Anda di halaman 1dari 30

PENDAHULUAN

Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah manhaj (methodologi) yang bersumber
dan bersandar kepada al-Quran dan al-Sunnah serta apa yang para Sahabat
Rasulullah s.a.w amalkan, maka ianya manhaj yang 'syumul' (menyeluruh) meliputi
segenap aspek kehidupan.
Bahkan, tidak lah tersasar jika kita mengatakan: Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah
itu sendiri adalah Manhaj Islam dan Islam itu adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah
seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Barbahari rh (w.329 H) bahawa; Islam itu
adalah Sunnah dan Sunnah itu adalah Islam.
Bersama dengan kesyumulan Islam itu sendiri maka manhaj Ahlus Sunnah wal
Jamaah adalah manhaj yang syumul dalam bidang Akidah, Ibadah, Akhlak,
Mu'amalat, Ekonomi, Siyasah, dan Sosial dan kesemua masalah ini dibincangkan
Ulama Salaf dalam penulisan mereka.
Antara isu yang dianggap utama dalam perbincangan Ulama Salaf selepas isu
Akidah dan Tauhid adalah; isu Manhaj Bertinteraksi dengan Pemerintah dan prinsipprinsip ber-Siyasah kerana isu ini menjadi garis merah yang memisahkan antara
Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan satu gerombolan Ahli Bidaah yang terbesar dan
antara ibu Ahli Bidaah yang lain iaitulah: al-Khawarij.
Insya-ALLAH dalam perbahasan ringkas ini saya akan mengupaskan serba sedikit
asas-asas dan Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam berinteraksi dengan
Pemerintah dan Pendirian mereka terhadap isu-isu Siyasah.
Saya akan mengupaskan isu ini menerusi beberapa aspek berikut:

Kedudukan (al-Imamah) dan (al-Imarah) di sisi Manhaj Salafi


Proses Perlantikan Pemerintah di sisi Manhaj Salafi dan Ciri-ciri Pemerintah
dan Tanggungjawabnya.
Tugas dan Sikap Rakyat terhadap Pemerintah Muslim Menurut Manhaj Salafi
Beberapa Sikap Ahli Bidaah terhadap Pemerintah

FASAL PERTAMA: KEDUDUKAN (AL-IMAMAH) DAN (AL-IMARAH) DI SISI


MANHAJ SALAFI
1.1 TAKRIF (AL-IMAMAH) & (AL-IMARAH)
Istilah al-Imamah dan al-Imarah demikian juga istilah; al-Khilafah dan al-Wilayah
adalah istilah-istilah yang menunjuk kepada makna yang satu iaitu KEMPIMPINAN
dalam Islam.
Pemimpin tertinggi dalam sebuah Negara Islam dinamakan sebagai (Imam) atau
(Amir) atau (Wali) atau (Khalifah) tetapi istilah Khalifah dan Khilafah lebih merujuk
kepada Kepimpinan 'Aam dan Tertinggi di mana dibawah kekuasaannya seluruh
Umat Islam bersatu sebagai satu Negara satu Bangsa. [rujuk: Al-Mausuah al-Fiqhiah
al-Kuwaitiah, juz 6, Imarah & al-Imamah al-Kubra].
1.2 Jenis-jenis Kepimpinan dalam Islam
Kepimpinan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua bahagian:
Pertama: Umum
Kepimpinan Umum adalah kepimpinan yang tertakluk di bawah kekuasaannya
seluruh kaum muslimin dalam pentadbiran Negara dan kepimpinan ini menjadi focus
perbincangan dalam kertas kerja ini.
Kedua: Khusus
Kepimpinan yang kuasanya terhad dalam bidang dan lapangan tertentu seperti Nazir
Waqaf, Wali Anak Yatim, dan Wali Darah dalam kes-kes Qisas.
[rujuk: Al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, juz 45, Wilayah].
1.3 Hukum Melantik Pemimpin Negara di sisi Manhaj Salafi
Ulama Salafi telah berijmak (kata sepakat) akan wajibnya melantik seorang
pemerintah dalam sebuah Negara Islam bagi menjalankan pemerintahan dan
menegakkan hukum ALLAH s.w.t.
Kata Imam Abu Ya'la al-Farra' rh (w.458 H):


Maksudnya: "Melantik Pemimpin itu adalah WAJIB". [rujuk: al-Ahkam al-Sultaniah,
m.s 19].
Berkata Syeikh Hamd bin Nasir dan Anak-anak Imam Dakwah rahimahumullah
dalam fatwa mereka:




Maksudnya: "Apa yang Ahlus Sunnah wal Jamaah berpegang dengannya adalah
bahawa melantik pemerintah itu wajib atas manusia (muslimin); ini kerana urusanurusan Islam tidak akan terlaksana kecuali dengannya seperti berjihad di jalan
ALLAH, Al-Amru bil Makruf wan Nahyi anil Munkar, menegakkan Hudud,
mendapatkan hak orang yang lemah daripada orang yang kuat, dan lainnya daripada
urusan agama". [rujuk: Al-Durar al-Saniah, jil 9].
Nas-nas menunjukkan wajib melantik pemimpin amatlah banyak antaranya firman
ALLAH dalam surah al-Nisaa ayat ke-59:



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan
Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab)
Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah
dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.
Demikian juga perbuatan para Sahabat ridwanullahi 'alaihim yang bersegera
berkumpul untuk melantik pemimpin setelah kewafatan Rasulullah s.a.w bahkan
mendahulukan urusan melantik Khalifah atas urusan penyediaan Jenazah.
Firman ALLAH Ta'ala dalam Surah al-Baqarah ayat 30:


Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya
(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan
memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
3

Kata Imam al-Qurtubi rh (w.671 H):

Maksudnya: "Ayat ini adalah dalil dalam melantik Imam dan Khalifah yang didengari
dan ditaati supaya berhimpun kalimah dan dilaksanakan dengannya hukum hakam
Khalifah dan tiada khilaf dalam wajibnya dalam kalangan Umat dan dalam kalangan
para Imam kecuali apa yang diriwayatkan daripada al-Asam di mana dia ini seorang
pekak daripada syariat .." [Tafsir al-Qurtubi, juz 1 m.s 264].
Al-Asam yang dimaksudkan adalah daripada Muktazilah maka khilaf ini adalah syaz
dan menyalahi apa yang telah tetap daripada ijmak Ulama Salaf.
Namun, wajibnya melantik pemerintah dan urusan kepimpinan tidaklah sewajib
urusan Akidah dan rukun-rukun Islam berbeza dengan kepercayaan Syi'ah Imamiah
yang meletakkan Imamah dalam rukun agama mereka.
Kata Syeikhul Islam (w.728 H):


( :


) .

.

Maksudnya: "Sesungguhnya perkataan si berkata: (Masalah al-Imamah adalah
tuntutan yang paling penting dalam hukum hakam agama dan semulia-mulia
permasalahan kaum muslimin) adalah DUSTA bahkan KUFUR".
Kata beliau lagi:

Maksudnya: "Maka sesungguhnya beriman dengan ALLAH dan Rasul-Nya lebih


penting daripada urusan kepimpinan dan ini diketahui secara darurat daripada
agama Islam kerana seorang kafir tidak menjadi mukmin melainkan setelah
menyaksikan bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan
bahawa Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH " [rujuk: Minhaj al-Sunnah alNabawiah, juz 1 m.s 75].
Oleh itu, dakwah Islam tidak terhenti pada perintah pemerintah semata-mata bahkan
dakwah Islamiah terus berjalan sama ada urusan pemerintahan wujud atau tidak di
tangan kaum muslimin.

Rasulullah s.a.w semasa memulakan dakwah tidak memiliki apa-apa kekuasaan


kepimpinan bahkan ketika baginda diminta pilih oleh ALLAH sama ada hendak
menjadi Rasul Hamba atau Rasul Raja, baginda memilih pilihan yang pertama.
Tidak dinafikan ada hukum hakam Islam yang tidak dapat dilaksanakan dengan
tiadanya Imamah seperti Jihad dan Hudud, namun perkara yang tidak dapat
dilaksanakan semuanya janganlah ditinggalkan yang utamanya.
1.4 Maqasid Syariah di Sebalik Perlantikan Imam
Kata 'Allamah Ibn al-Qayyim rh (w.751 H) memetik dari gurunya Syeikhul Islam:


:

