidak membantah arahan kakak supaya aktiviti (tajuk kerja amal) dapat dilaksanakan dalam keadaan
terkawal. Selepas siap mencuci pinggan, saya dan kakak membersihkan kawasan dalam rumah. Kakak memuji saya dan
adik kerana pada hari itu kami menunjukkan kesungguhan dan kerajinan untuk membantu ibu yang sakit. Kami selesai
melakukan kerja rumah tersebut pada jam (waktu selesai kerja). Kami amat berpuas hati kerana dapat berbakti kepada ibu
dan memahami keadaan kesihatannya.

Peranan saya:
Saya telah melaksanakan tugas dengan penuh bertanggunggjawab iaitu membantu kakak (kerja-kerja yang
telah dilakukan). Selain itu, saya telah membersihkan kawasan dalam rumah. Saya telah menyapu sampah di ruang tamu
dan juga dapur. Saya melakukan semua kerja tersebut dengan ikhlas. Saya juga menunjukkan sifat kepimpinan dengan
membimbing adik membuat kerja rumah dan memastikan kerja (tugas adik) dibuat dengan sempurna.

Kesan diperolehi:
Berdasarkan aktiviti yang telah saya jalankan, saya berasa insaf akan kepayahan dan bebanan tugas ibu dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibu. Saya menyedari bahawa tanggungjawab seorang ibu sangat berat. Saya
mengambil iktibar bahawa saya akan membantu ibu sepanjang masa. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat
mengubah sikap saya daripada seorang yang terlalu mengharapkan bantuan ibu kepada seorang yang berdikari dan
lebih bertanggungjawab sebagai seorang anak. Dalam hal ini, saya telah mengamalkan nilai (nilai bidang kekeluargaan)
untuk memastikan keluarga saya sentiasa gembira dan harmoni.