Anda di halaman 1dari 30

1.

PENGENALAN
Perkataan demokrasi ini berasal dari bahasa Yunani, iaitu demos yang
membawa maksud rakyat dan kratos membawa maksud kuasa. Pengabungan kedua
maksud ini membawa kepada maksud Kuasa Rakyat, dimana secara simboliknya
kuasa terletak kepada rakyat sendiri bagi menentukan pemimpin dan ketua kerajaan
mereka sendiri atau lebih ringkasnya lagi kerajaan untuk oleh rakyat untuk rakyat.
Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang
dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi
adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Presiden Amerika yang ke16 Abraham Linclon pernah berkata kerajaaan demokrasi adalah sebuah kerajaan;
of the people, by the people, and for the people 1 ini menjelaskan bahawa kerajaan
demokrasi secara totalnya adalah sebuah kerajaan rakyat. Ini dapat disokong melalui
kenyataan Joseph Schumpeter dimana;

that only a highly formal kind of

democracy in which citizens vote in an electoral process for the purpose of


selecting2.
Demokrasi juga ditakrifkan sebagai satu corak pemerintahan yang dibuat
berdsarakan sistem perwakilan. Dalam hal ini, bukan semua rakyat dalam sesebuah
negara boleh berkumpul untuk membuat keputusan. Oleh hal yang demikian rakyat
terpaksa memilih dan melantik sekumpulan wakil rakyat yang akan mewakili mereka
di dewan perundangan.

Apa yang dipraktikan oleh demokrasi sebenarnya

membolehkan rakyat mengemukakan kehendak tanpa sebarang sekatan kepada wakil


mereka. Bagaimanapun, rakyat juga sedar bahawa kehendak dan pendapat daripada
sebahagian besar rakyat perlu diambil kira sekurang-kurangnya tiga perempat
daripada jumlah keseluruhan. Kekuatan fizikal rakyat ini bergantung pada kuasa
mengundi yang ada pada diri mereka.
1

Berdasarkan pemahaman tersebut, demokrasi dapat ditakrifkan sebagai


pemerintahan rakyat, iaitu pemerintahan yang dibentuk dan dijalankan atas kehendak
rakyat. Bentuk politik dalam pemerintahan demokrasi adalah dimana

kekuasaan

pemerintahannya berasal dari rakyat, kekuasaan tersebut dapat diperoleh melalui


pemilihan yang dilakukan oleh rakyat sendiri dari sistem pilihanraya yang dilakukan
secara berpenggal untuk dipilih menjadi wakil kepada Rakyat. Ini adalah disebabkan
bukan semua rakyat dalam sesebuah Negara dapat berkumpul dalam sesuatu masa
untuk sama-sama membuat keputusan secara kolektif. Oleh yang demikian rakyat
terpaksa memilih atau melantik sekumpulan wakil rakyat yang akan mewakili mereka
di dewan perundangan disamping amalan demokrasi membolehkan rakyat
mengemukakan kehendak mereka tanpa sebarang sekatan kepada wakil mereka.
Ramai yang yang sedar bahawa amalan demokrasi tidak semestinya
mendatangkan kebahagiaan ataupun kemajuan dalam nilai hidup manusia amnya.
Sebaliknya, ramai pemimpin politik yang telah mendapat faedah daripada amalan
demokrasi seperti pilihanraya yang bebas kemudian menaja sekatan terhadap hak asasi
rakyat belum matang lagi.

Justeru, terdapat juga Barat yang sudah maju sering kali

mengatakan demokrasi tidak sesuai bagi negara bahawa negara tertentu tidak
mengamalkan pemerintahan demokrasi untuk membebaskan negara tersebut agar
demokrasi mengikut model mereka dapat diamalkan.

2. KEWUJUDAN DEMOKRASI
Akibat daripada proses evolusi masyarakat pada abad ke-19 dan ke-20 maka
wujud ideology demokrasi. Antara perkara penting yang dalam pertubuhan demokrasi
adalah pembangunan teknologi yang banyak mempengaruhi ekonomi dan kehidupan
social serta perubahan dalam kepercayaan dan agama yang menyakinkan rakyat
memilih corak pemerintahan yang berpandukan prinsip demokrasi.

Di mana

perubahan dalam kepercayaan menentang pemimpin bukan lagi satu kesalahan agama
kerana pemimpin bukan lagi satu jelmaan tuhan atau dewa yang perlu dipatuh
sebilang masa. Kegagalan pemerintah yang bersifat autotitarian dan penyalahgunaan
kuasa oleh mereka dikalangan golongan atasan sudah cukup memberi ruang kepada
ideologi demokrasi mengambil alih sistem sedia ada. Revolusi Perancis 1789-1799
misalnya menampakkan bagaimana rakyat yang majoriti golongan petani dan buruh
telah bosan dan benci akan hak istimewa yang diberikan oleh pemerintah kepada
golongan bangasawan serta gereja katolik dan atas keinginan rakyat untuk bebas
beragama dan juga kesaksamaan dari segi social, politik dan ekonomi sehingga
membawa kepada pertubuhan republik bercirikan demokrasi liberal.3

