Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KIOW MIN, REMBIA,

78000 ALOR GAJAH, MELAKA.


PROGRAM BIJAK LINUS 2016
1.0 Pendahuluan
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman
dan perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar
kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam
kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik
mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan
setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa. Oleh yang
demikian, Program Bijak LINUS ini dirancang dan dilaksanakan untuk
membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca ,
menulis dan mengira.
2.0 Rasional
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid
dalam kemahiran membaca dan mengira. Selain itu, program ini dapat
memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya
dijalankan dalam kumpulan kecil.
3.0 Matlamat
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai
kemahiran membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan
dalam ujian saringan seterusnya. Program ini juga diharapkan dapat
mensifarkan murid tegar LINUS.

4.0 Objektif
Membantu murid menguasai kemahiran bacaan.

Membantu murid-murid menguasai asas matematik.

Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa

Malaysia dan Matematik.


Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan

LINUS

2.
Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi dan

Numerasi.
5.0 Kumpulan Sasaran
Murid-murid tahun satu hingga tahun tiga.( LINUS biasa dan LINUS tegar)

6.0 Tempat dan Masa

Bilik Pemulihan murid-murid tegar LINUS.

Bilik Tahun 1 Cemerlang

Bilik Tahun 1 Pintar


Masa : 1.00 ptg 1.30 ptg

7.0 Jawatan kuasa Induk Program Bijak LINUS 2012


Pengerusi

: Puan Rozinar bt. Abdul Hamid

Timbalan Pengerusi : Encik Mohd. Zokki bin Awang.( PK 1 )


Naib Pengerusi

: Puan Hasiroh bt Hashim ( PK HEM)

Naib Pengerusi 2

: Encik Yusof bin Haji Yaakob ( PK Ko-ku)

Setiausaha

: Puan Hajah Rashadah Haji Isa

Bendahari

: Puan Azizah bt Osman.

8.0 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti

Encik Abdul Rahman bin Saad Guru Pemulihan


Encik Mohd Rosli bin Abdul Rashid Guru Pemulihan Khas LINUS
Puan Hajah Rashadah Haji Isa Guru Tahun 1 Cemerlang
Puan Azizah Osman Guru Tahun 1 Pintar
9.0 Perbelanjaan Program
Penggunaan kertas untuk photostat bahan ditanggung oleh pihak sekolah.
10.0 Penutup dan Rumusan
Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan
semua jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang
dicitakan. Diharapkan bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan
dan jumlah memasuki kumpulan Arus Perdana semakin bertambah.

Disediakan oleh,

.........................................................
............................
( PUAN SITI NOOR ASHIKIN BT ISMAIL )
Setiausaha Program Bijak LINUS
Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit.

Disemak oleh,

............................

Anda mungkin juga menyukai