Anda di halaman 1dari 2

Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana akhirnya dapat juga saya

menyelesaikan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Setinggi-tinggi


terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu saya sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung terutamanya pensyarah subjek,
Encik Rosli Sham bin Ramli dan juga rakan-rakan sekelas yang telah banyak
membantu. Bantuan yang telah diberikan memberikan kesan kepada saya
selain dapat meringankan lagi beban tugasan yang diterima. Tentulah sukar
bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini tanpa pertolongan daripada insaninsan ini.
Tugasan PJM 3106 ini sememangnya memberikan saya cabaran dan
dugaan kepada saya. Antara cabaran yang telah saya hadapi ialah
kekurangan ilmu pengetahuan tentang aspek anatomi dan fisiologi. Bagi saya
yang baru didedahkan dengan topik ini, adalah sukar bagi saya untuk
menguasai topik tersebut. Terdapat istilah-istilah yang tidak pernah saya
dengar sebelum ini. Tambahan pula, sesetengah istilah ini memerlukan saya
untuk menghafalnya. Oleh itu, saya tiada pilihan lain melainkan menghafal
istilah-istilah tersebut.
Saya juga perlu mencari inisiatif sendiri bagi menambahkan lagi
maklumat-maklumat yang berkaitan subjek kursus di pusat sumber dan
mencarinya di internet. Apa yang menjadi cabaran adalah kurangnya sumber
rujukan di pusat sumber. Walaubagaimanapun, atas bantuan pensyarah iaitu
Encik Rosli Sham Bin Ramli, masalah ini dapat diatasi. Nota-nota yang
diberikan pensyarah amat membantu saya dalam mencari maklumatmaklumat yang saya inginkan. Tanpa bantuan pensyarah sudah tentu sukar
bagi saya untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Sepanjang melaksanakan tugasan PJM 3106 ini, pelbagai maklumat
dan pengetahuan yanga telah saya peroleh. Pengetahuan yang saya peroleh
melalui subjek kursus ini sememangnya tidak saya peroleh melalui subjeksubjek kursus yang lain pada semester ini. Untuk pengetahuan, tugasan kali
ini meminta saya mencari satu artikel yang berkaitan dengan sistem tubuh
badan. Sebenarnya, dalam tubuh badan manusia, terdapat banyak sistem
seperti sistem kardivioskular, sistem endokrin, sistem peredaran darah,

sistem peranakan dan sebagainya. Antara sistem-sistem tersebut, saya telah


memilih artikel yang menyentuh tentang sistem saraf. Oleh yang demikian,
artikel ini dapat membantu saya menambahkan lagi maklumat mengenai
sistem saraf. Pengetahuan yang diperoleh membolehkan saya mengambil
berat terhadap sistem saraf.
Selain itu, setelah saya mengikuti kursus PJM 3106 ini, saya telah
didedahkan dengan
Tugasan PJM 3106 ini memberikan
Secara kesimpulan, tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Namun, disebabkan ceteknya ilmu berkenaan ucapan menyebabkan tugasan
ini mempunyai cacat celanya. Saya ingin meminta maaf atas segala
kekurangan yang berlaku dalam tugasan ini.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi saya tujukan kepada
pensyarah terutamanya atas tunjuk ajar yang diberikan. Tidak dilupakan juga
ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut sama menyumbang idea
dan kepada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung
dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan ini.

Anda mungkin juga menyukai