Anda di halaman 1dari 6

Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Memetik kata-kata madah pujangga,
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan
dan telah ramai kapal yang karam didalamnya.. Andai muatan kita adalah
iman,dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini."

Saudara,
Menurut Khalifah Abdul Malik bin Marwan,
Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang mempunyai adab, merendahkan
diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya,
membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua hamba pohonkan.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, pihak majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran,


kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian daripada saya, Muhammad Faizuddin bin Hashim,
wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Tuan Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan,Encik Kamarudin Bin Hashim, Penceramah
jemputan,Ustaz Azhar Idrus dan diiringi oleh dif-dif jemputan serta
pensyarah-pensyarah sekalian.

Hadirat mohon berdiri.


Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku beserta alunan bacaan
Asmaul Husna.
Hadirat dipersilakan duduk.

Sirih berlipat bersama pinang,


Pinang berasal Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Encik Kamarudin Bin
Hashim, Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Encik
Aminudin Bin Abdul Hamid, Yang Dihormati,penceramah jemputan untuk
majlis penutup Program Minggu Penghayatan Sunnah Rasulullah ,Ustaz Azhar
Idrus,ketua-ketua jabatan, para pensyarah seterusnya para guru pelatih
sekalian.
Merah menyala si bunga raya,
Biarkan ia mekar di sana,
Izinkan saya mula bicara,
Agar manfaat diperoleh bersama.

Rabbishrohlisodri wa yassirli amri wahlul uqdatamillisani yafqahu qauli.


Assalamualaikum warahmatullahi wa Baraka tuh

Hadirin dan hadirat yang dikasihi Allah sekalian

Sabda Rasulullah sallahu alaihi wasallam : Maksudnya : Apabila kamu


melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini),
maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat
pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata:
majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Hadirin dan hadirat sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita


berkumpul bersama-sama dalam ceramah khas sempena majlis penutup
Minggu Penghayatan Sunnah Rasulullah peringkat kampus sultan mizan bagi
tahun 2014.Dari Amr bin Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu anhu,
Rasulullah bersabda,Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahsunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala)
seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala
mereka sedikit pun".

Bagi memberkati lagi majlis ini, marilah kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh Saudara Ahmad kamil Bin Mohd Mokri.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Saudara ahmad Kamil Bin Mohd Mokri di atas bacaan doa penuh syahdu itu
tadi.

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Memetik kata-kata madah pujangga,
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan
dan telah ramai kapal yang karam didalamnya.. Andai muatan kita adalah
iman,dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini."

Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah


jemputan khas kita pada hari ini.Nama diberi Ustaz Azhar Bin Idrus,dilahirkan
pada 12 Februari 1964 dan berasal dari Ladang,Kuala Terengganu.Beliau
mendapat pendidikan aual di Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar,
Kedah.Kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan
Sulaiman, Kuala Terengganu.Beliau mula belajar agama sekitar tahun 1990
dan belajar secara talaqqi lebih dengan lapan orang guru dalam tempoh 12
tahun.Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai
UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan
remaja.Majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas
mengenali UAI samada secara bertemu empat mata mahupun sekadar
membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube,
Facebook dan sebagainya.

Tanpa membuang masa lagi,majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz


Azhar Idrus untuk menyampaikan ceramah beliau pada hari ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati, Ustaz Azhar
Idrus atas kesudian beliau menyampaikan ceramah sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab. Dipersilakan kepada para hadirin
untuk memberikan soalan kepada penceramah.

Hadirin dan Hadirat sekalian.Kini,tibalah masanya untuk kita sama-sama


mendengar ucapan perasmian penutup Minggu Penghayatan Sunnah
Rasulullah peringkat kampus sultan mizan bagi tahun 2014 yang akan
disampaikan oleh Yang Berhormat,Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Encik
Kamarudin Bin Hashim.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat, Encik
Kamarudin Bin Hashim di atas ucapan perasmian penutup yang disampaikan
sebentar tadi.

Para hadirin yang diimuliakan,


Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi Yang
Berbahagia Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Encik Kamarudin Bin Hashim
untuk menyampaikan hadiah cenderahati kepada para penceramah kita pada
pagi ini.
Dijemput kepada Ustaz Azhar Idrus untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah.

Para hadirin sekalian

Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah kita sama sama berselawat bagi
memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hadirin diminta
berdiri .
Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,


Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua hamba pohonkan.

Majlis ditangguhkan dengan Tasbih Kafarah dan surah Al-Asr.


Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmayullahiwabarokatuh