Anda di halaman 1dari 16
Pengarang sebagai Ahli Masyarakat Novel Salina juga boleh dikaji melalui pendekatan Sosiologi ini dengan dirujuk kepada pengarangnya. Sclaku ahli masyarakat A. Samad mempunyai hak untuk menywarakan pandangannya terhadap masyarakat yang dianggotainya, terutamanya jika ianya membawa implikasi positif, Sebagai ahli masyarakat, A. Samad Said tidak dapat tidak akan turut mengalami apa-apa sahaja yang dirasai oleh masyarakatnya. Dan sebagai insan yang amad Said berhak menceritakan kembali segala dianugerahkan dengan daya kreativiti, A. peristiwa yang dialami dan dilihat dengan cara yang tersendiri. Atas kedudukannya sebagai ahli masyarakat maka dalam novel Salina dimuatkan pandanganaya berhubung dengan tingkah laku masyarakat di samping peristiwa benar. Juga dimuatkan perkara-perkara yang menyentuh peribadinya sebagai bahan tambiahan yang sebenarnya membantu sesuatu perlukisan itu agar Jebih hidup, segar dan Dengan ini secara tidak langsung pendekatan sosiologi ini cuba mempertalikan latar belakang penulis dengan aspek-aspek yang ada dalam karya. Situasi ini menjelaskan bahawa pengetahuan tethadap biodata pengarang itu ada penting jika pendekatan sosiologi ingin diterapkan. Ini kerana pendekatan ini merujuk kepada apa yang berlaku di dalam masyarakat, dan pengarang bertindak memindah pengalamannya ke dalam karya dengan menggunakan daya imaginasi dan bakat penulisan yang ada pandangan, Dengan intjugalah maka pengarang ada kalanya dianggap sebagai mata dan telinga masyarakat. Di sinilah menunjukkan bahawa pengetahuan biodata pengarang itu penting jika pendekatan sosiologi ingin diterapkan. Ini kerana pendekatan ini merujuk kepada kebenaran yeng, berlaku kepada masyarakat, dan pengarang bertindak memindah pengalamannya ke dalam. karya dengan menggunakan daya imaginasi dan bakat penulisan yang ada padanya. Dengan ini jugalah maka pengarang itu ada kalanya dianggap sebagai mata dan ielinga masyarakat, Melalui penulisan, mereka mampu mendidik dan menegur masyarakat dan pihak pemerintah, A. Samad Said menghasilkan novel Salina adalah berasaskan pengalamannya yang hidup sebelum dan sesudah perang yang melibatkan Malaya. A. Samad Said dapat menceritakan dengan perinci latar Kampung Kambing kerana beliau memang pernah menetap di Singapura dan pernah tinggal beramai-ramai dalam rumah yang sempit. Jadi, apa yang pernah dialami beliau itu ‘diterapkan' ke dalam novel Salina dengan daya imaginasi yang tinggi. Dengan demikian, lahirlah ‘latar’ Kampung Kambing dalam novel Salina dengan segala kedaifannya, Jika pengarang sendiri tidak melihat dan tidak mengalaminya, adalah sukar untuk segala kedaifan itu ‘dimuatkan’ ke dalam karya, walau bagaimana tajam sekalipun daya kretiviti seseorang itu. Jadi, suasana latar yang ditimbulkan oleh A. \ggi dan -25- Samad Said dalam novel Salina itu bukanlah sesuatu uang terlalu keterlaluan. Mungkin bagi mereka yang tidak pernah hidup dalam kesempitan dan tidak pula berada di zaman selepas perang itu, latar yang diberikan kepada novel ini bersifat keterlaluan. Tetapi tentunya tidak, kalau kita rujuk kepada mereka yang hi¢up di rumah setinggan, meskipun di zaman post Kolonial ini. Dengan demikianlah maka A. Samad Said dikatakan telah mengemukakan latar yang ‘benar’ kalau dirujuk pada konteks karya itu dihasilkan, meskipun ianya tidak boleh disifatkan "benar belaka’. Sebagai salah seorang yang terlibat dengan zaman perang, A. Samad Said dapat lihat dengan jelas apa yang terjadi akibat perang. S=benarnya menulis novel Salina seolah-oplah A. Samad Said digamit kembali pada nostalgia silam, melihat kembali segala penderitaan hidup, kemiskinan yang menimpa dan gejala sosial yang timbul. Kesemua yang dilihat ini diadunkan bersama imaginasi untuk dipersembahkan bagi tatapan pembaca untuk sama-sama direnungi akan trajedi hitam yang pernah menempa sejarah di tanah air tercinta, Jika peristiwa trajik yang pernah berlaku di tana air senditi ini tidak dirakamkan kembali, maka generasi akan datang seperti kita semua tidak akan mengetahui betapa peritnya hidup di zaman itu. Tanpa penelitian dan kreativiti yang tajam kita tidak akan terasa akan kepahitan yang pernah dialami oleh mereka yang hidupa di zaman selepas perang. Lantaran itulah maka A. Samad Said mengambil masa yang lama untuk menghasilkan novel ini, Realiti hidup yang pernah dilalui dan dilihatnya perlu ‘disegarkan’ dengan stail tersendiri untuk menimbulkan kesan mené slam pada jiwa pembaca. Tegasnya penghasilan novel Salina sebenarnya merupakan catatan kembali detik-detik masa Jalu yang pernah dihadapi oieh A. Samad Said, Detik masa lalu ini boleh dilihat juga pada waktu Hilmy. Sebenamya watak ini merupaxan A. Samad Said sendiri, Sebagaimana Hilmy, beliau telah dibela dan disekolahkan oleh ibunya. Jadi di sini A. Samad Si sendiri sebagai dasar kepada watak Hilmy. Ini menjeiaiskan bahawa pengalaman peribadi menggunakan pengalaman dan kehidupan betiau pengarang sedikit sebanyak akan mempengaruhi peaghasilan karya ini. Tanpa pengarang sendiri terlibat dengan suasana yang begitu, agak sukarlah untuk dipaparkan kesusanan hidup yang mencengkam lahir dan batin watak Khatijab dan Hilmy. Sehingga ia memberi kesan kepada khalayak membaca novel Salina dalam aspek latar ini, kita seolah-olah ‘nampak’ dengan jelas situasi yang menyulitkan penghuni ‘Kampung Kambing’ yang dihimpit kesusahan dan keperitan hidup. Demikian jugalah kalau kita lihat pada watak Salina. Kecantikan Salina dapat ‘dilukiskan’ dengan baik oleh A. Samad Said kerana watak-watak demikian memang dilihatnya yang kemudiannya telah memberi inspirasi untuk beliau menulis tentang kehidupan pelacur. Pengamatannya terhadap fizikal watak sebenar yang dilihat hari-hari mendorong beliau untuk mengeksploit kehidupan insan sebegini. Melalui watak Salina, A, Samad Said sebenamya ingin menjelaskan bahawa masalah sosial telah Jama wujud. Manusia akan Boos memilit apa jua bentuk pekerjaan, asalkan ianya menjamin kehidupan seseorang itu meskipun bersifat sementara, Pelacuran adalah satu aktiviti yang telah lama wujud dan ianya tidak akan berakhir selagi manusia hidup di atas runtuhan hawa nafsu. A. Samad Said 'memberi’ wajah yang cantik kepada Salina kerana ‘pelacur’, memang berusaha untuk mencantikkan badannya ia adalah aset kepada punca pendapatan mereka. Jadinya, pemaparan kehidupan pelacur dalam novel Salina adalah satu realiti, Ia mencerminkan kehidupan mereka yang lemah pegangan agama. Di sini sekali lagi novel ini ‘memperlihatkan adanya pertalian di antara biodata pengarang dengan apa yang disampaikan dalam novel, meskipun ia tidak mengemukakan sesuatu yang benar seratus peratus ‘Sekurang-kurangnya ia menjelaskan bahawa wujudnya perhubungan di antara pengalaman, pengamatan penulis dan karyanya. Kesesuaian pendekatan ini diterapkan ke atas novel ini semakin menyerlah apabila kita kaitkannya dengan sikap penulis sendiri. Beliau berpendapat novel yang mengemukakan tema yang besar seperti peperangan akan dapat bertahan lama dan dapat memberi munf2at kepada orang ramai. Pendapat beliau perolehi setelah nembaca karya-karya terkenal dari barat yang berhubung dengan peperangan ‘revolusi' Can lain-lain itu dunia. Jadi secara keseluruhannya, peribadi pengarang sama ada sikapnya terhadap masyarkat atau dunia Iuar boleh memberi pengaruh ke atas sebarang penciptaan karyanya, Dengan ini pendekatan sosiologi sesuai diterapkan ke atas mana-mana karya sastera jika peribadi pengarangnya diketahui dan jika kedapatan hubungan di antara teks dengan faktor-faktor di Iuar karya Karya Sastera dan Fungsi Sosial ‘Walaupun secara semula jadinya karya sastera akan diisi dengan unsur semulajadi, fantasi dan rekaan namun bagi karya yang bermutu, ia akan tetap mengambil kira fungsi sosial Begitu jugalah dengan novel Salina. Meskipun novel ini memperlihat keperitan hidup, kesengsaraan dan penderitaan, namun jika dihalusi ia juga mengandungi unsur-unsur yeag, boleh memberi manfaat kepada khalayak pembaca. Melalui novel ini kita dapat memperolehi pengajaran, pengalaman, pengetahuan dan panduan hidup. A. Samad Said melalui karyanya ini secara tidak langsung bertindak memberi pengajaran kepada khalayak pembacanya. Meskipun kisah yang tidak bermoral terlihat jelas dalam novel ini, namun di dalamnya tersirat unsur pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Walaupun A. Samad Said mengisahkan kehidupan pelacur yang bersekedudukan, namun -n- kisah ini sebenarnya tidak mencuit perasaan pembaca untuk turut serta di dalam kehidupan yang sebegitu. Malah gambaran yang diberikan oleh A. Samad Said itu sebenarnya telah, meraih simpati pembaca terhadap watak yang seorang ini, Khalayak terasa marah dengan ap Fakar yang tidak berperi kemanusiaan dan juga’imarah di atas kebodoham Salina Situasi ini sebenarnya mengajar khalauak untik tidak mengulangi kebodohan Salina yang membela Fakar, Juga mendidik kita untuk tidak hidup bersekedudukan dan bergantung, hidup pada pelacuran kerana ternyata Salina tidakpun diseri dengan kebahagian dan kemewahan dengan jalan hidup yang sebegitu. Buktinya ialah Salina akhirnya mengikut nasihat Khatijah. Dia telah membuang Fakar dalam hidupnya dan juga tidak lagi berada dalam dunia pelacuran. Dia berpindah jauh dari tempat hitam untuk melupakan segalanya. Sesungguhnya dengan penampilan liku-liku hidup Salina Fakar yang sebegitu, jelaslah A Samad Said secara tersiratnya telah mengundang unsur pengajaran dan pendidikan dalam karyanya ini, Unsur pengajaran yang lebih jelas boleh kita lihat pada usaha Khatijah dalam meneruskan hidup mereka dua beranak, Dia tetap berada dalam akhlak yang terjafa meskipun suaminya entah di mana dan bersedia pula mencari rezeki yang halal untuk terus hidup meski upah mencuci pakaian tidak seberapa. Episod ini mengajar khalayak agar sentiasa tabah dan berakhlak mulia walau di dalam keadaan mana sekalipun. Selain bertindak memberi pengalaman dan kesedaran, novel ini juga memberi Kita pengalaman dan pengetahuan. menghayati novel ini membuat kita berada dalam era lepas perang, meski kita tidak pernah mengalaminya. Namun dengan gaya dan teknik yang tersendiri, novel ini cuba memberi pengetahuan berhubung dengan perang yang memang menjadi sejarah dunia. Memanglah, sejarah ada mencatat peristiwa ini, tetapi sejarah tidak pernah mencatat rasa ngilu, takut, seram, kecewa dan perasaan putus asa mereka yang mengalaminya, Tetapi, novel ini ada mencatatkan perasaan ini yang sesungguhnya menyentuh rasa sesiapa sahaja yang membacanya. Lantaran ini, maka sesetengah pengiat sastera menerima akan kehidupan Salina yang bergantung pada pelacuran. mereka merumuskan Salina terpaksa hidup dengan cara yang sebegitu kerana terpaksa, lantaran hidup sebatang kara. Walau bagaimanapun, amat nyatalah novel ini turut memberi kita pengalaman yang tidak pernah kita lalui dan sesunggubnya ia amat bernilai. Seandainya tidak sesiapapun yang cuba merakamkan perasaan mereka yang hidup dalam kegetiran begini, kita semua tidak akan mengetahuinya, Pengalaman ini akan hilang begitu sahaja dan generasi seterusnya tidak akan melihatnya sebagai satu trajedi. Mungkin mereka akan mengetahuinya sebagai fakta sejarah dan tidak lebih dari it. -28- Pendekatan Psikologi Semenjak dahulu lagi, penyair atau pengarang dianggap sebagai manusia yang agak berbeza dari orang lain. Mereka dikatakan dilahir tidak begitu sempurna (mungkin cacat), tetapi dalam waktu yang sama, mereka memiliki keistimewaan lain yang tidak ada pada lah kebolehan dan kemahiran dalam menghasilkan karya seni. Bakat ini dianggap istimewa'kerana tidak semua orang mampu manusia biasa, Keistimewaan yang dimaksudkan itu atau berupaya menghasilkan karya seni, Di samping itu penyair juga dianggap sebagai orang yang mengidap penyakit neurosis. Ini kerana ada waktunya pencakapan mereka adalah terlalu rasional dan pada waktu yang lain pula tidak boleh diterima angsung. Oleh yang demikian ada pihak yang mengatakan keistimewaan yang mereka ada itu sebenarmya telah menampung kekurangan atau ketidaksempurnaan y2ng mereka miliki. Bagi Freud mereka ini adalah pesakit neurosis yang agak degil, kerana walaupun kadangkala mereka kelihatan agak tidak siuman, namun mereka bukanlah gila. Merzka tidak berada di tahap itu lantaran berjaya menampung tekanan perasaan ataupun keinginan yang mustahil untuk dicapai melalui berkarya, Melalui karya mereka mencapai segala impian yang gagal diperolehi secara nyata. Namen begitu, penyakit neurosis itu tetap berada di tahap yang sama; cuma pesakitnya tidakich sampai menjadi gila. Dengan yang demikianlah Freud berpendapat. Seniman adalah asal-usulnya orang yang berpaling daripada realiti kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan tuntutan supaya menolak kepuasan naluri yang semulajadi dan kemudianya dalam hidup fantasinya rela mengadakan cita-cita yang erotik dan besa... Secara ringkasnya, seniman bagi Freud ialah:~ + mereka adalah pesakit neurosis yang tidak semboh. Mereka cuba mengatasinya melalui berkarya, Dengan demikian penyakit mereka tidak sampai ke tahap tidak siuman, + dasar bagi penghasilan karya merupakan keinginan yang tidak terlaksana keinginan yang memalukan. Keinginan itu diperolehi melalui berkarya + naluri semulajadi mereka tidak sama dengan realiti. Jadi selama-lamanya keinginan mereka tidak tercapai secara kenyataan dan ini disalurkan melalui karya. + mereka suka hidup menyendari dan suka mencipta fantasi dan mendapat kepuasan darinya. -29- + mereka dikatakan selalu mengimpikan kehormatan, kekuasaan, kekayaan dan cinta wanita, tetapi pada realitinya mereka tidak ada keupayaan untuk memperolehinya. Impian itu dipenubi melalui karya. Kejayaan dalam menghasilkan karya itu di8ifatkan sebagai telah memenuhi impian mereka. Dengan ini mereka tidak lagi terasa tertekan atau kecewa atau fikiran mereka terganggu oleh kehendak-kehendak yang sedemikian. + mereka juga disamakan dengan kehidupan kanak-kanak yang sebenarnya suka mencipta fantasi. Demikianlah tanggapan Freud terhadap seniman, Namun begitu tanggapan ini ada kelemahan yang tersendir Dalam membuat analisis terhadap karya sastera dengan pendekatan psikologi, kita sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara: + psikologi pengarang + psikologi watak + psikologi masyarakat Psikologi Pengarang Dalam membincangkan psikologi pengarang, kita sebenarnya mengkaji proses penulisan mereka, Ini termasuklah perkara-perkara peribadi yang merujuk kepada:- + tempat/suasana yang boleh member! ilhman kepada mereka. + bentuk tulisan mereka. + masa berkarya dan kenapa di waktu itu. Sebenamya terdapat kelainan di antara satu individu dengan individu lain dalam berkarya, Dengan kriteria-kriteria yang berbeza itu, sebenarnya mereka telah membentuk kelainan yang tersendiri di antara satu sama lain, Dengan menggunakan kaedah psikologi juga. Sesebuah karya itu dapat ditafsir dan dinilai Ini melibatkan proses penulisan mereka, dan juga berdasarkan dokumen-dokumen yang bersifat non-sastera. Kaedah ini sebenarnya membawa kita ke arah mengenali kehidupan seniman dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kaeda ini bukannya mudah kerana -30- segala-galanya harus ditafsir dengan hati-hati agar ia tidak menimbulkan sebarang percanggahan fakta, Jadi jika kita ingin mengkaji psikologi pengarang, kita lwendaklah merujuk kepada perkara- perkara berikut:~ + karya sastera mereka + dokumen yang non-sastera mengenai mereka. + mengetahui latar belakang mereka, terutamanya yang berhubungan dengan proses kreativiti mereka. Psikologi Watak Kajian ini boleh dilakukan dengan hanya merujuk kepada watak-watak yang terdapat di dalam karya. Namun mesti diingatkan, tidak semua hasil karya ada mempamerkan psikologi wataknya. Jadi, bukan semua hasil karya dapat dikaji dengan cara ini. Di antara perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mempastikan wujudnya psikologi watak ialah:- + adanya unsur flashback + adanya unsur monolog + adanya unsur konflik jiwa + adanya unsur tekanan perasaan + adanya tingkahlaku di luar rasional. Untuk memndahkan kajian dilakukan, maka seseorang pengkaji itu hendaklah benar-benar menghayati watak berkenaan dan seterusnya bera'a dalam diri watak itu. Dengan ini gelodak perasaan watak dapat diikuti secara lebih berkesan. Adanya perasaan simpati, gerun, marah, sakit hati dan dendam atau lain-lain perasaan di jiwa pembaca sebenarnya ‘menjelaskan bahawa interaksi psikologi telah berlaku. Psikologi Masyarakat Kajian ini merujuk kepada pandangan Carl Jung mengenai collective unconsciousness. Tanggapan yang dimaksudkan oleh pandangan ini ialah bahawa masyarakat setempat atau tertentu secara tidak sedar telah mempunyai tanggapan tertentu dalam pemikiran mereka dan tidak boleh lagi diubah-ubah. Misalnya, berhubung dengan sistem kepercayaan, adat resam dan sebagainya. Kelompak ini dikatakan secara tidak sedar telah mempunyai tanggapan yang sama berhubung dengan perkara-perkara yang berada di sekeliling mereka “Ble lantaran telah sebati. Perkara ini“memang berhubung rapat dengan psikologi. Ini kerana psikologi memang berkait rapat dengan sikap, tindak tanduk, gerak aksi dan pemikiran individu. Dan masyarakat akan dikatakan berada di bawah collective unconscious jika individu dalam masyarakat tersebut berada dalam tahap pemikiran atau tanggapan yang sama berhubung dengan satu-satu perkara, Pendekatan sebegini amat sesuai digunakan jika kita membuat analisis ke atas karya yang bethubung dengan metos dan lain-lain unsur yang telah menjadi sebati dalam masyarakat berkenaan. Malah ada pihak yang menamakan kajian yang bersifat begini sebagai kajian painduk. PENERAPAN PENDEKATAN PSIKOLOGI KE ATAS NOVEL RANJAU SEPANJANG JALAN Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan Novei Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan keluarga petani Lahama-Jeha yang hidup di daerah pedalaman di Kedah, Corak kehidupan keluarga ini boleh dianggap sebagai ‘mewakili kaum petani di Kedah dalam tahun 50-an yangsata-ratanya adalah miskin. Kemiskinan keluarga boleh dilihat pada taraf hidup mereka. Anak-anak tidak disekolahkan kerana ketiadaan wang. Pada pandangan mereka, tenaga anak-anak meskipun masih kecil boleh membangu keluarga, kalau tidak disekolahkan. Sekurang-kurangnya mereka boleh menjaga adik-adik sementara ibu dan bapa pergi ke sawah. Ini kerana sawah bagi mereka adalah wang, adalah kehidupan. Kalau sawah tidak menjadi bertambah miskinlah mereka. Ini kerana mereka tidak ada sumber pandapatan yang Jain. ‘Walaupun Jeha dan Lahama hidup miskin, tetapi mereka masih memiliki tanah senciri. Di atas tanah yang 14 relong inilah mereka membanting tulang untuk menyara diri dan anal anak yang tujuh orang. Tanah 14 relong ini tidak dapat memberi hasil yang memuaskan kerana sering sahaja padi mereka diancam burung, ketam, kemarau dan banjir. Hal inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat mengubah taraf kemiskinan, tambahan pula banyak mulut yang perlu disuapkan. ‘Anak-anak Jeha-Lahuma yang seramai 7 orang itu semuanya perempuan. Anak sulong mereka, Sanah tidak dapat membantu banyak kerana tenaga perempuan yang masih muda tidak begitu kuat untuk menguruskan sawah. Jadi, anak yang ramai, tetapi tidak dapat digunakan tenaga mereka, menyebabkan kesempitan hidup semakin terasa. Keadaan menjadi bertambah sulit apabila kaki Lahuma terkena duri nibong ketika membersihkan sawah, Malah ia menjadi punea kepada keperitan hidup keluarga Jeha. -32- Kesan dari duri nibong itu merebak kepada penyakit busung pula. Kerana tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan beserta dengan sampai ajal Lahuma akhirnya meninggal dunia dengan meninggalkan beberapa masalah kepada Jeha anak beranak. Kematian Lahuma benar-benar memberi masalah kepada Jeha. Tenaga wanitanya tidak dapat ‘menangani masalah di sawah, sedangkan sawah adalah satu-satunya punca rezeki mereka. Jeha tidak dapat memikir bagaimana harus dia menghadapi segala-galanya sendirian tanpa suami di sisi kerana selama ini Lahumalah yang menjadi tunggak keluarga. Bagi Jeha, tanpa Lahuma, bererti berakhirlah kehidupan mereka, Rasa kecewa, putus harap, kerinduan dan kesunyian tanpa suami membuat jiwa Jeha rasa tertekan. Tekanan ini akhirnya menganggu jiwa Jeha, dan beliau tidak lagi menjadi wanita yang siuman, yang sayangkan anak-anak dan masa depan mereka. Jeha menjadi wanita gila yang menganggu etenteraman orang lain. Akhimya dia dikurung oleh anak-anak demi keselamatan dirinya dan orang lain juga. Novel ini berakhir dengan penyakit jiwa Jeha yang tidak juga sembuh meskipun perrah dirawat di hospital Dalam Ranjau Sepanjang Jalan ini penerapan psikologi boleh diterapkan dengan merujuk kepada watak-watak dalam karya, Maksud di sini ialah penerapan ini tidak akan menyentuh pengarang. Tumpuan analisis hanyalah terhadap watak-watak tertentu sahaja. Sebenanya dalam membuat penerapan dengan pendekatan ini, kita hendaklah mempastikan bahawa unsur-unsur psikologi itu memang terdapat dalam karya yang hendak di itu. Jika unsur itu tidak ada, maka penerapan psikologi tidak lagi sesuai untuk diterapkan. Ini bermaksud bahawa pendekatan psikologi tidak boleh diterapkan ke atas mana-mana karya secara bebas. Jadi, penelitian harus dilakukan terlebih dahulu bagi merspastikan kesesuaian di antara karya dengan pendekatan. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini unsur kejiwaan atau psikologi memang ketara sekali, Ianya boleh dilihat pada watak Lahuma dan juga watak Jeha. Tetapi bagaimanakah untuk diketahui akan adanya unsur-unsur psikologi di dalam karya? Beberapa keadaan yang ditimbulkan oleh watak boleh membantu kita dalam mengenalpastikannya. Di antaranya ialah (@—adanya unsur monalog Gi) adanya unsur tekanan perasaan (iii) tindak tanduk di luar rasional -33- Analisis Ranjau Sepanjang Jalan Bagi memudahkan kefahaman pelajar berhubung dengan penerapan psikologi ini, analisis akan dibuat secara satu persatu. Mula-mula kita lihat délu pada watak Lahuma da pula oleh watak Jeha, (i) Lahuma Psikologi Lahuma dapat dilihat pada monolog-monolognya berhubung dengan penyerahan jiwa raga dan kehidupannya kepada Allah. Penyerahan yang membuta tuli ini telah mengikat Lahuma kepada punca rezeki yang satu, iaitu berbakti kepada sebati dengan pegangan sawah semata-mata, Lantaran jiwanya yang telah begit rezeki secupak tidak akan menjadi segantang, maka dia tidak berusaha untuk membuat kerja sampingan bagi menambahkan pendapatannya. Lahuma lebih senang berehat sewaktu lapangnya daripada mengisinya dengan melakukan sebarang pekerjan bagi menambahkan rezeki. Lahuma lebih senang begini kerana jiwanya telah sebati dengan pemberian takdir. Takdir adalah segala-galanya dan manusia tidak boleh menolak takdir yang datang. Jiwanya yang sudah lama tertanam pada séwahlah menyebabkan dia tidak dapat memil menjaminkan hasil yang lumayan. Baginya bencana dan malang adalah satu s yang tidak boleh ditolak. Dia perlu berserah pada apa sahaja keadaan yang menimpa... jadi perlu apa dirisaukan. bentuk pekerjaan Jain meskipun dia sedar sawahnya tidak selalunya yratan Harapan Lahuma alah agar isteri dan anak-anaknya juga mempunyai pendirian sebegini. Lantaran itulah Lahuma tidak memikirkan kehidupan yang lebih terjamin buat masa depan anak-anaknya. Anaknya diberhentikan sekolah kerana bagi Lahuma berpelajaranpun tidak akan ke mana. Baginya hanya Tuhan sahaja yang boleh mengubah dan menentukan nasib seseorang. Jadi, apa perlunya pergi ke sekolah dan apa gunanya mengubah corak kehidupan, Lagipun sejak zaman berzaman lagi keluarga mereka hidup bergantung kepada sawah. Tindak tanduk dan sikap Lahuma yang berserah bulat-bulat pada Tuhan dan takdir itu menggambarkan jiwanya lemah, Dia terlalu taksub kepada pegangan hidupnya, Schingga tidak lagi dapat melihat arah masa depan yang gemilang, Ketaksuban inilah yang membuatkan keluarganya tidak terkeluar dari putaran kemiskinan. Seandainya jiwanya tidak begitu taksub dengan pengangan yang membuta tuli itu, hidupnya 34 sekeluarga tidak akan terus menjadi miskin, Tanah 14 relong itu akan memberi hasil Jumayan jika usaha-usaha positif dilakukan. Unsur psikologi Lahuma seterusnya dapat dilihat pada tekanan perasaen yang dihadapi oleh Lahuma, ‘Tekanan ini sebenarnya berpunca dari sikap Lahuma sendiri yang begitu berpegang pada sawah dan tanab. Seandainya dia tidak begitu taksub dengan pegangan yang sebegitu, Lahuma tidak akan menghadapi jalan buntu apabila dia tidak dapat turun ke sawah setelah kakinya terpijak duri nibong. Lahuma terasa tertekan sekali apabila menyedari kakinya terus membengkak sedangkan sawahnya menuntut tenaga lelakinya kerana tenaga wanita Jeha dan Sanah tidak dapat melakukannya, Lahuma terasa kecewa dan geram sekali dengan keadaan,kakinya yang telah menghalang pergerakannya dan sekali gus memaksa dia berada di rumah sahaja. Berada di rumah sahaja, sedangkan sawah perlu dikerjakan membuat Lahuma terasa rimas, serba salah, geram, kecewa, sakit hati dan mudah hilang sabar. Bagi mengatasi tekanan perasaan yang begini, Lahuma bertindak berani. Kaki yang membengkak itu dihirisnya dengan pisau cukur dengan harapan ianya akan cepat sembuh dan dia akan segera dapat mengerjakan sawah. Tindakan Lahuma itu merupakan sesuatu yang diluar rasional. Lahuma tidak seharusnya memotong sendiri kakinya yang bengkak. Dia harus mendapat rawatan yang sempurna kalau hendak semboh, Dia tidak seharunya menghiris sendiri dengan menggunakan peralatan yang tidak dijamin kebersihan dan kesesuaiannya. Tetapi perasaan yang tertekan itu telah mendorong Lahuma untuk melakukan apa sehaja asalkan dia tidak lagi dibebani dengan penyakit dan dapat kembali ke sawah. Hasil dari tindakan yang diluar rasional yang didorong oleh perasaan yang tertekan ‘menjadikan diri Lahuma semakin kalut apabila kaki yang diharap semboh itu menjadi lebih buruk keadaannya. Kesakitan yang bertambah ini menjadikan Lahuma semakin hilang pertimbangan. Kakinya yang sakit itu sengaja ditandangkan ke tiang, darah kemudiannya mengalir dan kesakitannya terus memuncak. Hasilnya bukanlah kaki itu semakin baik, malah bisanya menular ke seluruh badan, Seluruh badannya menjadi sakit dan perutnya semakin membesar. Kemuncak kepada penderitaan Lahuma ialah darah dan nanah keluar dari selurub liang roma Lahuma, Lahuma akhimya meninggal dunia. Jika Lahuma tidak mempunyai sikap yang terlalu taksub pada pendirian yang bersifat fatalistik, tentunya Lahuma tidak akan menemui ajal yang sebegini. Dia mungkin juga terkena duri, tetapi jika dia tidak cuba menghirisnya sendiri, keadaan mungkin tidak seteruk itu. Ataupun dia mungkin juga terkena duri, tetapi tidak akan menghadapi tekanan perasaan jika sebelum ini dia ada punca pendapatan yang lain. Dia boleh menunggu kakinya baik dan sawah itu boleh sahaja diupah traktor membajaknya. Tetapi disebabkan dia tidak ada wang, dia tidak boleh mengupah traktor. Disinilah bermulanya tekanan kepada diri Lahuma. Sawah mesti dikerjakan mengikut waktunya, sedangkan dia tidak dapat berbuat begitu. Fikirannya berkecamuk terhadap beberapa kemungkinan yang bakal terjadi jika dia terus berkeadaan begitu, Fikiran yang berserabut inilah membuat Lahuma bertindak di luar rasional, Dia bertindak keras terhadap kakinya adalah semata-mata untuk melepaskan perasaan tertekan, Seolah-olah kakinya yang terpijak duri itulah punca segala- galanya, Oleh itu kaki itu perlu dihiris .. dibuang durinya dan kaki itu akan baik, Tetapi Lahuma tidak sedar dia sebenarnya bertiniiak di luar sedar kerana di dorong oleh perasaan yang tidak menentu. Akibatnya ialah perasaan Lahuma terus tertekan apabila harapannya untuk semboh langsung tidak ada. Demikianlah unsur kejiwaan yang diterapkan oleh Shahnon dalam Ranjau Sepanjang Jalan, Teknik monolog yang digunakan ke atas watak Lahuma begitu berkesan sekali. (ii) Jeha Berbanding dengan watak Lahuma, watak Jeha lebih banyak menampilkan unsur kejiwaan, Ini sewajarnyalah kerana dalam Ranjau Sepanjang Jalan episod Jeha lebih panjang. Watak Lahuma banyak muncul dalam igauan Jeha sahaja setelah Lahuma meninggal. Leha dari awal-awal lagi telah ditampilkan sebagai watak yang lemah di segi kejiwaannya, Dia dikatakan mendapat geroh ular dan akan terkejut bila terpandang apa sahaja yang seakan-akan ular, Apa yang dialami Jeha ini merupakan petanda awal yang Jeha adalah wanita yang lemah semangat. Tentang sikap pula, Jeha tidaklah begitu taksub seperti mana Lahuma; tetapi dia menghormati dan taat kepada suaminya, jadi, apapun pegangan Lahuma, Jeha akan mengikut sahaja, Walaupun tidak taksub seperti suaminya, namun sikap amenyerah pada takdir yang membuta tuli yang dipegang oleh Lahuma telah memberi kesan yang hebat kepada Jeha. = 36. al. Kematian Jeha menghadapi (ekanan perasaan sebaik sahaja Lahuma mening Lahuma bererti matilah tempat bergantung hidup. Jeha tidak boleh melakukan pekerjaan lain untuk menambahkan rezeki kerana ketika Lahuma hidup dia tidak diajari untuk berusaha lebih. Rezeki baginya adalah dari sawah, tetapi tanpa tenaga Lahuma, berapa sangatlah hasil yang akan diperolehi. Apakah dengan hasil yang sedikit itu akan boleh mereka ‘hidup sepanjang tahun’. Inilah yang menghantui fikiran Jeha, Dia tidak dapat membayangkan bagaimana untuk dia menghadapi segala musuh dan bencana tanpa tenaga gagah Lahuma, Lantaran memikirkan ketidak upayaan inilah maka ingatan pada Lahuma tidak pernah padam. Kerana itulah juga maka Lahuma sering datang dalam mimpi Jeha. Khususnya apabila bencana datang menyerang padi mereka, Mimpi ini kadangkala memberi semangat kepada Jeha dan ada kalanya ia mendatangkan suasana ngeri. Mimpi ngerilah yang memberi tekanan kepada jiwa Jeha. Dia merasakan Lahuma menyuruhnya bekerja lebih kuat lagi. Tuntutan inilah yang membebankan Jeha, dan seterusnya menganggu perasaan Jeha. Akhirnya sedikit demi sedikit Jeha berubah, Tindaknya sudah makin tidak siuman lagi. Ingatannya hanyalah pada padi dan Lahuma. Akhirnya dia terpaksa dikurung oleh anak-anak demi keselamatan, Sebenarnya jiwa Jeha terganggu disebabkan beberapa perkara. Pertamanya ialah hilang tempat bergantung, kerja disawah sebenarnya menuntut tenaga lelaki-~Terlalu banyak rintangan yang terpaksa dihadapi dalam mendapatkan hasil padi. Jeha tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan terus berjuang dengan musth-musuh padi tanpa tenaga Lahuma, Ingatan pada Lahuma dan keterpaksaan meneruskan ker‘a- kerja di sawah benar-benar membebankan fikiran Jeba. Faktor kedua ialah Jeha belum bersedia untuk menghadapi hidup tanpa suami, Dia tidak pernah terfikir bahawa ajal akan memanggil Lahuma secepat itu. Jeha sebenarnya menerima kejutan, Sakit Lahuma tidaklah lama, dan dia pasti akan semboh keraha kaki Lahuma hanyalah terkena duri nibong. Bagi Jeha, tidak mungkin dari nibong boleh meragut nyawa. Tetapi Lahuma telah mati, Dia tidak dapat menerima kenyataan yang begitu dengan mudah. Lantaran kerinduan yang mendalam pada Lahumalah membuat dia sering bermimpikan Lahuma, Mimpi-mimpi inilah yang menganggu ketenteraman jiwa Jeha, Faktor berikutnya ialah berhubung dengan jiwa Jeha sendiri. Jeha mempunyai jiwa yang lemah. Dia tidak ada semangat cekal hati dalam dirinya, Orang seperti Jeha ‘mudah berputus asa. Orang yang muda putus asa tidak akan tahan dengan eabaran hidup. Fil dan tidak dapat menerima suratan takdir secara yang positif. Sesiapapun akan anya tidak mampu memikirkan hikmah disebalik peristiwa yang terjadi ” mengalami gangguan jiwa jika dia tidak (abah dalam menghadapi hidup khususnya jika hidup sendirian Satu faktor lagi ialah Jeha adalah seorang wanita.vang lemah iman, Bersembahang dan berserah pada takdir tanpa berusaha bukanlah melambangkan keimanan seseorang. Jika Jeha seorang yang kuat imannya, dia akan menerima kematian Lahuma dengan tabah dan penuh sedar bahawa yang hidup pasti mati dan yang tinggal akan terus berusaha untuk hidup. Berbanding dengan watak Lahuma, watak Jeha ketara sekali akan unsur psikologinya. unsur monolog, tekanan perasaan dan tindak tanduk di luar rasional mat jelas sekali. Jeha menjadi gila adalah akibat dari menghadapi tekanan perasaan yang tidak dapat dibendongnya. Dia tidak akan gila jika perasaannya tidak tertekan Dia boleh menghadapi hidup tanpa Lahuma dengan tenang dan kuat iman. Tetapi Jeha tidak ada semuanya itu. Ketiadaan sifat tabah hati, kurang iman dan semangat yang lemah telah menjadikan dirinya bertindak di luar rasional, Hasilnya ialah dia terus gila meskipun pernah melalui rawatan, Kesimpulan Demikianlah aspek psikologi yang dapat dilihat pada watak Lahuma dan Jeha, ni bermaksud membuat analisis ke atas watak-watak dari tinjanan Penerapan psikologi di psikologi. Kita melihat gerak aksi atau tindakan watak dengan berlandaskan tindak tanduk psikologi yang diterapkan oleh pengarang. Kita tidak boleh membuat analisis yang berteraskan psikologi sekiranya watak dalam karya izu bergerak buku di atas landasan psikologi. Pendekatan psikologi ini boleh juga diterapkan ke atas watak salina dan beberapa lagi watak yang terdapat dalam novel Salina yang dihasilkan oleh A. Samad Said, Cuba anda menganalisiskan sendiri berpandukan modul ini. Selamat mencuba. -38- BAHAN RUJUKAN Ali Ahmad 1994, Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Danziger M.K. dan Johnson W.S. 1991. Pengenalan Kritikan Sastera Diterjemahkan oleh Hamdan Yahya Johan Jaafar dan Shamsuddin Jaafar. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang 1988. Kritikan Kesusasteraan Teori dan Penulisan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jefferson, Ann dan Robey, David. (ed). 1988. Teori Kesusasteraan Moden. Diterjemahkan oleh Mokhtar Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Liaw Yook Feng 1970. Ikhtisar Kritik Sastra. Singapore: Pustaka Nasional. Rahman Shaari 1988. Kritikan Sastera Melayu Pendekatan dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Scott, Wilbur. S 1966. Five Approaches of Literary Criticism. London: Collier - MacMillan. Wellek, R dan Warren, A. 1988, Teori Kesusasteraan. Diterjemahkan oleh Wong Seng Tong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaks -39-

Anda mungkin juga menyukai