Anda di halaman 1dari 1

Si Comel Bertudung Merah tinggal di sebuah kampung dengan ibunya.

Dia gemar memakai


tudung berwarna merah apabila keluar daripada rumahnya. Tudung merah itu merupakan
pemberian ayahnya sebelum ia meninggal dunia. Oleh sebab itulah dia sangat sayang akan
tudung itu. Lantas orang kampung menggelarkannya Si Comel Bertudung Merah . Si Comel
Bertudung Merah mempunyai seorang nenek yang tinggal di hujung sebuah kampung. Pada
suatu hari nenek Si Comel sakit, lalu Si Comel meminta izin daripada ibunya untuk menziarahi
nenek kesayangannya. Ibu, saya ingin pergi ke rumah nenek. Pergilah, kalau tidak kau akan
menyesal kata ibunya. Sebelum pergi kata ibunya, wahai Si Comel, ingat pesan ibu pergi terus
ke rumah nenek. Jangan sesekali kau berhenti dan bercakap-cakap dengan orang yang tidak
kau kenali. Ibu....saya akan menjadi anak yang baik. Nasihat ibu tidak akan saya lupakan. Saya
akan pergi dan balik secepat mungkin. Janji Si Comel Bertudung Merah.
Si Comel pun berjalan dengan membawa seraga buah-buahan dalam hutan kecil itu.
Dia tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan neneknya. Sambil berjalan-jalan dia menyapa,
burung-burung begitu banyak berterbangan. Nampaknya Si Comel Bertudung Merah telah
terlupa dengan pesanan ibunya kerana terlalu terpesona dengan keindahan flora dan fauna di
hutan tersebut. Tiba-tiba dia terlihat bunga-bunga yang cantik serta menawan hati, lalu dia pun
berhenti dan memetik bunga-bunga itu. Tanpa diduga ketika itu serigala sedang asyik
memerhatikan Si Comel Bertudung Merah. Serta merta dia melompat dan berdiri di hadapan Si
Comel. Apa khabar wahai Si Comel ? Kamu hendak ke mana? Si Comel sangat takut, dia mulai
ingat pesanan dan nasihat daripada ibunya. Hatinya mulai menyesal. Saya hendak ke rumah
nenek saya di hujung hutan sana. Dia sakit dan ini saya bawa buah-buahan untuknya. Jawab Si
Comel.
Serigala dapat satu akal, lalu berlari ke rumah nenek . Dia mengetuk pintu dan meniru
suara Si Comel. Nenek-nenek, saya datang ni, Saya Si Comel Bertudung Merah ni. Saya bawa
buah-buahan dan bunga-bungaan yang cantik ni. Bukalah pintu. Pintu tidak berkunci sayang,
masuklah, mari dekat nenek. Nenek rindulah....... Serigala itu menolak pintu, lalu berluru masuk
ke dalam rumah nenek. Nenek Si Comel sangat terkejut apabila mendapati bukan cucu
kesayangannya yang datang, tetapi seekor serigala yang garang. Dia melompat lalu
menyembunyikan dirinya dalam almari. Serigala menyamar dengan memakai pakaian nenek
dan baring di atas katil. Sebentar kemudian Si Comel Bertudung Merah pun tiba, lalu dia
mengetuk pintu sambil berkata, nenek-nenek bukalah pintu, saya Si Comel. Serigala menjawab,
masuklah cu.... Si Comel berasa sesuatu telah berlaku kepada neneknya.
Dia memerhatikan wajah kesayangan neneknya dan mendapati rupa nenek sangat
ganjil. Nenek..... kenapa telinga nenek sangat besar? Ya, memang besar supaya dapat
mendengar suara kau dengan jelas, sayang. Eh....eh....nenek...kenapa mata nenek terbeliak
besar? Tanya Si Comel lagi. Besar.......ha........besar supaya dapat melihat wajah kau yang
comel dengan jelas, sayang. Eh..eh..kenapa gigi nenek besar dan tajam? Ha.....mestilah besar
dan tajam supaya dapat makan kamu dengan mudah. Ha.....ha....serigala terus mengejar dan
cuba menerkam ke arah Si Comel Bertudung Merah. Si Comel menjerit sambil meminta tolong.
Tolong.....tolong......... Nasib baik pada ketika itu suara Si Comel didengari oleh pemotong kayu.
Lalu, pemotong kayu berlari untuk menyelamatkannya.
Selepas itu, Si Comel dan pemotong kayu pun menuju ke rumah nenek. Terima kasih
kerana tuan telah menyelamatkan kami. Nenek, saya sangat menyesal kerana tidak mendengar
nasihat ibu. Kata, Si Comel dengan sedih. Nenek memeluk Si Comel sambil berkata, tak
mengapalah cu........tapi lain kali janganlah buat lagi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai