Anda di halaman 1dari 43

1.

BIODATA

1.1

NAMA

1.2

NO. K/P

: 850902-XX-XXXX

1.3

MAJOR

: PENDIDIKAN SENI VISUAL

AMBILAN

1.4

1.5

: NORAZLINDA BINTI ADAM

: AMBILAN KHAS DISEMBER 2011

TARIKH PBS : 6 -16 OGOS 2012

2.0

PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1

Sebelum PBS

Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah


menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada En. Ismail selaku pensyarah penyelaras
PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami diadakan di Dewan Seri Budiman
IPTHO. Ini merupakan kali pertama kami guru pelatih semester 2 menjalankan PBS.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam
persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.

Menerusi program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian dokumen,
refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik darjah di sekolah,
guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan
peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan amalan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani program PBS, guru pelatih akan dapat
memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana
pengurusan sekolah mentadbir sekolah.

Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada
pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri di sekolah dan di
bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang
pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi
pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi
dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara objektif
PBS.

Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat
tentang peranan dan tanggungjawab Panitia Pendidikan Seni Visual dan maklumat yang
berkaitan dan pengurusan bilik darjah. Di samping itu ia dapat membina kemahiran inkuiri

penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. PBS membolehkan guru
pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan


tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan
semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat PBS selama dua
minggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS mengikut tempat pilihan kami sendiri dan
majoriti antara kami menjalankan PBS di kampung halaman masing-masing. Saya memilih
untuk menjalankan PBS di kampung halaman, sekolah yang menjadi pilihan saya ialah
Sekolah Kebangsaan Ayer Limau. Tidak menjadi masalah untuk saya menjalankan PBS ini
kerana ini bukan kali pertama saya ke sekolah. Namun PBS ini adalah untuk membiasakan
saya jika ditempatkan untuk mengajar pada suatu hari nanti. Oleh itu, tidak menjadi masalah
jika saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami serba


sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami
juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi kursus Aspek Pedagogi Dalam PSV
dan juga tugasan bagi kerja kursus Psikologi Pendidikan serta tugasan PBS. Menerusi
kesemua tugasan yang kami perolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang ada
selama dua minggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan
tersebut.

Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang telah
ditetapkan oleh pihak institut. Soalan tersebut mengkehendaki saya melihat bagaimana
perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran pembelajaran,
bagaimana murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan, bagaimana pengukuhan terhadap
setiap isi pelajaran dilaksanakan, bagaimana cara guru memberikan arahan yang jelas
kepada murid, bagaimanakah murid digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara
berkesan, bagaimana guru menangani gangguan luar jangkaan semasa proses P&P sedang
berjalan, bagaimanakah guru menangani masalah tingkah laku murid dalam proses P&P,
adakah aktiviti berkumpulan dijalankan? Jika ada, bagaimanakah aktiviti kumpulan diurus
dan dijalankan dan bagaimana sesi P&P ditamatkan.

Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Ayer Limau bermula dari
6.08.2012 sehingga 16.08.2012. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan sebaik
mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah
murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.

2.2

Semasa PBS

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah melakukan


beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian
mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang
berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.
Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal
Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta seorang guru
perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.

Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai


pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat
memasuki kelas 5 Bestari dan 3 Bestari. Setiap darjah hanya mempunyai 1 kelas setiap satu
kecuali darjah 6 mempunyai 2 buah kelas. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat
menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan
keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru kelas tahap dua serta guru penanda
kertas peperiksaan UPSR bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut.
Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan Psikologi Pendidikan EDM 2203,
tugasan ini mengkehendaki saya melakukan perbezaan murid ekstrovert dan juga introvert.

2.3

Selepas PBS

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul dan


mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai beberapa ilmu
pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah
mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan
apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya
yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan
cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat
simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan
mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan
Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang
dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan
lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu
yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau,
seorang yang kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau
turut mengingatkan saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah
menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama
manusia.

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta
pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan
murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi mahupun Intelek.
Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan
ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah
dan seterusnya terdorong untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan. Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.

Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan kelas yang
mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil akan menimbulkan
keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang masuk ke kelas juga akan
merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa
mengawasi murid-murid yang ramai.

2.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan beberapa
aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah
disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang PBS
ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh PBS di SK Ayer Limau

Bil.

Tarikh

1. 6 Ogos 2012
(Isnin)

Tindakan
Melapor diri melalui Guru Besar
Guru Besar meminta berjumpa dengan GPK Pentadbiran
Menghadiri perhimpunan rasmi
GPK Pentadbiran memperkenalkan saya kepada guruguru dan staf sekolah.
GPK membawa saya berjumpa dengan guru Panitia
Pendidikan Seni Visual untuk membimbing.
Mendapatkan buku perancangan sekolah melalui GPK
Pentadbiran.

2. 7 Ogos 2012
(Selasa)

Menghadiri perhimpunan tidak rasmi


Mengambil gambar perjalanan sekolah

Mengumpul maklumat sekolah

10.

Sejarah

Carta organisasi

Kemudahan
Mendapatkan maklumat sekolah selanjutnya dengan guru
data emis Pn. Noryusniza bt. Md. Yusup

11.

3. 8 Ogos 2012
12.

Mengambil gambar persekitaran sekolah

Mendapatkan maklumat mengenai maklumat pusat


sumber sekolah dan juga bilik BBM Dari En. Azmi bin

(Rabu)

Abdullah
13.

Mengemaskini laporan

14.

Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di semua


kelas termasuk kelas prasekolah, pemulihan khas dan juga
pendidikan khas.

4. 9 Ogos 2012
15.

Melihat perjalanan dan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran murid tahun 3 bagi subjek Pendidikan Seni

(Khamis)

Visual
16.

Menemu ramah pelajar berkaitan dengan aktiviti yang


dijalankan.

17.

5. 10 Ogos 2012
18.
(Jumaat) 19.

Mengemaskini laporan dan maklumat

Menghadiri bacaan yasin


Taklimat mengenai sumbangan anak yatim dan juga
pelajar miskin sempena Hari Raya

20.
6. 13 Ogos 2012
21.

Taklimat Ujian bulanan pada 12, 13, 14 Ogos 2012.


Menghadiri perhimpunan rasmi

(Isnin)

22.

Menemu ramah Panitia Pendidikan Seni Visual

23.

Melihat fail-fail Panitia Pendidikan Seni Visual

24.

Menemu ramah GPK Ko-kurikulum

25.

Menemu ramah GPK HEM

7. 14 Ogos 2012
26.
(Selasa)

8.

Mengemaskini laporan dan maklumat

27.

Melihat persekitaran murid di dalam perpustakaan.

28.

Menemu bual murid.

15 Ogos 2012
29.

Mengambil rekod pelajar untuk dijadikan kajian bagi


tugasan psikologi pendidikan.

(Rabu)
30.
9. 16 Ogos 2012
31.
(Khamis) 32.

Melihat guru menjalankan gerak gempur murid tahun 6


Tadarus Al-Quran oleh murid
Program sumbangan duit raya serta sumbangan anak
yatim

33.

Relief kelas 5 Bestari

34.

Menyerahkan lampiran sahsiah kepada Guru Besar

35.

Berjumpa dengan GPK Pentadbiran berkaitan struktur


organisasi sekolah.

36.

Bersalam-salaman sesama guru dan murid

Catatan :.

2.5 Penilaian dan Laporan

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula


dari 6 Ogos 2012 hingga 16 Ogos 2012 banyak memberi pengetahuan baru kepada saya.
Saya memilih Sekolah Kebangsaan Ayer Limau yang terletak di Kg. Ayer Limau, Masjid
tanah, Melaka. Seperti yang kita semua tahu, sekolah merupakan satu institusi penting

dalam mendidik seseorang anggota individu dalam kelompok masyarakat. Pendidikan yang
diterima di sekolah bukanlah hanya menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan
ianya merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang
seimbang dan harmonis akan dapat dicapai dengan

berpandukan

kepada

Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam
persekolahan berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam
teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak mungkin
dilupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang murid sekolah, tetapi hari
ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami tidaklah sama seperti
semasa

menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani

PBS yang pertama ini banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri

dengan

suasana sekolah. Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku
pelajar dan para guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas.
Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana
murid tidak mempunyai minda yang sama walaupun mereka sebaya. Saya juga dapat
mengetahui peranan kakitangan sekolah
keadaan terbaik.
mencorakkan masa

dalam

memastikan

sekolah

berada

dalam

Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam


depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak

mendapat kerjasama dari guru-guru yang lain.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas sangat
penting ketika guru sedang mengajar.

