Anda di halaman 1dari 1

Ulasan kritis

Berdasarkan paparan slaid powerpoint yang dibentangkan, saya mendapati kerajaan


berjaya dalam mencapai matlamat menyeimbangkan ekonomi untuk merealisasikan perpaduan
kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru telah menunjukkan hasil yang positif dalam
mengurangkan kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum-kaum di Malaysia
khususnya kaum Melayu. Kita adalah maklum bahawa kemiskinan adalah penyakit yang
berbahaya kepada sesebuah negara. Ia mampu mengundang ancaman dari luar dan juga dari
dalam negara itu sendiri. Tambahan pula, jika jurang antara yang miskin dan kaya adalah terlalu
luas, ianya akan menimbulkan perasaan iri hati dan tidak puas hati seakan rakyat yang miskin
adalah sebegitu nasibnya disebabkan oleh penindasan golongan yang lebih kaya yang
memonopoli bidang-bidang teknikal mahupun professional.
Dasar Ekonomi Baru juga memperlihatkan usaha-usaha positif dan aktif kerajaan dalam
membangunkan negara melalu perusahaan sektor awam yang meliputi bidang kegiatan yang
luas dan melalui pelaksanaan dasar yang tegas yang mempengaruhi pembangunan dalam
sektor swasta. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengumpul segala kuasa undangundang dan pentadbirannya serta sumber kewangan dan sumber-sumber lain untuk
mendorong, menggalak dan menyalurkan usaha kea rah pencapaian objektif negara pada
ketika itu. Terdapat pelbagai dasar yang telah dilaksanakan misalnya dasar bagi pertanian,
perikanan dan perhutanan, dasar bagi pengilangan, perlombongan dan pembinaan, dasar bagi
perdagangan dan perniagaan, dasar bagi memperbaiki kehidupan di bandar dan luar bandar,
dan juga dasar bagi pendidikan di Malaysia. Dasar-dasar ini adalah dirancang untuk
dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kedua.
Walaupun objektif Dasar Ekonomi Baru tidak dapat dicapai sepenuhnya, tetapi ianya
telah mengurangkan kekekokan antara kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa 13 Mei
1969 dulu. Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh pihak penjajah dulu juga telah semakin
terhapus dengan terjalinnya hubungan ekonomi antara kaum serta hubungan dari segi sosial.

Anda mungkin juga menyukai