Maksudnya: "dan semua bentuk kekuasaan Islam maksudnya adalah; Menyuruh
kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran " [Al-Turuq al-Hukmiah; m.s 199
dan lihat juga: al-Hisbah oleh Syeikhul Islam].
Sebesar-besar amalan makruf dan yang paling utamanya adalah: Tauhid, manakala
sekeji-keji maksiat adalah: Syirik.
Oleh itu, Ibn 'Abbas ra mentafsirkan firman ALLAH:


Maksudnya: "Sesungguhnya ALLAH memerintahkan dengan keadilan dan ihsan .."
[Al-Nahl: 90]
Al-'Adl ditafsirkan oleh Ibn 'Abbas ra [w.68 H] sebagai: Syahadah Tauhid manakala
al-Ihsan adalah: Melaksanakan Amalan-amalan Fardu. [rujuk: Tafsir al-Tabari, juz 17
m.s 279].
Maka kerajaan Islam tujuan ditubuhkan adalah untuk mengekkan dakwah dan
menyebarkannya, membebaskan manusia daripada belenggu syirik dan membawa
mereka kepada kebebasan Tauhid.
Adapun kerajaan yang tidak menegakkan Tauhid, tidak mencegah daripada Syirik
maka ini bukanlah kerajaan yang dimaksudkan penubuhannya oleh Syarak.
Ciri-ciri Umat Muhammad adalah; Menyuruh kepada makruf dan mencegah
kemungkaran serta beriman kepada ALLAH sebagaimana ALLAH jelaskan dalam
surah Ali Imran ayat 110:


Maksudnya: kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan
keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
5

Fasal Kedua: Proses Perlantikan Pemerintah di sisi Manhaj Salafi dan Ciri-ciri
Pemerintah
2.1 Proses Perlantikan Pemerintah di Sisi Manhaj Salafi
Kata Syeikhul Islam rh:

Maksudnya: "Bahkan al-Imamah di sisi mereka (Ulama Salaf) tsabit dengan


persetujuan Ahli al-Syaukah (mereka yang ada pengaruh) atas perlantikannya dan
tidak menjadi seseorang itu pemerintah sehinggalah para Ahli Syaukah bersetuju
atasnya yang dengan ketaatan mereka itu kepadanya (pemerintah) berlaku maksud
kepimpinan maka yang dimaksudkan dengan Imamah itu ia berlaku dengan adanya
kekuatan dan kekuasaan maka jika dibaiat dengan baiat yang berhasil dengannya
kekuatan dan kekuasaan jadilah dia Imam". [rujuk: Minhaj al-Sunnah, juz 1 m.s 527].
Maka di sisi Manhaj Salafi, perlantikan pemerintah tidak memerlukan suara majority
untuk mengesahkannya, bahkan apabila seseorang itu mendapat sokongan daripada
seorang Ahli Majlis Syura yang mempunyai pengaruh maka berlakulah perlantikan.
Demikian juga yang diberi kuasa melantik pemerintah adalah Ahli Syaukah iaitulah
mereka yang mempunyai pengaruh dan kekuasaan atau disebut Ahli Majlis Syura
yang terdiri daripada para Ulama, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua tentera,
bukan terletak pada keseluruhan rakyat.
Para Ulama Salafi memberikan beberapa bentuk pemilihan Imam sebagai berikut:
Pertama: Perlantikan daripada Ahli Majlis Syura.
Apabila Ahli Majlis Syura telah memilih seseorang sebagai ketua Negara maka
terlaksanalah baiat tersebut dan sah pemerintahan yang dipilih.
Ahli Majlis Syura mestilah menepati cirri-ciri berikut:
1. Al-'Adalah yakni seorang muslim yang boleh dipercayai.
2. Mempunyai Ilmu yang dengannya mereka mengenali cirri-ciri yang perlu ada
pada seseorang untuk menjadi pemimpin.
3. Berpandangan jauh dan tajam yang mampu memilih yang terbaik dari yang
terbaik untuk dilantik sebagai pemerintah.
[rujuk: Al-Ahkam al-Sultaniah, Abu Ya'la, m.s 19 dan Al-Siyasah al-Syar'iyyah, Khalid
al-'Anbari, m.s 135].
Proses perlantikan melalui cara ini berlaku pada pemilihan Khalifah Usman bin 'Affan
r.a di mana 'Abdul Rahamn bin 'Auf r.a telah melakukan mesyuarat di antara Ahli
Majlis Syura yang telah dilantik oleh Khalifah Umar bin al-Khattab ra yang terdiri
6

daripada pembesar Sahabat r.hum dan dengan musyawarah daripada Muhajirin dan
Ansar.
Proses ini berbeza dengan system demokrasi kerana demokrasi meletakkan semua
rakyat mempunyai hak memilih pemimpin tanpa mengira sama ada dia seorang
muslim yang adil atau fasiq, sama ada kafir atau muslim, bahkan sama ada bodoh
atau cerdik semuanya ada hak yang sama, ini jelas suatu bentuk kezaliman yang
berlawanan dengan fitrah manusia yang cintakan keadilan. [rujuk: Al-'Adl fi alSyariah al-Islamiah Laisat fi al-Demoqratiah al-Maz'umah, 'Allamah Abdul Muhsin al'Abbad].
Kedua: Persetujuan atau Perlantikan daripada Imam sebelumnya
Imam yang terdahulu diberi hak oleh Syarak untuk menamakan penggantinya atau
memberikan isyarat kepada siapa yang beliau condong untuk dilantik sebagai
penggantinya.
Dalil cara ini adalah apa yang dilakukan oleh Abu Bakr al-Siddiq r.a yang
menamakan Umar bin al-Khattab r.a sebagai pengganti beliau.
Kata Imam al-Mawardi rh (w.450 H):

Maksudnya: "dan adapun berlakunya Imamah dengan penyerahan daripada (Imam)


sebelumnya adalah termasuk daripada perkara yang telah berlaku ijmak akan
harusnya dan berlaku kesepakatan bahawa (cara ini) sah .." [al-Ahkam al-Sultaniah,
m.s 30].
2.1.1 Sistem Pewarisan Takhta di sisi Manhaj Salafi
Jika pemerintah mewariskan penggantinya kepada kaum kerabatnya; berkata
'Allamah Siddiq Hasan Khan rh [w.1307 H]:
"dan tidak ditohmah akan Imam berkenaan urusan ini walaupun dia
menyerahkan jawatan kepada ayah atau anaknya kerana dia (imam)
dipercayai semasa hidupnya dalam menjaga urusan mereka (kaum muslimin)
maka lebih utama untuk tidak disangsikan padanya selepas kematiannya"
Kata beliau juga:
"lebih-lebih lagi jika apa yang dia lakukan itu adalah kerana maslahah atau
mengelak berlakunya mafsadah maka ternafilah sama sekali daripadanya
sangkaan buruk seperti yang berlaku dalam tindakan Muawiyah ra
menyerahkan kepimpinan kepada anaknya Yazid .."
[Iklil al-Karamah, m.s 18-19]
Maka harus bagi Imam mengkhususkan jawatan pemerintahan kepada kerabat
tertentu atau kepada kelompok tertentu jika memerlukannya dan mengelak
mafsadah seperti yang berlaku di zaman Muawiyah ra di mana Bani Umayyah
7

merupakan tunjang kaum muslimin ketika itu dan mereka adalah tentera-tentera
Islam dan mereka tidak dapat menerima pemimpin selain daripada mereka.
2.1.2 Rampasan Kuasa
Islam melarang keras tindakan memberontak dan membangkang pemimpin muslim
dan tindakan memberontak kepada pemerintah muslim amat-amat keji di sisi Syariat
Islam yang akan kita bentangkan dalil-dalilnya nanti isnya ALLAH-.
Namun, jika berlaku rampasan kuasa dan Imam yang sedia ada dikalahkan lalu
pemberontak menguasai kerajaan dan stabil kekuasaan di tangannya maka SAH lah
dia sebagai Imam yang baharu serta wajib memberikan baiah kepadanya.
Kata Imam Ahmad rh [w.241 H]:
"Barangsiapa yang berjaya menguasai mereka yakni para pemerintahdengan pedang sehingga menjadi Khalifah dan dinamakan Amirul Mukminin;
maka tidak halal bagi sesiapa pun yang beriman dengan ALLAH dan hari
akhirat untuk bermalam sedangkan dia tidak beriktiqad dia (si pemberontak)
sebagai Imam (yang baharu); sama ada dia seorang yang baik atau fasiq"
[Mu'amalatul Hukkam, ms 25]
Kata Imam al-Syafii rh [w.204 H]:


Maksudnya: "sesiapa sahaja yang menguasai Khilafah dengan pedang sehingga
dinamakan Khalifah dan manusia telah bersepakat atasnya maka dialah Khalifah".
[rujuk: Mu'amalatul Hukkam, m.s 27].
Hukum ini terbina atas apa yang telah lalu penjelasannya bahawa 'dabit' seseorang
itu menjadi Imam adalah: "Stabil padanya kekuatan dan kekuasaan", seperti yang
dijelaskan Syeikhul Islam dalam Minhaj al-Sunnah.
Para Ulama Salaf telah ijmak akan sah pemerintah yang berjaya mengalahkan
pemerintah sebelumnya semasa peristiwa rampasan kuasa yang dilakukan oleh
Abdul Malik bin Marwan rh yang berjaya mengalahkan Abdullah bin al-Zubair ra.
Demikian juga kerajaan-kerajaan Islam selepas itu ditegakkan dengan rampasan
kuasa seperti kerajaan Bani Abbas yang merampas kuasa dari Bani Umayyah dan
Daulah 'Aliyyah merampas kuasa dari Bani 'Abbas namun tiada para Ulama yang
menyatakan pemerintahan mereka tidak sah.
2.2 Ciri-ciri Pemerintah
Para Ulama menyatakan ada beberapa syarat untuk seorang Khalifah kaum
muslimin:
1. 'Adil yakni hendaklah dia seorang muslim yang dipercayai bukan seorang
yang fasiq.
8

2. Memiliki ilmu yang dengannya dia mampu membuat keputusan-keputusan


penting.
3. Sejahtera Pacaindera; pendengaran, penglihatan, dan percakapan
4. Selamat Anggota Tubuh daripada cacat cela yang menghalang dia bergerak.
5. Mempunyai pandangan jauh yang boleh mentadbir rakyat dan menilai
maslahah dan siyasah mereka.
6. Keberanian dan Kegagahan yang membolehkan dia memimpin Jihad.
7. Hendaklah daripada keturunan Quraish.
Syarat-syarat ini hendaklah dipertimbangkan oleh Ahli Majlis Syura sebaik mungkin
sebelum melantik pemerintah tertinggi Negara Islam dan hendaklah melantik mereka
yang paling hampir dengan cirri-ciri yang ada di atas.
Kata Syeikhul Islam rh bahawa Wilayah (kepimpinan) mempunyai dua rukun:
Pertama: Amanah
Kedua: Kuat (mampu menjalankan tugas yang dipikul)
Ini difahami daripada firman ALLAH dalam surah al-Qasas ayat 26 berkenaan katakata anak Sahib Madyan:



Maksudnya: "..Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah
orang yang Kuat, lagi amanah".
Amanah dan Kudrat berbeza dengan setiap tugas dan keadaan semasa maka
hendaklah dipilih pemimpin itu yang paling layak dengan beban yang akan
ditanggungnya nanti.
Imam Ahmad rh ditanya berkenaan dua orang lelaki yang hendak dilantik sebagai
Panglima perang, salah seorangnya kuat tetapi fasiq manakala seorang lagi 'adil
tetapi lemah yang manakah patut dilantik? Maka Imam Ahmad rh memberikan fatwa
supaya dilantik yang fasiq tetapi kuat kerana inilah yang sesuai dengan situasi untuk
berperang iaitu "kuat".
[rujuk: Al-Siyasah al-Syar'iyyah, Ibn Taimiah, ms 15]
2.2.1 Jika Pemerintah Tidak Cukup Sifat Adakah Sah Perlantikannya?
Jika seseorang dilantik dan stabil padanya kekuasaan dan kekuatan serta
bersepakat Ahli Syaukah atasnya tetapi dia tidak mencukupi syarat-syarat yang
diletakkan syarak maka perlantikannya terlaksana dan sah pemerintahannya.
Kata Imam Al-Ghazali rh (w.505 H):



Maksudnya: "Jika tidak dapat seorang yang warak dan berilmu untuk dilantik sebagai
Imam dan pada usaha menggantikannya (dengan orang yang alim dan warak) boleh
menimbulkan fitnah yang tidak mampu dikawal maka kita hukum sah
pemerintahannya kerana kita berada di antara menggerakkan fitnah dalam usaha
menukar (pemerintah) yang padanya terdapat mafsadah bagi kaum muslimin
melebihi kebaikan yang mereka terlepas dengan (dilantiknya pemimpin) yang kurang
syarat-syarat ini yang diletakkan dengan tujuan menambah maslahah maka tidak
dimusnahkan asal maslahah kerana tamak untuk mendapatkan lebihan-lebihannya
seumpama orang yang membina istana tetapi memusnahkan sebuah kota dan
antara kita menghukum kosongnya jawatan Imam dan rosaknya segala undangundang dan ini mustahil". [Ihya' Ulumiddin, 1/115].
Telah terdahulu kita sebutkan perkataan Imam Ahmad rh dan Imam al-Syafii rh
sahnya pemerintahan Fasiq yang merampas kuasa, ini menunjukkan jika stabil
kekuasaan dan kekuatan dan berhimpun Ahli Syaukah atas seorang yang tidak
cukup syarat Imamah maka terlaksana pemerintahannya dan hukumnya.
Daripada perkataan Imam al-Ghazali rh di atas pula jelas, jika setelah dilantik
pemimpin yang tidak cukup syarat kemudian ada orang yang mencukupi syarat
maka tidak terbatal baiat Imam yang sedia ada bahkan dilarang memberontak yang
boleh membawa mafsadah yang lebih besar.
Atsar daripada Salaf amat kuat menunjukkan bahawa pemerintah yang tidak
mencukupi syarat setelah sepakat Ahli Syaukah melantiknya dan tetap padanya
ketaatan manusia adalah sah antaranya:

Ibn Umar r.a membaiat Yazid bin Mu'awiyah ra sedangkan masih ramai yang
lebih layak menjadi Khalifah bahkan Ibn Umar berkali ganda lebih layak dari
Yazid.
Ditanya kepada Yahya bin Yahya berkenaan Baiat adakah makruh? Jawab
beliau: Tidak. Dikata kepada beliau lagi: Bagaimana jika pemerintah itu kaum
yang zalim? Jawab beliau: Ibn Umar telah membaiat Abdul Malik bin Marwan
sedangkan dia merampas kuasa dengan pedang.
Umar bin Abdul Aziz rh mengekalkan jawatan Putera Mahkota kepada Yazid
bin Abdul Malik dan tidak menggantinya dengan orang yang lebih warak dan
soleh. Imam Malik rh menjelaskan punca tindakan Umar ini dengan kata
beliau: "Sesungguhnya baiat telah ditetapkan untuk Yazid selepas Umar,
maka Umar takut jika dia menggantikannya dengan orang lain yang soleh
maka Yazid tidak jumpa jalan keluar lain kecuali dia akan memberontak dan
ini akan membawa kerosakan yang lebih daripada maslahah".

Imam al-Syatibi rh (w.790 H) mengomentar riwayat-riwayat ini dengan katanya:

11

Maksudnya: "Maka zahir riwayat ini adalah jika ditakuti dalam usaha memecat orang
yang tidak layak dan menggantikannya dengan orang yang layak berlaku fitnah dan
perkara yang tidak sepatutnya maka maslahah dalam kes ini adalah
meninggalkannya".
[rujuk: al-Iktisam, m.s 627, tahqiq Salim al-Hilali]
2.3 Tanggungjawab Pemerintah
Pemerintahan adalah Ibadah yang mana pemegang jawatan ini hendaklah
menjadikannya sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.
Kata Syeikhul Islam rh:






.

Maksudnya: "Maka wajib menjadikan Imarah sebagai agama dan amalan qurbah
yang dengannya digunakan mendekatkan diri kepada ALLAH; mendekatkan diri
kepada ALLAH dengannya (Imarah) adalah dengan mentaati ALLAH dan Rasul-Nya
termasuk daripada amalan ibadat yang terafdal". [Al-Siyasah al-Syar'iyyah, m.s 130]
Maka hendaklah mereka yang memegang jawatan kepimpinan ini menjadikan
matlamat hidupnya mencapai reda ALLAH, adapun menjadikan jawatan pimpinan
sebagai tangga mengejar ketinggian diri adalah sikap Firaun manakala
menjadikannya sebagai jalan mengumpul harta dunia adalah sikap Qarun dan
kedua-dua ini amat dicela oleh ALLAH.
Tanggungjawab pemerintah itu terkumpul dalam firman ALLAH Ta'ala:




