Anda di halaman 1dari 2

SEMANGAT PATRIOTIK

Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan
dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap
patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri
diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini
semenjak mereka kanak-kanak lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan
negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat
patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan
kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat
pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan
kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara
turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.
Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus
menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu
bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak
langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi
sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun
dengan pesat dan menjadi negara maju.
Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik
dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut
menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan
Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap
negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur
patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insaninsan mulia.
Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik
dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan
penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang
mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan
kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan
bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat
disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan
yang diadakan

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan


masyarakat di negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk
dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada
pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk
mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata.
Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap
agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan
memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi.
Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa
Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk
sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga
dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkanmasyarakat yang
sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama
negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan
penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi
pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan
menghayatisemangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu.
Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam
peperiksaandan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian,
semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka
menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.Jika semangat
patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak,
kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifatsifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran
untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan
meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan
tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara.
Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini
semenjak
mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan
menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur
Gemilang dikibarkan.

Anda mungkin juga menyukai