Anda di halaman 1dari 3

1.

Silir Daksina. Novel ini memenangi tempat kedua pertandingan novel


remaja HSKU 2009 hasil tulisan saudara Nizar Parman. (klik sini untuk ke blog
beliau)

2.
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja, (harus untuk pemenang
HSKU antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan adalah watak utamanya ialah
seorang remaja) bernama Haiqal Haqimi. Hidup bersama ibu dan ayah
tirinya.

3.
Suatu hari didatangi sebuah manuskrip lama yang di dalamnya terdapat
tulisan-tulisan arwah ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan manuskrip
lama itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah
kandungnya itu di sebuah kampung di Johor Bahru.

4.
Keputusan beliau untuk ke Johor untuk mencari arwah ayah kandungnya
telah mendapat tentangan daripada ibunya. Ibu Haiqal melarang anaknya ke
Johor atas sebab-sebab tertentu yang saya kurang jelas. Apa yang di beritahu
hubungan ibu dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia
sehingga berpisah dan ibunya membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala
Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan, tinggal kesepian di Johor
Bahru. Kesepian keseorangan dan kerinduan kepada anaknya, Haiqal Haqimi.

5.
Namun keputusan Haiqal telah bulat walaupun ibunya melarang keras
dia ke Johor Bahru. Ibunya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup Abdullah
bin Kayan.

6.
Sesampai di kampung arwah ayahnya, Haiqal disambut dengan mesra
oleh penduduk kampung di sana kerana Abdullah bin Kayan ini seseorang
yang disegani di situ. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai
arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.

7.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Watak
Abdullah Kayan dijadikan sumber untuk menyampaikan mengenai tarian seni
zapin ini. Watak ini juga diceritakan sebagai seorang yang mencintai sastera.
Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Dan
semenjak ayahnya meninggal dunia kampung tersebut kehilangan orang

penting untuk memperkenalkan tarian zapin dan sastera di kampung itu.


Maka semuanya sepi setelah pemergian Abdullah Kayan.

8.
Kedatangan Haiqal ke kampung tersebut telah berjaya membuka
kembali perhatian dan semangat penduduk kampung terhadap seni zapin ini.
Dan cerita seterusnya adalah tentang Haiqal berusaha mengenali arwah
ayahnya di kampung tersebut.

9.
Saya berkali-kali mengingatkan diri sendiri ketika sedang membaca
novel ini bahawa ini adalah pemenang bagi novel kategori remaja. Tidak
haruslah untuk saya mengharapkan sesuatu karya yang berat ideologi dan
pemikirannya dengan bahasa-bahasa yang bersulam-sulam dari novel ini.
Jadi saya membaca seadanya dengan tanggapan yang benar bahawa novel
ini adalah pemenang kategori remaja.

10. Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang
mewajarkan ia memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini
menampilkan watak remaja yang unggul serta mempunyai jati diri yang
tinggi dan berakhlak mulia. Juga novel ini memberi sedikit sebanyak info
mengenai tarian seni zapin yang makin dilupakan kini. Kekuatan novel ini
juga terletak pada integrasi kaum antara masyarakat Melayu dan Cina.

11. Tapi oleh kerana bacaan saya yang lemah saya merasa jalan ceritanya
begitu mendatar tanpa graf naik turun bagi mendatangkan ghairah untuk
terus membaca. Dan unsur saspens yang menurut panel hakim mampu
merangsang keinginan untuk mengetahui kisah seterusnya tidak saya rasai
langsung. Mungkin kerana bacaan saya yang lemah. Atau sahaja mungkin
saya perlu mengulangbaca semula novel ini untuk benar-benar merasainya.

12. Segala penceritaannya adalah disengajakan buat disesuaikan dengan


tahap remaja itu sendiri agar para remaja lebih mudah membacanya dan
memahaminya tanpa sebarang masalah.

13. Apa yang penting bagi pemenang HSKU ini adalah ceritanya mampu
untuk memberi nilai positif kepada para pembaca iaitu golongan sasarnya

adalah remaja. Jalan ceritanya akan memberi kesan kepada remaja untuk
lebih bercita-cita dalam merencana masa depannya.

14. Mungkin saya akan menjadi tidak adil jika mengharapkan sesuatu yang
lebih dari novel ini. Halnya kerana novel ini dalam kategori remaja dan panel
hakim telah pula menetapkan semua ciri-ciri khas untuk diikuti bagi
melayakkan mereka bertanding dalam pertandingan ini. Cuma yang
membezakan novel-novel pemenang HSKU ini ialah nilai kreativiti
pengarangnya. Mungkin itu yang kurang bagi saya setelah membaca ketigatiga novel pemenang HSKU tahun 2009 ini. Tiba-tiba teringat ketika tahuntahun Faisal Tehrani 'menguasai' HSKU. Walaupun dalam kategori remaja,
dengan ciri-ciri yang telah ditentukan pula, Faisal mampu untuk membawa
kelainan dalam setiap novelnya yang memenangi HSKU ketika itu. Tidak
hanya sesuai dibaca oleh remaja, malahan jalan cerita serta gaya bahasa dan
olahannya juga enak diladeni oleh khalayak yang lebih dewasa. Kreativiti dan
imaginasi.

15. Apapun tidak rugi jika membaca Silir Daksina ini. Dari tajuknya sahaja
ia telah unik. Selamat membaca, semoga bermanfaat.