Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
176 hlmn
Kisah bermula daripada kehidupan keluarga Lahuma dan isterinya Jeha bersama tujuh orang anak gadis
mereka iaitu, Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang berjuang menguruskan sawah mereka
sebanyak 14 relung sebagai satu kepentingan utama dalam kehidupan mereka. Walaupun untuk satu musim hasil
padi tidak boleh terkurang, padi menjadi segala-galanya, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil
padi. Perjuangan Lahuma sebagai ketua keluarga cukup memberikan impak yang besar terhadap keluarganya.
Sehingga akhirnya Lahuma kecundang akibat kakinya terpijak onak nibung yang meragut nyawanya sendiri.
Kedaifan dan kesengsaraan keluarga petani ini bertambah buruk lagi setelah pemergian Lahuma. Maka Jeha, isteri
Lahuma memikul tanggungjawab yang besar dan banyak menghadapi cabaran dan rintangan dalam mengusahakan
sawah peninggalan suaminya. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha.
Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah.
Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.
Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa
Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha
menjadi gila akibat dugaan mendatang tanpa henti semasa mengusahakan sawahnya. Setelah Jeha menjadi gila dan
di hantar ke hospital Tanjung Rambutan, Perak, segala bebanan dan tanggungjawab keluarga diambil alih oleh anak
sulungnya iaitu Sanah. Sanah bersama adik-adiknya adalah penerus perjuangan Lahuma dan Jeha sebagai keluarga
tani untuk menguruskan sawah mereka.
Pengajaran:
1.
2.
3.
4.
5.
Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum iaitu Hartini
(orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke
sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang. Hartini bersekolah di
Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti
Satiah, Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan karibnya. Satiah seorang
murid yang pendiam kerana latar belakang dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil
keputusan untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga
Encik Hasrul dan Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun
pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan
Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah
dirawat di hospital, tetapi hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit yang masih kuat
berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak menampakkan apa-apa perubahan
sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR diumumkan. Satiah merupakan calon tunggal yang
berjaya memperoleh keputusan 8A tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan
kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah
beransur pulih tetapi mereka terpaksa berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di
sekolah berasrama yang berasingan. Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu, antaranya dia
telah dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah yang mengedarkan pil ecstasy. Semua
dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah berpeluang bertemu kembali
sewaktu cuti persekolahan. Namun pertemuan mereka merupakan pertemuan terakhir apabila Satiah
telah kembali kerahmatullah. Hartini telah membaca catatan Satiah dan sebelum kembali ke asrama dia
telah menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda kasihnya dan memenuhi
permintaan Satiah.
PENGAJARAN:
I Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan
Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza
kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.
ii.
Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat mereka dan
berasal daripada anak orang Asli.
iii.
Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy
iv.
Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan
untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.
v.
Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran setelah Hartini
dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR
vi.
Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari.
Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.
6.20 SITI JASMINA IBRAHIM
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan Sukma, yang telah menghadapi beberapa peristiwa yang kebetulan berlaku pada
waktu 6.20. Pada waktu tersebut,Sukma telah menerima kedatangan seorang wanita tua,kanak-kanak
dan seorang lelaki. Sukma ingin mengetahui tentang mereka tetapi dihalang oleh ibunya. Tindakan
ibunya menyebabkan Sukma tidak berpuas hati hingga membawa kepada pertengkaran kecil.
Jerry, teman sekuliah Sukma telah dipercayai terlibat dengan kumpulan WX2. Sukma menyedari
hal ini sehinggalah dia diberitahu oleh Alvin ketika mereka sedang melakukan perbincangan kumpulan.
Sukma mengambil keputusan untuk pergi ke kelab kumpulan WX2. Dia telah berjumpa dengan Iskandar.
Sukma mendapati Iskandar ialah salah seorang ahli kelab tersebut.
Sukma berasa gembira apabila bertemu dengan Aim,kanak-kanak yang ditemui di rumahnya
pada pukul 6.20 pagi. Sukma juga mengetahui bahawa nenek Aim ialah bidan kepada ibunya. Sukma
semakin mencurigai ibunya sendiri. Kecurigaan ini bertambah apabila Abang Aim turut bercerita tentang
kisah hidupnya dan kaitannya dengan ibu Sukma. Sukma meminta Jerry memberikan maklumat kepada
pihak polis tentang kumpulan WX2. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku
kesilapannya serta mahu membantu Sukma. Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan. Akhirnya
dalam operasi tersebut, Ibu Sukma telah ditembak dan koma di hospital kerana dia merupakan seorang
perisik kerajaan.
-PENGAJARAN-
iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia
dibesarkan di luar negara.
v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah
Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai
pengerusi jawatankuasa di kampungnya.
Philes Fogg is a patient person. He does not panic easily if things do not go his way. This can be
seen when Phileas Fogg was still calm eventhough this delay meant he would surely lose his bet.
Beside, Jean Passepartout is a brave person. He is the butler for Phileas Fogg. This can be seen
when he tries to save Aouda by slip away and breaking down the wall. In conclusion, the moral
VALUES that i have learnt from the novel are be patient and be brave. The moral VALUES have
taught me to be a better person in my life