Ini kerana purata saiz kelas di sekolah ini ialah

sebanyak 20 orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan terhadap muridmurid yang berada di kerusi belakang. Dalam melunaskan tugasan PBS, saya perlu
mengumpulkan data mengenai sekolah. Data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam
senarai semak yang telah dibekalkan oleh pihak Institut. Dengan aktiviti pengumpulan data
ini, tugasan ini melatih kami supaya lebih bersikap proaktif. Data-data yang ingin dikumpul
termasuklah mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan
di sekolah. Hal ini sekaligus memberi
sewajarnya ada dalam satu sekolah.

pengetahuan kepada saya mengenai apa yang

Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan sekolah,
guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi perbincangan yang
dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka terutamanya dalam bidang
pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian kami ke atas para pelajar. Melalui
temubual ini juga ianya

melatih

saya

supaya

bersikap

berani

dan

kemahiran

interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.

Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membina


sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya tugasan ini, kita
dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman bagi memantapkan diri
serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai seorang guru kelak.

3.0

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah
yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat

melalui pemerhatian saya

adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini.

Secara keseluruhannya,

prasarana yang disediakan di sekolah ini

adalah sempurna dan mampu mewujudkan

suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu masih
terdapat prasarana yang ke arah penambahbaikan.

Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Landskap sekolah yang hanya
berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama
. Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan
hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat
juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini

mengajar

dengan

penuh

dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru
ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada
murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan.

3.2 Temu Bual

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya
telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan
pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal
murid (HEM), guru panitia, guru-guru lain kakitangan sekolah dan murid. Semasa
menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka.
Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya

mendapat jawapan yang sangat

memuaskan berhubung tugasan saya ini

3.3 Soal Selidik

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah
soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan
sekolah tersebut.

mengenai

Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini.

Saya

menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang menarik
mengenai sekolah ini.

4.0

KOLABORASI

Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama beberapa
orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam borang kolaborasi yang disediakan

berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa, kolaborasi adalah penting


untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.
Rujuk Lampiran Kolaborasi di muka surat sebelah.

4.1 Perbincangan dengan Pengurusan Sekolah


4.2 Perbincangan dengan Guru-guru
4.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah
4.4 Interaksi dengan Murid

5.0

ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi


pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar IPG.
Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) ditugaskan untuk mengikuti PBS pada
semester kedua. Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar
tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian
dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih

dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid
untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru
mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir
sesebuah sekolah tersebut.

Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan yang


ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu
ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang
diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di
peringkat akhir.

Tujuan penyataan profesional adalah :


1

Menyatakan hala tuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas.

Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan


sistematik.

Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang


difokuskan.

Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan /


tindakan susulan.

Objektif :
1

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat :

Memahami budaya sekolah

Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah

Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid

Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran

Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah

Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim


pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah

Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan


analitikal

Membina sikap positif terhadap profesion keguruan

10

Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru

11

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi


refleksi

5.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang


suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah
ditekankan

dengan

pelaksanaan

program

NILAM

dan

mendorong

pihak

sekolah

menjalankan tugas dengan lebih komited.


Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna
membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang lemah
atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang terdahulu yang
mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat berbanding pengurusan
yang ada sekarang.

Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan
disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Ayer Limau yang telah dibudayakan sejak
beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan
sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah.
Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada guru ketika melintas tetapi

juga turut bersalam dan mencium tangan guru. Ini merupakan satu budaya yang perlu
diteruskan untuk terus membentuk modal insan yang gemilang.

Meskipun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman yang kurang sempurna


kemudahannya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan cuba
meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong kepada pelbagai
pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi sekolah dan seterusnya
mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan
kepada saya untuk menempuh alam perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah
sekolah yang sedemikian.

