Anda di halaman 1dari 119

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

Bagi setiap penuntut POLITEKNIK yang terdapat di Negara ini di wajibkan


untuk menjalani Latihan Industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil ataupun
Diploma. Ini adalah syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK
dan tempoh Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan. Semua pelajar akan
diberi tempoh ini untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka
pilih sendiri ataupun yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK.

Latihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga bagi Kursus Peringkat
Sijil dan semester keempat bagi Kursus Peringkat Diploma ( kecuali bagi penuntut
Kursus Diploma Sains Kesetiausahaan iaitu bagi semester ketiga ). Penganugerahan Sijil
atau Diploma hanya akan diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan
Latihan Industri sebelum menyambung semula semester nanti. Ia juga merupakan salah
satu syarat yang di wajibkan untuk penganugerah Sijil mahupun Diploma. Dengan ini
para penuntut POLITEKNIK semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri

1
ini dan kita tidak boleh memandang remeh sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita
akan dapat mengetahui alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.

1.1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma adalah
satu langkah yang baik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk melahirkan ramai
tenaga mahir dan separuh mahir. Melalui Latihan Industri ini para pelajar yang menuntut
di Politeknik dapat menimba kemahiran dan pengalaman yang baru. Malah disamping itu
juga, mereka dapat mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa belajar di tempat
pengajian. Ini kerana ketika apa yang para pelajar belajar di tempat pengajian berbanding
semasa menjalani Latihan Industri ini adalah amat berlainan sekali. Ternyata semasa para
pelajar menjalani Latihan Industri mereka dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan
tentang dunia pekerjaan yang sebenarnya. Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi
tahap pemikiran serta kepakaran para pelajar lepasan Politeknik khususnya.

Dunia pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan kematangan


seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah di berikan. Latihan industri
menguji sejauh manakah kebolehan serta kesabaran para pelajar untuk mempraktikkan
semula teori yang telah dipelajari dan merupakan penyediaan diri bagi pelajar sebelum
memasuki alam pekerjaan yang sebenarnya. Ketika di alam pekerjaan nanti para pelajar
perlu mempelajari dan mengetahui lebih banyak kesulitan yang akan menimpa diri kita
apabila sudah bekerja kelak.

Oleh itu, buku laporan industri ini adalan gambaran keseluruhan semasa saya
menjalani latihan industri di Pejabat Telekom Jitra. Selain itu, saya sertakan juga

2
penerangan-penerangan bagi sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugas-tugas yang saya
lakukan di Pejabat Telekom Jitra ini.

1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di


POLITEKNIK sebelum layak dipertimbangkan untuk mendapat Sijil dan Diploma di
dalam bidang pengkhususan masing-masing. Kepentingan Latihan Industri ini dapat
dilihat apabila setiap palajar perlu lulus di dalam Latihan Industri sebelum mereka
memasuki semester yang berikutnya.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firma-firma
atau organisasi-organisasi yang sesuai dengan kursus yang di pelajari ketika berada di
POLITEKNIK. Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan adalah :

 Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenarnya.


 Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan membina perhubungan baik
sesama pekerja.
 Untuk memperlihatkan pelajar perkaitan antara teori dan praktikal.
 Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan, displin masa dan etika
kerja dalam Latihan Industri.
 Untuk memupuk sifat amanah, bertanggungjawab, membina keyakinan diri dan
tahan menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
 Untuk menyiapkan diri bagi menyediakan satu laporan rasmi setelah tamat
Latihan Industri.

3
1.1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri mempunyai banyak kepentingannya kepada para pelajar.


Tambahan pula tempoh masa panjang yang di tetapkan oleh pihak POLITEKNIK
memberi kelebihan kepada pelajarnya berbanding dengan industri pengajian lain yang
hanya menyediakan ruang tempoh yang begitu singkat.

Selain itu, Latihan Industri ini membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori
kepada praktikal dan sebaliknya. Sebagai seorang penuntut di POLITEKNIK, teori dan
praktikal adalah dua perkara yang sama penting. Oleh itu, sebagai seorang penuntut amat
penting bagi mereka yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari agar tidak berasa
kekok apabila bekerja nanti.

Latihan Industri amat penting kepada para pelajar kerana :

 Pelajar dapat berdikari dengan mengenali cabaran dunia luar dan bertemu orang-
orang yang baru di sekeliling mereka.
 Mengasah bakat dan minat para pelajar terhadap setiap tugasan yang telah di
berikan oleh penyelia atau kakitangan di syarikat tersebut.
 Mematangkan kehidupan serta pemikiran pelajar dalam menempuhi tempoh
sepanjang Latihan Industri tersebut.
 Dapat membentuk sahsiah diri dan keterampilan para pelajar kearah yang lebih
positif agar mereka lebih berkeyakinan apabila bekerja kelak.
 Mengetahui serta mempelajari lebih mendalam lagi bagaimana sesuatu pekerjaan
itu dilaksanakan dengan sistematik dan bagaimana menyelesaikan masalah yang
timbul.

4
1.1.4 RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani Latihan Industri di Pejabat Telekom Jitra ini saya telah banyak
didedahkan dengan tugas-tugas yang berlainan setiap hari. Antara aktiviti dan tugas yang
telah saya lakukan di Pejabat ini ialah :

 Configuration streamyx.
 Memasang jumper di kabinet dan MDF.
 Menerima aduan kerosakan daripada pelanggan.
 Menulis doket baru dan lama untuk di serahkan kepada kontraktor.
 Complete job apabila kerosakan telah dibaiki oleh pekerja Telekom ataupun
kontraktor.
 Memfotostat borang dan dokumen.
 Menukar pair dan eside di kabinet dan MDF.
 Menghadiri mesyuarat yang diadakan pada setiap bulan.
 Membetulkan kerosakan pada telefon radio ( Fixed Wireless Terminal ).
 Memasana dan membetulkan kerosakan bagi talian ISDN.

5
1.1.5 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini, penyelia tidak menetapkan
sesuatu tugas kepada saya. Oleh itu, setiap hari saya melakukan tugas yang berbeza. Ini
kerana penyelia mahu melihat saya mempelbagaikan tugas saya yang banyak bersangkut
paut dengan kursus yang saya ambil iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik. Saya amat
berterima kasih kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada penyelia serta rakan-rakan
sekerja sebagaimana yang diharapkan sebelum menghadapi Latihan Industri.

Walaupun sebahagian besar tugas-tugas yang saya lakukan berkait rapat dengan
jurusan yang diambil, namun saya juga diajar bagaimana menerima aduan daripada
pelanggan, menggunakan mesin fotostat, menggunakan mesin fax, telefon pelanggan bagi
mengetahui samada kerosakan telah dibaiki ataupun tidak, menyalin worklist, memasang
jumper di kabinet dan MDF, configuration streamyx, closed doket yang telah siap dibaiki
dan menghadiri mesyuarat.

6
1.1.6 PENULISAN LAPORAN

Laporan ini dihasilkan adalah untuk di jadikan sumber rujukan kepada pihak
majikan apabila pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di
POLITEKNIK keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Malah laporan ini dapat di
jadikan panduan oleh para pelajar untuk melakukan sesuatu tanggungjawab terhadap
pihak majikan mereka kelak.

1.1.7 PENYELARASAN

Buku laporan Iatihan Industri ini adalah :

 Merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang
berkaitan dengan perjalanan Latihan Industri.
 Untuk tujuan penyelarasan. Penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap
tugasan mengikut keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta laporan
disesuaikan dengan perhubungan semasa agar peningkatan diri di dalam
menjalankan tanggungjawab dan amanah dapat membangun dengan seiringan.

7
1.1.8 OBJEKTIF LAPORAN

Objektif laporan ini adalah untuk menghuraikan apa yang telah dipraktikkan
semasa menjalani Latihan Industri dan juga dapat melihat sejauh manakah kefahaman
para pelajar tentang Latihan Industri sebenarnya.

Selain itu, di dalam laporan ini saya juga turut menceritakan serba sedikit tentang
apa yang saya laksanakan di Pejabat Telekom Jitra ini. ini bertujuan untuk dijadikan
sumber rujukan bagi saya serta para pelajar di masa akan datang.

Akhir sekali, laporan ini juga bertujuan sebagai satu rumusan atau kesimpulan
tentang segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan pelajari di pejabat ini selama
tempoh 6 bulan ketika menjalani Latihan Industri.

Semoga dengan adanya ilmu serta kemahiran yang diperolehi semasa menjalani
Latihan Industri ini saya berharap semua pelajar dapat mempraktikkan dengan sebaik
yang mungkin. Di samping itu para pelajar dapat membantu Negara melahirkan tenaga
pekerja yang lebih optimis di masa hadapan apabila mereka sudah mendapat pekerjaan
kelak.

8
1.1.9 CARA LAPORAN DISUSUN

Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas
supaya dapat mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut :

 JANUARI
Mempelajari serta memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala hal-
hal syarikat.
 FEBRUARI
Mula mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk memuatkan ke dalam
buku Laporan Industri seperti latar belakang syarikat, pemegang saham, keluaran
syarikat, pelanggan dan sebagainya.
 MAC
Mencari maklumat yang perlu di tambah untuk dimasukkan ke dalam buku
Laporan Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu ditaip
untuk laporan ini.
 APRIL
Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan disamping itu juga
mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam laporan
ini.
 MEI
Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah
untuk disusun dan dijadikan buku laporan yang lengkap. Kemudian, menyiapkan
isi laporan kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan.
 JUN
seterusnya menyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi sebuah
buku laporan sebelum ia dijilid.

9
1.1.10 JADUAL LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka tidak menyediakan
jadual Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelajar. Oleh itu, ini terpulang kepada daya
usaha oleh seseorang pelajar itu untuk melakukan kerja-kerja yang telah disediakan dan
kerja-kerja sampingan yang diberikan oleh kakitangan mereka.

Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga oleh
kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar. Antara kerja-kerja
yang biasa saya lakukan ialah menerima order pemasangan baru dari kedai Telekom Jitra,
menyemak worklist, menulis aduan baru dan lama, memfotostat borang dan kertas kerja,
menerima aduan daripada pelanggan, menolong mengemas pejabat, menghadiri
mesyuarat dan tutup aduan apabila kerosakan telah siap dibaiki.

Saya bersyukur kerana kebanyakkan kerja-kerja yang diberikan adalah berkaitan


dengan bidang yang diambil iaitu elektronik.

10
1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

1.2.1 PENGENALAN

Rajah 1.2.1 : Pejabat Telekom Berhad Jitra

Telekomunikasi merupakan salah satu keperluan dalam hidup manusia yang mana
melalui telekomunikasi telah dapat meningkatkan taraf hidup manusia seterusnya dapat
membangunkan negara. Dengan adanya telekomunikasi, suatu maklumat dapat
disalurkan dengan mudah dan cepat tanpa sebarang halangan. Kerana mengetahui hal ini,
kerajaan mengambil langkah yang bijak, menubuhkan Jabatan Telekom Malaysia pada
tahun 1968 sebelum diperbadankan pada Oktober 1984. Ini memandangkan
telekomunikasi adalah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia seharian
pada hari ini. Dari tahun ke tahun, Telekom Malaysia berusaha mempertingkatkan
perkhidmatannya dan kini Telekom Malaysia Berhad berdiri megah bersama syarikat

11
telekomunikasi lain di dunia yang memberikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian
bertaraf dunia.

Telekom Malaysia Berhad pada mulanya ditubuhkan bagi memberikan


perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Di antara perkhidmatan yang
disediakan adalah seperti perkhidmatan telefon awam dan rumah, panggilan rumah,
panggilan kecemsan dan sebagainya. Melalui pemberian lesen oleh kerajaan kepada
Telekom Malaysia Berhad ia memberikan hak kepada Telekom untuk mengendalikan
kesemua sistem telekomunikasi. Selain itu, penubuhan Universiti Telekom (UNITEL)
pada tahun 1997 adalah merupakan universiti swasta pertama di Malaysia yang
mempunyai objektif menyumbng ke arah pembangunan teknologi maklumat, industri
multimedia dan telekomunikasi. Begitu juga dengan penubuhan Universiti Multimedia
pada tahun 1999.

Dalam era teknologi pada masa kini, Telekom Malaysia Berhad berusaha
mempertingkatkan perkhidmatannya dan sentiasa menyalurkan produk dan perkhidmatan
terbaik demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan – pelanggannya. Salah satu
produk dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada keuntungan
syarikat ialah perkhidmatan telefon Direct Exchange Line. Dengan pelanggan melebihi
4.4 bilion, Telekom Malaysia Berhad telah berusaha untuk mempertingkatkan pasaran
bagi memenuhi impiannya untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dengan
memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan secara menyeluruh.

Penubuhan Telekom Malaysia Berhad juga dapat menyediakan peluang-peluang


pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, penduduk tempatan dapat memenuhi
peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dan kadar pengangguran yang wujud dapat
dikurangkan .

12
1.2.2 SEJARAH PENUBUHAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan yang dikenali
sebagai Telekom Malaysia yang masih dikawal sedia oleh Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia . Selaras dengan perkembangan komunikasi, Telekom
mengorak langkah dengan terus berkembang dengan pertubuhan hasil yang berterusan
menyumbangkan dengan pertambahan keuntungan yang tinggi. Telekom Malaysia juga
menyumbang dari segi pembangunan pasaran telekomunikasi di Malaysia secara
progresif .

Bagi ibusawat Telekom Malaysia Alor Setar, ia telah ditubuhkan lebih kurang
pada tahun 1947 dimana ianya dapat menampung lebih kurang 50 000 muatan talian pada
waktu ini untuk pelanggan kediaman .

1.2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN ORGANISASI

Jabatan Telekom Malaysia Berhad wujud pada tahun 1946 iaitu selepas zaman
pemerintahan Jepun. Dalam matlamat Rancangan Persekutuan 1956, ia meletakkan
matlamat untuk menyediakan perkhidmatan telefon termoden. Dalam era 60–an,
rangkaian telefon telah dipertingkatkan oleh Jabatan Telekom. Pada tahun 1963, sistem
gelombang mikro yang pertama telah dipasang diantara Kuala Lumpur dan Singapura. Ia
diperluaskan ke Ipoh dan Pulau Pinang di Pantai barat serta ke Pantai Timur meliputi
Kuantan dan Kota Bharu. Sistem Telefon Radio Antarabangsa daripada Kuching ke
Malaya dan Singapura telah diperkenalkan pada tahun 1960. Pada April 1970, stesen
Satelit Bumi Antarabangsa yang pertama ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan
telefon di peringkat antarabangsa. Perkhidmatan Teleks secara manual digantikan dengan

13
sistem automatik pada tahun 1975. Manakala, Telekom juga telah memperkenalkan
perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (International Direct Dialling / IDD). Melalui
perkhidmatan ini, panggilan terus boleh dibuat ke luar negara seperti United Kingdom,
Austarlia, Jepun dan Hong Kong serta ditambah kepada lebih 70 destinasi luar negara.

Pada tahun 1980, ibusawat elektronik pertama (SPC) telah dilancarkan di Johor.
Pada masa yang sama projek kabel dasar laut (submarine cable) yang menghubungkan
Kuantan dan kuching telah berjaya dilaksanakan. Pada tahun 1981, ‘ Standard Satelite ’
yang kedua di Lendu, Melaka yang menghubungkan Satelit Lautan India telah
dilancarkan . Manakala pada tahun 1982, Telefax telah diperkenalkan dengan tujuan
memberi kemudahan pancaran saluran cetakan, imej dan grafik. Bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM), kerajaan telah
mengambil langkah yang bijak dengan menswastakannya pada 12 Oktober 1984. Dengan
ini, JTM telah ditukar nama kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan ia mampu
bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang sedia ada di Malaysia. Matlamat
penswastaan organisasi tersebut adalah untuk meningkatkan produktiviti negara dan
menyimbangkan ke arah negara perindustrian. Selain itu, Telekom malaysia Berhad
(TMB) diswastakan bagi menyahut cabaran kerajaan dalam menjadikan sebuah
organisasi yang terunggul di negara ini.

Pada tahun 1990, Telekom telah berjaya meningkatkan keberkesanannya apabila


jumlah talian meningkat kepada 1.58 juta talian dengan anggaran nisbah 8 talian untuk
100 orang penduduk. Telekom juga telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) pada tahun tersebut. Industri telekomunikasi di Malaysia berubah ke arah
matlamat unuk menggalakkan persaingan sihat dengan pelbagai rangkaian lain dalam
pasaran telekomunikasi menerusi perlaksanaan Akses Samarata (Equal Acess) mulai 1
Januari 1999.

14
Mulai 1 Julai 1995, Telekom melaksanakan penstrukturan semula organisasi
sebagai persediaan menghadapi perubahan situasi pasaran terutamanya akibat
pertambahan jumlah pesaing dalam industri ini. Ia memberikan tanggungjawab dan
kawalan penuh kepada Pengurus Pejabat Telekom Tempatan menurut segmen masing-
masing. Menerusi struktur baru ini, Telekom dapat memenuhi keperluan dan kehendak
setiap segmen pasaran dengan lebih berkesan. Untuk menghadapi era globalisasi , sekali
lagi pada Januari 2001 TMB distrukturkan semula. Dalam pengstrukturan baru TMB
mempunyai lebih daya saing untuk mengharungi era globalisasi.

Di samping itu, perkembangan era teknologi yang semakin meningkat, pelbagai


perkhidmatan baru telah disediakan. Antaranya ialah Talian COINS, TOLLFREE,
VPN, KADFON, MALAYSIA DIRECT, VSAT, WILL, TELESSTOCK, ISDN,
TMNET, VIDEO CONFERENCING dan sebagainya telah diperkenalkan. Dengan
pencapaian dan peningkatn yang dialami oleh Telekom Malysia Berhad, tidak mustahil
sekiranya ia menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang terunggul dan terkemuka serta
mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

15
1.2.4 PENSWASTAAN JABATAN TELEKOM MALAYSIA

Berdasarkan kepada permintaan dan perkembangan telekomunikasi yang semakin


menggalakkan, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah diperbadankan pada 12
Oktober 1984 untuk mengambil alih operasi Jabatan Telekom Malaysia selaras dengan
dasar penswastaan. Operasinya dikawal melalui lesen yang dikeluarkan oleh
KementerianTenaga, Telekom dan Pos bagi percubaan 20 tahun mulai Januari 1987.
Lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos telah memberikan
hak kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) untuk penubuhan,
penyelenggaraan dan mengendalikan semua sistem telekomunikasi milik pelesen yang
sedang beroperasi atau dijadualkan beroperasi ketika itu bertujuan menyediakan semua
bentuk telekomunikasi, televisyen dan radio dalam negara dan seluruh dunia.

Fungsi Jabatan Telekom Malaysia diambil alih dengan rasminya oleh Syarikat
Telekom Malaysia Berhad pada 1 Januari 1987. Jabatan Telekom Malaysia adalah
organisasi sektor awam yang pertama dikomersilkan dengan penswastaan. Pada 6 Januari
1987 jam 10 pagi bertempat di ibu pejabat Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Jalan Raja
Chulan, Kuala Lumpur telah berlangsung upacara pelancaran Syarikat Telekom malaysia
di rasmikan oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos iaitu Yang Berhormat Dato’ Leo
Moggie.

16
1.2.5 SEJARAH SISTEM RANGKAIAN TELEKOM MALAYSIA

1874 – Talian pertama menghubungkan pejabat Residen di Kuala Lumpur dan


pejabat Penolong Residen di Taiping .

1882 – Talian yang melalui dasar laut yang menghubungkan Seberang Prai dan
Pulau Pinang diwujudkan .

1891 – Ibusawat pertama di bina di Kuala Lumpur .

1900 – Perkhidmatan telefon Magneto yang pertama yang dilancarkan di Sabah .

1962 – Kemudahan Sambung Terus Dail (STD) diantara Kuala Lumpur dan
Singapura diwujudkan .

1964 – Pemasaran kabel dasar laut SEACOM diantara Singapura Dan Kota
Kinabalu .

1970 – Stesen satelit bumi dibina di Kuantan .

1975 – Pemasangan ibusawat teleks automatik .

1979 – Kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD) diperkenalkan .

1980 – Ibusawat elektronik dilancarkan .

1981 – Stesen satelit kedua di Lendu dilancarkan .

1983 – Perkhidmatan Datel dan telefaks diperkenalkan .

1987 – CASS (Customer Automatik Service System) dilaksanakan .

17
1988 – Perkhidmatan Business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang . Telekom Malaysia memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen
satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai rekabentuk dan teknologi yang
termoden .

1989 – TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan computer


dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris .

1990 – Perkhidmatan Toll – Free antarabangsa diperkenalkan diikuti dengan kad


fon tanpa bayaran .

1998 – ISDN (Intergrated Service Digital Network) yang membolehkan


pelanggan malihat pemanggilnya yng menggunakan ISDN juga .

1999 – TM-CLIP boleh mengetahui dari mana panggilan dibuat .

18
1.2.6 LOGO TELEKOM MALAYSIA BERHAD

19
1.2.7 OBJEKTIF TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Objektif penubuhan Telekom adalah untuk memberi kemudahan kepada para


pelanggan berkenaan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan sistem
telekomunikasi dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Slogan ‘Sentiasa Bersamamu’ menjadi bukti bahawa Telekom sentiasa mengutamakan
kepuasan para pelanggannya secara menyeluruh.

1.2.8 VISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

“Visi Telekom adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan


penumpuan ke arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak
lain yang berkepintangan dalam Syarikat”.

1.2.9 MISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Untuk mencapai Visi ini Telekom berazam melaksanakan perkara – perkara berikut :

 Menjadi peneraju yang di iktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi.

 Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan


menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.

20
1.2.10 PERANAN TELEKOM MALAYSIA DALAM MSC

Koridor Raya Multimedia atau MSC (Multimedia Super Coridor) merupakan


penggerak era teknologi maklumat yang direkabentuk bagi mempertingkatkan
pembangunan syarikat-syarikat dan Negara-negara dengan menggunakan teknologi
termaju di dunia ini. MSC akan menjadi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
bagi industri-industri berasaskan maklumat, di mana ia membawa pembaharuan dalam
teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat.

Pada masa kini, Telekom telah dilantik sebagai pembekal tunggal telekomunikasi
bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertanggungjawab dalam merekabentuk,
memasang dan menjalankan operasi utama telekomunikasi MSC. Dalam era teknologi
maklumat ini, rangkaian teknologi adalah sangat penting kerana ia adalah kunci dalam
mencipta dunia tanpa sempadan. Dalam membina rangkaian telekomunikasi MSC,
Telekom memasang rangkaian kabel optik yang komprehensif, disokong oleh aplikasi-
aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan demi menetukan kejayaan
cemerlang MSC. Dengan ini, ia akan mempertingkatkan kecekapan, kelajuan dan kualiti
dalam MSC di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.

Telekom Malaysia menghubungkan rangkaian seluruh negaranya iaitu Corporate


Information Superhigway ( COINS ) dan talian Integrated Services Digital Network
(ISDN ) dengan MSC. Melalui COINS, laluan domestik boleh mencapai kelajuan
sehingga 155 mbps sementara talian ISDN menyediakan kelajuan yang tinggi untuk
tujuan faksimili dan telefon. Dalam proses pembangunan MSC, Telekom Malaysia
terlibat sepenuhnya dalam aspirasi MSC bagi memastikan rangkaian yang terbaik dan
paling ekonomi . Oleh yang demikian, segala maklumat-maklumat dapat disalurkan ke
seluruh negara di dunia ini dengan pantas dan berkesan.

21
BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Sewaktu menjalankan Latihan Industri di Telekom Malaysia Berhad di Jitra, saya


telah ditempatkan di tiga bahagian utama iaitu :-

(a) Operasi Rangkaian Tempatan (CNO).


(b) Operasi Rangkaian Jauh (TOMA).
(c) Operasi Rangkaian Suis (SOMA).

22
2.1.1 OPERASI RANGKAIAN SUIS

Di bahagian operasi rangkaian suis (SOMA), kebanyakkan kerja yang dilakukan


adalah melibatkan perisian komputer. Setiap pekerja di dalam bahagian ini hendakiah
mahir dan cekap dalam mengendalikan komputer tersebut. Antara kerja-kerja yang di
lakukan di bahagian ini ialah proses pemotongan telefon dan penyambungan telefon, di mana
pemotongan boleh di buat secara sementara atau terus kepada pelanggan, selain itu aktiviti
lain seperti merekod caj-caj panggilan atau proses charging, menyelenggarakan pakej,
membuat penyambungan baru, mengambil bacaan meter dan CAMA dan sebagainya.

Saya juga turut di beri penerangan tentang toll free, ISDN, SOMA, TOMA, Streamyx,
Fiber Optik, Bahagian Radio SRS, Pendawaian Dalam dan lain-lain. Terdapat enam ibusawat
yang di kawal oleh Host Jitra iaitu Bukit Kayu Hitam, Changlun, Padang Sera, Ayer Hitam,
Tunjang dan Padang Abdul Aziz. Di setiap bilik pensuisan di ibusawat peralatan seperti alat
penghawa dingin perlu di lengkapi dengan secukupnya kerana untuk memastikan haba
yang panas yang keluar daripada equipment tidak menjejaskan peralatan itu sendiri.

Semasa berada di bahagian ini saya telah di tempatkan di tiga bahagian yang
berasingan mengikut jadual yang telah ditetapkan bersama pelatih yang lain.

23
Rajah 2.1.1 : DH Display and Handley.

2.1.2 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

Di dalam bahagian CNO terdapat beberapa operasi yang penting dan melibatkan
keseluruhan rangkaian sama ada rangkaian jauh atau rangkaian suis, antaranya ialah :-

(a) Bahagian pemasangan kabel.


(b) Bahagian pemasangan dan baikpulih telefon.
(c) Bahagian pusat kawalan utama (assignment control center @ ACC).

Di bahagian ini pula rutin harian yang sentiasa dilakukan ialah melibatkan kerja-kerja
luaran, tetapi di bahagian (MDF) rutin harian yang sentiasa dilakukan ialah pilih order yang

24
keluar dari printer iaitu hanya di kawasan Jitra sahaja. Semasa menjalankan tugas di
bahagian ini, saya telah mempelajari cara untuk membuat pemasangan jumper iaitu dari
ibusawat ke sesebuah rumah pelanggan. Di samping itu saya juga dapat mengenali alat yang
digunakan di bahagian ini iaitu punce ( terdapat tiga jenis), cutter, jumper, testfon dan
sebagainya. Selain itu saya juga dapat mengenali beberapa jenis kabinet, DP (distribution
Frame), kabel serta sistem penyambungan kabel. Sehubungan dengan itu, saya juga turut di
terangkan serba sedikit tentang MDF (Main Distribution Frame) atau JAB (Junjungan
Agilian Besar) dan juga IDF.

25
2.1.3 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN (PELANGGAN)

Operasi Rangkaian Tcmpatan atau Pelanggan (CNO) adalah salah satu unit yang
terdapat di dalam Syarikat Telekom Malaysia Berhad, bahagian ini bertanggungjawab
melaksanakan, mengendalikan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan (kerja-
kerja fizikal luaran) Telekom Malaysia Berhad secara manual. Antara pekerjaan atau
aktiviti yang dilakukan ialah:-

i. Pemasangan telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya.


ii. Pemotongan talian telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya.
iii. Penyambungan talian telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya.
iv. Membaikpulilh kerosakan secara manual.
v. Penyelenggaraan kabel-kabel telefon sama ada kabel atas, kabel bawah tanah dan
kabel fiber optik.

Rajah 2.1.3 : Operasi rangkaian tempatan (CNO)

26
2.1.4 MEMFOTOSTAT DOKUMEN

Walaupun tugas memfotostat dokumen tidaklah berkait rapat dengan kursus


pengajian yang diambil, tetapi ini telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya selama
ini. Pada mulanya saya tidak mengetahui cara-cara penggunaan mesin fotostat; tetapi
setelah diberikan tunjuk ajar oleh penyelia dan pekerja di situ saya telah dapat
memahirkan diri saya. Antara dokumun-dokumen yang biasa difotostat ialah minit
mesyuarat, borang bagi kontraktor, aduan pelanggan. Terdapat cara-cara yang betul untuk
menggunakan mesin fotostat di pejabat ini. Antaranya ialah :-

cara-cara untuk sorter ( pengasingan ) dokumen ialah :-

 Tekan butang ‘SORTER’ yang terdapat pada mesin fotostat.


 Tekan butang ‘SORTER 1, 2, 3 ‘
 Tekan nombor atau bilangan yang hendak dicetak.
 Tekan butang ‘START‘

Rajah 2.1.4 : Mesin Fotostat

27
2.2 RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN

JADUAL 2.2.1 – BULAN JANUARI 2007

Jadual 2.2.1 : Jadual Latihan Industri Bulan Januari

15 Januari – 20 Januari 2007 • Daftar latihan industri di pejabat telekom


Alor Star.
• Diberi penerangan tentang tatacara dan cara
bekerja di pejabat Telekom.
• Dibawa ke Ibusawat dan pejabat Telekom
Alor Star untk mengambil Punch Card dan
cop pengesahan penyelia untuk borang lapor
diri.
• Melapor diri di pejabat Telekom Jitra.
• Membuat penyambungan talian telefon dan
streamyx di MDF Changloon.
• Membuat pemasangan jumper di cabinet
UUM.
• Berjumpa dengan Pn. Norhasni Binti Hassan
(Penolong pengurus Telekom jitra).
• Diberi jadual mengenai kerja yang akan
dilakukan sepanjang menjalani praktikal di
pejabat Telekom jitra.

