Anda di halaman 1dari 16

1.

0 BIODATA

NAMA

: GUNESVARI A/P BALAKRISHNAN

NO KAD PENGENALAN

: 88017-08-6050

MAJOR

: PENGAJIAN TAMIL

AMBILAN

: AMBILAN JUNE 2012

TARIKH PBS

: 8 -12 SEPTEMBER 2014

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL


2.1

Sebelum PBS

Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah


menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada Puan Noormiza selaku pensyarah
penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami diadakan di
Dewan Kirby. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru
pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.
Menerusi program ini, kami dapat melihat

melalui pemerhatian, penelitian

dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik
darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori
dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani program PBS,
guru pelatih

akan dapat

memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid

belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah.


Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada
pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri di sekolah dan
di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang
pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi
pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi
dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara
objektif PBS.
Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul
maklumat tentang peranan dan tanggungjawab Panitia Pendidikan Seni Visual dan
maklumat yang berkaitan dan pengurusan bilik darjah. Di samping itu ia dapat membina
kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. PBS
membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan


tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki
membuat PBS selama dua minggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS
mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di
kampung halaman masing-masing. Saya memilih untuk menjalankan PBS di kampung
halaman, sekolah yang menjadi pilihan saya ialah Sekolah Kebangsaan Ayer Limau.
Tidak menjadi masalah untuk saya menjalankan PBS ini kerana ini bukan kali pertama
saya ke sekolah. Namun PBS ini adalah untuk membiasakan saya jika ditempatkan
untuk mengajar pada suatu hari nanti. Oleh itu, tidak menjadi masalah jika saya
ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di kawasan pedalaman.
Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami
serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan
PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi kursus Aspek Pedagogi
Dalam PSV dan juga tugasan bagi kerja kursus Psikologi Pendidikan serta tugasan
PBS. Menerusi kesemua tugasan yang kami perolehi, kami dikehendaki membahagikan
masa yang ada selama dua minggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan
bagi kesemua tugasan tersebut.
Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang telah
ditetapkan oleh pihak institut. Soalan tersebut mengkehendaki saya melihat bagaimana
perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran pembelajaran,
bagaimana murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan, bagaimana pengukuhan
terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan, bagaimana cara guru memberikan arahan
yang jelas kepada murid, bagaimanakah murid digerakkan untuk melaksanakan aktiviti
secara berkesan, bagaimana guru menangani gangguan luar jangkaan semasa proses
P&P sedang berjalan, bagaimanakah guru menangani masalah tingkah laku murid

dalam proses P&P, adakah aktiviti berkumpulan dijalankan? Jika ada, bagaimanakah
aktiviti kumpulan diurus dan dijalankan dan bagaimana sesi P&P ditamatkan.
Saya akan menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Taiping bermula dari
8.09.2014 sehingga 12.09.2014. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan
sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu
tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.

2.2

Semasa PBS

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah


melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah
melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang
pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah
berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan
1, Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh
guru lelaki. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.
Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai
pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat
memasuki kelas 5 Cengal dan 3 Bestari. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat
menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi
menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru kelas tahap dua
serta guru penanda kertas peperiksaan UPSR bagi menjawab soalan yang terdapat
dalam tugasan tersebut. Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, tugasan ini mengkehendaki saya mencari
maklumat berkaitan organisasi panitia PJ.

2.3

Selepas PBS

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul


dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan
semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai beberapa
ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak.
Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh
digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak.
Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang
saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya
perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang manusia
dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah
sebaliknya.
Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa
dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang
guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara
kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu
yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke
semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi
sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan saya, walau ditempatkan di
bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap semua itu sebagai beban,
jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia.
Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta
pengurusan

bilik

darjah

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

membina

perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi
mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat
mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan merasa
tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Kemudahan
yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Kemudahan yang tidak

mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin


dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.
Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan
kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil
akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang masuk
ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang
kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.

2.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus


Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan
beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak
tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di
sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang
tempoh PBS di SK Taiping,

Bil.

Tarikh

Tindakan

1.

Melapor diri melalui Guru Besar


Guru Besar meminta berjumpa dengan GPK Pentadbiran
8 September 2014
(Isnin)

Menghadiri perhimpunan rasmi.


GPK Pentadbiran memperkenalkan saya kepada guruguru dan staf sekolah.
GPK membawa saya berjumpa dengan guru Panitia
Pendidikan Jasmani untuk membimbing.
Mendapatkan buku perancangan sekolah melalui GPK
Pentadbiran.

2.

Menghadiri perhimpunan tidak rasmi


Mengambil gambar perjalanan sekolah
Mengumpul maklumat sekolah
9 September 2014

Sejarah
Carta organisasi

(Selasa)

Kemudahan
Mengambil gambar persekitaran sekolah

3.

Mendapatkan maklumat mengenai latar belakang


10 September 2014

sekolah.
Mengambil gambar padang dan gelanggang.

Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di semua


(Rabu)

4.

kelas termasuk kelas prasekolah, pemulihan khas dan juga


pendidikan khas.

Menemu ramah pelajar berkaitan dengan aktiviti yang


11 September 2014
(Khamis)

5.

dijalankan.
Mengemaskini laporan dan maklumat.

Berbincang dengan guru PJ berkaitan isu-isu semasa Pj


12 September 2014

di sekolah.

(Jumaat)

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang
salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah
mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang
disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran
yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang ke
arah penambahbaikan.
Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah.

Landskap sekolah yang hanya

berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama .
Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan
dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural
yang dilukis di dinding-dinding sekolah.
Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini

mengajar

dengan

penuh

dedikasi.

Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru ganti.
Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang
berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan.

3.2 Temu Bual


Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah
menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran,
guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru
panitia, guru-guru lain kakitangan sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya
telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka
sangat baik. Saya

mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini

3.3 Soal Selidik

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal
selidik.

Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah

tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini. Saya menanyakan pelajar
tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang menarik mengenai sekolah ini.

5.0

ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan
bagi setiap semester sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar IPG. Program PBS ini
bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari
perspektif seorang guru.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah
institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen,
refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami
pengurusan

sekolah

dan

pengurusan

bilik

darjah

dan

tingkah

laku

murid

untuk

menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya


dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar,
bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah
tersebut.
Pernyataan professional / kontrak tugasan merujuk kepada harapan / tugasan yang
ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu
ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang
diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di
peringkat akhir.
Tujuan penyataan profesional adalah :

Menyatakan hala tuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas.

Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan


sistematik.

Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang


difokuskan.

Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan / tindakan
susulan.

Objektif :

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat :

Memahami budaya sekolah

Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah

Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid

Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran

Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah

Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim


pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah

Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal

Membina sikap positif terhadap profesion keguruan

Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi

5.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang
suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah
ditekankan dengan pelaksanaan program NILAM dan mendorong pihak sekolah menjalankan
tugas dengan lebih komited.

Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih
sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang
lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang terdahulu
yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat berbanding pengurusan
yang ada sekarang.
Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin
yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Taiping yang telah dibudayakan sejak beberapa tahun
yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat
yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar
bukan sahaja mengucap selamat kepada guru ketika melintas tetapi juga turut bersalam dan
mencium tangan guru. Ini merupakan satu budaya yang perlu diteruskan untuk terus
membentuk modal insan yang gemilang.
Meskipun

dikategorikan

sebagai

sekolah

pedalaman

yang

kurang

sempurna

kemudahannya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan cuba
meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong kepada pelbagai
pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi sekolah dan seterusnya
mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan
kepada saya untuk menempuh alam perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah
yang sedemikian.

5.2 Temu bual


Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam
temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya
berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara dan maklumat yang
diperolehi. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada
mulanya saya agak malu untuk menemu bual pihak berkenaan memandangkan ia adalah
persekitaran yang baru, tetapi ia cuba diadaptasi.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman
Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan
dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam
kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di
ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

5.3 Soal Selidik


Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang memegang
jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya juga dapat
mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal selidik. Selain
daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.
Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang. Antara
contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional, kejujuran,
semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh,
disiplin, kasih sayang, setia kawan dan sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu
guru. Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba
sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan
para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka.
maklumat ini pada masa kelas ganti.

Saya cuba mendapatkan

7.0

LAPORAN AKHIR
Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah amat

berguna kepada guru pelatih seperti saya.

Ini kerana, tugasan ini memerlukan saya

menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah, saya telah memilih salah
sebuah sekolah yang terletak di Taiping, Perak. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan
Taiping. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada
berdekatan dengan rumah ibu bapa saya. Sekolah ini lebih menonjol ke arah akademik
berbanding dalam Ko-Kurikulum. Ini kerana pada tahun ini sekolah ini telah memenangi pingat
emas dalam pidato. Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati ianya sangat
membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan
diri. Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guruguru, kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid,
saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan mereka. Saya juga
belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan menjalankan peraturan di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum
dijalankan di sekolah ini.

Aktiviti kokurikulum

yang dijalankan bukan sahaja merangkumi

bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh muridmurid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh.

Setiap pelajar diwajibkan menyertai

setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Murid 1
Sukan.
Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam
akademik. Prestasi sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun.

Teknik dan strategi

pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan para pelajar di samping usaha
mereka sendiri. Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan
pencapaian para pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS dan PROTIM dijalankan bagi
membantu pelajar-pelajar yang lemah.

Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan muridmuridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh pihak sekolah.
Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak belajar mengenai
suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah
dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan.