Anda di halaman 1dari 3

1.

Dorongan Minima
Definisi Dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi
menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien rasa bahawa
kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadap apa yang diberitahu
oleh klien.
Contoh Dialog
Klien: Saya merasakan diri sangat tidak berguna
Pembimbing: Hmmm(sambil angguk kepala)

2. Kemahiran Menyoal
Definsi Klien berminat memulakan sesi kaunseling kerana inginkan bantuan atau
bimbingan terhadap isu yang mungkin mereka telah tidak berjaya hadapi secara
bersendirian. Mereka mahu meluahkan isi hati atau pun pandangan tetapi merasakan sukar
untuk memulakannya. Dalam hal ini, pembimbing atau pengamal kaunseling perlu sedar
bahawa klien boleh dirangsang untuk terus berkongsi dengan cara menyoal. Ia adalah
digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga apabila menyemak persepsi
pembimbing.
Contoh Dialog Soalan Tertutup
Pembimbing: "Sudah berapa alama anda kehilangan pekerjaan?"
Klien : "Lebih kurang 2 tahun"
Pembimbing: "Apa yang anda lakukan selama 2 tahun itu?"
Klien : "Tiada apacuma duduk di rumah dan buat apa yang patut."
Contoh Dialog Soalan Terbuka
Pembimbing : "Ceritakan kepada saya bagaimana hubungan anda dengan isteri anda sejak
kebelakangan ini?"
Klien: saya rasa, hubungan saya dengan isteri saya berlaku sedikit perubahan
kebelakangan ini.
Pembimbing : "Perubahan yang bagaimana encik maksudkan?"

Klien: saya rasa isteri saya cuba menyembunyi sesuatu daripada saya tetapi saya tidak
tahu apa perkara yang dia cuba sembunyikan. Saya rasa sangat letih dengan perkara ini,
cikgu. Saya khuartir isteri saya berlaku curang kepada saya.

3. Kemahiran Konfrantasi
Definisi - Konfrantasi adalah kontradiksi antara kata-kata klien dengan tindakan klien. Ia
mengujudkan percanggahan kepada pembimbing dan memerlukan penerokaan mendalam
serta pendedahan oleh klien tentang situasi sebenarnya. Menurut Patterson & Welfel (2000),
kemahiran konfrantasi merupakan satu kemahiran yang yang paling kontroversial kerana
secara terminologinya ia merujuk kepada konflik atau serangan terhadap percanggahan
yang nyata.
Contoh Dialog
Pembimbing : "Setelah beberapa lama saya mendengar cerita daripada puan, saya
kehilangan sejenak.Mulanya puan kata puan geram, benci dan menyampah dengan sikap
suami puan malah semua perkara yang diceritakan semuanya cerita yang kurang baik
semuanya. Tapi dalam masa yang sama puan masih lagi sanggup berhadapan dengannya
setiap hari. Bagaimana agaknya tu puan? Boleh puan tolong jelaskan dengan lebih lanjut?

4. Kemahiran Parafrasa
Definisi - Kemahiran Parafrasa merupakan pembimbing bertindakbalas dengan mahir
terhadap maklumat asas yang dikongsi oleh klien untuk menyemak kefahaman pembimbing
tentang isu utama yang dinyatakan. Ia juga digunakan bagi menyatakan kembali kefahaman
pembimbing kepada klien. Parafrasa membantu mempertingkatkan lagi hubungan
bermakna antara anda dan klien.
Contoh Dialog
Klien : "Saya rasa pada semester ini saya akan dapat memperbaiki CGPA saya. Rakanrakan saya amat membantu saya dengan tugasan yang bertimbun. Pensyarah juga telah
memberi masa yang mencukupi untuk saya menyiapkan kerja. Saya sungguh gembira
dengan pencapaian semua ujian pertama saya"
Pembimbing: "Nampaknya, anda amat berpuashati dengan tugasan dan ujian pertama
anda"
Klien: "Memang, saya pasti dapat Dean List semester ini."

5. Refleksi
Definisi - Refleksi merupakan pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara
tepat, padat dan ringkas. Ianya merupakan cara untuk menyatakan kepada klien bahawa
pembimbing telah memasuki ruang rujuk klien dan benar-benar merasai apa yang dirasai
oleh klien.

Contoh Dialog
Klien: "Saya sebenarnya masih sayang dan menganggapnya sebagai kawan baik saya, tapi
saya tak faham kenapa dia sanggup ceritakan perkara buruk tentang diri saya pada orang
lain."
Pembimbing: "Saudari terlalu sedih sekali kerana kawan baik saudari sendiri sanggup
berbuat demikian."

Rujukan
Mansor Abu Talib (2010). Kemahiran Asas Kaunseling (Untuk ParaKaunselor), UPM:
Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia,
daripada http://vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3107_1299483089.pdf pada 13
Januari 2016.

Nama

: Ang Yong Kiang

No. Matrik

: SM/SEJ/019/01/13

Kelas

: T4SEJ