5.2 Temu bual

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam
temu

bual

yang

telah

saya

laksanakan,

pelbagai

topik

telah

diutarakan

kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri.

yang

Banyak

perkara dan maklumat yang diperolehi. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, guru panitia,
kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak malu untuk menemu bual pihak
berkenaan memandangkan ia adalah persekitaran yang baru, tetapi ia cuba diadaptasi.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman
Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan
dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam
kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di
ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.
Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan
pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan.
Soalan-soalan juga turut ditanyakan.

Antara soalan yang ditanyakan ialah:


1

Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK?

Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?

Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?

Apakah mata pelajaran yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik?

Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?

Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan
akademik murid?

Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?

Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan murid-murid?

5.3 Soal Selidik

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya juga
dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal
selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.

Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang.
Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional,
kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi,
berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia kawan dan sebagainya. Terdapat murid-murid
yang rajin membantu guru. Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini
dengan bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden.
Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh
mereka. Saya cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti

5.4 Pengalaman Di Sekolah

PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Ayer Limau

Alamat Sekolah

: BT 19 Kg. Ayer Limau 78300


Masjid Tanah, Melaka

Kod Sekolah

: MBA 007

No Telefon

: 06-3845496

E-Mail

: mba0007@ppdalorgajah.edu.my

Homepage

: www.sekolah.mmu.edu.my/skayerlimau/

Gred Sekolah

: A (Luar Bandar)

Sesi Sekolah
Bilangan Kelas Biasa

: Pagi Sahaja
:7

Bilangan Kelas Pra Sekolah : 1 Kelas


Bilangan Kelas Pemulihan

: 1 Kelas

Bilangan Kelas P.Khas

: 2 Kelas

Bilangan Guru

: 25 Orang

Bilangan Jaga

: 4 Orang

Guru Besar

: Tuan Haji Mohd Hatta bin Kechil

Penolong Kanan Pentadbiran

: Pn. Noor Aini binti Othman

Penolong Kanan HEM

: En. Mansor bin Maalip

Penolong Kanan Ko-Kurikulum

: En. Mansor bin Maalip (Memangku)

Guru Media

: En. Azmi bin Abdullah

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1951 sekolah pertama dibina oleh penduduk kampung secara gotongroyong dan terletak di Jalan Sekolah Lama

Nama asal Sekolah ini ialah SEKOLAH MELAYU AYER LIMAU.

Beralamat : Bt. 19 Jalan Sekolah Lama , Kampung Ayer Limau ,Masjid Tanah, 78300
Melaka.

Pengasasnya ialah Datok Pawang Haji Karim Tamby. Disokong oleh penduduk
tempatan iaitu 4 orang pengasasnya, 4 orang ketua adat dan 2 orang lembaga serta
seorang kepala tukang iaitu En. Lasim bin Tamby.

Sekolah ini merupakan sekolah atap.

Bangunan dibina secara sukarela oleh penduduk dan mendapat sokongan kuat
daripada Tn. Haji Hassan Yaakop J.

Tapak bangunan seluas ekar dengan harga RM 300.00

Tiang dan alang dari kayu gelam, berdinding papan dan beratap rumbia serta
berlantai simen.

Pada mulanya hasrat murni penduduk-penduduk tempatan untuk mendirikan sekolah


ditentang oleh kerajaan British. Tetapi dengan penuh tekad dan semangat ingin maju,
maka bangunan sekolah tersebut dapat didirikan.

10

Mengandungi 3 buah kelas tetapi sebuah kelas diadakan di bawah pokok.

11

Bangku dan meja panjang murid disediakan oleh kerajaan dan penduduk tempatan.

12

Seramai lebih kurang 108 orang murid kampung Ayer Limau yang sedang bersekolah
di Sekolah Melayu Masjid Tanah ditarik dan dihantar ke sekolah ini.

13

Seramai 4 orang guru disediakan iaitu :


1. Cikgu Yaakob bin Ab. Manap ( Guru Besar )
2. Cikgu Ahmad bin Hassan
3. Cikgu Md Yaasin bin Ali
4. Cikgu Salmah bte Udin

Pada tahun 1955 sekolah ini ditukarkan namanya kepada:SEKOLAH UMUM AYER LIMAU.

