Anda di halaman 1dari 13

PENGAKUAN

PENGAKUAN

Dengan ini saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat
berdasarkan susunan dan keperluan yang telah ditetapkan. Saya dengan ini berjanji sekiranya
kerja kursus yang saya laksanakan ini melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan,
segala hasil kerja saya akan digagalkan.

Nama Pelajar

: Gunesvari a/p Balakrishnan

Nombor Kad Pengenalan

:(880617-08-6050)

Kursus

: PISMP

Kumpulan

: 3 PISMP PT/PJ/RBT

Institut

: IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Tandatangan

Tarikh

: 22 September 2014

HALAMAN
JUDUL

HALAMAN JUDUL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

PENGHARGAAN

Penghargaan

Ucapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan Tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dengan sempurnanya. Sepanjang tempoh
yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini iaitu saya ditugaskan untuk
membuat pemerhatian di sekolah pilihan saya, saya telah menghadapi pelbagai
pengalaman yang bermanfaat dan juga menarik. Sekolah pilihan saya untuk
melaksanakan PBS ini ialah Sekolah Kebangsaan Taiping. Setelah selesai meninjau,
mengkaji dan melakukan interaksi dengan warga sekolah dan mendokumentasikan
semula laporan, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah bimbingan saya dari unit PJ kerana telah memberikan bimbingan, tunjuk ajar
dan juga sokongan sebelum dan juga selepas menjalani program ini. Tanpa sokongan
yang membangun daripada beliau, saya mungkin tidak akan dapat menjalani program
ini dengan baik dan lancar. Panduan untuk menghasilkan laporan ini juga telah beliau
sediakan dan taklimatkan kepada kami.
Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
berkongsi maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas kepada saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan saya
telah menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam proses penyiapan

laporan ini. Seterusnya tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan
dorongan sepanjang tempoh kajian dilakukan. Tanpa bantuan dan dorongan kedua ibu
bapa saya, saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu,
saya juga ingin memanjatkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada warga
Sekolah Kebangsaan Taiping, Perak kerana memberi kerjasama penuh dan bantuan
sepanjang saya menjalani PBS di sana. Tanpa kerjasama pihak sekolah, saya tidak
mungkin dapat mengumpul maklumat-maklumat serta bahan-bahan yang diperlukan
untuk menyiapkan laporan ini.

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

TUGASAN
HARI PERTAMA :- MENDAPATKAN MAKLUMAT
MENGENAI LATAR BELAKANG
SEKOLAH
HARI KEDUA

:- ORGANISASI PANITIA PJ

HARI KETIGA

:- KEMUDAHAN PRASARANA PJK

HARI KEEMPAT :- PENGAJARAN PJ


HARI KELIMA

:- ISU ISU PJ DI SEKOLAH

REFLEKSI

PENGENALAN

Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Sekolah Rendah) Kementerian
Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat.
Program itu bertujuan untuk memberi kefahaman awalkepada pelajar tentang alam
persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk

memahami sekolah sebagaisebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui
pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami
bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah
mentadbir sesebuah sekolah tersebut. Pernyataan professional / kontrak tugasan merujuk
kepada harapan / tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam
tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan
tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur
dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

tugasan

refleksi

TUGASAN

Refleksi
Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah amat
berguna kepada guru pelatih seperti saya.

Ini kerana, tugasan ini memerlukan saya

menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah, saya telah memilih salah
sebuah sekolah yang terletak di Taiping, Perak. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan
Taiping. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada
berdekatan dengan rumah ibu bapa saya. Sekolah ini lebih menonjol ke arah akademik
berbanding dalam Ko-Kurikulum. Ini kerana pada tahun ini sekolah ini telah memenangi pingat
emas dalam pidato. Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati ianya sangat
membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan
diri. Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guruguru, kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid,
saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan mereka. Saya juga
belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan menjalankan peraturan di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum
dijalankan di sekolah ini.

Aktiviti kokurikulum

yang dijalankan bukan sahaja merangkumi

bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh muridmurid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh.

Setiap pelajar diwajibkan menyertai

setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Murid 1
Sukan.
Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam
akademik. Prestasi sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun.

Teknik dan strategi

pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan para pelajar di samping usaha
mereka sendiri. Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan
pencapaian para pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS dan PROTIM dijalankan bagi
membantu pelajar-pelajar yang lemah.
Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan muridmuridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh pihak sekolah.
Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak belajar mengenai
suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah
dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan.