Anda di halaman 1dari 12

HII SZE CHIEN

OH SOO CHIN

MOH YUEN YAN

PENGENALAN
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum
( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat
pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam
sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan
kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )
Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang
mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan
ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN


KURIKULUM

Falsafah
pendidikan
Pengaruh
psikologi
pendidikan

Faktor
perkembanga
n ilmu dan
kepentingann
ya

Kehendak
masyarakat

FAKTOR-FAKTOR
YANG
MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN
KURIKULUM

Faktor
murid ,
kehendak ,
dan
keperluan
masyarakat

Faktor
pembangunan
negara dan
perkembangan
dunia
Faktor
perancang
dan
pelaksana
kurikulum

1.0 Falsafah pendidikan

Faktor politik

Faktor
perubahan
sosial

Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak


sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan
kebangsaan kita adalah seperti berikut :
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara "
( PPK, 1988 )
Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap
pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang
diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan
yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ;
i.

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek


kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti
penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan
penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.

ii.

Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia


seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di
sekolah.

iii.

Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang


seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv.

Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum


diperkenalkan.

v.

Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.

vi.

Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

vii.

Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

viii.

Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.

ix.

Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu


pengetahuan.

x.

Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

xi.

Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan


bersikap berdikari.

2.0 Kehendak masyarakat


Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat.
Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan
kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua
tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebihlebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.
Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan :
" It is not an easy task to establish what demands society makes on
education and what contribution education can or should make to
culture, especially in a complex society in which vast and rapid
changes are occuring."

Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan
kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam
masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri
ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat
pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.
Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas
seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat
dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai
kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan,
kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.
KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid :
- menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan.
- menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis.
- menguasai kemahiran mengira
- menguasai Bahasa Inggeris
- membina dan memupuk akhlak yang mulia
- meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam
- dapat bergaul dalam masyarakat
o mengembangkan bakat dan daya kepimpinan
3.0 Faktor politik

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning


menyatakan " :

"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing


with people and their various power bases and their views of what makes for
good education"

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to


Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan
perkembangan sesuatu kurikulum.
Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh
proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu
bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.
Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan
pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab
menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.
Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran
hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang
lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung
menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila
negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut
berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub
dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan
dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum
Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian
dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan.
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata
Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan
bagi mewujudkan perpaduan negara itu.
4.0 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia

Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara


dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak
seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai
mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida
Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and
the institutions of our society, but man itself "
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah
membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini.
Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan
negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu
menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional
kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi
dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)
5.0 Faktor perubahan sosial

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran


akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di
sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan
murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah
penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan
melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol
dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan
merosak dan menghalang pembangunan negara.
Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan
Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan


seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu
perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilainilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan
(Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
6.0 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat
kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan
dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari
masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap
kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat
dan kemajuan negara.
Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru
sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat
diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak
menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta
pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan
menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri
dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan
perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan
kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus
sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari
penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting
dalam

7.0 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang


melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih
sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum
yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan
kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu
dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan
segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan
potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani
dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid
serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat
dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif
perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.
Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurangkurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan
tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan
di sekolah-sekolah dengan berkesan.
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota
masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan
murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana
mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

8.0 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya


Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang
seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna
selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat
dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini
disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang
lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan


sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini
penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari
masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada muridmurid bagi mengimbangi keperluan zaman.
Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan
membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya,
mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang
pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi
keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.

9.0 Pengaruh psikologi pendidikan


Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan
oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada
abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi
fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap
isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli `
fahaman perkaitan mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit
kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku.
Fahaman ini telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta
dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama
pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata
dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992).
Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum
pendidikan matematik sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah
dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan
matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti

pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri


pelajar terhadap matematik.
Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matetamati yang memberikan
tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah
diperkembangkan pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM
pengajaran dan pembelajran Matematik ditekankan kepada fahamanb binaan
(konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
(Nik Aziz Nik Pa, 1992)
PENUTUP
Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah
turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi
manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan
kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah
peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.
Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan
[perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu
sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan
perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan
yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru.