Anda di halaman 1dari 13

Modul Ponteng Sekolah

(e-Disiplin)

1.1 Borang Disiplin (Ponteng Sekolah)


1.2 Laporan Disiplin (Ponteng Sekolah)

1.1 Borang Disiplin


Modul ini membolehkan pengguna untuk memasukkan beberapa maklumat penting
berkenaan dengan proses kawalan disiplin di dalam sekolah seperti berikut : Borang Ponteng Sekolah

1.1.1 Borang Ponteng Sekolah


Borang ponteng sekolah ini digunakan untuk merekod ketidakhadiran murid ke
sekolah tanpa surat ketidakhadiran.

1.

Arahkan tetikus pada menu borang disiplin dan klik pada Borang Ponteng
Sekolah.

Rajah 2.1.1 : Menu Borang Ponteng Sekolah

2.

Pengguna perlu mencari murid yang berkenaan dengan memasukkan nama


murid atau no kad pengenalan murid.

Rajah 2.1.2 : Antaramuka Carian Murid

3.

Pengguna perlu memilih murid yang berkenaan seperti dibawah

Rajah 2.1.3 : Antaramuka Carian Murid

4.

Pengguna perlu klik pada nama murid tersebut untuk ke borang ponteng
sekolah. Pengguna boleh mengisi maklumat yang diperlukan pada ruangan
yang disediakan. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik pada butang
Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan ke dalam pangkalan
data.

Rajah 2.1.5 : Antaramuka Borang Salah Laku

5.

Berikut adalah petunjuk tindakan amaran untuk ponteng sekolah :

A) Berturut-turut
3 hari

- Amaran 1

10 hari - Amaran 2
17 hari - Amaran Akhir
31 hari - Buang Sekolah

B) Berkala
10 hari - Amaran 1
20 hari - Amaran 2
40 hari - Amaran Akhir
60 hari - Buang Sekolah

5.1 Sekiranya bilangan hari murid yang ponteng sekolah telah mencapai
tahap seperti diatas, sistem secara automatik akan mengeluarkan
pemberitahuan kepada pengguna untuk mengeluarkan surat-surat amaran
yang berkaitan seperti contoh berikut :-

Rajah 2.1.6 : Antaramuka Tindakan Surat Amaran Ponteng Sekolah

6.

Berikut adalah contoh laporan ponteng sekolah bagi murid yang terlibat :

Rajah 2.1.7 : Antaramuka Laporan Ponteng Sekolah Bagi Murid


Terlibat

1.1.2 Kemaskini Kes Ponteng Sekolah


Kemaskini kes ponteng sekolah murid adalah untuk memudahkan pengguna
membuat pengemaskinian pada kes ponteng sekolah murid yang telah dimasukkan
untuk proses pengemaskinian bilangan hari, jenis ponteng, keterangan perkara dan
juga untuk kes ponteng yang bersurat.

1. Arahkan tetikus pada menu laporan disiplin, dan klik pada menu Kemaskini Kes
Ponteng Sekolah.

Rajah 2.1.8 : Menu Kemaskini Kes Ponteng Sekolah

2. Antaramuka seperti dibawah akan dipaparkan.

Rajah 2.1.9 : Antaramuka Carian Murid

3. Pengguna perlu mencari murid yang berkenaan dengan memasukkan nama


murid atau no kad pengenalan murid atau pilih senarai kelas atau senarai
tingkatan.

Rajah 2.1.10 : Antaramuka Carian Murid

4. Antaramuka seperti dibawah akan dipaparkan. Pengguna boleh mengemaskini


senarai ponteng dan memadam dengan klik pada ikon berkenaan yang
terdapat pada skrin.

Rajah 2.1.11 : Antaramuka Senarai Kes Ponteng Sekolah

1.2 Laporan Disiplin


Modul ini membolehkan pengguna untuk melihat atau mencetak keluar analisa dan
laporan-laporan mengenai disiplin sekolah.

1.2.1 Laporan Bulanan Kes Ponteng Sekolah


Laporan Kes Ponteng digunakan untuk menghasilkan laporan berdasarkan kes
yang terlibat secara bulanan. Terdapat beberapa laporan yang boleh dihasilkan
pada menu Laporan Bulanan Ponteng Sekolah, antaranya ialah :

Laporan keseluruhan

Laporan secara keseluruhan individu

1. Untuk mengakses menu laporan kes ponteng, pengguna perlu arahkan tetikus
pada menu Laporan Disiplin, menu laporan disiplin sekolah, laporan bulanan
dan klik pada Laporan Ponteng.

Rajah 2.1.12 : Menu Laporan Ponteng

2. Paparan untuk menghasilkan laporan dipaparkan. Pengguna perlu memilih


jenis laporan yang dikehendaki.

Rajah 2.1.13 : Menu Laporan Ponteng

3. Pengguna boleh memilih samaada ingin menghasilkan laporan berdasarkan


laporan keseluruhan ataupun laporan keseluruhan individu.
4. Untuk menghasilkan laporan, pengguna perlu memilih Bulan dan Tahun dan
klik pada butang Laporan untuk menghasilkan laporan. Paparan seperti berikut
akan dilihat :-

Rajah 2.1.14 : Laporan Secara Keseluruhan

Rajah 2.1.15 : Laporan Keseluruhan Individu

10

1.2.2 Laporan Tahunan Kes Ponteng Sekolah


Laporan Kes Ponteng digunakan untuk menghasilkan laporan berdasarkan kes
yang terlibat secara tahunan. Terdapat beberapa laporan yang boleh dihasilkan
pada menu Laporan Tahunan Ponteng Sekolah, antaranya ialah :

Laporan keseluruhan

Laporan secara keseluruhan individu

1. Untuk mengakses menu laporan kes ponteng, pengguna perlu arahkan tetikus
pada menu Laporan Disiplin, menu laporan disiplin sekolah, laporan tahunan
dan klik pada Laporan Ponteng.

Rajah 2.1.16 : Menu Laporan Ponteng

11

2. Paparan untuk menghasilkan laporan dipaparkan. Pengguna perlu memilih


jenis laporan yang dikehendaki.

Rajah 2.1.17 : Menu Laporan Ponteng

3. Pengguna boleh memilih samaada ingin menghasilkan laporan berdasarkan


laporan keseluruhan ataupun laporan keseluruhan individu.
4. Untuk menghasilkan laporan, pengguna perlu memilih Tahun dan klik pada
butang Laporan untuk menghasilkan laporan. Paparan seperti berikut akan
dilihat :-

12

Rajah 2.1.18 : Laporan Secara Keseluruhan

Rajah 2.1.19 : Laporan Keseluruhan Individu

13

Anda mungkin juga menyukai