Anda di halaman 1dari 3

Peranan ibu bapa dalam melahirkan modal insan yang cemerlang

Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan individu yang


paling penting dalam sebuah institusi keluarga. Ibu bapa bukan
sahaja perlu menanggung tanggungjawab menyara kehidupan keluarga, malahan
juga harus mendidik dan mengasuh anak supaya menjadi orang yang
berguna. Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menjadi
pencoraknya ,. Oleh itu, ibu bapa
memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang
cemerlang dan sempurna dari segi jasmani , rohani , emosi, mental
dan intelek .

Seperti yang kita sedia maklum, didikan yang paling awal diterima oleh
seseorang anak bermula dari rumah. Sejak kecil lagi, ibu bapa harus
membimbing dan mendidik anak supaya dapat membezakan perkara yang
berfaedah dan yang tidak boleh dilakukan. Apabila anak melakukan kesalahan,
ibu bapa perlu mendenda anak supaya mereka dapat sedar dan insaf akan
kesalahan sendiri. Sekiranya ibu bapa tidak membetulkan kesalahan yang
dilakukan oleh anak, anak akan menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah
betul. Lama-kelamaan, perbutan buruk itu menjadi tabiat anak keranaalah biasa
tegal biasa . Jadi, memang jelaslah bahawa didikan ibu bapa sejak kecil
lagi diperlukan bagi mewujudkan modal insan yang berdisiplin dan berguna.
Janganlah kita lupa bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya

Di samping itu, ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada


anak dari semasa ke semasa. Setiap agama mengajar penganutnya melakukan
perkara yang bermoral serta menjauhi perbuatan yang boleh menjatuhkan
maruah diri dan keluarga. Amalan yang tidak bermanfaat dilarang sama sekali
oleh semua agama. Antaranya ialah berzina , membunuh, merompak,
berjudi dan sebagainya. Dengan adanya ajaran agama yang teguh, seseorang itu
tidak akanterjebak ke lembah kehinaan . Hal ini demikian kerana
mereka sedar bahawa mereka akan menerima tulah dan dikenakan
hukuman oleh Tuhan jika mereka melanggar didikan dan ajaran agama.
Tambahan pula, orang yang menerima didikan agama sejak kecil lagi mempunyai
pemikiran yang lebih matang dan rasional. Mereka tidak mudah terpengaruh oleh
budaya dan rakan sebaya yang tidak baik. Hal ini disebabkan segala ajaran
agama telah serasi denganjiwa mereka. Melalui cara ini, insan yang
sempurna dari segi rohani dapat dilahirkan.

Sebagai saudara terdekat dengan anak-anak , ibu


bapa memikul tanggungjawab untuk membekalkan kasih sayang yang
mencukupi kepada anak. Ibu bapa sepatutnya mencurahkan kasih sayang dan
memberikan keprihatinan kepada anak di samping sibuk mencari nafkah .
Mereka tidak harus mementingkan kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya
semata-mata sehingga mengabaikan anak. Mereka tidak boleh berpendapat
bahawa sudah cukup untuk menyediakan keperluan makanan dan minuman
serta wang ringgit sahaja. Ibu bapa mestilah meluangkan masa untuk
berinteraksi dengan anak. Apabila anak menghadapi masalah, ibu bapa harus
membantu dan membimbing anak untuk menyelesaikan masalah tersebut
melalui cara yang betul. Anak tidak akan berasa diabaikan dan dilupakan oleh ibu
bapa. Sebaliknya, mereka akan berasa mereka disayangi dan diambil berat oleh
keluarga memandangkan ibu bapa sanggup mendampingi mereka dan
mendengar masalah yang dihadapi.
Selain memberikan keprihatinan kepada anak, ibu bapa memainkan
peranan dalam mewujudkan sebuah keluarga yang sempurna dan harmoni
supaya anak dapat membesar dalam keadaan yang bahagia. Ibu bapa
seharusnya berusaha membentuk keluarga yang damai dan aman
seperti syurga . Anak yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan
lebih mudah menerima perkara-perkara positif dalam membina diri mereka.
Mereka lebih tenang dan lebih senang menerima pelajaran bagi mendapat
keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Keluarga bahagia
menjaditulang belakang mereka. Jadi, kepincangan institusi
keluarga akibat krisis rumah tangga perlu dielakkan supaya
tidak menimbulkan konflik dalam jiwa anak. Perbalahan antara ibu bapa,
ibu bapa yang bercerai serta terpaksa hidup dengan ibu atau bapa sahaja
menyebabkan keluarga tidak bahagia diwujudkan. Bagi anak, keluarga seperti itu
merupakan neraka . Anak tidak dapat memperoleh ketenangan emosi dari
keluarga tersebut. Secara tidak langsung, modal insan yang cemerlang tidak
dapat dilahirkan.
Tidak dapat diabaikan bahawa ibu bapa yang menjadi model kepada
anak perlu menjaga perlakuan dan sahsiah sendiri. Anak yang belum mempunyai
minda yang matang berfikiran bahawa segala perbuatan ibu bapa adalah betul
dan boleh ditiru. Mereka mengikut-ikut apa shaja yang dilakukan oleh ibu bapa.
Sebagai teladan dan contoh kepada anak, ibu bapa harus menunjukkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan harian dan tidak melanggar undang-undang. Janganlah
kita lupa bagaimana acuan, begitulah kuihnya dan bapa
borek, anak rintik . Bagaimanakah ibu bapa boleh melarang
anak merokok sedangkan mereka sendiri yang menghisap rokok setiap hari?
Adakah anak akan menerima nasihat ibu bapa untuk mengamalkan amalan

membaca dengan rela hati memandangkan ibu bapa sendiri tidak membuat
demikian? Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka
selalu menunjukkan tingkah laku yang terbaik supaya menjadi contoh yang
terbaik untuk anak.

Golongan belia ialah harapan dan bakal pemimpin negara


. Ibu bapa perlu menanggung tugas untuk melahirkan insan yang
sempurna, berketrampilan dan berakhlak mulia. Dengan adanya insan
yang berilmu, berdisiplin dan cemerlang, negara kita akan sentiasa maju dan
makmur. Ibu bapa tidak harus alpa dan lalai dengan tanggungjawab sendiri.
Pikullah tugas tersebut bagi mewujudkan generasi yang cemerlang.