Rajah 1-Penyerbuan Bastille 14 Julai 1789

Menurut James Bryce,4 langkah awal ke arah ideology demokrasi bukan muncul
daripada mana-mana doktrin dimana manusia sah memerintah. Pemberontakan dalam
kalangan kaum buruh dan kelas bawahan berlaku kerana manusia menginginkan
pemerintahan yang baik dan bukanya ingin memerintah secara sendiri. Menurutnya
lagi perkembangan kerajaan yang terkenal dalam dunia moden bergantung kepada
empat perkara iaitu :
a)
b)
c)
d)

Pengaruh idea agama


Keadaan kurang puas hati dengan corak pemerintahan raja atau oligarki
Keadaan politik
Social yang tidak stabil

Demokrasi dipercayai dapat memberikan seseorang individu kebebasan yang


menyeluruh dan kedudukan yang terjamin. Individu yang berkelayakan digalakkan
menjadi calon bagi sesebuah parti politik untuk menjadi wakil rakyat. Negara-negara
autoritarian dan demokratik memberikan kedudukan yang setaraf dalam hak-hak asasi.
Kebebasan dan persamaan hak lebih mudah didapati di negara demokrasi di mana
outoritarian mula berkembang. Tidak semua negara menerapkan demokrasi yang
sama,

kerana

kebanyakan

negara

masing-masing

mengadaptasikan

corak

pemerintahan berlainan kerana mempunyai unsur latarbelakang masyarakat berlainan


untuk disesuaikan dengan sistem pemerintahan demokrasi yang dipraktikan. Pada
zaman moden sekarang, pelaksanaan demokrasi tidak lagi bersifat demokrasi langsung
namun bersifat demokrasi secara perwakilan. Ini adalah disebabkan pada zaman
sekarang, alur lapis sosio masyrakat dalam negara tidak seperti dizaman Yunani Kuno
atau di zaman revolusi Eropah dahulu kerana jumlah penduduk setiap negara adalah
ramai dan setiap rakyat meliputi pelbagai lapis struktur bangsa yang mempunyai
pelbagai kepentingan.
3. JENIS-JENIS AMALAN DEMOKRASI
4

3.1

DEMOKRASI LIBERAL

Demokrasi liberal merupakan satu amalan demokrasi yang unggul serta utama
dalam sistem demokrasi.

Dalam sistem ini kerajaan daripada rakyat dan

bertangungjawab kepada rakyat dimana kerajaan menjalankan tugas melalui badanbadan tertentu yang menilai supaya dasar kerajaan dapat dijalankan dengan lancar.
Untu mencapai hasrat ini, pilihanraya yang bermusim dijalankan.

Demokrasi

liberal juga adalah satu bentuk kerajaan demokrasi melalui perwakilan dimana
perwakilan membuat keputusan yang berlandaskan undang-undang yang tertakluk
kepada perlembagaan yang liberal.

Perlembagaan

ini

adalah

melindungi hak

hak dan kebebasan rakyat dengan membataskan kuasa pihak majoriti untuk mengatasi
kuasa minoriti.5 Golongan minoriti mendapat layanan yang baik kerana terdapat sikap
tolak ansur daripada golongan majoriti. Dasar ini bersifat bukan untuk kebaikan
sebuah kumpulan tetapi merupakan satu dasar untuk kebaikan seluruh rakyat tetapi
pendapat daripada golongan majoriti hendaklah diutamakan dalam segala hal.
Individu atau kumpulan bebas mengeluarkan dan memberi pendapat yang benar
terhadap sesuatu hal dan kerajaan haruslah bertindak dengan segera. Dalam setiap
pilihanraya terdapat parti-parti yang bertanding dan rakyat bebas untuk memilih
mana-mana parti untuk

menjadi pemerintah dan dijalankan secara rahsia tanpa

paksaan.
Badan bebas juga ditubuhkan untuk menjamin kebebasan orang ramai seperti
kebebasan bersuara, berkumpul dan menerbitkan dimana salah satu badan tersebut
adalah badan kehakiman. Kuasa yang terdapat dalam kerajaan juga dibahagikan
kepada beberapa bahagian seperti legislative, eksekutif dan kehakiman yang dikuasai
oleh orang yang berlainan supaya kuasa tidak dipegang oleh suatu pihak dan dapat
mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. Kerajaan juga mengadakan

sistem desentralisasi, iaitu membahagikan kuasa kepada beberapa peringkat seperti


peringkat negeri dan daerah sperti yang diamalkan oleh Amerika Syarikat dan di
Malaysia walaupun ia satu proses yang melambatkan rundingan tetapi ia amat penting
kerana melibatkan rakyat yang ramai.

Rajah 2-Pecahan wilayah Pilihanraya di Amerika Syarikat


Negara Indonesia pernah mengamalkan sistem Demokrasi ini, namun hanya dapat
bertahan selama 9 tahun sahaja iaitu dari tahun 1950 sehingga 1959. Semasa
pelaksanaan sistem ini demokrasi ini banyak parti-parti politik telah lahir kerana
berdasarkan sistem ini yang merelakan pelbagai pertubuhan parti bagi mewakili
segenap rakyat. Ini adalah bagi meniru cara sistem politik barat dan diaplikasikan
dalam sistem politik dan gaya pemerintahan di Indonesia pada tersebut. Pemerintahan
Republik Indonesia semasa tempoh tersebut di perintah oleh seorang Perdana Menteri
yang bertanggungjawab kepada ahli kabinetnya dan juga kepada parlimen.
Pergolakan di daerah-daerah Indonesia ditambah lagi dengan kewujudan dewan

perwakilan begitu banyak menyebabkan pelbagai fahaman wujud dan mencetuskan


pemberontakan di beberapa wilayah di Indonesia. Akibatnya pada 5 Julai 1959,
Republik Indonesia beralih daripada mengamalkan sistem Demokrasi Liberal kepada
Sistem Demokrasi Terpimpin kerana rakyatnya belum bersedia mengamalkan sistem
Demokrasi liberal.

3.2

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Dalam sistem berpalimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah


parlimen. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia,
dan India. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum,
yang selalunya diadakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali. Parlimen legislature
ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara. Tugasnya
ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya
oleh undi rakyat.
Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu dua dewan. Pertama,
dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua,
dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara: atau institusi-institusi tertentu
yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Britain, India dan
Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini. Singapura,
Denmark dan Sweden mempunyai hanya satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara
langsung oleh pengundi.
Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam parlimen
akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan
rang undang-undang untuk perbahasan dan dan keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa,
termasuk pembangkakng, boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi
lazimnya ini dilakukan oleh parti yang memerintah. Rang undang-undang ini diteliti
oleh parlimen. Setiap rang undang-undang melalui tiga tahap bacaan pertama, di mana
rang undang-undang tersebut diedarkan kepada ahli-ahli parlimen, bacan kedua, di
mana perbahasan umum diadakan dan bacaan ketiga, di mana rang undang-undang itu
dikaji fasal demi fasal. Selepas diluluskan oleh dewan rakyat, rang undang-undang
tersebut akan dikemukakan di dewan kedua pula yang dipanggil senat, dewan negara
dan sebagainya iaitu bagi parlimen yang mempunyai dua dewan. Di peringkat Senat
8

perbincangan juga diadakan di tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh senat
rang undang-undang itu dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden untuk
ditandatangani. Selepas ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai rang
undang-undang.

Rajah 3-Parlimen Malaysia


Oleh kerana kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar,
sama ada dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka
kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet
memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar
itu. Tetapi menteri-menteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses
perundangan, mereka juga mengetuai kementerian-kementerian yang melaksanakan
dasar-dasar yang diluluskan oleh parlimen. Sebagai contoh, Menteri Pengangkutan
bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasar-dasar pengangkutan, beliau juga
yang menyelia dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan atau
birokrasi. Menteri-menteri dan birokrasi pentadbiran kedua-duanya bertanggungjawab
melaksana. Badan perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam.

Legislature (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi
fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai
hubungan sangat rapat. Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam
kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi
berparlimen ini selalu digelar sebagai satu fusion of power ataupun satu
percantuman kuasa Justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem
demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semanagat konsep pengasingan
kuasa dalam teori demokrasi liberal.
Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab
memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan
kehakiman. Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi
berparlimen dan demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalam sistem yang pertama
itu kurang kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden. Badan kehakiman di
negara-negara demokrasi berpresiden seperti Amerika Syarikat lebih bebas dan
berkuasa jika dibandingkan di negara-negara demokrasi berpresiden seperti England,
Jerman Barat dan Kanada. Mengikut teori demokrasi, badan kehakiman adalah bebas
daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh
kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana
menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak
boleh disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan
daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat
perkhidmatan mereka adalah di bawah jagaan satau Suruhanjaya Kehakiman yang
tersendiri.

10

Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi.


Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali
dan hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana
pihak. Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh
parlimen mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaanya. Kebebasan
kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik
sesuatu sistem politik itu.

3.3

DEMOKRASI TERPIMPIN

11

Sistem demokrasi terpimpin bukan bermaksud sebagai sebuah kerajaan yang


berparlimen tetapi ia adalah sebuah kerajaan demokrasi yang mengehadkan kebebasan
rakyat, menghedadkan peranan perwakilan dan menaja kepimpinan yang kuat yang
tidak perlu dipertanggungjawabkan.

Selain itu, sistem demokrasi terpimpin juga

disebut sebagai demokrasi terkelola dimana pemerintahan yang dijalankan adalah


secara otokrasi.6 Pemerintah negara masih melalui sistem pilihanraya iaitu bebas dan
adil tetapi jarak pilihanraya adalah dibawah kuasa pemerintah.7
Cara peralihan pemerintahan adakala mendapat persetujuan secara sesama, namun
di kebanyakan negara atau kawasan, tentera memainkan peranan penting seperti yang
berlaku di Pakistan, Myanmar dan Indonesia. Di Myanmar misalnya, pada tahun
1962 satu rampasan kuasa tentera telah berlaku di Burma di bawah pimpinan Jeneral
Ne Win disebabkan oleh ketidaktenteraman yang berlaku dalam negara. Beliau telah
menubuhkan sebuah majlis tentera di bawah nama The State Council for Restoring
Law and Order bagi memastikan beliau terus berkuasa sehingga tahun 1988. Parti
pembangkang, National Democratic menang majoriti pada tahun 1990 namun pihak
tentera Myanmar tidak mengiktiraf peralihan kuasa tersebut sehingga satu
perlembagaan baru dirangka dan mesyuarat terus menerus diadakan sejak tahun 1993
untuk mendraf perlembagaan bagi membentuk kerajaan. Sepanjang rampasan kuasa
tentera berlaku, pihak tentera juga telah melakukan penindasan yang sama kepada ke
atas masyarakat etnik Islam Rohinya di Myanmar dan mengusir mereka keluar dari
Myanmar bagi mengelak memberi hak sama rata kepada semua kumpulan etnik
selepas 10 tahun merdeka seperti yang dimaktub klausa semasa kemerdekaan
Myanmar dari British yang merupakan tujuan utama rampasan kuasa tentera ini
dilakukan.

