Anda di halaman 1dari 1

Aspek-Aspek Pengurusan Majlis @ Aktiviti Pertandingan Kokurikulum 2011

Pengurusan berdasarkan kepada tiga tahap:


-

Sebelum aktiviti (pra)


Semasa aktiviti dijalankan
Selepas aktiviti (post)

1. Kesetiausahaan Majlis
Aspek yang merangkumi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kepentadbiran dan
kepengelolaan sesuatu majlis seperti berikut.:
a)
Urusan surat menyurat,
b)
Penyediaan dan pengedaran kad-kad jemputan @ surat jemputan,
c)
Penyediaan dan pengedaran buku cenderamata
d)
Penulisan draf-draf ucapan, skrip pengacaraan dan sebagainya,
e)
Penyediaan sijil dan surat-surat penghargaan.
2. Perancangan Majlis
Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut
a)
Penyediaan Kertas Konsep Perlaksanaan, Kertas Cadangan Pelaksanaan dan
Kertas Pelaksanaan.
b)
Mesyuarat-Mesyuarat Pelaksanaan
c)
Penetapan dan Penyusunan atur cara
d)
Penggubalan aturcara dan aliran pentadbiran majlis
3. Persiapan/Persediaan Tempat Majlis
Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
a) Pemasangan bendera
b) Pemasangan gambar-gambar pemerintah dan pemimpin.
c) Penyediaan dan penyiapan pentas, siaraya
d) Penyusunan kerusi meja
4. Pengelolaan Majlis
Aspek ini merangkumi aktiviti-aktiviti berikut;
a)
Pelaksanaan aturcara termasuklah persembahan (jika ada)
b)
Pemberian anugerah/hadiah/sijil-sijil (jika berkenaan)
c)
Pengacaraan Majlis
d)
Jamuan (jika ada)
e)
Sambutan ketibaan dan keberangkatan pulang para tetamu.
5. Penggulungan Majlis
Di antara pelbagai aktiviti yang terangkum dalam aspek ini termasuklah yang berikut:a)
Penulisan dan pengedaran surat-surat ucapan terima kasih
b)
Penulisan Laporan Pelaksanaan
c)
Mesyuarat Post Mortem
d)
Penutupan dan Penyiapan dokumen-dokumen pelaksanaan dan pengelolaan
e)
Pemantauan dan pelaksanaan langkah-langkah pembaikan (jika ada/perlu)

Anda mungkin juga menyukai