Bentuk pentadbiran : Guru Besar dan J/Kuasa Penasihat Sekolah.

PERKEMBANGAN SEKOLAH.

Oleh kerana bangunan sekolah Umum Ayer Limau telah buruk dan rosak dan muridmuridnya bertambah ramai , maka Allahyarham Datuk Pawang Hj. Kasim bin Hj.
Tambi , menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk mendirikan sekolah baru.

3 orang jawatankuasa Perunding telah dilantik :-

Allahyarham Datuk Pawang Hj. Kasim bin Hj. Tambi

Datuk Sidang Lasim bin Jaamat

Tuan Hj. Janom bin Latif

Supaya membuat perundingan dengan Jabatan Pelajar Melaka yang pada masa itu
bertempat di Jalan Kota Melaka

Berjaya mendapatkan sebidang tanah di tepi jalan di Batu 19 Kg. Ayer Limau , Masjid
Tanah, Melaka seluas ekar daripada tuan punya tanah En. Kasim bin Tahir dan En.
Shamsudin bin Abdullah.

Pembinaan sekolah baru dimulakan oleh kerajaan negeri pada awal tahun 1956
mengandungi 2 buah bilik darjah separuh simen, beratapkan adek dan berlantaikan
simen.

Pada 27.11.1956 sekolah ini siap pembinaannya dan dirasmikan oleh En. Baba bin
Othman, Guru Pelawat Kawasan Kuala, disertakan dengan doa selamat oleh
Pegawai Pentadbir Sekolah dan Guru Besar.

Hanya 2 darjah sahaja berpindah ke situ


i . Darjah 5 seramai 33 orang diajar oleh Cikgu Ahmad bin Hassan
ii. Darjah 2 seramai 40 orang diajar oleh Cikgu Siti Rahmah bte Ali.

Darjah-darjah lain masih lagi belajar di sekolah lama. Keramaian murid ialah :Lelaki - 87 orang } dari 6 aliran darjah
Perempuan - 55 orang

SEKOLAH TAMBAHAN NO.2410

Memandangkan kesusahan guru besar mentadbir dua buah sekolah dan keramaian
murid yang semakin bertambah maka Lembaga Pengurusan Sekolah Mendesak
kerajaan mengizinkan lagi sekolah tambahan.

Pada akhir tahun 1957 pembinaan sekolah tambahan bermula dan siap pada
05.02.1958 mengandungi 4 buah bilik darjah.

Pada 09.02.1958 semua murid daripada 6 aliran daripada seramai 277 orang telah
mula belajar di sini.

Perasmian diadakan pada 03.05.1958, kerjasama daripada LPS dan masyarakat


serta guru.

Sekolah ini dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LIMAU.

Dirasmikan oleh YB. Datuk Nik daud setiausaha kerajaan negeri. Turut serta ialah
YB. Datuk Mohd Sudin Ab. Rahman DKSJ, BKT, MBE, SP, Ahli Majlis Mesyuarat,
Penolong Pengarah Daerah Alor Gajah, Datuk Penghulu Masjid Tanah, Guru Pelawat
Kuala dan 300 penduduk tempatan.

Oleh kerana pertambahan murid-murid dan kurangnya bilik darjah , maka pada
01.07.1958 bermulanya sesi pagi dan petang :Pagi - Darjah 1A, 1B, 2A ,4 dan 6
Petang - darjah 3 dan 5.

SEKOLAH TAMBAHAN LAGI JKR NO. 2495

Dalam Rancangan Pembangunan Malaysia yang Ke 2 , Sekolah baru tambahan


dimasukkan untuk sekolah ini. Jadinya pada akhir tahun1971, pembinaannya
dimulakan dan pada 28.02.1972 bangunan ini siap dibina dan keadaannya :- konkrit bata setinggi 2 tingkat
- mengandungi 4 bilik darjah, sebuah bilik rehat, 2 buah stor , 4 bilik tandas guru dan
murid.
- Lengkap api dan air

Pada tahun1988 sebuah bangunan baru 4 bilik darjah didirikan yang berharga lebih
kurang RM 50.000. bangunan ini di kenali sebagai Projek Gotong Royong Jabatan
Pendidikan Melaka bersama PIBG.