12

Rajah 4-Jeneral Ne Win

Rajah 5-Keganasan yang berlaku di Myanmar


Dengan mengambil keadaan yang berlaku di Myanmar, pihak tentera mungkin juga
boleh mendakwa bahawa suasana dalam negara tidak cukup mantap untuk
membenarkan pengambilan semula atau menubuhkan kerajaan demokrasi. Undi juga
diadakan, tetapi sebenarnya bukanlah untuk memilih wakil ataupun menggantikan
wakil yang ada, tetapi ia diadakan untuk mengetahui pendapat rakyat. Antara negara
13

yang turut menjalankan sistem ini demokrasi terpimpin ini seperti di Afrika, Amerika
Latin dan Asia.
Istilah demokrasi digunakan sebagai kata hiasan, iaitu untuk menunjukkan
rakyat mempersetujui pemerintahan iaitu rakyat tidak mempunyai suara dalam
pelaksanaaan pemerintahan. Rakyat hanya sebagai penyokong secara paksaan kepada
pemerintahan sahaja.

14

3.4

DEMOKRASI PLURALISME

Menurut pendirian yang ditetapkan oleh Calhoun8 dimana demokrasi pluralisme


bukan lagi bercorak demokrasi liberal kerana kerajaan terpaksa bermuafakat dengan
pihak yang berpengaruh dan pertubuhan berkepentingan yang berkuasa seperti
kesatuan-kesatuan sekerja, koperasi perniagaan dan kumpulan pendesak dan bukan
berunding dengan individu-individu dan parti pembangkang politik.

Demokrasi

pluralisme mengiktiraf peranan pelabagai kumpulan dalam proses politik. Kerajaan


dianggap kurang berfungsi sebagai badan yang menitikberatkan kepentingan rakyat
biasa.

Sebaliknya berfungsi sebagai clearing house, iaitu cuba menyelesaikan

tuntutan daripada pelbagia pihak yang berpengaruh. Proses politik pula lebih kepada
tawar-menawar dan bertolak ansur dan pemerintah berfungsi sebagai broker atau
orang tengah dalam menjalankan dasar-dasar pihak yang berpengaruh yang memberi
sokongan terhadapnya.
Jika dilihat kepada konsep sebenar pluralisme yang mengandaikan adanya halhal yang lebih satu iaitu ragam yang menunjukkan bahawa kewujudan yang lebih
dari satu itu adalah berbeza-beza dan tidak dapat disamakan. Idea pluralisme berakar
umbi daripada teori liberal demokrasi moden yang sebenarnya ingin memberi
kebebasan sepenuhnya kepada setiap orang untuk membuat pilihan sendiri.
Meminjam ungkapan yang disampaikan oleh Bhiknu Parekh9 mengatakan bahawa
gerakan plural muncul kali pertama di Kanada dan Australia kemudiannya di Amerika
Syarikat, Inggeris dan Jerman. Pada awal tahun 1950an di Amerika Syarikat telah
muncul demokrasi pluralisme dimana pada zaman tersebut warganegara Amerika
Syarikat terdiri daripada kulit putih, kulit hitam, suku kaum indian kaum hispanik,
perempuan dan kaum cacat veteran perang dunia kedua.

Kewujudan kelompok

minoriti menyebabkan konsep pluralisme yang dipelopori oleh Robert Dahl dan

15

Charles Lindblom dimana kepentingan yang mewakili jumlah individu yang paling
banyaklah harus diutamakan. Pluralisme menyatakan bahawa yang menang tidak
selalu dengan majoriti tetapi adalah kelompok yang paling kuat atau lebih terampil
dalam bersuara dan memperjuangkan sesuatu hak. Kelompok yang dimaksudkan
adalah sebuah kumpulan yang beranggotakan individu-individu yang memiliki tujuan
sama serta berupaya mempengaruhi kelompok lain untuk mencapai matlamat seperti
yang dinyatakan oleh Jeffrey Berry. Amerika Syarikat memandang semua kelompok
dan kumpulan yang berbeza politik mempunyai hak penuh dan kepentingan yang
sama untuk bersuara dan menyuarakan sebagaimana dijamin oleh Amandemen
Pertama Amerika Syarikat; Deklarasi Hak-hak Bill of Rights yang dibuat pada 25
September 1789.