28
21 Januari – 27 Januari 2007 • Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah.
• Membuat pemasangan dan pengujian bagi I-
Talk.
• Diberi penerangan tentang laluan bagi telefon
dan streamyx.
• Membuat pemasangan bagi streamyx di
UUM.
• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx
pelanggan.

28 Januari – 31 Januari 2007 • Configuration Aurora 30.


• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx
pelanggan.
• Memasang talian baru bagi ISDN.
• Mengukur voltage menggunakan meger
meter (bagi talian ISDN).
• Memasang jumper di MDF Bukit Kayu
Hitam.

JADUAL 2.2.2 – BULAN FEBRUARI 2007

29
Jadual 2.2.2 : Jadual Latihan Industri Bulan Februari

01 Februari – 07 Februari 2007 • Cuti ganti sempena Awal Muharram.


• Membaiki kerosakan bagi talian telefon dan
streamyx pelanggan.
• Memasang talian baru bagi ISDN.
• Belajar mengenai soket telefon dan langkah-
langkah pemasangannya.
• Cuti Kecemasan.
• Melihat kerosakan pada cabinet 302
• Reset card di cabinet F634.

08 Februari – 14 Februari 2007 • Membaiki kerosakan bagi talian school net.


• Configuration semula streamyx di rumah
pelanggan.
• Diberi penerangan mengenai sistem
pendawaian dan langkah-langkah
pemasangannya.
• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx
pelanggan.
• Menolong kakitangan pejabat mencari
nombor telefon pelanggan di MDF
Changloon.

15 Februari – 21 Februari 2007

30
• Memasang jumper bagi pemasangan telefon
baru.
• Cuti hari pertama dan kedua bagi Tahun Baru
Cina.
• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx
pelanggan.
• Memasang talian ISDN di TUDM Kepala-
Batas.

22 Februari – 28 Februari 2007 • Mengemaskini jumper didalam cabinet 302.


• Memasang jumper bagi pemasangan
streamyx di MDF Tunjang.
• Membaiki kerosakan school net dan talian
ISDN.
• Jumper streamyx di cabinet F616.
• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx
pelanggan.

JADUAL 2.2.3 – BULAN MAC 2007

31
Jadual 2.2.3 : Jadual Latihan Industri Bulan Mac

01 Mac – 07 Mac 2007 • Membaiki kerosakan telefon dan streamyx


pelanggan.
• Telefon pelanggan yang aduannya masih
terdapat didalam worklist.
• Terima aduan kerosakan daripada pelanggan.
• Belajar mengenai laman web webSTARS.
• Diberi penerangan daripada kakitangan MDF
Jitra mengenai kerja yang akan dilakukan.
• Memberi docket kepada kontraktor.
• Diberi penerangan tentang bangunan pejabat
Telekom jitra.

08 Mac – 14 Mac 2007 • Membuat kaji selidik.


• Belajar mengenai kabel utama dan kabel
agihan.
• Diberi penerangan tentang saiz kabel agihan
dan jenis cabinet.
• Closed docket.
• Membaca pelan kabel utama dan kabel
agihan.
• Mencari bahan-bahan unuk dimasukkan ke
dalam Laporan latihan industri.

• Melakukan kerja-kerja pejabat.

32
• Telefon pelanggan untuk mengetahui aduan
telah dibaiki ataupun tidak.
• Belajar menggunakan DH Display and
Handley.
• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx
pelanggan.

15 Mac – 21 Mac 2007 • Membaiki kerosakan telefon dan streamyx


pelanggan.
• Diberi penerangan tentang laluan bagi kabel
fiber optik dari MDF ke cabinet.
• Closed docket.
• Mengemaskini aduan pelanggan yng belum
dibaiki.
• Lawatan pensyarah ke pejabat Telekom Alor
Star (Pn. Salmiah Binti Che Ahmad).
• Berjumpa Pn. Zaiton Binti Ariffin untuk cop
buku laporan harian.

22 Mac – 28 Mac 2007 • Membaiki kerosakan telefon dan streamyx

33
pelanggan.
• Belajar mengenai Fiba Jenis Ericsson.
• Telefon pelanggan yang aduannya terdapat
didalam worklist.
• Menulis aduan baru unuk diserahkan kepada
kontraktor.
• Closed docket.
• Configuration streamyx di rumah pelanggan.

29 Mac – 31 Mac 2007 • Belajar mengenai Fixed Wireless Terminal.


• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx
pelanggan.
• Configuration stremyx.
• Menulis aduan baru untuk diberi kepada
kontraktor.

JADUAL 2.2.4 – BULAN APRIL 2007

34
Jadual 2.2.4 : Jadual Latihan Industri Bulan April

1 April – 7 April 2007 • Menelefon pelanggan untuk mengetahui


samada aduan telah dibaiki ataupun tidak.
• Closed docket.
• Menulis worklist.
• Belajar mengenai cabinet dan ciri-ciri
sesebuah cabinet.
• Diberi penerangan tentang peti agihan (DP
Box).
• Diberi penerangan tentang ISDN dan
konsepnya.

8 April – 14 April 2007 • Cuti ganti Israk & Mikraj.


• Belajar mengenai operasi rangkaian tempatan
(pelanggan).
• Belajar mengenai ISDN National Network
Coverage.
• Diberi penerangan tentang MDF di ibusawat.
• Diberi penerangan tentang fiber optik serta
kebaikan dan keburukannya.
• Belajar mengenai operasi rangkaian suis
(SOMA).

15 April – 21 April 2007 • Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada

35
kontraktor.
• Menelefon pelanggan untuk mengetahui
samada aduan telah dibaiki ataupun tidak.
• Belajar mengenai Pulse Code Modulation
(PCM).
• Diberi penerangan tentang Transmitter (alat
pemancar / penghantar).
• Belajar mengenai Radio SRS (Station Radio
System).
• Diberi penerangan tentang produk-produk
dan perkhidmatan-perkhidmatan telekom.
• Belajar mengenai teleinfo dan menyelesaikan
aduan yang terdapat didalam worklist.

22 April – 28 April 2007 • Belajar mengenai voice mail.


• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx
pelanggan.
• Menulis worklist.
• Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada
kontraktor.
• Diberi penerangan tentang telecard.
• Belajar mengenai persediaan CA Skill Area
(1A).
• Mempelajari mengenai kadfon-payphone.
• Cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

29 April – 30 April 2007 • Menulis worklist.


• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx

36
pelanggan.
• Closed docket.
• Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada
kontraktor.
• Diberi penerangan tentang pendawaian
dalam.
• Belajar mengenai ujian telefon baru dan ujian
penerimaan.

JADUAL 2.2.5 – BULAN MEI 2007

37
Jadual 2.2.5 : Jadual Latihan Industri Bulan Mei

1 Mei – 7 Mei 2007 • Cuti hari pekerja.


• Cuti hari wesak.
• Menulis worklist.
• Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada
kontraktor.
• Diber penerangan tentang tanggungjawab
ketua dan penghulu bangunan.
• Belajar mengenai tanggungjawab pengurusan
dan kesihatan.
• Belajar tentang TM Cellular Sdn.Bhd.

8 Mei – 14 Mei 2007 • Diberi penerangan tentang kerja-kerja


kecemasan berkaitan kabel dan cabinet.
• Belajar mengenai kerosakan loji talian bawah
dan loji talian atas.
• Menulis aduan baru dan lama untuk
diserahkan kepada kontraktor.
• Diberi penerangan tentang prosidur
penggunaan / penyelenggaraan PC &
terminal CNO.
• Belajar mengenai tanggungjawab & prosidur
penggunaan computer pejabat.

15 Mei – 21 Mei 2007 • Belajar mengenai perkara-perkara yang


dilarang ke atas penggunaan computer

38
pejabat dan computer terminal CNO.
• Diberi penerangan tentang tatacara
pemasangan & ujian penerimaan bagi
perkhidmatan ISDN Primary Rate Interface
(PRI).
• Pengeluaran arahan kerja &tanggungjawab
Telekom Malaysia dan pelanggan.
• Cuti ehsan – Perkahwinan.
• Belajar mengenai pemeriksaan awal dan
tatacara ujian penerimaan.

22 Mei – 28 Mei 2007 • Diberi penerangan tentang pemasangan


perkhidmatan PRI dan pemasangan radas
ISDN.
• Belajar mengenai prosedur membuat
penukaran kabel dan verifikasi cabinet.
• Diberi penerangan tentang tanggungjawab
penyelia fibred dan cabinet.
• Prosedur penukaran pasangan SI dan SA.
• Membuat worklist dan menulis aduan baru
untuk diberi kepada kontraktor.
• Belajar mengenai penyusunan semula kabel
Si dan SA.

29 Mei – 31 Mei 2007 • Belajar program audit bagi verifikasi cabinet.


• Membuat worklist dan mencari bahan untuk

39
laporan latihan industri..
• Menulis aduan baru dan lama untuk
diberikan kepada kontraktor.
• Belajar tentang pemasangan Pre-Jumper di
projek baru.
• Diberi penerangan tentang pemasangan Pre-
Jumper dari aktiviti promosi pihak
pemasaran.

JADUAL 2.2.6 – BULAN JUN 2007

40
Jadual 2.2.6 : Jadual Latihan Industri Bulan Jun.

1 Jun – 7 Jun 2007 • Belajar tentang pemasangan Pre-Jumper.


• Membuat worklist dan menelefon pelanggan
untuk mengetahui aduan telah dibaiki
ataupun tidak.
• Belajar pemasangan Pre-Jumper dari direct
sales.
• Diberi penerangan tentang tatacara
menyemak pesanan dari LNASENQ.
• Diberi penerangan tentang streamyx.

8 Jun – 14 Jun 2007 • Belajar mengenai bahagian penjagaan


pelanggan streamyx.
• Membuat worklist dan menelefon pelanggan
untuk mengetahui aduan telah dibaiki
ataupun tidak.
• Menulis aduan baru dan lama untuk
diberikan kepada kontraktor.
• Belajar tentang internet normal dailan, akses
internet prabayar dan jalur lebar wayarles
akses internet.
• Kakitangan pejabat mengadakan jamuan
perpisahan.

• Berjumpa dengan penyelia untuk


mendapatkan cop dan tanda tangan bagi surat
akuan dan borang tamat latihan industri.

41
• Berjumpa dengan semua kakitangan pejabat
Telekom Jitra Berhad dan kontraktor
Telekom Jitra untuk meminta maaf dan
mengucapkan terima kasih kerana banyak
membantu saya selama saya menjalani
praktikal di pejabat tersebut.

2.3 MASA BEKERJA DAN REHAT HARIAN

Jadual 2.3 : Masa Bekerja Dan Rehat Harian

42
HARI MASA BEKERJA MASA REHAT

AHAD – RABU 8.30 PG – 5.30 PTG 1.00 PTG – 2.00 PTG


(PEJABAT)
KHAMIS 8.30 PG – 5.00 PTG 1.00 PTG – 2.00 PTG
(PEJABAT)

Hari Jumaat dan Sabtu ialah hari cuti bagi Kakitangan Pejabat Telekom Jitra..

43
BAB 3 : PERALATAN DAN KESELAMATAN

3.1 PENDAHULUAN PERALATAN

Dalam proses kendalian di ibusawat, perkara utama yang perlu dititikberatkan


ialah peralatan, hal ini kerana setiap peralatan atau istilah lain iaitu equipment adalah
penting dalam menjalani sesuatu perkerjaan dan peralatan ini juga berfungsi untuk
menggerakkan, menjanakan, atau bertugas untuk melaksanakan setiap pekerjaan yang
hendak dibuat di setiap ibusawat. Antara peralatan penting yang digunakan di setiap
ibusawat, stesen pemancar dan bangunan berkenaan dengan Telekom memerlukan
peralatan seperti :-

i. Alat Penghawa Dingin (Air Cond)


ii. Sistem ALARM
iii. Bekalan Kuasa (Power Supply)
iv. Bateri (Battery)
v. Rektifier
vi. Komputer (Programming Computer)
vii. Alat uji pembumian (Tester Earthing)
viii. Hidrometer

44
3.2 ALAT PENGHAWA DINGIN (AIR COND)

Alat penghawa dingin adalah salah satu sistem yang paling penting dalam
ibusawat serta stesen pemancar di setiap tempat. Sistem ini penting kerana ia bertujuan untuk
memastikan keadaan peralatan di ibusawat seperti CSN, SMM, SMT, SMX, SMC, SMA,
SIM, TIM, RBS dan sebagainya berada dalam suhu yang rendah atau sejuk iaitu 20°c hingga
23°c, hal demikian berlaku kerana setiap peralatan di ibusawat atau stesen pemancar bekerja
dalam suhu yang panas. Oleh yang demikian, sistem penghawa dingin inilah yang bertindak
untuk menstabilkan suhu supaya berada dalam takad suhu yang rendah atau sejuk.

Rajah 3.2 : Alat Penghawa Dingin (Air Cond)

3.2.1 JENIS-JENIS ALAT PENGHAWA DINGIN

Terdapat dua jenis alat penghawa dingin yang biasa digunakan iaitu :-

45
a) Sistem Unit (Unit System)
b) Sistem Pusat (Central Plant System)

3.2.2 SISTEM UNIT (UNIT SYSTEM)

1. Sistem unit adalah proses penyaman udara, ia terletak rapat dengan bilik supaya
udara segar dan bersih dapat diperolehi dalam saluran yang pendek.
2. Asas unit penghawa dingin sistem unit terbahagi kepada 6 komponen dan setiap
komponen mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Komponen-komponen ini adalah :-

 Pemampat (Compressor)
 Pemeluwap (Condenser)
 Injap Pengembang (Expansion Valve)
 Pencairwap (Evaporator/Cooling Coil)
 Kipas (Fan Motor)
 Sesalur (Duct)

3.2.3 SISTEM PUSAT (CENTRAL PLANT SYSTEM)

46
1. Sistem ini merupakan satu sistem dimana semua proses penyejukan di jalankan
dalam satu alat (chiller) terlebih dahulu dan cecair (chiller water) yang telah
disejukkan dihantar ke alat penyejukan dalam bilik-bilik (A.H.U @ F.C.U).
2. Tetapi sistem ini jarang digunakan di ibusawat dan sistem pemancar kerana
kosnya yang tinggi dan peralatan yang terdapat di dalam ibusawat juga, cukup
sekadar menggunakan sistem panghawa dingin jenis sistem unit.

3.3 SISTEM ALARM

ALARM adalah isyarat yang digunakan untuk mengetahui kerosakan atau


sebarang jenis masalah yang berlaku di stesen-stesen atau ibusawat Telekom Malaysia
Berhad di seluruh Malaysia.

