Anda di halaman 1dari 6

TAJUK FORUM: INTERNET BAIK BURUKNYA INTERNET

KALANGAN PELAJAR

DALAM

Pengerusi: Salam Sejahtera, Salam perpaduan, dan Salam Satu Malaysia


bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum PPISMP Bahasa Melayu 2013.
Topik kita pada hari ini INTERNET baik buruknya Internet dalam
kalangan pelajar. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing
lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita
khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang
ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel
pertama,

saudari

Seterusnya

ahli

Selamat

datang

saudari.

panel

berbaju

kurung

saudari

kedua,

ayu

. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana,


nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari .
Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih
jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah maksud internet yang di
uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang sudah berusia pada masa
kini?
Panel Pertama:

Terima kasih saudara pengerusi majlis, Internet bermaksud

penghubung di antara pengguna-penggunanya. Sesungguhnya, ramai yang


menggunakan internet pada masa kini untuk menimba ilmu mahupun mencari
pekerjaan. Walaubagaimanpun, Internet ini dapat mendekatkan hubungan kita
dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan.
Pengerusi: Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi
panel pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat
mendekatkan perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh
di perantaun, bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk mendekatkan
perhubungan tersebut dengan menggunakn internet?

Panel Kedua:

Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan

satu persatu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang
menggunakan perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan. Banyak
contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk menghubungkan
talian tersebut. Seperti emel , facebook , myspace dan sebagainya .
walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap penggunaan komuniti ini
bagus , ada juga yang menganggap ia sebagai satu benda yang buruk.
Pengerusi: Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang
lagi bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah
untuk di gunakan. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi
sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai keburukan menggunakan
internet, apa kata panel ketiga mengemukakan pandangan beliau mengenai
penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu atau
mencari pekerjaan? Silakan saudari.
Panel Ketiga:

Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara

dalam majlis forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk
menimba ilmu atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang
mengutarakan tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga,
ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan
peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja
sementara menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di
rumah ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja
boleh melayari internet untuk mencari pekerjaan. Walaupun ianya hanya
sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak di buang begitu sahaja.
Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita harus sama-sama
menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda

yang bermanfaat.
Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga
menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu
keputusan peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih
baik remaja mencari kerja sementara menunggu keputusan di keluarkan.
Baiklah, itu antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam penggunaan
internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan menggunakan
internet. Soalan saya kembali kepada panel kita yang pertama, apakah
antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet?
Panel Pertama:

Daripada sudut negetif pada penggunaan internet memang

ada. Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk
menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya penipuan
melalui

laman web

yang

kini kian

bermaharajalela. Bagi

yang

tidak

mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan


ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagaibagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur
penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai
dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui
emel yang biasa digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh
penipuan yang boleh anda dapati melalui laman web.
Pengerusi: Terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai
keburukan internet tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan
yang berlaku dan disebarkan melalui internet . apakah contoh lain selain
penipuan yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada
panel kita yang kedua . silakan .

Panel Kedua:

Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang

terdapat dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan
pornografi.

Pelajar

zaman

sekarang

ramai

yang

mengetahui

internet

menyediakan laman web yang berunsurkan pornografi membuatkan pelajr rasa


ingin mengetahui isi kandungnya. Ini adalah salah satu sebab kenapa di
nyatakan bahawa internet juga ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus
ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini
semua akan menjejaskan pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit
dan cetek. Pengetahuan mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan
menumpukan pada laman web yang berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus
memantau anak-anak mereka semasa menggunakan internet.
Panel Pertama:

Maafkan saya saudara pengerusi, saya ingin menambah

sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua.


Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Pertama:

Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang

lebih social berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu
kepada mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan
unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik anak-anak mereka
dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya, ibubapa boleh
menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang
kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negetif.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan
tentang laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin
tahu apakah pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan
menggunakan internet . silakan saudari .

Panel Ketiga: Terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang
diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu
banyak keburukkan yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan
setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan pornografi. Malah
banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya, kita harus
berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya,
benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan
penggunaan yang baik.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita
kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa
yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita
sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun
mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya
pengguaan internet bukan sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah
keburukkan juga terdapat dalam kandungan isi internet . pengayuh sudah
ditangan , perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti
berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah
minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet merupakan pemangkin negara!
Terimalah serangkap pantun indah daripada saya
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu.
Akhir kalam,
Orang putih, orang Pakistan,

Terima kasih syukran jaziilan.

Anda mungkin juga menyukai