Rajah 6-Bill of Rights


16

Rajah 7-House of Representative Amerika Syarikat tahun 1789

Di Eropah Barat, Great Britain dan Amerika Syarikat anaggota kerajaan atau
kabinet sentiasa terdedah kepada pengaruh pelbagai pihak.

Misalnya, dewan

mempunyai kuasa pengawasan yang lebih luas ke atas ahli-ahlinya dan mereka
dipertanggungjawabkan. Kerajaan atau kabinet terdiri daripada ketua-ketua politik
bagi parti majoriti atau parti-parti gabungan yang membentuk majoriti dan mereka
juga dipertanggungjawab oleh pengundi dan kumpulan pembangkang. Kerajaan akan
terus berkuasa selagi ia menndapat sokongan majoriti ahali-ahli dewan perundangan.
Sebagi prinsip, keputusan dasar dikongsi oleh kerajaan dan dewan dewan
perundangan dimana kerajaan dan dewan perundangan perlu bekerjsama dalam
pengawalan dasar.
Demokrasi Pluralisme merupakan kesediaan pemerintah menerima kelompok
lain secara sama sebagai sebuah kesatuan atau kumpulan tanpa mempedulikan
perbezaan budaya, etnik, bahasa dan agama atau lebih tepat lagi lagi diungkapkan
kewujudan kesatuan atau komuniti yang banyak bukan kayu pengukur kepada
demokrasi pluralisme tetapi tindakan pemerintah yang memperakukan mereka dengan
hak yang sama rata.
17

3.5

DEMOKRASI PARTISIPASI

Demokrasi partisipasi bersifat popularisme, iaitu mengatakan ia mewakili semua


kepentingan dan kehendak rakyat. Demokrasi Partipasi juga menjadi suatu sistem
yang menempatkan masyarakat sebagai penentu dalam keputusan yang diperlukan
untuk kepentingan masyarakat dan meletakkan rakyat sebagai terbabit sama dalam
membuat keputusan bersama. Pembabitan dalam membuat keputusan bukan tertumpu
kepada bidang politik sahaja tetapi mencakupi segala bidang termasuk bidang
ekonomi dan social. Huntington memberi definisi demokrasi partipasi adalah sebagai
kegiatan yang dilakukan oleh warganegara dengan tujuan mempengaruhi
pengambilan keputusan pemerintah, Partipasi adalah secara spontan, secara damai
atau dengan kekerasan, secara sah atau tidah sah dan secara efektif atau tidak
efektif 10. Pemerintah akan memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk
menyuarakan pendapat mereka dan pemerintah pula akan cuba melaksanakan
seberapa dasar yang dituntut oleh rakyat.

Partisipasi ini juga memberi maksud

berpanjangan atau wujudnya kelangsungan atau penyertaan bersama dalam sesuatu


proses atau proses yang dibawa secara bersama-sama tiada terpisah antara dua parti
yang mempunyai funsi berlainan. Parti disini bukan bermaksud parti yang bersifat
politik atau mana-mana parti politik tetapi adalah wakil rakyat dan kelompok rakyat
itu sendiri.

Demokrasi Partisipasi itu sendiri memberi kelebihan kepada rakyat

sebagai sebuah kelompok yang penting. Rakyat adalah parti yang membuat keputusan
untuk melantik sebilangan wakil mereka di Parlimen dan ini membentuk parti kedua
dalam hierarki kuasa iaitu wakil-wakil rakyat. Sistem ini mungkin akan memberi
akses pengundi kepada maklumat wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing,
akses rakyat untuk menyertai perbahasan-perbahasan polisi negara, akses rakyat

18

kepada perbahasan di Parlimen menerusi media yang adil dan telus sehinggalah
kepada akses rakyat untuk datang melawat dan menonton perbahasan di Parlimen.
Sebagai contoh di Thailand misalnya, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra
menekankan pada partipasi rakyat dalam membangun demokrasi.

Shinawatra

menyatakan ketika demokrasi disalahgunakan, rakyat akan bangkit melawan, itulah


yang terjadi di Thailand pada tahun 2010. Keadaaan ini menyebabkan Thailand
melakukan perbaharuan dibawah kerangka baru agar kejadian rusuhan berulang.
Dengan cara ini Shinawatra juga berupaya untuk menampung dana memahami seluruh
suara yang berkepentingan dalam Parlimen sebagai penghargaan akan bebas
berpendapat dalam kehidupan berdemokrasi di Thailand.

Rajah 8-Yingluck Shinawatra

Corak demokrasi ini tidak mudah dilaksanakan, namun penggunaaan istilah


populisme bersama dengan demokrasi menandakan kesanggupan pemerintah
menerima tuntutan daripada rakyat. Wakil rakyat dan rakyat perlu saling menghormati
prinsip demikrosi ini dimana hidup mereka tiada berenggang tiada berpisah. Ia juga
dapat diertikan sebagai usaha untuk membesarkan peranan masyarakat dalam
19

mencapai kata putus dasar-dasar awam. Ia juga mengakui peranan pengundi atau
electorate sebagai golongan yang terpenting dalam proses politik. Pengundi-pengundi
diiktiraf sebagai golongan yang berpengaruh dan mengawal wakil-wakil rakyat
mereka. Rakyat juga diterima sebagai golongan yang menentukan keputusan segala
pilihan raya, iaitu kuasa yang diberi oleh pengundi boleh ditarik balik senula dan
wakil rakyat berfungsi sebagai orang yang telah mendapat mandat bagi pihak rakyat.

3.6

DEMOKRASI PROLETAR

20

Demokrasi proletar lebih dikenali sebagai sistem Komunis yang diamalkan


dinegara-negara totalirian yang merupakan sistem pemerintahan yang mengutamakan
kepada negara, segalanya hanya untuk negara, rakyat dikuasai oleh negara, rakyat
sebagai pekerja negara, suara dan aspirasi rakyat tidak didengar dan diperhatikan oleh
pemerintah. Parti Komunis merupakan satu-satunya parti pembawa aspirasi rakyat,
kebebasan individu sama sekali tidak mendapat tempat dalam demokrasi ini. Sistem
ini wujud selepas berlakunya revolusi seperti yang berlaku di Rusia dan China.
Manakala di Eropah Timur demokrasi proletar wujud selepas Perang Dunia Kedua
apabila beberapa buah negara telah masuk ke naungan kuasa Soviet Union.
Dalam sistem ini tidak terdapat pertandingan dalam sistem pentadbiran kerana
hanya satu parti sahaja yang menjalankan pemerintahan.

Contohnya di Rusia,

individu tidak dapat menghalang tindakan golongan elit daripada parti Komunis.
Walaupun terdapat pilihanraya, calon yang bertanding hanya seorang dan dipilih oleh
pemerintah.

Golongan pemerintah menganggap revolusi diwujudkan oleh orang

ramai dan mereka mewujudkan satu badan sebagai mewakili orang ramai untuk
melaksanakan hasrat mereka. Apabila telah wujud sebuah badan atau parti untuk
mewakili golongan tersebut jadi tidak perlu lagi diwujudkan berbagai parti kerana
telah cukup dengan parti dan badan yang ada. Parti atau badan yang wujud pula
bukan di anggotai oleh semua lapisan rakyat tetapi hanya mereka yang selaliran
fahaman Marxisme dan Leninisme di Rusia. Dalam sistem pemerintahan ini, individu
kurang mendapat mendapat kebebasan bersuara, menerbitkan dan berhimpun.
Individu tidak boleh menyoal tentang kewibawaan seorang pemimpin kerana akan
dianggap sebagai pesakit jiwa dan akan dihantar ke puasat rawatan.
Di China pula yang turut mengamalkan demokrasi proletar menyatakan bahawa
kaum petani dan buruh masih perlu duduk di bawah pimpinan parti komunis dan

21

sebarang tindakan revolusi daripada golongan berkenaan akan digagalkan dengan


menggunakan kekerasan.

Negara ini diperintah oleh Parti Komunis China yang

kuasanya dijamin oleh kerajaan11.

Sistem politik anat terpencar dengan proses

demokrasi terhad dalaman dalam parti dan peringkat kampong setempat, namun
eksperimen ekperimen sebegini pernah dicemari oleh rasuah. Ada sedikit petunjuk
bahawa Republik China menuju peliberalan politik, yang mana pilihanraya
dipertandingkan terbuka kini dianjurkan di peringkat kampong dan pecan,12 tambahan
pula badan-badan perundangan menunjukkan sikap ketegasan dari semasa ke semasa.
Walau apapun, parti Komunis mengekalkan kawalan berkesan terhadap perlantikan
kerajaan.

Dalam ketiadaan barisan pembangkang yang penuh bermakna,

Parti

Komunis China hampir meluluskan apa yang dikehendakinya. Antara hal-hal politik
yang diursukan dalam Republik Rakyat China termasuk perapatan jurang pendapatan
antara kaya dan miskin serta membasmi rasuah dalam barisan kepimpinan kerajaan.13
Namun tahap sokongan rakyat China terhadap tindakan kerajaan serta pengurusan
negara adalah tertinggi di dunia, dengan seramai 86% orang yang meluahkan rasa
puas hati dengan keadaan semasa dan ekonomi negara, mengikut tinjauan Pew
Research Center pada tahun 200814. Mengikut tinjauan bertajuk Top 10 political
figures in Mainland China and Taiwan yang dijalankan di Hong kong, kira 1000
peserta di beri 10 pemimpin politik terkemuka di Tanah Besar China dan Taiwan.
Hasilnya para pepmimpin tanah besar seperti Wen Jiabao, Zhu Rongji dan Hu Jintao
menerima markah tertinggi berbanding pemimpin Taiwan seperti Chen Shui-bian Ma
ying-jeou dan Lien Chan15. Ini adalah disebabkan oleh negara ini diperintah oleh Parti
Komunis China yang kuasanya dijamin oleh perlembagaan16.

22

Rajah 9-Wilayah Di Republik Rakyat China


Amalan demokrasi yang tulen tidak boleh diamalkan dengan amalan pemerintahan
di negara-negara komunis totalitarian dan istilah demokrasi sengaja digunakan sebagai
kata hiasan sahaja dan corak pemerintahan mempunyai lebih banyak sifat paksaan.

23

3.7

DEMOKRASI TOTALITARIAN

Demokrasi totalitarian adalah sistem pemerintahan yang lebih mengutamakan


tujuan end untuk memajukan kepentingan kemanusiaan dengan mengesampingkan
cara means, istilahnya ialah the means justify the end. Saluran informasi daripada
pemerintah kepada rakyat tiada, apa yang dilakukan pemerintah tidak selalu
diinformasikan kepada seluruh rakyat.
Istilah sistem ini diperkenalkan oleh sejarahwan Israel, J.L Talmon untuk merujuk
kepada suatu sistem pemerintahan di mana wakil rakyat yang terpilih secara sah
mempertahankan kesatuan negara kebangsaan yang warga negaranya, meskipun
memiliki hak untuk memilih, tidak banyak atau bahkan sama sekali tidak memiliki
hak dalam proses pengambilan keputusan pemerintah. Ungkapan ini sebelumnya
telah digunakan juga oleh Bertand de Jouvenel dan E.H Carr.
Sistem ini juga dikenali sebagai Jacobin atau Demokrasi Majoritarian. Terdapat
dua ciri utama dalam sistem demokrasi totalitarian. Pertama, idealisme iaitu sokongan
terhadap kerajaan merupakan satu optimistik dalam keadaan semula jadi.

Hak

majoriti untuk membuat keputusan adalah tidak sah kerana sesuatu yang benar
daripada ahli-ahli adalah sah diterima dan bekerjasama menjalankan sesuatu untuk
kebaikan bersama secara keseluruhan.

Kedua, monoisme iaitu tertumpu kepada

prinsip-prinsip tertinggi dan satu parti dikira memadai untuk mewakili rakyat.
Di awal abad ke-20, apa yang terjadi di Jerman dan Itali iaitu bagaimana Hitler
dan Mussolini diangkat naik menjadi pemimpin nasional melalui proses demokrasi.
Mereka terus naik menjadi seorang yang amat berkuasa dan kuat dari segi politiknya.
Mereka menjadi seorang yang kuat dibawah demokrasi totalitarian. Rakyat di Jerman
pada ketika itu hanya diam dan memilih untuk hidup aman dan makmur dibawah
pemerintahan seorang yang totaliter daripada hidup susah di bawah pemerintahan

24

demokratis yang mencetuskan huru-hara pada negara. Namun dengan kuasa yang
pada Hitler, beliau melunaskan agendanya untuk melakukan genosida terhadap orang
Yahudi dan melancarkan perang pada negara sekitarnya.

Rajah 10-Adolf Hitler


Situasi sistem demokrasi ini mungkin juga wujud suatu ketika di Singapura
dimana perkembangan ekonomi negara daripada sebuah negara miskin menjadi
sebuah negara yang makmur dan begitu kompetitif di masa kini. Di tangan Lee Kuan
Yew, Singapura diatur dengan penuh terancang dan membangunkan sebuah sistem
meriktokrasi kepada rakyatnya iaitu siapa yang terbaik, dia akan berkembang
dimana kerajaannya terus menjadi kuat dan pengurusan yang terpusat dari peringkat
atasan hingga ke bawah.

Rajah 11-Lee Kuan Yew


25

3.8

DEMOKRASI ALA-AFRIKA

Di Masyrakat Afrika tradisional, terdapat majlis yang ditubuhkan oleh ketua suku
kaum dikenali sebagai raja unruk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat
serta bertanggungjawab terhadap rakyat. Majlis ini berfungsi atas dasar kemuafakatan
dan membolehkan rakyat bersatu demi kepentingan suku kaum.
Semua negara yang baru merdeka telah cuba mengamalkan demokrasi liberal
berpelembagaan.

Model

pemerintahan

yang

mereka

mengadakan

sistem

pemerintahan berparlimen dengan presiden sebagai ketua negara, membenarkan


persaingan parti politik serta memperkenalkan kawalan-kawalan berpandukan prinsip
pengawasan dan perseimbangan ke atas pemerintah. Namun, amalam prinsip kerajaan
berparlimen didapati melambatkan serta menghalang pembangunan sosioekonomi
negara.

Oleh hal yang demikian, ramai pemimpin yang berpengaruh telah

memperkenalkan corak pemerintahan yang baharu iaitu berpandukan cara mengambil


keputusan secara tradisional. Di bawah sistem tersebut, hanya satu parti politik sahaja
dibenarkan dan jika terdapat bantahan terhadap kerajaan ia mesti disalurkan melalui
parti tersebut untuk memcapai kemuafakatan.
Ketua parti tunggal juga dilantik sebagai ketua negara, iaitu Presiden. Ketua
Negara pula berkuasa menentukan anggota kabinet dan dasar-dasar yang ingin
dilaksanakan di negara berkenaan. Pilihan raya juga diadakan dari semasa ke semasa
dan ia lebih bersifat pungutan suara iaitu rakyat dikehendaki mengiktiraf calon-calon
dan dasar-dasar yang ingin dilaksanakan di negara berkenaan. Jika rakyat bersetuju
dengan sesuatu dasar, Presiden sebagai ketua negaraa atau suku kaum berhak menolak
pilihan rakyat dan mengamalkan dasar yang diinginkan.
Dalam corak pemerintahan demokrasi ala-Afrika suku kaum yang berpengaruh di
negara-negara berkenaan menguasai proses politik.

26

Dalam sistem ini, kuasa

dimonopoli oleh parti memerintah. Mereka yang menaja sistem tersebut berpendapat,
negara berfungsi sebagai suku kaum dan apabila keputusan berkenaan dasar-dasar
dicapai melalui undi majoriti dan meneusi perbincangan, maka tidak perlu
mewujudkan sistem pelbagai parti.
Amalan demokrasi ala-Afrika lebih bersifat autokrasi daripada demokrasi dan ia
lebih kurang sama dengan demokrasi terpimpin yang diamalkan oleh Indonesia
semasa pemerintahan Ahmad Sukarno tahun 1955 sehingga tahun 1965.

Antara

negara yang telah mengamalkan demokrasi ala-Afrika ialah Tanzania semasa


pemerintahan Julius Nyerere tahun 1964 sehingga tahun 1985, di Ghana semasa
pemerintahan Kwame Nkrumah tahun 1960 sehingga tahun 1966 dan Johan Jeffry
Rawlings tahun 1992 sehingga tahun 2000 dan di Guinea semasa pemerintahan
Ahmed Sekou Toure tahun 1961 sehingga 1984.

Rajah 12-Rating Demokrasi di Benua Afrika


27

4. PENUTUP
Adalah sukar untuk mentaksirkan tentang sesebuah negara yang mengamalkan
sistem demokrasi jika berpandukan kepada teori-teori yang telah dibuat ahli-ahli
falsafah Barat.

Terdapat beberapa ciri yang tidak sesuai untuk diamalkan atau

dilaksanakan dalam sesebuah negara. Pengubahsuaian dilakukan oleh pemimpin di


sesebuah negara untuk menjamin pengekalan sistem demokrasi itu sendiri kerana
beberapa masalah yang timbul sama ada dari segi taraf hidup rakyat dan juga keadaan
yang telah sedia wujud. Terdapat juga sesetengah daripada ciri-ciri yang digariskan
itu hanya merupakan satu teori semata-mata dan tidak boleh dicapai dalam keadaan
yang realistik atau nyata.
Untuk mewujudkan sesebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan satu
perkara yang mustahil. Ini adalah kerana dalam pembentukan sesebuah negara yang
sedemikian memerlukan satu keadaan yang tidak berlaku penyalahgunaan kuasa dan
sikap tanggungjawab terhadap beban yang dipertanggungjawabkan atau melaksanakan
kepercayaan yang telah diserahkan. Demokrasi pada masa kini hanya terletak pada
pilihanraya yang diadakan yang rakyat terlibat sama untuk menentukan pemerintahan.
Pilihanraya sebagai lambang yang membuktikan sesebuah negara itu mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi, walaupun pada hakikatnya tidak. Jika dilihat dari
luar ada terdapat demokrasi tetapi bagi pemerintahan lain seperti Komunis dimana
pilihanraya hanya mengaburi mata rakyat semata-mata atau sebagai mengesahkan
kerajaan sedia ada.
Namun demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik dan masih
mengekalkan hak-hak yang sama bagi setiap individu jika dibandingkan dengan
sistem pemerintahan yang lain. Pengekalan sistem ini adalah perlu untuk menjamin
kejayaan sistem ini sama ada pihak pemerintah dan juga yang diperintah.
RUJUKAN / NOTA KAKI

28

1 http://www.ait.org.tw, U.S Deparment Of States Bureau Of International Information Programs.


2

http://plato.stanford.edu, Stanford Encylopedia of Philosophy.

Bell, David Avrom (2007). The First Total War: Napoleon's Europe and the birth of warfare as we
know it. New York: Houghton Mifflin Harcourt. hlm. 51. ISBN 0-618-34965-0. "The French Revolution,
which began in 1789 and led to the total war of 17921815...."
3

James Bryce, Modern Democracies, New York: Macmillan, 1992, bab III.

"Democracy and Citizenship: Glossary". American politics. The University of Texas at Austin.
Diakses 2004-08-09
5

6 Rohmann,

C (2000) A World of Ideas : The Dictionary of Important Ideas and Thinkers, Ballantine
Books ISBN 978-0-345-43706-8

Wolin 2008, hlm. 47

John C. Calhoun, Disquition on Government, New York: Peter Smith, 1943; A.H. Birch,
Representation, London; Maonillan 1972, hal. 84-8
8

Gurpreet Mahajan, Democracy, Difference and Juctice, 1998

10

Huntington dan Nelson, 1994: 6-8

11 "Constitution of the People's Republic of China". English.people.com.cn. Diperoleh pada 2009-07-

14.
12 "Beijingers Get Greater Poll Choices". China Daily. 2003. Diperoleh pada 2007-02-18.

13

China sounds alarm over fast-growing gap between rich and poor. Diterima pada 16 April 2006

14PEWresearch.org

University of Hong Kong releases the latest ratings of the top 10 political figures in Mainland
China and Taiwan as well as people's appraisal of past Chinese leaders. 4 April 2006. Dicapai pada 3
Mei 2006
15

16 "Constitution of the People's Republic of China". English.people.com.cn. Diperoleh pada 2009-07-

14