Isyarat alarm biasanya digunakan untuk mengetahui keadaan sebenar yang terjadi.
Antara masalah yang sering berlaku yang dapat dikesan oleh alarm ialah pada
kebiasaannya ia berpunca daripada kerosakan seperti alat penghawa dingin, bekalan
kuasa, arus pada peralatan dan kabel, peralatan yang berkaitan dengan sistem
penghantaran (transmittion) dan penerimaan (receiver) iaitu kebiasaanya pada equipment atau
peralatan elektrik dan elektronik. Punca lain seperti kerosakan pada rectifier dan sebagainya
yang berkaitan dengan ibusawat atau stesen pemancar.

Setiap kejadian yang berlaku contohnya seperti kejadian suhu yang tinggi pada
penghawa dingin akan mengeluarkan isyarat terus ke ipoh dan dari Ipoh akan terus di
hantar ke Kuala Lumpur, kemudiannya akan dipasukan oleh pihak kuasa di Kuala
Lumpur , dan dapat melihat sebarang jenis kerosakan yang berlaku. Isyarat alarm di

47
perolehi dengan wayar E dan M. wayar E ialah hear manakala wayar M ialah mouth, wayar
E akan menerima manakala wayar M akan memanggil. Kedua-dua jenis wayar ini juga
digunakan dalam system transmittion dan receiver.

3.4 BEKALAN KUASA

48
Bekalan kuasa adalah punca elektrik yang diterima dan TNB atau Tenaga
Nasional Barhad, kerana jabatan ini berfungsi untuk menyalurkan voltan pada pengguna,
sektor, firma, dan sebagainya. Punca voltan yang disediakan adalah mengikut piawaian yang
biasa digunakan untuk kegunaan yang bersesuaian iaitu 240 volt tetapi di ibusawat ianya
hanya menggunakan 230 volt sahaja kerana setiap peralatan atau equipment yang terdapat di
dalam ibusawat mempunyai rektifier tersendiri untuk menyukat takat voltan pada tahap yang
sepatutnya.

Rajah 3.4 : Bekalan Kuasa

3.5 BATERI

49
Bateri berfungsi sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada bekalan kuasa atau power
supply dan bateri ini kemudiannya akan mengambil alih tugas atau peranan yang dibuat oleh
unit bekalan kuasa tersebut. Terdapat dua jenis sel bateri yang digunakan iaitu sel basah dan
sel kering.

Pada kebiasaannya, bateri akan membekalkan voltan selama 10 jam sahaja iaitu tahap
ketahanan dan ia juga bergantung pada masa dan arus (ampiars/hours). Bagi bateri yang
mempunyai usia yang lama voltan yang disimpan akan habis dengan cepat sekali, pada
kebiasaanya bateri ini akan diperiksa sebulan sekali untuk mengetahui kadar voltannya.

3.6 KOMPUTER (PROGRAMMING COMPUTER)

Komputer adalah salah satu peralatan yang terpenting di setiap ibusawat serta
stesen pemancar kerana komputer adalah alat untuk memberi arahan kepada peralatan atau
equipment di dalam ibusawat untuk melakukan kerja atau tugas masing-masing.

Setiap komputer yang terdapat di dalam ibusawat telah diprogramkan sendiri oleh
pihak-pihak yang tertentu untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan, setiap programming
komputer akan dibuat secara rahsia dan seseorang pekerja yang hendak melakukan kerja
dengan menggunakan komputer tersebut perlulah melepasi beberapa syarat dan peraturan
yang telah di tetapkan antaranya ialah kod rahsia atau password dan nama pekerja
tersebut. Sistem ini dibuat bertujuan supaya tidak akan berlaku sebarang pencerobohan atau
eksploitasi terhadap kod rahsia atau jenis-jenis maklumat yang hanya boleh di ketahui
oleh pekerja sahaja.

50
Di setiap bahagian di dalam ibusawat seperti SOMA, TOMA, CNO dan
sebagainya alatan kebanyakannya akan berkendali bersama komputer yang telah di
programkan, seperti di bahagian switching, komputer yang telah di programkan banyak
digunakan di sini kerana dalam proses switching ianya akan melaksanakn tugas seperti
charging, billing, mengambil bacaan meter, proses pemotongan terus, pemotongan
sementara, proses kemasukan talian telefon dan sebagainya dan ia menggunakan kaedah
programming iaitu menggunakan nama singkatan untuk membuat sesuatu proses. Oleh yang
demikian, seseorang penceroboh berkemungkinan tidak dapat menembusi komputer yang
telah di programkan ini.

Rajah 3.6 : Komputer (Programming Computer)

3.7 UJI PEMBUMIAN

51
Alat uji ini lebih dikenali lagi sebagai "earthing tester' ,dimana alat ini adalah untuk
menguji kehilangan pada bumi sama ada pada tahap yang dibenarkan ataupun pada sebaliknya,
tujuan lain alat ini juga adalah untuk menguji dan justeru untuk menghalang daripada
sabungan kilat terus kepada peralatan di dalam ibusawat atau stesen pemancar.

Pengujian ini penting bagi memastikan peralatan di dalam ibusawat berada dalam
keadaan yang baik iaitu supaya tidak berlaku litar pintas yang disebabkan oleh arus yang
mengalir dari tindakbalas yang dikenakan oleh kilat.

Rintangan yang normal atau paling baik adalah 012 hingga 0.5Q tetapi pada
keadaan yang baik ianya mestilah mencapai 0Q kerana semakin rendah nilai rintangan
semakin cepat arus kilat tersebut masuk ke bumi. Oleh yang demikian sermua punca
pembumian perlulah di sambungkan pada setiap peralatan demi mengelakkan daripada
berlakunya kejadian litar pintas dan kerosakan pada peralatan.

3.8 HIDROMETER

Hidrometer adalah sejenis alat yang berfungsi untuk menyukat bacaan bateri, iaitu
untuk mengetahui bateri tersebut dalam keadaan baik atau sebaliknya. Cara
penggunaannya ialah selamkan hidrometer tersebut ke dalam air bateri setelah pam di tekan,
kemudiannya paam yang di tekan sebentar tadi dilepaskan untuk mengetahui bacaan
bateri tersebut.

Sekiranya bacaan menunjukkan pada warna merah ia bermakna bateri ini berada pada
keadaan tidak baik dan merbahaya, oleh itu bateri ini perlulah dibuang untuk menjamin

52
keselamatan. Apabila bacaan menunjukkan pada warna kuning maka bateri ini berada pada
tahap yang stabil dan bagus untuk digunakan dan sekiranya bacaan menunjukkan pada
warna hijau ianya menandakan bateri ini berkemampuan tinggi dan sangat baik untuk
digunakan.

3.9 PENDAHULUAN KESELAMATAN

Secara umumnya, keperluan keselamatan dalam sesebuah bangunan ibusawat dan


stesen pemancar terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

a) Keselamatan Diri sendiri


b) Sistem Pencegah kebakaran

3.9.1 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

Sebagai seorang pekerja yang membuat penyelenggaraan (maintenance),


keselamatan diri adalah tanggungjawab setiap individu itu sendiri pada setiap masa. Segala
situasi yang berkemungkinan yang akan berlaku perlu di hadapi dan di selesaikan oleh
setiap pekerja itu sendiri, maka pemerhatian yang mencukupi harus diserap di dalam setiap
sanubari seseorang pekerja demi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, begitu juga
individu lain yang sama menjalani pekerjaan perlulah bantu-membantu sekiranya pekerja
lain mendapat sebarang kecelakaan.

53
Keselamatan bermaksud seseorang itu dapat menjalankan tugas seharian dengan
bebas tanpa menghadapi sebarang risiko atau permasalahan, manakala takrif bagi
kemalangan pula ialah satu keadaan yang berlaku yang tidak dapat dikawal dan boleh
mendatangkan kecederaan atau kerosakkan kepada manusia, haiwan, mesin, dan peralatan di
sekeliling kehidupan.

Seperti yang telah di ketahui sistem pencegah kebakaran adalah sistem yang paling
penting sekali bagi setiap individu. peralatan dan pembangunan, kerana ia adalah perkara
penting dalam menjaga dan mengawasi sesebuah bangunan, ia juga adalah untuk
mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini seperti
kebakaran, kecederaan pada kakitangan pekerja, pengekploitasian terhadap peralatan dan
sebagainya.

Begitu juga keadaan di ibusawat, penyediaan alat pencegah kebakaran turut di sediakan
kerana kebimbangan dan berkemungkinan akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Antara alat pecegah kebakaran yang di sediakan ialah :-

i. Loceng Penggera Kebakaran


ii. Alat pemadam api
iii. Hos kebakaran (pili bomba)
iv. Tangga dan pintu kecemasan.

3.9.2 LOCENG PENGGERA KEBAKARAN

Loceng penggera ini adalah sejenis alat yang di sediakan sekiranya berlaku

54
sebarang kebakaran atau terperangkap di dalam lif. Loceng ini akan bertindak sendiri
apabila penggera pada loceng tersebut mengesahkan keadaan seperti haba yang panas dan
asap, secara automatik loceng ini akan berbunyi dan ia menandakan sesuatu kejadian telah
berlaku. Loceng yang berada pada lif pula perlu di tekan sendiri oleh si mangsa yang
terperangkap dan pihak keselamatan pekerja akan memberi pertolongan dan bantuan
kepada individu atau pekerja tersebut. Pada kebiasaanya loceng penggera ini akan
diletakkan di setiap tingkat di ibusawat atau stesen pemancar kerana untuk keselamatan
dan kemudahan para pekerja di Telekom sendiri.

Rajah 3.9.2 : Loceng Penggera Kebakaran

3.9.3 ALAT PEMADAM API

Pada kebiasaanya, alat pemadam api ini akan di tempatkan di setiap bilik di dalam

55
ibusawat, kerana untuk memudahkan pekerja memadam sebarang jenis kebakaran
sekiranya berlaku kebakaran. Terdapat bilik yang mempunyai alat ini lebih daripada satu
kerana mengikut saiz dan keluasan bilik serta bergantung juga pada kuantiti atau
kandungan bahan pemadam api tersebut. Dengan terdapatnya alat ini para pekerja tidak lagi
khuatir dan bimbang sekiranya berlaku sebarang keadaan tanpa di duga. Antara jenis alat
pemadam api yang di gunakan di ibusawat ini ialah jenis ‘carbon dioxide’.

Rajah 3.9.3 : Alat Pemadam Api

3.9.4 HOS KEBAKARAN (PILI BOMBA)

56
Hos kebakaran adalah saluran daripada paip bomba yang dibuat bertujuan untuk
menyalirkan air sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan di setiap tempat dan
juga ibusawat. Pada kebiasaanya hos ini akan di letakkan di setiap tingkat berhadapan dengan
tangga ibusawat, ia adalah untuk memudahkan lingkaran hos tersebut di bawa naik atau
turun daripada tangga sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

Rajah 3.9.4 : Hos Kebakaran (Pili Bomba)

3.9.5 TANGGA DAN PINTU KECEMASAN

57
Tangga dan pintu kecemasan pada kebiasaanya akan dibuat pada bahagian tepi
bangunan ibusawat, kerana ia berfungsi untuk pekerja menyelamatkan diri sekiranya
berlaku kebakaran atau kecemasan dan sekiranya berlakunya kebakaran, seseorang pekerja
tidak dibenarkan untuk menggunakan lif yang disediakan, kerana sistem elektrik akan
tergendala dengan serta-merta, oleh yang demikian pekerja di sarankan dan diberi
tanggungjawab untuk menyelamatkan diri mengikut pintu dan tangga kecemasan. Pada
kebiasaanya pintu kecemasan akan sentiasa tidak berkunci dan untuk memudahkan
pekerja meyelamatkan diri masing-masing.

Rajah 3.9.5 : Tangga Kecemasan

3.9.6 JENIS-JENIS PAKAIAN DAN PERALATAN PERLINDUNG


KESELAMATAN

58
Pakaian dan peralatan pelindungan keselamatan adalah penting untuk setiap
pekerja di Telekom Malaysia, kerana ia adalah perkara utama untuk menghalang daripada
berlaku kemalangan atau kecemasan yang begitu berat dan merbahaya. Antara peralatan
perlindungan tersebut ialah :-

(a) Pelindung kepala {headprotection)


(b) Pelindung kaki (foot protection)
(c) Pelindung tangan {handprotection)
(d) Pelindung mata dan inuka {eye's and face protection)
(e) Pelindung pernafasan {respiratoryprotection)

Rajah 3.9.6 : Peralatan Perlindung Keselamatan Diri.

59
BAB 4 : OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

4.1 RANGKAIAN AGIHAN DI ANTARA IBUSAWAT DAN PELANGGAN

Ianya merupakan rangkaian yang menghubungkan pelanggan telefon dan ibusawat


Secara amnya, semua pengguna telefon, teleks, faks dan Iain-lain disambung ke ibusawat. lni
adalah kerana setiap panggilan atau aktiviti perhubungan di antara pelanggan akan diatur
terlebih dahulu di ibusawat. Rajah di bawah menunjukkan rangkaian agihan di antara
ibusawat tempatan dengan pelanggan.

60
Rajah 4.1 Rangkaian agihan di antara ibusawat tempatan dengan pengguna.

4.2 MAIN DISTRIBUTION RAME (MDF DI IBUSAWAT)

MDF adalah bahagian yang menyambungkan pelanggan dengan pusat pensuisan


(SOMA) selepas kabinet, ianya terdiri daripada semua pelanggan atau pengguna telefon
dan data yang berada di satu kawasan atau satu daerah. Oleh itu, MDF juga berfungsi
sepcrti kabinet dan peti agihan yang lebih besar iaitu sebagai titik rujukan. Ini adalah
kerana tugas-tugas yang dilakukan oleh MDF adalah hampir sama dengan tugas yang

61
dilakukan di kabinet. Selain daripada nama MDF ia juga lebih dikenali sebagai JAB iaitu
Junjungan Agihan Besar.

Di antara tugas yang dilakukan oleh MDF ialah :-

i. Melakukan ujian talian telefon (untuk pemasangan telefon baru dan kerosakan).
ii. Melakukan proses jumper (untuk pemasangan telefon baru dan kerosakan).
iii. Memeriksa talian telefon yang rosak.
iv. Memotong talian telefon secara manual.
v. Menyambung talian telefon secara manual.

Rajah 4.2 : Peralatan-peralatan yang diperlukan di bahagian MDF.

62
Di dalam MDF, mempunyai 2 bahagian yang saling berhubung:

• NTA - iaitu sambungan ke bahagian suis (SOMA).


• LEN - iaitu sambungan kepada pelanggan atau pengguna.

4.3 NTA dan LEN

NTA dan LEN adalah nombor setiap pelanggan atau pengguna yang telah di
tentukan oleh unit pemasangan melalui pesanan perkhidmatan yang menyatakan sama ada
menyambung, memasang atau memotong talian telefon secara manual. NTA adalah
bahagian ‘horizontal’ yang berbentuk mendatar manakala LEN adalah bahagian ‘vertical ‘
yang berbentuk pugak.

Sekiranya pemasangan baru hendak dilakukan, dua wire jumper akan digunakan
untuk disambungkan antara sisi ibusawat dengan sisi talian. Di dalam sistem ini
menggunakan kabel jenis copper dan terdapat juga dari jenis fiber tetapi fiber hanya sedikit
sahaja digunakan.

63
Rajah 4.3 : NTA dan LEN.

4.4 LOHONG

Lohong atau nama lain lubang mekanikal adalah tempat pemasangan kabel di bawah
tanah untuk diagihkan kepada kabinet. Ia juga merupakan tempat untuk proses
penyelenggaraan dan tempat membaikpulih sebarang kerosakan yang berkaitan dengan kabel
bawah tanah. Lubang mekanikal ini terdapat dalam pelbagat saiz mengikut keperluan dan
jumlah kabel yang digunakan di satu-satu tempat.

64
4.5 KABINET

Kabinet atau dikenali juga sebagai Gerabak Agihan mempakan tempat pengagihan
talian untuk ke peti agihan (DP) sebelum sampai ke rumah pelanggan. Secara umumnya,
kabinet mempakan tempat penamat kabel utama dimana ia bermula dari MDF (Main
Distribution Frame) melalui lohong dan terus ke kabinet. Kabinet menggunakan unit
penyambungan silang dengan dawai pemintas untuk penyambungan silang.

Pada kebiasaannya, untuk penyambungan dari kabinet ke ibusawat, kabel jenis


'lead’ digunakan dengan saiz 100, 1000 dan dalam pelbagai jenis saiz lagi digunakan. Di
dalam sesebuah kabinet terdapal 9 teras (kompaun) iaitu setiap darinya mempunyai 200
pasang dan diagihkan kepada 20 peti agihan (DP Box).

Bermula dari kabinet ke peti agihan, kabel yang digunakan adalah dari jenis plastik
(kabel plastic) dalam sesebuah kabinet juga mempunyai 1800 pasang dan terdapat dua
bahagian utama iaitu E-side dan D-side. Bilangan bagi setiap teras pada E-side ialah 101
hingga 301, manakala bagi D-side pula bermula dari kabinet ke DP dan mempunyai nilai
maksima 1000 pasang, bilangan bagi setiap teras bermula dari 1 hingga 200.

Di dalam kabinet mempunyai 9 teras dan ianya mempunyai 5 SA dan 4 SI. Setiap
pcngiraannya adalah bermula dari SA. Agihan kabel dan talian adalah bergantung kepada
keperluan dan permintaan pelanggan bagi sesuatu perrnintaan pelanggan bagi sesuatu
kawasan. Pihak pemasangan akan melakukan proses menjumper atau ‘jumpering’ dari
bahagian E-side dan D-side bagi membolehkan satu-satu talian dapat beroperasi. Kabinet
merupakan rujukan talian pelanggan pada sesuatu kawasan, ia juga bertindak sebagai titik
ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan.

65
Terdapat dua jenis kabinet iaitu :-

i. Jenis APO (Australian Post Office)

ii. Jenis BPO (British Post Office))

Kabinet jenis APO dan jenis BPO adalah kabinet yang paling banyak digunakan.
Kabinet jenis APO inempunyai 1800 pasangan dan 200 pasangan penamat, untuk kabinet
jenis ini, terdapat cara pengiraannya yang tertentu iaitu bermula dari bawah dan berselang-
seli dengan SI dan SA iaitu E-side dan D-side, manakala kabinet jenis BPO pula
mempunyai 900 pasangan dan menempatkan sehingga 100 pasangan.

4.5.1 CIRI-CIRI SEBUAH KABINET

Pemasangan kabel yang di sambungkan ke rumah pelanggan adalah sebanyak 1000


pasang tetapi hanya 800 kabel sahaja yang digunakan. Kabel yang selebihnya digunakan
untuk persediaan atau ‘standby’ sekiranya berlaku kerosakan pada talian. la digunakan
bertujuan untuk memastikan keadaan tersebut berada dalam keadaan yang baik.

66
4.5.2 FUNGSI KABINET

fungsi asas bagi sesebuah kabinet adalah seperti berikut :-

a) Untuk memberi penjimatan dalam penggunaan kabel dan juga pemasangan kabel
supaya lebih mudah untuk di tukar ganti.

b) Untuk mengelakkan sambungan dibuka bagi penyusunan semula kabel utama yang

disebabkan oleh sedikit sisihan dan daripada permintaan terdahulu. Dengan itu, ia

menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan kerosakan yang terjadi di sebabkan

oleh permukaan penyambungan.

c) Sebagai tempat ujian pertengahan bagi memudahkan kerosakan.

d) Untuk mengelakkan pengurangan keupayaan pemancaran yang sepatutnya

dipancarkan.

e) Untuk meningkatkan penyusunan bagi talian atau memudahkan pengendalian

rekod-rekod supaya perlaksanaan kerja penyambungan dapat di percepatkan.

f) Untuk memudahkan perancangan di masa hadapan.

g) Untuk membolehkan lepasan kabel utama dengan mudah tanpa memotongnya

menjadi kabel-kabel agihan yang kecil.

67
4.5.3 KABINET JENIS APO

Kabinet APO terdiri daripada dua saiz iaitu 900 dan 1800 sepasang, kedua-duanya
berbentuk silinder dan sama garis pusatnya, bagi kabinet jenis ini, tiga komponen
utamanya iaitu tudung, sarung dan tapak dan bahagian luarannya diperbuat dari
aluminium dan permukaan luarnya di semburkan dengan pasir untuk menampakkan
rupasaip yang pudar. Tudung kabinet disertakan dengan kunci sebagai langkah
keselamatan untuk mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Di dalam kabinet terdapat bacaan pasangan, bacaan ini digunakan untuk


membezakan sisi ibusawat dan sisi agihan. lanya juga ditunjukkan pada label yang terdiri
daripada unit penamat ibusawat (B-side) dengan agihan (D-side) yang disusun berselang seli
mengikut arah lawan pusingan jam disekeliling tapak kabinet.

Kebaikan menggunakan kabinet jenis ini adalah ;-

i. Dapat menjimatkan penggunaan kabel dan boleh diubahsuai dengan pasangan


kabel.
ii. Dapat mengelakkan daripada membuka sambungan semasa penyusunan semula
kabel utama dan juga memudahkan pasangan kabel yang bersaiz kecil.
iii. Merupakan tempat ujian penghantaran bagi memudahkan mencari
tempat kerosakan (mengenalpasti).

68
Rajah 4.5.3 : Kabinet Jenis APO

4.5.4 KABINET JENIS BPO

Terdapat dua jenis kabinet dalam kabinet BPO iaitu kabinet Krone dan kabinet
Pouyet. Antara kabinet yang sering digunakan dalam kabinet jenis BPO ialah kabinet Krone.
Kabinet ini mempunyai persamaan dengan kabinet APO dari segi fungsinya iaitu merupakan
rujukan talian pelanggan dengan sesuatu kawasan. la juga bertindak sebagai titik ujian untuk
mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan. Tetapi kabinet Pouyet mempunyai
kedudukan SI (sisi ibusawat) dan SA (sisi agihan) yang berbeza dengan kabinet APO, iaitu
penamat ibusawat E-side dan penamat agihan D-side. Alat 'jumpering' yang digunakan
adalah berbeza dengan kabinet APO.

69
Kabinet Krone mempunyai dua pintu dan binaannya dibuat daripada fiber glass
polyster, pembinaannya juga adalah tahan kepada iklim dan persekitaran yang boleh
membahayakan atmosfera, sebatian kimia dan bahan hakisan. Kabinet ini juga boleh
memuatkan bilangan pelanggan sehingga mencapai 2400 pemasangan pelanggan, tetapi
biasanya 1800 sahaja yang digunakan.

Rajah 4.5.4 : Kabinet Jenis BPO

4.6 PETI AGIHAN (DP BOX)

Peti agihan berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja membaiki kerosakan dan


tempat untuk membuat penyambungan kabel di bawah tanah. Pada kebiasaannya peti
agihan ini mempunyai 10 pasang tetapi hanya 8 pasang sahaja yang digunakan dan
selebihnya adalah sebagai simpanan dan untuk ujian dari peti agihan ke ibusawat.

70
Pada masa kini, peti agihan yang digunakan di Malaysia didapati tidak memuaskan
kerana terdapat beberapa kelemahan tertentu, ia diperkenalkan dari Australia dan sistemnya
dihentikan kerana kesukaran untuk mcndapatkan bekalan. Oleh yang demikian, peti agihan
yang terbaru telah diperkenalkan di Malaysia iaitu peti agihan jenis Ericsson, setelah diuji
ia didapati amat memuaskan sekiranya digunakan di dalam perkhidmatan Syarikat
Telekom Malaysia Berhad.

4.6.1 HURAIAN TENTANG PETI AGIHAN

a) Binaan satu peti agihan 10 pasang. Antara sistem yang terdapat di dalamnya ialah
sistem pembumian (earth bar), iaitu ia terletak pada kedudukan yang melalui
spring dan penyambungan elektrik dibuat melaluinya kemudian kabel dua dawai
akan disambung dengan menggunakan skru.

b) Setiap peti agihan yang baru akan dilengkapi dengan 10m atau 2.5m hujung kabel
iaitu untuk membolehkan ia disambung secara terus ke kabel bawah tanah atau ke
kabel atas.

c) Hujung kabel yang digunakan daripada PEUT, ‘non-filled’ iaitu kumpulan


pemasangan untuk 10 pasang dimana .5mm adalah untuk satu pasangan dan kod
warna ditunjukkan pada jadual di bawah.

d) Cara untuk membuat bacaan dan pengiraan daripada bahagian hadapan ialah dari atas
ke bawah iaitu daripada pasangan 1 hingga pasangan 10, dimana kaki A adalah di
sebelah kiri dan kaki b di sebelah kanan.

e) Skru pembumian di letakkan di bahagian bawah dan dihalang oleh bar


pembumian.

71
NOMBOR
KAKI A ATAU WAYAR I KAKI B ATAU WAYAR 2
PEMASANGAN
1 PUTIH BIRU
2 PUTIH OREN
3 PUTIH HIJAU
4 PUTIH COKLAT
5 PUTIH KELABU
6 MERAH BIRU
7 MERAH OREN
8 MERAH HIJAU
9 MERAH COKLAT
10 MERAH KELABU

Rajah 4.6.1Rajah penyalut bagi pengalir.

Rajah 4.6 : Peti Agihan (DP BOX)

72
4.7 KABEL ATAS

Kabel atas adalah perantaraan yang menghubungkan pelanggan dengan peti agihan.
Kabel yang biasa digunakan adalah kabel dua dawai, selain daripada itu, terdapat juga
kabel atas yang menggunakan kabel banyak pasang iaitu digunakan untuk pasangan antara
tiang ke tiang yang dikenali sebagai IB kabel.

Rajah 4.7 : Kabel Atas

73
4.8 KABEL BAWAH TANAH

Kabel bawah tanah menghubungkan kabinet dengan ibusawat ke ibusawat yang


lain. Jenis kabel yang digunakan adalah kabel banyak pasang.

Rajah 4.8 : Kabel Bawah Tanah

74
BAB 5 : STREAMYX

5.1 PENDAHULUAN

Tmnet streamyx adalah satu jalur lebar yang menyediakan hubungan untuk
internet dengan kelajuan bandwidths daripada 512 k hingga 2Mbps. Dengan laju
berkaitan / lebar jalur, khidmat ini adalah untuk menyokong kebanyakkan aplikasi-
aplikasi jalur lebar seperti jaringan pengacaraan, aliran video, e-dagang, pembelajaran
jarak dan lain-lain.

5.2 FAEDAH PEMASANGAN STREAMYX

Pada dasarnya khidmat ini akan memberikan banyak faedah antaranya :-

i. Pelanggan-pelanggan kediaman dapat menggunakan internet berat menggunakan


jaring melalui 56 Kbps dail atas atau ISDN.
ii. Perniagaan kecil dapat mengakses internet walaupun memerlukan lebar jalur yang
lebih tinggi pada kos yang sama.

75
iii. Perniagaan besar yang memerlukan akses internet dengan gred perniagaan yang
tinggi untuk streamyx dan telefon pada masa yang sama.
iv. Glite DSL adalah serupa tetapi ADSL kelajuannya berkurangan daripada kadar
penuh ADSL.

5.3 INTERNET NORMAL DAILAN

Dapat disambung ke internet melalui dailan. Mempercepatkan pautan sehingga


56.6 Kbps menggunakan sebuah komputer dan modem atas talian telefon normal. Ia
menyediakan hubungan kos rendah dan ideal untuk pengguna yang hendak menggunakan
internet dan telefon pada satu masa.

5.4 AKSES INTERNET PRABAYAR

Cara yang paling cepat bagi mendapatkan internet adalah dengan internet
prabayar. Pengguna tidak perlu berbaris untuk membayar bil. Pengguna boleh
mendapatkan laluan internet daripada mana-mana lokasi dan tmnet prabayar juga
bertindak sebagai satu kaedah bayaran untuk tmnet kawasan membeli-belah dan aplikasi-
aplikasi dan perkhidmatan boleh didapati di dalam BlueHyppo.

76
5.5 JALUR LEBAR WAYARLES AKSES INTERNET

Bagi anda yang tidak pernah berada pada tempat yang sama dua kali, tmnet
hotspot dapat memuaskan keperluan-keperluan anda dengan cepat. Anda hanya perlu
mempunyai komputer riba, PDA atau tablet PC dan sekeping kad WI-FI. Anda boleh
mendapat kemudahan internet dengan kadar yang rendah. Tmnet hotspot mempunyai
lokasi yang banyak sekali di seluruh Negara.

Rajah 5.5 : Modem dan Wireless.

77
5.6 CUSTOMER CARE

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ke Customer Interaction Center di 1-


300-88-9515 ( 8 am-12 am, Isnin- Ahad ).

• Atau email kami di streamyx@tm.net.my


• Atau faks kami di 03-26870000.

Untuk memastikan bahawa anda menerima maklumat balas yang cepat daripada
Tmnet Sdn Bhd Customer Interaction center 1-300-88-9515, sila pastikan bahawa anda
telah mengisi maklumat pelanggan. Ini adalah untuk memudahkan pihak Tmnet
Streamyx mengetahui maklumat terperinci pelanggan mereka.

Maklumat yang perlu di isi :-

i. Tmnet Streamyx Lohin Name.


ii. Nombor telefon (perkhidmatan talian).
iii. Orang boleh di hubungi.
iv. Saudara terdekat.

