Anda di halaman 1dari 10

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM


KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
PETI SURAT 10821
88809 KOTA KINABALU
SABAH

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL

WTP TEKNOLOGI PEMBINAAN

L2

NO. DAN TAJUK MODUL /


MODULE NO. AND TITLE

WTP 304 KERJA BATA DAN KERJA BATU 1

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT

M4K1 MENGENALPASTI DAN MEMILIH BAHAN KERJA


BATU

OBJEKTIF PENCAPAIAN
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE

NO. KOD / CODE NO.

M4K1.1 Memilih bahan mengikut spesifikasi


M4K1.2 Mengenalpasti kualiti bahan mengikut
spesifikasi
M4K1.3 Melakukan ujian bahan
M4K1.4 Melakukan kerja penggredan bahan
M4K1.5 Menyimpan bahan
M4K1.6 Mengendali bahan
WTP 304

Muka :

1 Drp : 9

TAJUK : Mengenal pasti dan memilih bahan kerja batu


TUJUAN :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan Jenis-jenis kerja
batu, bahan-bahan bagi kerja batu , penggredan kerja batu, ujian-ujian dan
pengendalian kerja batu.
PENERANGAN :

NO. KOD / CODE NO.

Muka:

Drp:

Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu batan ini
berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna,
ketelusan air, cara terjadinya mahupun kekuatannya.
1.0 Pengkelasan batu
Pengkelasan batuan dibuat berdasarkan tiga perkara
a. Kandungan mineral
b.
Tekstur batuan
c. Struktur batuan
Secara umumnya batu batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan besar
iaitu;
a. Batuan igneus
b. Batuan enapan
c.
Batuan metamorfosis

a. Batu igneus terjadi akibat penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi.
Contoh batu igneus batu granit
b. Batuan enapan terjadi akibat enapan yang terkumpul di kawasan
perairan. Ia boleh ikelaskan kepada tiga jenis utama iaitu;
i.
Batuan enapan terjadi secara mekanik terjadi daripada
permaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang
lain.Contoh batuan ini ialah pasir dan batu kuarza.
ii.

Batuan enapan terjadi secara organik terjadi daripada bangkai


hidupan yang halus. Contoh batuan ini ialah batu kapur.

iii.

Batuan enapan terjadi secara kimia terjadi akibat enapan melalui


tindakan kimia larutan berbagai jenis. Contoh garam batu, gipsum
dan kalium karbonat.

c. Batuan metarmorfosis terjadi akibat tekanan haba yang sangat


tinggi pada batuan igneus mahupun batuan enapan. Contoh batu
marmar di Langkawi dan syis di pergunungan Sarawak.

2.0 Jenis-jenis batu dalam pembinaan kerja batu


( type of masonry)
- Pembinaan struktur bangunan memang tidak lari dari bahan yang berasaskan
batu. Batu sepertibata biasa diikat dengan menggunakan mortar bagi

NO. KOD / CODE NO.

Muka:

Drp:

menjadikan membentuk struktur bangunan seperti dinding atau lantai.


- Bahan pembinaan yang berasas batu adalah terdiri batu bata, batu, marmar,
granit, travertine, batu kapur, batu cast, blok konkrit, kaca blok, plesteran, dan
jubin .

Jenis-jenis batu yang digunakan dalam pembinaan:


1. Batu bata

2. Batu

NO. KOD / CODE NO.

3. Mamar

4. Granite

5. Batu kapur

Muka:

Drp:

NO. KOD / CODE NO.

6. Batu cast

7. Travertine

Muka:

Drp:

NO. KOD / CODE NO.

Muka:

Drp:

8. Stucco

Stuko atau render adalah bahan yang diperbuat daripada agregat, pengikat, dan
air.
Ia digunakan sebagai salutan hiasan untuk dinding dan siling, dan sebagai
bahan arca dan seni dalam seni bina

9. Jubin

NO. KOD / CODE NO.

3.0

Muka:

Drp:

Bahan Kerja Batu

Bahan-bahan pengikat yang diperlukan bagi kerja batu ialah pasir dan simen
Pasir dikelaskan sebagai pasir lombong atau pasir sugai. Jangan gunakan pasir
laut kerana ia akan mengeluarkan kekat (scum) diatas permukaan dinding.
3.1 Pasir Lombong
3.1.1 Adalah pasir yang digali dari lombong. Pasir ini banyak digunakan dan
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pasir halus dan pasir kasar.
a.Pasir halus mengandungi sedikit tanah adalah sesuai untuk mengikat bata
apabila dibancuhkan dengan pasir dari sungai dan simen. Bancuhan ini
menghasilkan mortar yang berplastik dan mudah melekat.
b.Pasir kasar tidak sesuai digunakan untuk membancuh mortar. Ia lebih sesuai
digunakan dalam kerja konkrit dan membuat bongkah.
3.1.2 Mutu pasir lombong boleh dipertingkatkan dengan membersihkan
kandungan tanahnya dengan air.
3.2

Pasir sungai

3.2.1 mutunya baik jika tidak mengandungi kekotoran. Bancuhan mortar atau
konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah dikerjakan. Oleh itu, sejenis
bahan yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-kadang digunakan
untuk menambahkan kesenangan kerja dalam kerja-kerja bagi mortar atau
konkrit itu.
3.2.2 .Jika bahan ini tidak digunakan, bancuhan mortar akan memerlukan lebih
banyak simen untuk mendapatkan kesenangan kerja yang sama.
3.3

Pasir pantai laut

3.3.1 Pasir yang didapati dari pantai laut aalah tidak sesuai digunakan kerana
pasir ini mengandungi garam yang akan menyebabkan keadaan peroi pada
peermukaan bangunan yang menggunakannya.
4.0

Ujian bagi pasir

Kekotoran dalam pasir akan mempengaruhi kekuatan konkrit atau mortar yang
menggunakannya. Oleh itu, dua jenis ujian hendaklah dilakukan iaitu:
3.4.1 Ujian keladak untuk menentukan jumlah kandungan Lumpur dan bahanbahan asing. b.Ujian warna untuk menentukan ada atau tidak bahan-bahan
kimia yang merbahaya dalam pasir itu.

NO. KOD / CODE NO.

Muka:

Drp:

Ujian keladak
1.Ujian ini adalah untuk menyiasat kehadiran bahan-bahan asing yang halus
seperti Lumpur. Keladak dan sebagainya dalam kandungan pasir.
2.Ujian ini dilakukan dengan menggunakan satu botol biasa seperti botol jem.
Pasir yang hendak diuji itu dimasukkan sebanyak 50 mm ke dalam botol.
Kemudian diisikan air besih sehingga penuh dan botol itu digoncangkan
selama satu minit.
3.selepas digoncang, botol tersebut dibiarkan selama satu jam untuk
membolehkan kandungan keladak mendap menjadi satu lapisan yang terasing
di atas pasir. Tebal lapisan ini diukur. Jika lapisan keladak itu melebihi 3 mm
bermakna pasir yang diuji itu terlampau kotor.
4.pasir ini adalah tidak sesuai untuk bancuhan konkrit dan perlu dibesihkan
sebelum digunakan.
Ujian warna
1.Ujian warna ini dilakukan untuk menyiasat kehadiran bahan kimia yang
merosakkan pasir. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan satu botol 500 ml
yang bertanda dengan ukuran.
2.Isikan botol ini sehingga 200 ml dengan pasir yang hendak diuji itu. Masukkan
larutan 3% soda api dan botol itu ditutup dengan penutup getah.
3.Selepas larutan natrium hidroksida dicampurkan dengan pasir, botol itu
digoncang dan dibiarkan selama 24 jam. Warna coklat atau warna gelap
menunjukkan pasir itu mengandungi bahan-bahan kimia yang mungkin
merosakkan.
4.pasir itu tidak sesuai digunakan kecuali selepas dibersihkan dengan air.

5.0

Penggredan Batu Baur

NO. KOD / CODE NO.

Muka:

Drp:

Analisa untuk penggredan batu baur hendaklah mengikut Piawaian Malaysia M.S
7.5 dan hendaklah mengikut had-had yang ditentukan.
Penggredan di antara had-had yang ditentukan di atas hendaklah mengikut
sepertimana yang diluluskan dan apabila diuji seperti yang diperuntukkan
kemudian daripada ini hendaklahhamper menyamai penggredan contoh yang
diluluskan. Jika didapati perlu, batu baur halus hendaklah dibasuh dan atau
ditapis untuk mematuhi piawaian yang disebut di atas.
6.0 Penyimpanan dan pengendalian kerja batu
Batu baur pada amnya hendaklah mematuhi Piawaian Malaysia M.S 74. Semua
batu baur hendaklah dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih dan tidak
berselaput dan juga tidak mengandungi bahan-bahan perosak yang cukup untuk
memberi kesan buruk kepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang.
Batu baur hendaklah disimpan supaya terlindung daripada pencemaran. Batu
baur yang berlainan saiz hendaklah disimpan berasingan.

NO. KOD / CODE NO.

Muka:

Drp:

Anda mungkin juga menyukai