Untuk meningkatkan lagi serta galakkan kepada murid-murid sebuah bangunan pusat
sumber telah dibina, bangunan ini ditaj oleh Bank Dunia pada tahun 1990. Bangunan
ini merupakan pusat kegiatan dan ilmu murid-murid dan guru-guru di sini.

Pada tahun 2000 ini sebuah makmal komputer akan didirikan berhadapan Pusat
Sumber. Bangunan ini berukuran 30` x 80`. Peruntukan dari Kementerian Pendidikan.

NAMA-NAMA GURU BESAR YANG BERTUGAS


Tahun

Nama

1951 1955

En. Yaacob b. Ab. Manap

1956 1957

En. Shamsudin b. Bujal

1957 1967

En. Yaakob b. Ab. Manaf

1967 1978

Tn. Hj. Ab. Manaf b. Manan

1978 1979

En. Bujang b. Mahmud

1980 1985

En. Shaaban b. Abu

1986 1995

En. Mohd Kamal b. Ab. Samad

1995 - 13.10.95

En. Isa b. Hj. Ahmad

1996 - 28.01.98

Tn. Hj. Ideris b. Hj. Latif

1998 - Feb. 2000

Tn. Hj. Abu Samah b. Baba

2001 2008

Pn. Hjh. Kalsom bt Muhamad

2008 2010

Pn. Hjh. Zuleikha bt. A. Rahman

2010 sekarang

Tn. Hj. Mohd Hatta b. Kechil

BENDERA DAN MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LIMAU

LOGO SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

BELAJAR BERSATU
KATA HIKMAH KITA
BERSUNGGUH TUNTUT ILMU
BEKALAN MASA DEPAN KITA

TULUS DAN IKHLAS


MENDIDIK BANGSA
ANAK BANGSA

BERLANDASKAN RUKUN NEGARA


KE ARAH WAWASAN KITA

AYUH, SK AYER LIMAU


CAPAI CITA, CITA SEMUA
BERGERAKLAH PENUH TENAGA
BELAJAR DAN BERSATU

VISI KURIKULUM
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI KURIKULUM
Membangun potensi individu melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT KURIKULUM
1

Membina pelajar yang bercita-cita tinggi, beriltizam, dan mampu mencapai


kecemerlangan akademik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Menyerlahkan keterampilan pelajar dalam bidang akademik.

Memperluas pengetahuan pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

Mempertingkat pencapaian keseluruhan akademik ke tahap yang boleh dibanggakan.


OBJEKTIF KURIKULUM
Pelaksanaan perancangan kurikulum diharapkan akan dapat :

Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik

Membina golongan pelajar yang berkebolehan dan berfikiran positif

Mampu menyerap ilmu dari pelbagai sumber serta digunakan dalam pelbagai aspek
kehidupan.

Meningkatkan prestasi sekolah dalam semua jenis peperiksaan dan penilaian.

STRATEGI KOKURIKULUM
1

Memastikan setiap jawatankuasa yang dilantik menyediakan perancangan dan


dilaksanakan mengikut takwim.

Mematuhi segala arahan dan bertindak seperti yang ditetapkan oleh pihak pentadbir,
Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah dan Jabatan Pelajaran Melaka.

Menyedarkan murid akan kepentingan pencapaian akademik seiring dengan


pencapaian emosi dan sahsiah.

Memastikan segala kemudahan dan peluang belajar tersedia dan efisien.

Melaksanakan aktiviti berbentuk kurikulum dengan penglibatan semua pihak serta


kerjasama daripada ibu bapa.

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH

5.5 Pengalaman di Bilik Darjah

Saya berpeluang melihat perjalanan P&P seorang guru Pendidikan Seni Visual di
kelas 3 Bestari semasa menjalankan PBS di SK Ayer Limau. Dengan memanfaatkan
kesempatan yang ada, saya mengambil peluang untuk mendalami suasana di dalam
kelas dengan melihat aktiviti murid-murid sepanjang aktiviti seni dijalankan. Pada hari
itu mereka telah membuat aktiviti membentuk dan membina arca mobail yang
bertemakan mobail ikan.

Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu teruja dengan suasana
pembelajaran

kerana

murid-muridnya

begitu

bersungguh-sungguh

walaupun

kemudahan kelas adalah bersifat sederhana. Dari situ, saya dapat mengetahui
kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar memahami
proses pembelajaran mereka. Rata-ratanya, guru-guru lebih menggunakan kaedah
pengajaran tradisional kerana kebanyakan kelas tidak mempunyai kemudahan LCD
melainkan bilik-bilik khas.

Ia tidak menjadi satu halangan kepada guru-guru semasa menjalankan aktiviti


bersama murid-murid. Sepanjang pemantauan saya untuk aktiviti bidang membentuk
dan membina ia sedikit sebanyak membantu saya dalam pengajaran kelak. Ini
kerana pengawalan kelas oleh guru ini amat baik sehingga perjalanan pengajaran
dan pembelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Guru menerangkan isi pelajaran

Murid sedang mendengar arahan guru

Murid menyediakan alat dan bahan

Guru menunjukkan demonstrasi kepada murid

Guru membuat contoh

Murid mengikut contoh dan acuan yang diberikan oleh guru

Aktiviti murid

Antara Mobail murid yg dapat dibentuk

Murid membuat penggantung mobail

Arca Mobail yang dapat disiapkan oleh murid-murid

10

Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh murid
secara berkesan

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yang diberi oleh
para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran juga memainkan
peranan.

Saya

menjalankan

pengalaman

Kebangsaan Ayer Limau selama 2 minggu.


saya dapat menjalankan pemerhatian

berasaskan

sekolah

di

Sekolah

Sepanjang menjalankan tugasan ini,

terhadap guru-guru

yang mengajar di

beberapa buah kelas. Guru-guru menggunakan pelbagai bahan dan sumber


pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di bilik
darjah. Antara bahan pengajaran yang digunakan adalah :

Papan Hitam

CD/ VCD Ilmiah

Carta

Buku Teks/ Modul

Bahan 3D

Alat dan bahan

Bahan Bantu Mengajar

11

Susun Atur Bilik Darjah


Sepanjang pemerhatian yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas keadaan kelas bersih dan bersifat sederhana. Rata-rata setiap kelas di
sekolah tersebut mempunyai susun atur yang hampir sama. Di bawah merupakan
pelan susun atur kelas 3 Bestari :

PAPAN HITAM

MEJA
GURU

BAHAN
PAMERAN

6.0

REFLEKSI

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar-pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih


strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan
refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme
keguruan secara efektif.

Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan


yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai asas
untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.
Di samping itu, saya akan mampu memperkembangkan keupayaan celik akal bagi
melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Secara
langsung juga, refleksi dapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu
professional keguruan yang tinggi.
Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah.

7.0

LAPORAN AKHIR

Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini memerlukan saya
menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah, saya telah memilih salah
sebuah sekolah yang terletak di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka. Sekolah
tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Ayer Limau. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana ianya
merupakan sebuah sekolah yang berada berdekatan dengan rumah ibu bapa saya. Sekolah
ini lebih menonjol ke arah Ko-Kurikulum berbanding dalam akademik. Ini kerana pada tahun
ini sekolah ini telah memenangi pingat emas dalam acara lempar cakera peringkat kawasan
zon Masjid Tanah. Selain itu juga, telah merangkul tempat kedua dalam acara jalan kaki (800
meter) peringkat kawasan zon Masjid Tanah. Setelah beberapa hari menjalankan tugasan
ini, saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang
saya dapati adalah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan
yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid.
Ketika berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat
berinteraksi dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas
dan menjalankan peraturan di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti
kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja
merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan
oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Setiap pelajar diwajibkan
menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga menyahut seruan kerajaan
iaitu 1 Murid 1 Sukan.

Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam
akademik. Prestasi sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun.

Teknik dan strategi

pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan para pelajar di samping usaha
mereka sendiri.

Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi

meningkatkan pencapaian para pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS dan PROTIM
dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.

Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan muridmuridnya.

Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh pihak

sekolah. Sepanjang bulan Ramadan, waktu rehat murid-murid diisikan dengan program
tadarus. Ia dijalankan bagi menggalakkan murid-murid menjalani aktiviti bulan ibadah
dengan sebaik-baiknya.

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak belajar
mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah,
organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang
berkesan.