Maklumat di atas diperlukan untuk Tmnet terus menyiasat sebarang masalah yang
mungkin anda akan alami.

78
BAB 6 : OPERASI RANGKAIAN SUIS (SOMA)

6.1 PENDAHULUAN

SOMA atau Switching Operation & Maintenance Area merupakan satu


bahagian pusat bagi ibusawat, manakala ibusawat pula merupakan satu pusat dimana
semua talian telefon dapat disambungkan bagi memudahkan seseorang berkomunikasi
antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain mengikut destinasi tersendiri. Oleh
kerana semua peralatan atau ‘equipment’ di ibusawat adalah berkenaan dengan
pensuisan, maka ia digunakan untuk memudahkan proses penyambungan. Antara tugas
utama yang dilakukan oleh bahagian Operasi rangkaian suis ini ialah :-

a) Melakukan kerja-kerja penyambungan talian yang baru dengan menggunakan


sistem komputer (ALCATEL E-10).
b) Memotong talian bagi pelanggan yang tidak menjelaskan bil telefon sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh pihak Telekom.
c) Mengambil bacaan meter dan CAMA bagi semua talian telefon dengan
menggunakan sistem komputer (ALCATEL E-10).
d) Memprogramkan semua kemudahan yang disediakan untuk pelanggan telefon.

79
e) Mengadakan pengujian ke atas peralatan ibusawat (Common Equipment).
f) Pengujian ke atas ujian meter.
g) Merekod semua panggilan yang melalui ibusawat Jitra.
h) Membuka talian telefon untuk perkhidmatan ‘toll free’.

Rajah 6.1 : Jenis-jenis PUNCE yang biasa digunakan.

80
6.2 IBUSAWAT (EXCHANGE)

Ibusawat merupakan sumber atau pusat pengendalian pemprosesan secara


automatik. Ibusawat untuk talian telefon pula terdiri daripada pelbagai jenis dan
bergantung kepada peralatan yang telah disediakan oleh syarikat yang mencipta
peralatan, walaupun setiap ibusawat mempunyai jenis ‘equipment’ yang berbeza tetapi
fungsi peralatan bekerja adalah sama dengan peralatan lain, contohnya seperti di ibusawat
Jitra menggunakan sistem ALCATEL terdapat juga sistem lain yang digunakan di
ibusawat ini. Penentuan untuk perhubungan telefon di seluruh dunia telah ditentukan dan
di buat secara seragam oeh pihak CCITT (Consultant Comitee International Telephone
Telegraf).

Di Malaysia, rangkaian telefon nasional terdiri lebih daripada 525 ibusawat


telefon secara automatik. Antara jenis-jenis ibusawat yang terdapat di Malaysia ialah :-

i. Step By Step (ST 901)


ii. Common Control (RF, ARM,H ITACHI)
iii. Semi Electronic (ESK, PENTEX)
iv. SPC (Analog-AXE, Digital-NEAX)

Di negeri Kedah, terdapat beberapa ibusawat yang berfungsi untuk membuat


kendalian kerja dan jenis-jenis ibusawat ini ialah :-

a) AXE - Sweden
b) NEAX - Jepun
c) ALCATEL 1 - Perancis
d) ALCATEL 2 - Perancis

81
Terdapat beberapa jenis atau kelas ibusawat, antaranya ialah :-

a. Ibusawat Tempatan
b. Ibusawat Kumpulan
c. Ibusawat Tendem
d. Ibusawat Zone
e. Ibusawat ITE

6.2.1 IBUSAWAT TEMPATAN

Ibusawat tempatan merupakan ibusawat yang dihubungkan kepada ibusawat


kumpulan dan ibusawat tempatan ini juga akan mewakili kawasan tersebut untuk
sambungan talian, contohnya ibusawat BKH, CN, PSE, TJN, AHK dan PAA. Setiap
ibusawat mempunyai singkatan nama, begitu juga ibusawat kumpulan turut mempunyai
singkatan nama untuk kod yang telah ditetapkan oleh pihak Telekom.

Penerangan tentang Short Name di atas :-

i. BKH - Bukit kayu Hitam


ii. CN - Changlun
iii. PSE - Padang Sera
iv. TJN - Tunjang
v. AHK - Ayer hitam
vi. PAA - Padang Abdul aziz

82
Rajah 6.1.1 : Ibusawat Tempatan

6.2.2 IBUSAWAT KUMPULAN

Ibusawat kumpulan merupakan ibusawat yang dihubungkan dengan ibusawat


tempatan, contohnya ibusawat Jitra (host), ianya perlu berada di tempat yang strategik
kerana untuk memudahkan perhubungan yang dibuat melalui ‘carrier’ dan kabel dapat
disambung dengan cara yang mudah.

83
6.2.3 IBUSAWAT ZONE

Ibusawat ini merupakan ibusawat yang mengendalikan penyambungan ibusawat


ITE mengikut aras-aras ibusawat yang melibatkan panggilan antarabangsa (international)
iaitu perhubungan antara luar negara dengan erti kata hubungan destinasi ke negara yang
lain.

6.3 PERINGKAT KENDALIAN IBUSAWAT (SOMA)

Setiap sistem ibusawat telefon, biasanya mempunyai beberapa peringkat atau


proses untuk membuat sesuatu panggilan. Antara peringkat bagi sistem ibusawat telefon
ini ialah penyediaan pelanggan, pemprosesan panggilan, pengagihan dan menyediakan
panggilan untuk pelanggan sama ada panggilan luar atau dalam negeri.

Selain daripada proses penyediaan untuk pelanggan tersebut, ibusawat juga


menyediakan litar pengagihan, iaitu sekiranya terdapat seorang pelanggan yang hendak
membuat panggilan ke mana-mana bandar, maka terlebih dahulu litar akan melalui SPC
Jitra.

Sistem perhubungan yang dibuat oleh 'switching' adalah termasuk memberi


latihan kepada setiap pelanggan dan selepas itu akan memberi 'ringging tone’ kepada
telefon pelanggan yang membuat panggilan dan yang menerima panggilan. Sewaktu
proses 'ringging tone' berlaku ia telah mengalami beberapa proses iaitu penukaran dari kod
digital kepada bentuk analog dan ke bentuk digital semula menggunakan sistem binary

84
dan sebagainya. Oleh yang demikian, dapatlah seseorang pelanggan berhubung dengan
pelanggan yang lain

Terdapat beberapa pengkelasan dalam sistem telefoni, antaranya ialah crossbar. Step
by step, digital exchange dan SPC (Store Programme Control). Pada masa kini, sistem
SPC di gunakan di setiap ibusawat dan penggunaannya adalah secara berkomputer. Bagi
tujuan mengawal pesuisan. Sistem SPC ini juga lebih cepat dan dapat menyimpan banyak
data kerana programnya menggunakan 'software' dan 'hardware’.

6.3.1 TUGAS BAHAGIAN SOMA

Bahagian Operasi Rangkaian Suis merupakan unit yang paling penting dalam
sistem perhubungan telefon, kerana unit ini juga berfungsi sebagai nadi untuk
menggerakkan sistem telefon dengan pelanggan. Dalam erti kata lain, sekiranya SOMA
tidak mempunyai kendalian, maka setiap operasi dengan pelanggan tidak akan berjalan
dengan lancar kerana bahagian ini adalah perantaraan antara satu destinasi dengan
destinasi yang lain.

Antara tugas yang di jalankan di bahagian ini ialah :-

i. Membuat 'backup’
ii. Mengambil meter dan CAMA
iii. Mencari kerosakan talian atau talian ‘line up’
iv. Membuat 'route trace'
v. Out going trunk test (QGT)
vi. Pemasangan baru
vii. Pemotongan perkhidmatan

85
viii. Penyambungan semula perkhidmatan
ix. Penukaran nombor telefon
x. Membuka laluan (RC)
xi. Mengambil bacaan bateri di ibusawat
xii. Membaiki aduan kerosakan talian (Doket)

6.4 MEMBUAT ‘ROUTE TRACE’

‘Route Trace’ atau dengan erti kata lain ialah membuat imbasan untuk mengenal
pasti nombor-nombor telefon pemanggil yang membuat panggilan, proses ini dilakukan ialah
bagi menolong pekerja-pekerja pada bahagian kabel dan pemasangan. Apabila pekerja
mengalami masalah kekeliruan dalam memasang kabel maka untuk memastikan kabel yang
betul, pekerja tcrsebut hendaklah melakukan penyambungan kabel tadi kepada set telefon serta
mendailkan nombor yang menggunakan talian khas ISDN yang terdapat di bilik pensuisan.

Selain dari itu, terdapat juga pekerja pada bahagian verifikasi menjalankan tugas
unluk memastikan apa yang tertera di dalam rekod-rekod yang lepas adalah dalam
keadaan yang betul, sekiranya terdapat kelainan maka satu laporan yang lengkap akan di
hantar dan arahan-arahan yang telah di tetapkan perlu di masukkan ke dalam terminal bagi
mengenal pasti nombor pemanggil tadi.

86
Rajah 6.4 : Telefon uji untuk ‘Route trace’.

6.5 PEMASANGAN BARU

Apabila kerja pemasangan dan penyambungan selesai dibuat maka dengan itu,
petugas di bilik MDF akan memberikan arahan kepada petugas di bilik penyuisan bagi
memasukkan isyarat tone kepada talian yang telah siap di pasang. Kerja-kerja
memasukkan tone tersebut dilakukan dengan mengawal Aturcara Kawalan Tersimpan
(SPC) di terminal CRT- TTY. Arahan yang dimasukkan ke terminal akan terus dihantar ke
dalam terminal akan terus di hantar ke dalam peralatan-peralatan pensuisan yang mana ianya
dikawal secara automatik oleh litar mikro pemprosesan.

87
6.6 PERMOTONGAN PERKHIDMATAN

Pemotongan perkhidmatan bermaksud menamatkan perkhidmatan kepada pelanggan


yang gagal menjelaskan bayaran bil bulanan yang tertunggak setelah amaran diberikan
beberapa kali kepada pelanggan tersebut. Pemotongan perkhidmatan ini dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu :-

a) Pemotongan Sementara
b) Pemotongan Terus

6.6.1 PEMOTONGAN SEMENTARA

Di dalam perkhidmatan ini pula dapat dibahagikan kepada tiga pengkelasan yang
utama iaitu :-

(a) Pemotongan atau penahanan panggilan masuk :

i. Biasanya dilakukan pada telefon-telefon awam


ii. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pelanggan daripada membuat panggilan
'reverse charge' kepada telefon awam.

(b) Pemotongan atau penahanan panggilan keluar :

i. Dilakukan kepada pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran bil telefon pada suatu
tarikh yang telah ditetapkan di dalam bil tersebut.
ii. Pemotongan jenis ini dilakukan sekiranya jumlah atau nilai yang gagal
dijelaskan melebihi daripada nilai deposit telefon pelanggan.

88
iii. Setelah pemotongan ini dibuat maka pelanggan tidak dapat lagi membuat panggilan
keluar dan hanya boleh menerima panggilan masuk sahaja.

(c) Pemotongan atau penahanan masuk dan keluar :

i. Dilakukan kepada pelanggan yang masih gagal membayar bil telefon


mereka walaupun pemotongan kedua telah dibuat.
ii. Sekiranya pemotongan ini di lakukan, maka pelanggan tidak boleh lagi membuat
panggilan keluar dan menerima panggilan masuk.

6.6.2 PEMOTONGAN TERUS

Pemotongan terus ini dibuat setelah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan


telefon tidak lagi memerlukan perkhidmatan ini dan juga kepada pelanggan yang masih
belum menjelaskan bil mereka kepada pihak Telekom.

6.7 PENYAMBUNGAN SEMULA PERKHIDMATAN

Penyambungan perkhidmatan bermaksud menyambung semula perkhidmatan


telefon kepada pelanggan yang telah melangsaikan bayaran kepada pihak Telekom iaitu
pelanggan yang lelah dibuat pemotongan secara sementara.

89
6.8 PENUKARAN NOMBOR TELEFON

Penukaran ini bermaksud menukar nombor telefon yang sedia ada atau talian
peralatan kepada yang baru. Penukaran ini dilakukan di atas permintaan pelanggan sendiri
ataupun talian peralatan yang sedia ada mengalami kerosakan.

6.9 SOMA

i. Pemerhatian {attending) :-
a) Sistem ini memaparkan semua panggilan yang dilakukan oleh para
pelanggan.
b) lsyarat daripada panggilan 'calling’ juga dikenali sebagai isyarat ‘seize’
kerana ianya mengawal sumber dari ibusawat.

ii. Penerimaan maklumat {information receiving) :-


a) Berperanan sebagai menerima panggilan dan pemadam isyarat.
b) Sistem ini sedia untuk menerima maklumat daripada pelanggan yang ingin
membuat panggilan.
c) Semua proses ini dinamakan sebagai ‘address signalling’.

iii. Memproses maklumat (information prosessing) :-


a) Memproses setiap maklumat yang diterima bagi mengawal dan
menentukan maklumat tersebut.
b) Oleh kerana panggilan yang masuk dan panggilan yang keluar mempunyai
proses yang berlainan untuk setiap pelanggan, maka ianya memerlukan
maklumat bagi menentukan alamat dan kelas telefon tersebut.

90
iv. Ujian kesibukan (busy testing) :-
a) Bagi memproses maklumat yang diterima, ianya akan menentukan arah yang
diminta oleh litar keluar dan sistem akan membuat ujian kesibukan untuk
mengetahui sama ada talian yang di perlukan tersebut kosong atau sedang
digunakan.

v. Sambungan dalam (interconnection) :-


a) Tiga proses penyambungan dilakukan bagi perbualan yang hendak dilakukan
antara dua pelanggan iaitu penyambungan kepada panggilan terminal,
penyambungan kepada pemanggil teminal dan penyambungan diantara kedua-
duanya.

vi. Berjaga-jaga (alerting) :-


a) Selepas penyambungan dilakukan maka sistem ini akan membuat penghantaran
isyarat berjaga-jaga kepada pelanggan bahawa penyambungan telah dapat
dilakukan.

vii. 'supervision’ :-
a) Selepas panggilan dijawab maka sistem tersebut akan memonitorkan panggilan
tersebut untuk menamatkan penyambungan yang dibuat selepas panggilan tersebut
tamat.

viii. Penghantar maklumat (information sending) :-


a) Sekiranya panggilan yang dibuat menggunakan ibusawat yang berlainan, maka
ibusawat yang pertama akan meminta ibusawat kedua supaya menghantar
maklumat yang diperlukan oleh ibusawat yang baru.

