Anda di halaman 1dari 9

BAB

1:Kedudukan

Mengenal Latitud / Garis Lintang

Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan
glob. Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan
selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang diberi
nilai darjah ( ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1U
hingga 90U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1S hingga 90S.
Garis-garis lintang yang utama ialah:
GarisanKhatulistiwa ( 0 )
Garisan Sartan ( 23U )
Garisan Artik ( 66U )
Garisan Jadi ( 23S )
Garisan Antartik ( 66S )
Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan
bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian

Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub
selatan. Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke
selatan. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya
adalah separuh lilitan bumi.
Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich,
London diberi nilai 0. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau
Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360 garis longitud.

Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1T hingga
180T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1B
hingga 180B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180T dan
180B adalah garisan yang sama. Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh
Antarabangsa (GTA ).

Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud


Dan Longitud

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan


kedudukan sesuatu tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud
dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan
yang lebih tepat, setiap darjah () dibahagikan kepada 60 minit ( ).

Mengira Waktu Tempatan


Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan
merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0 ). Oleh
kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan
menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur

mendahului waktu di sebelah barat.

Formula
Satu putaran bumi (360) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15 garis longitud.
Dalam 1 garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah
waktu tempatan di:
Bombay ( 73T )
Buenos Aires ( 58B)

Waktu di Bombay ( 73T )


Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud
73- 0 = 73
Cari perbezaan masa
73 15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay

= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit


= 5.52 pagi

Waktu di Buenos Aires ( 58B ) Langkah-langkah


Cari perbezaan garis longitud
58 - 0 = 58
Cari perbezaan masa
58 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam

Waktu Piawai

-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di


sesuatu kawasan yang kecil. Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu
piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah
mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia
dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15
garis longitud.

Garisan Tarikh Antarabangsa GTA) ialah garis bujur 180 B/ 180T.Garisan ini
menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.

Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180 mengalami keadaan
tengah malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan
New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.

-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.


Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di
benua Amerika Selatan, dia akan untung sehari. Sebaliknya, apabila seseorang
melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua
Australia, dia akan rugi sehari.

BAB
2:ARA
H

Pengenalan
Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan
darjah (). Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing
iaitu:
Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing
bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan
kiraan dimulakan dari 0 hingga 360.

Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa


menjalankan kerja luar. Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing
dalam peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam bermula 0 hingga 360 .
Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah.

Contoh pengiraan bearing sudutan

Cari bearing puncak berketinggian 175 dari puncak berketinggian 254

Anda mungkin juga menyukai