91
6.10 ISDN

Perkhidmatan ISDN (Integrated Service Network) atau dikenali sebagai


perkhidmatan rangkaian digital bersepadu. la merupakan suatu sistem dan juga berbentuk
aplikasi dengan kelajuan yang tinggi iaitu 64 kbits. Dengan adanya sistem ISDN ini, ianya
membolehkan audio, dimana ia menggunakan jarak yang sesuai. Disamping itu juga ianya
dapat disambungkan kepada telefon, komputer, mesin faksimili dan video 'conference’. Bagi
perkhidmatan ‘primary Rate Interface’ (PR1) pula ia berkeupayaan untuk menampung
kegunaan PABX.

6.10.1 KONSEP ISDN

Dengan adanya ISDN ianya dapat membantu di dalam pelbagai pekerjaan sama ada
di dalam sistem penyuisan ataupun sebaliknya. Selain daripada itu, ia juga berkeupayaan
mengaplikasikan dalam kelajuan 64 kbits. ISDN juga mengandungi peralatan yang
berteknologi tinggi dan berketerampilan bagi tujuan memperbaiki sifat-sifat yang khas iaitu
dalam penyelenggaraan dan juga sebagai penyuisan perhubungan.

92
BAB 7 : OPERASI RANGKAIAN JAUH (TOMA)

Operasi Rangkaian Jauh atau lebih lagi dikenali dengan panggilan TOMA
{Transmittion Operation and Maintenance Area). Bahagian ini merupakan satu bahagian
yang diberi tanggungjawab untuk memasang, membuat operasi dan menyelenggarakan
peralatan agar semua penghantaran dan penerimaan gelombang sentiasa beroperasi dalam
keadaan yang baik dan mengekalkan sistem pemprosesannya pada tahap yang paling
maksima sama ada untuk jarak yang jauh atau dekat.

Di antara kawasan penghantaran dan penerimaan yang di buat di bahagian ini ialah Bukit
Kayu Hitam, Changloon, Padang Sera, Tunjang, Ayer Hitam dan Padang Abdul Aziz. Pada
kebiasaannya, pekerja-pekerja di dalam bahagian ini melakukan aktiviti seperti menjaga
peralatan, membuat jumper, melihat kawasan stesen pemancar, memasang kabel optik,
mengendalikan antena yang rosak dan pelbagai lagi.

93
Terdapat beberapa bahagian utama yang di kawal oleh operasi rangkaian jauh ini, antaranya
ialah :-

a) Multipleks/SOH
b) PCM (Pulse Code Modulation)
c) Gelombang mikro (Microwave)
d) Bahagian Radio SRS
e) Stesen Pemancar

7.1 PCM (PULSE CODE MODULATION)

PCM beroperasi sebagai satu proses pemodulatan dimana isyarat maklumat yang
diterima dalam bentuk analog akan melalui proses sampelan. Isyarat yang telah disampel
tersebut akan ditukarkan kepada kod penduaan atau lebih dikenali lagi dengan kod binary
yang mewakili maklumat asal sebelum ianya dihantar melalui talian atau dipancarkan.

Frekuensi gelombang suara manusia adalah antara 300 hingga 3400 Herz dan
kadangkala mencecah sehingga 4000 Herz, dan gelombang suara ini didapati dalam bentuk
analog. Dalam operasi PCM, frekuensi suara tersebut akan ditukarkan kepada bentuk
digital, dimana ia akan menjalani beberapa proses, antaranya ialah :-

i. Penyampelan (sampler)
ii. Pengkuantuman (quantiser)
iii. Pengkod (coder)

94
Ketiga-tiga proses yang berlaku di atas berlaku dalam masa yang singkat dan pantas serta
sukar bagi seseorang individu menganalisa atau melihat proses-proses yang terjadi dalam
hal ini.

7.1.1 KEISTIMEWAAN ISYARAT DIGITAL (PCM) BERBANDING DENGAN


ISYARAT PEMODULATAN ANALOG

a) Di dalam perhubungan jarak jauh, isyarat PCM dijanakan semula dengan


sepenuhnya pada setiap stesen pengulang. Kesan hingar tidak akan menjadi
komulatif. Dalam mereka bentuk sistem pengulang, perkara yang diambil kira ialah
hingar saluran diantara dua stesen pengulang. Di dalam sistem pemodulatan
analog, pengulang berfungsi sebagai penguat untuk menaikkan amplitud isyarat dan
voltan hingar.

b) Nisbah isyarat hingar bagi sistem PCM adalah lebih baik berbanding dengan sistem
analog.

c) Dapat mengendalikan pelbagai isyarat dan sistem PCM ini juga digunakan untuk
memancarkan isyarat analog yang boleh diubahsuai kepada penghantaran
maklumat yang berbentuk digital.

d) Proses pemodulatan dan penyahmodulatan dapat dilaksanakan dengan menggunakan


litar-litar sistem digital. Ia juga dapat mcmberikan kestabilan dan kebolehan yang tinggi serta
penggunaan litar terkamil dapat menjimatkan kos.

e) Isyarat PCM juga boleh disimpan untuk masa akan datang, ia juga mudah dilaksanakan
dengan menggunakan memori berdigit.

95
f) PCM memberi kemudahan kepada teknik pemultipleksan didalam perhubungan.
Teknik pemultipleks ini adalah sistem dimana banyak saluran yang boleh dimuatkan
didalam satu talian penghantaran.

g) Isyarat ini boleh dihantar menggunakan gelombang mikro, VF line, Kabel Coaxial,
gentian optik dan wave guide.

h) Penggunaan kabel optik menjadikan ia lebih ekonomik kerana boleh membawa


muatan yang tinggi.

i) Mudah untuk diselenggarakan kerana alatannya terdiri daripada litar bersepadu


atau integrated circuit dan kurang menimbulkan sebarang masalah.

j) Lebih menarik jika dibandingkan dengan sistem FDM pada masa lalu.

7.1.2 KEKURANGAN DALAM SISTEM PCM

Walaupun sistem ini dikatakan sistem terbaik yang digunakan oleh pihak Telekom,
namun terdapat beberapa kekurangan pada sistem ini, antaranya ialah :-

i. Tidak fleksibel serta mahal bagi rangkaian televisyen.


ii. Rangkaian pengurusan dan kebolehan penyelenggaraan bantuan amal terhad.
iii. Kadar talian sistem yang lebih tinggi adalah satu kemestian.

96
7.2 PENYAMPELAN (SAMPLER)

Penyampelan adalah satu proses bagi mengubah isyarat suara manusia iaitu 300Hz
hingga 3400Hz kepada PAM (Pulse Amplitude Modulation). Setiap penyampelan isyarat
maklumat mengambil masa 3.9us dan masa yang di ambil bagi satu sample pula ialah
125us. Frekuensi penyampelan telah di tetapkan iaitu 8 kHz, sekiranya didapati frekuensi
penyampelan ini kurang daripada nilai tersebut, maka isyarat daripada channel-channel yang
lain akan bertindih dengan isyarat lain. Sekiranya kejadian ini berlaku maka mutu
penghantaran isyarat digital akan berkurangan dan isyarat yang dihasilkan juga tidak
berkualiti. Seandainya frekuensi penyampelan ini melebihi 8Hz maka jarak antara satu
channel dengan channel yang lain akan menjadi terlalu jauh serta memakan masa yang
panjang.

7.3 PENGKUANTUMAN (QUANTISER)

Selepas melalui proses penyampelan, isyarat yang telah tersampel tersebut akan
melalui satu proses iaitu proses pengkuantuman. Proses ini adalah bertujuan untuk
menentukan nilai amplitud analog kepada isyarat maklumat. Aras-aras isyarat yang telah
melalui proses penyampelan tersebut akan dibulatkan kepada aras pengkuantuman yang
terhampir. Selepas itu, denyut-denyut atau isyarat tadi akan dikodkan kepada kumpulan
berdasarkan kepada kod-kod binary atau perduaan.

97
7.4 PENGKODAN (CODER)

Selepas proses pengkuantuman tadi, isyarat yang lelah dikuantumkan akan melalui
proses yang dinamakan pengkodan. Isyarat tadi dikodkan kepada 8 bit iaitu 7 bit adalah
isyarat pembawa maklumat dan 1 bit darinya adalah digunakan bagi menentukan polariti iaitu
1 adalah polariti positif dan 0 adalah polariti negatif.

7.5 MULTIPLEKS / SDH

SDH atau ‘Synchronous Digital Hierarchy’ adalah satu piawaian antarabangsa bagi
rangkaian telekomunikasi optik untuk sesuatu kapasiti tinggi. Ia adalah bertujuan untuk
menyediakan infrastruktur yang lebih mudah, ekonomik, dan fleksibel untuk rangkaian
telekomunikasi. Sistem ini menggunakan laluan FOC dan DRS.

7.6 FIBER OPTIK / GENTIIAN OPTIK

Kabel gentian optik adalah sejenis kabel yang diperbuat daripada kaca yang
diselaputi oleh getah. Media penghantarannya adalah dalam bentuk cahaya atau laser yang
bergerak dengan kelajuan cahaya dengan mempunyai sudut pantulan yang tertentu
sebelum menghasilkan penghantaran. Di sini gentian optik dapat menyediakan banyak
laluan bagi pelbagai jenis kemudahan.

98
Apabila dilihatkan dari segi saiz dan rekabentuk gentian ini ia didapati bersaiz kecil
namun ia mampu membawa maklumat lebih banyak dan pantas berbanding dengan kabel
kuprum yang biasa digunakan. Namun begitu, kabel gentian optik ini amat merbahaya jika
dibandingkan dengan kabel yang lain kerana sekiranya cahaya penghantaran daripada kabel
tersebut dibuat dan terkena pada mata ia akan mengakibatkan kerosakan pada mata atau
mungkin seseorang boleh menjadi buta. Gentian yang dihasilkan daripada kaca juga boleh
menyebabkan jari seseorang yang terluka apabila menyentuhnya.

Ketahanan kabel gentian optik adalah melebihi daripada kabel yang biasa
digunakan kerana struktur semulajadi yang tidak membawa kesan kepada sebarang
tarikan elektromagnatik dan juga elektrik. Dari segi kehilangan pula, pada kebiasaannya
ianya berlaku sekitar I8dB/m pada kabel biasa.

Antara keburukan kabel gentian optik ialah ianya mudah patah apabila
dibengkokkan semasa proses pemasangan, ia juga tidak terlepas dari serangan tikus, tupai
dan anai-anai, kejadian sedemikian lazimnya terjadi di kawasan luar bandar atau
pedalaman dimana melibatkan kabel 'over head' dan kabel 'underground'. Kos untuk
membaiki kabel jenis ini adalah terlalu tinggi kerana ianya menggunakan peralatan yang
mahal dan kerja yang hendak dilakukan juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati.

Terdapat beberapa jenis gentian optik yang digunakan di dalam sistem perhubungan di
Telekom Malaysia, antaranya ialah:

a) Single Mode Step Index


b) Multimode Step Index
c) Multimode Graded Index

99
7.6.1 SINGLE MODE STEP INDEX

Kabel jenis ini adalah kabel yang paling banyak digunakan, kerana diselaputi oleh
satu persatu sarung kabel yang tebal iaitu bahan pelindung bagi menutupi gentian optik
daripada sebarang kerosakan.

7.6.2 MULTIMODE STEP INDEX

Kabel jenis ini mempunyai banyak wayar di dalam sarung penebatnya. Oleh yang
demikian, ia boleh menyebabkan berlakunya pantulan yang tidak seragam dan akan
mengakibatkan berlakunya kehilangan yang akan menjejaskan isyarat yang dihantar
menerusi talian. Kapasiti yang dibawa oleh salurannya lebih kurang 150 kapasiti sahaja dan
ia amat sesuai bagi kegunaan untuk jarak dekat sahaja sebagai contoh di dalam ibusawat.

7.6.3 MULTIMODE GRADED INDEX

Kabel jenis ini berlaku pembiasan yang besar di pusat fiber semasa proses
penghantaran dijalankan tetapi akan mengecil pada bahagian permukaan. Walau
bagaimanapun pantulan yang berlaku tersebut berlaku dalam keadaan yang seragam
dalam bahagian fiber ini. Ianya lebih sesuai digunakan dalam jarak yang sederhana
seperti perantaraan ibusawat tempatan dengan ibusawat kawasan yang berdekatan.

100
7.7 BINAAN KABEL FIBER OPTIK

Fiber optik mengandungi teras dengan index biasan yang tinggi, manakala lapisan
yang mengelilinginya pula mempunyai index biasan yang rendah. Kaca fiber dilindungi oleh
dua lapisan iaitu lapisan pertama daripada plastik atau resin atau kain kasa lembut (soft
ultra violet cured acrylate) dan lapisan kedua pula ialah nylon atau kain kasa yang keras
atau kasar {hard ultra violet cured acrylate). Rajah dibawah menunjukkan binaan kabel
fiber optik.

7.8 PERBEZAAN ANTARA KABEL FIBER OPTIK DENGAN KABEL


LOGAM

Rajah 7.8 menuniukkan Perbezaan antara Kabel Fiber Qptik dengan Kabel Logam

CIRI-CIRI KABEL FIBER OPT1K KABEL LOGAM


Kehilangan per km Lebih rendah (0.3 hingga 0.6 Lebih besar (18 dB/km)
dB/km)
Garis pusat Lebih kecil (0.125mm) Lebih besar
(9.5mm kabel sepaksi)
Gangguan gelombang Tiada Ketara
elektromagnetik
Lebarjalur Lebih besar (sehingga 1 GHz) Lebih kecil (beberapa ratus
MHz)
Kos Makin menurun dalam jangka Kos yang tinggi
panjang
Kualilti maklumat Baik Terdapat gangguan
Kemudahan bahan Senang di perolehi Semakin berkurangan
Berat Lebih ringan Lebih berat (1 kg untuk
(1 kg untuk 40 km) 0.7km)

101
7.9 GELOMBANG MIKRO / MICROWAVE

Gelombang mikro atau lebih dikenali lagi dengan ‘microwave’ adalah satu
perantaraan di antara satu tempat dengan tempat yang lain dalam sistem telekomunikasi
atau perhubungan dua arah, dalam erti kata lain ia berperanan dalam proses penghantaran
dan penerimaan bagi setiap proses yang terlibat sama ada ibusawat atau stesen pemancar
di seluruh negara. Antara sistem yang terdapat di dalam microwave ialah :-

i. Power Supply (unit bekalan kuasa)


ii. Transmitter (penghantar)
iii. Receiver (penerima)
iv. Modulator (pemodulatan)
v. Demodulator (penyahmodulatan)
vi. Switching

Dalam sistem penghantaran (Tx) tahap frekuensi yang digunakan ialah daripada
frekuensi yang rendah kepada frekuensi yang tinggi, manakala bagi sistem penerimaan di
microwave pula adalah daripada frekuensi yang tinggi ke frekuensi yang rendah. Tugas
modulator pula adalah untuk meninggikan frekuensi dan menstabilkannya, manakala bagi
demodulator pula adalah untuk merendahkan kembali frekuensi.

102
7.10 TRANSMITTER (ALAT PEMANCAR / PENGHANTAR)

Transmitter atau alat pemancar adalah satu rangkaian yang terdapat di dalam
rangkaian gelombang mikro, ianya mempunyai ribuan saluran telefon di bahagian
inputnya, untuk membolehkan pesanan dihantar secara serentak, saluran-saluran ini
mestilah digabungkan terlebih dahulu, hal ini berlaku disebabkan oleh lebar jalur bagi satu
rangkaian gelombang mikro adalah lebih besar berbanding dengan satu saluran telefon.

Saluran-saluran ini biasanya digabungkan dalam domain frekuensi menggunakan


proses SDH (Synchronise Digital Hirarcy). Ini dilakukan di bahagian multipleks di
transmitter. Isyarat keluaran daripada bahagian multipleks disesuaikan dengan kuasa yang
diperlukan dan di tekankan dalam bahagian BB (baseband) transmitter.

Proses penekanan ini adalah prose pembentukan amplitud atau frekuensi untuk
membolehkan nisbah optimum isyarat kepada hingar di kekalkan semasa proses
penghantaran. Selepas melalui bahagian BB, kemudiannya BB tersebut akan masuk
kepada bahagian pemodulatan, dimana ia dimodulatkan ke pembawa IF (Intermediate
Frequency) dengan frekuensi biasa iaitu 70 MHz.

Dalam rangkaian tertentu, pembawa RF (Radio Frequency) atau sebahagian


daripada pembawa RF dimodulatkan terus daripada pembawa BB, tetapi penggunaan IF
adalah lebih umum. IF digunakan kerana penguatan dan pembentukan lebih mudah di
perolehi serta perlindungan dan pengawalan lebih mudah dilakukan pada frekuensi
rendah.

103
Bahagian If menguatkan frekuensi yang telah termodulat ke atas IF tertentu dan jika
perlu ia juga boleh mengubah nilai fasa dan nilai amplitud untuk keadaan isyarat yang
optimum. Penghadang amplitud dilakukan pada peringkat akhir bahagian IF untuk
membuang pemodulatan amplitud yang tidak diperlukan.

7.11 BAHAGIAN RADIO SRS (STATION RADIO SYSTEM)

Radio dan gelombang mikro adalah bahagian yang mempunyai tujuan atau fungsi
yang sama, tetapi gelombang radio merambat arah pancaran ke semua arah manakala
gelombang mikro bergerak dan memfokuskan pada arah yang dituju sahaja.

Radio adalah istilah am yang kadangkala digunakan bagi semua frekuensi daripada
30 kHz hingga kepada 300 GHz. Kegunaan radio ialah bagi perhubungan data yang
menggunakan antena di paras bumi untuk menghubungkan titik-titik dalam rangkaian
penghantaran data dan kegunaannya juga adalah untuk radio bersel.

Satu kelebihan radio berbanding dengan gelombang mikro ialah tiada gangguan
daripada hujan, tetapi ia juga mempunyai keburukan iaitu kadar data yang rendah, iaitu
dalam julat kilo bits, berbanding dengan julat yang dicapai oleh gelombang mikro dalam
Giga bits.

Di dalam SRS, antara tugas yang dijalankan ialah clearing fault, maintenance,
annual tests, installation (bergantung kepada bahagian CNO) dan mengemaskini rekod
setiap hari. Antara aktiviti yang dijalankan di bahagian radio SRS ini ialah :-

104
a) WTLL (Wireless In Local Loop)
b) RILL (Radio In Local Loop)
c) MARS (Mulyi Access Radio System)
d) PMR (Public Mobile Radio)
e) COUNTRY SET (Single Channel)

7.11.1 WIRELESS IN LOCAL LOOP

Sistem ini direka khas untuk memudahkan pelanggan yang mempunyai masalah
talian telefon di rumah, hal ini kebiasaannya berlaku dikawasan luar Bandar atau
pendalaman. Oleh itu, pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan perhubungan
rangkaian telefon ini akan disediakan sistem WILL. Sistem ini berfungsi seperti telefon
yang menggunakan elektrik iaitu bateri yang perlu di cas. Sistem ini lebh baik jika
dibandingkan dengan RILL kerana satu kad pada telecenter WILL akan menghasilkan dua
channel berbanding dengan RILL yang hanya dapat menghasilkan satu channel sahaja.

7.12 MULTI ACCESS RADIO SISTEM

Perkhidmatan MARS digunakan untuk kawasan seperti pulau, pedalaman dan


seberang sungai. Tujuan utama MARS digunakan adalah kerana ibusawat yang terdapat di
tempat atau kawasan tersebut kecil dan jauh daripada ibusawat utama. MARS
memberikan perkhidmatannya kepada 128 pelanggan bagi setiap satu centre (stesen pusat) dan
hanya 10 panggilan sahaja yang dapat dibuat dalam satu masa. Apabila kesemuanya telah
digunakan maka nada sibuk akan diterima oleh pelanggan lain yang mana ianya bertindak
sebagai pengulang untuk menghantar balik kepada tempat yang hendak di hubungi.

105
BAB 8 : SISTEM CASS

8.1 PENGENALAN SISTEM CASS

Sistem CASS adalah satu sistem yang diwujudkan untuk menyemak maklumat
pelanggan, hutang pelanggan dan bil telefon pelanggan. CASS adalah singkatan daripada
Customers Automated Services System. Selain untuk menyemak maklumat pelanggan, ia
juga digunakan sebagai rujukan ketika membuat ‘collection’ pada setiap bulan.

8.2 SPESIFIKASI

• Perkakasan yang digunakan untuk mengendalikan sistem ini ialah komputer.


• Tanpanya, sistem ini tidak akan beroperasi.

106
8.3 CARA MENGENDALIKAN

Masukkan ID Telekom untuk ke peringkat seterusnya. Masukkan kod laluan atau


‘password’ dan pilih bahagian yang hendak digunakan seperti, ‘tanya’ untuk mengetahui
semua maklumat pelanggan; ‘collect’ untuk tinjauan pembayaran bil; dan ‘enquiry’ untuk
semak bil semasa, alamat pelanggan dan sebagainya. Untuk sebarang bantuan, rujuk
maklumat yang tertera di bawah.

8.4 PENGGUNAAN MENU TANYA

“muka depan dekstop”


• Untuk masuk ke sistem ini, perlulah klik pada ikon SISTEM CASS yang terdapat
pada desktop.
• Untuk memasuki sistem ini, perlulah taip ID Telekom. Selepas itu, tekan
‘ENTER’ untuk seterusnya.

Rajah 8.1: Cara masukkan ID Telekom

107
• Untuk masuk ke bahagian ‘prod 5’ iaitu bahagian yang digunakan oleh
kebanyakan kakitangan Telekom di sini, taip ‘d’ pada tempat yang disediakan dan
tekan ‘ENTER’.

Rajah 8.2: Cara masuk ke bahagian Prod 5

• Masukkan ‘password’ dan tekan ‘ENTER’.

Rajah 8.3: Bahagian masukkan password

108
• Seterusnya, taip ‘tanya’ untuk mengetahui semua maklumat pelanggan seperti
alamat lengkap, senarai akaun dan nombor telefon, nombor ID, profil pelanggan
dan sebagainya. Tekan ‘ENTER’ untuk seterusnya.

Rajah 8.4: Cara masukkan kod ‘tanya’

Rajah 8.5: Contoh menu pertanyaan

109
• Untuk mengetahui ID pelanggan, masukkan nombor telefon dan tekan F2 untuk
sahkan pilihan yang dimasukkan.

Rajah 8.6: Cara mandapatkan ID pelanggan

• ‘Highlight’ biru itu merupakan ID pelanggan. ‘Copy’ ID tersebut untuk tindakan


seterusnya. Tekan ‘PAUSE BREAK’ untuk paparan hadapan.

Rajah 8.7: Contoh ID pelanggan

110
• Selepas itu, ‘paste’ ID tersebut pada ruang yang disediakan. Untuk sahkan
nombor ID tersebut, tekan F2 dan menu pilihan pelanggan dipaparkan.

Rajah 8.8: ID yang telah dipaste

Rajah 8.9: Menu pilihan pelanggan

111
• Terpapar lengkap seperti kategori, kelas industri, kod segmen, nama dan alamat
pelanggan dan lain-lain.

Rajah 8.10: Contoh maklumat pelanggan


• Seterusnya, untuk mengetahui nombor perkhimatan dan nombor akaun, tekan
‘F4’.
• Untuk keluar daripada ‘tanya’ di atas, tekan ‘PAUSE BREAK’.

112
Rajah 8.11: Contoh nombor perkhidmatan dan nombor akaun
8.5 PENGGUNAAN MENU ENQUIRY

• Seterusnya, taip ‘enquiry’ untuk mengetahui bil semasa, alamat pelanggan dan
lain-lain. Tekan ‘ENTER’ untuk seterusnya.

113
Rajah 8.12: Cara masukkan kod ‘enquiry’
• Menu utama pertanyaan akan dipaparkan. Untuk ke Maklumat Am Pelanggan,
tekan F2.

Rajah 8.13: Menu utama pertanyaan


• Selepas itu, masukkan nombor telefon pelanggan pada ruang yang disediakan.
Tekan ‘F2’ untuk sahkan nombor perkhidmatan tersebut.

114
Rajah 8.14: Cara masukkan nombor telefon

• Nombor – nombor akaun inbois akan dipaparkan. Pilih nombor akaun dan tekan
‘F3’ untuk seterusnya.

Rajah 8.15: Nombor – nombor akaun inbois

8.6 KOMEN DAN CADANGAN

115
Setiap sistem yang beroperasi, pasti ada kelemahan masing-masing. Begitu juga
dengan sistem CASS. Walaupun ia ditugaskan untuk memberi kemudahan untuk mencari
maklumat pelanggan, adakalanya ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya;

i. Sistem ini sering ‘break down’ secara tiba-tiba. Pernah juga ia tidak dapat
digunakan setengah hari. Ini akan melambatkan setiap tugasan yang
menggunakan sistem ini kerana ia perlu diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang
masalah dan gangguan.
ii. Adalah disyorkan supaya pihak bertanggungjawab dapat memantau dan
memastikan sistem ini sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bermasalah bagi
melicinkan lagi kerja-kerja yang berkaitan.
iii. Nama syarikat dan alamat pelanggan yang tidak kemaskini. Pelanggan tidak
memberitahu pihak Telekom tentang pertukaran nama syarikat dan alamat terkini.
Ini menyukarkan pihak Telekom mengesan pelanggan tersebut.
iv. Untuk menjadikan setiap keja berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan,
adalah dicadangkan supaya pihak Telekom sentiasa mengemaskini dan
mengambil tahu tentang maklumat pelanggan dari semasa ke semasa. Oleh itu,
hubungan antara pelanggan dan kakitangan Telekom adalah sangat penting.

8.7 KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan daripada sistem CASS ini ialah penggunaan sistem
ini sangat penting kepada Telekom Malaysia kerana tiada alternatif lain untuk mengesan
maklumat pelanggan selain sistem ini.

BAB 9 : KESIMPULAN, SARANAN DAN CADANGAN

116
KESIMPULAN

Setelah tamat menjalani Latihan Industri yang bermula pada 15hb Januari 2007
dan telah selamat berakhir pada 15hb Jun 2007 di Pejabat Telekom Jitra. Kini dapatlah
saya membuat beberapa kesimpulan.

Selama 6 bulan saya menjalani Latihan Industri di pejabat tersebut, saya telah
diajar dan diberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai bidang Elektronik dan
berkaitan dengan Elektrik iaitu kursus yang diambil di Polimas. Banyak perkara-perkara
yang sebelum ini tidak diketahui telah dipelajari sepanjang saya melalui tempoh Latihan
Industri ini. Sesungguhnya ini dapat mematangkan para pelajar bagi menempuhi alam
pekerjaan yang sebenar setelah tamat pengajian di politeknik. Walaupun terdapat
beberapa tugas yang tidak berkait rapat dengan bidang yang diambil, ini juga dapat
menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Saya bersyukur kerana telah mendapat
tunjuk ajar daripada pihak syarikat terutamanya penyelia serta rakan-rakan sekerja.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah Latihan Industri yang diwajibkan kepada
pelajar politeknik ini dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman kepada saya.
Selain daripada itu, ia juga memberi semangat serta kenyakinan kepada saya untuk terus
menceburkan diri dalam bidang ini kerana ia berkait rapat dengan kursus yang saya ambil
di Polimas iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik. Mulai dari saat ini saya bertekad dan
terus berazam untuk terus menimba pengetahuan sebanyak yang mungkin dalam bidang
yang saya ceburi.

SARANAN DAN CADANGAN

117
Semasa menjalani Latihan Industri, para pelajar mungkin menghadapi masalah-
masalah tertentu contohnya seperti penyesuaian diri di tempat kerja. Disebabkan perkara
tersebut, beberapa faktor perlu diambil kira bagi mengelakkan masalah-masalah ini dari
terus berlaku. Bagi menambahkan lagi keupayaan dan membantu para pelajar Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menjalani Latihan Industri, terdapat beberapa
saranan dan cadangan yang boleh diambil dan diantaranya ialah :

1. Bagi pihak para pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang
akan menjalani Latihan Industri, mereka perlu menitik beratkan tentang masalah-
masalah yang bakal dan dihadapi oleh mereka sendiri semasa menjalani Latihan
Industri. Pihak politeknik juga haruslah mengambil berat mengenai masalah yang
dikemukan oleh para pelajar serta mengambil tindakan ynag sewajarnya.

2. Para pelajar yang akan menjalani Latihan Industri perlu mengambil beberapa
langkah berjaga-jaga dan harus tahu apakah tindakan yang perlu diambil
seandainya berlaku sebarang masalah atau kesulitan.

3. Bagi majikan, pegawai atau penyelia firma atau syarikat perlu memberikan
perhatian yang penuh terhadap para pelajar serta memberi tunjuk ajar yang
secukupnya seperti yang diharapkan. Selain itu,mereka juga perlu memberi
kerjasama yang sepenuhnya kepada para pelajar yang menjalani Latihan Industri.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa Latihan Industri yang


dijalankan oleh para pelajar bukanlah semudah yang disangkakan. Dengan itu, para
pelajar mestilah mengambil inisiatif dan memandang lebih serius dalam perkara
tersebut.

SENARAI RUJUKAN

118
1. Buku Laporan Latihan Industri Diploma Kejuruteraan Elektronik, Sesi Januari
2004, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Syaifullizan Anuar bin
Azham.

2. Buku Laporan Latihan Industri Sijil Ukur Bahan, Sesi Julai 2006, Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Badrul Hisyam Bin Ishak.

3. Buku Panduan Latihan Industri Polimas 2007

4. Buku Laporan Harian Latihan Industri 2007

5. Profil Pejabat Telekom Berhad..

119