Maksudnya: "Sesungguhnya ALLAH memerintahkan kamu supaya mengembalikan
amanah-amanah kepada empunyanya dan jika kamu menghukum antara manusia
hendaklah kamu berhukum dengan adil..."
Pertama: Menunaikan Amanah (memberikannya kepada Ahlinya) dan ianya
terdapat dua jenis:
1. Amanah Kekuasaan; wajib atas Waliyyul Amri melantik menterimenterinya, jawatan-jawatan bawahannya akan orang-orang yang layak
dan yang terbaik.
2. Amanah Harta; wajib menguruskan harta dengan baik dan diserahkan
hanya kepada mereka yang berhak menerimanya.
11

Kedua: Berhukum Antara Manusia; sama ada dalam kesalahan-kesalahan


Jenayah atau pertelingkahan antara mereka yang memerlukan pendakwaan
dan penghakiman atau dalam perkara-perkara hisbah (mencegah mungkar
dan menyuruh kepada makruf), Wajib dalam perkara ini mengikut hukum
ALLAH Ta'ala dan melaksanakan tuntutan syarak.
[al-Siyasah al-Syar'iah, m.s 25]
2.4 Hukum Berbilang-bilang Pemerintah Islam
Para Ulama telah bersepakat bahawa jika berlaku fitnah dan Negara Islam terpecahpecah kepada beberapa kerajaan maka setiap pemerintah berkuasa di kawasan
masing-masing dan dilarang bagi rakyat negeri-negeri itu memberontak kepadanya.
Kata Syeikhul Islam dalam Majmuk Fatawa [jil 34 m.s 175]:


:

Maksudnya: "dan yang sunnah adalah bagi kaum muslimin itu seorang Imam sahaja
dan selebihnya merupakan naib, namun jika dianggarkan Umat ini keluar dari system
ini disebabkan maksiat sebahagiannya dan lemah dari sebahagian yang lain (untuk
menegakkan) atau lain-lainnya lalu jadilah bagi mereka itu beberapa Imam maka
wajib atas setiap Imam untuk mendirikan hudud dan menyempurnakan haq".
Kata Imam Al-Syaukani rh (w.1250 H):





Maksudnya: "adapun selepas berkembangnya Islam dan luas wilayahnya dan jauh
Negara-negaranya maka maklum bagi setiap wilayah atau beberapa wilayah
mempunyai Imam atau Sultan dan di wilayah lain terdapat (Imam atau Sultan) yang
lain atau di beberapa wilayah lain begitu juga dan tidak terlaksana bagi sebahagian
mereka perintah atau tegahan di wilayah yang lain maka tidak mengapa berbilangbilangnya pemerintah dan sultan dan wajib taat bagi setiap seorang mereka setelah
baiat atas ahli negeri yang terlaksana dalam kawasannya perintah dan tegahannya
" [Al-Sailul Jarrar, m.s 941].
Harusnya berbilang-bilang pemerintah dan wilayah kaum muslimin dalam keadaan
memerlukannya tidak berlawanan dengan apa yang dihikayatkan oleh Imam al12

Nawawi rh (w.676 H) bahawa Ulama telah Ijmak wajibnya hanya ada seorang
Khalifah bagi seluruh kaum muslimin kerana ijmak ini kekal sebagai hukum asal
namun dalam keadaan yang memerlukan ada hukum khas yang syarak tetapkan.
Ini kerana para Ulama juga tidak membantah pemerintahan Bani Umayyah di
Andalus semasa kerajaan Bani Abbas tegak di Iraq dan kawasan Islam lainnya
walaupun Bani Umayyah di Andalus menggunakan gelaran Amirul Mukminin dan
mendakwa dirinya Khalifah yang berasingan dengan Bani Abbas, demikian juga
kerajaan-kerajaan kecil lain yang muncul semasa Khilafah 'Abbasiah yang
menegakkan kerajaan berasingan daripada kuasa Khalifah.
FASAL KETIGA: TUGAS & SIKAP RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH MUSLIM
MENURUT MANHAJ SALAFI
Al-Imam al-Mawardi rh menyatakan, atas rakyat ada dua tanggungjawab terhadap
pemimpin apabila pemimpin menunaikan hak-hak rakyat yang ditanggungnya:
Pertama: Taat
Perintah mentaati pemerintah amat jelas dalam alQuran dan Hadis-hadis yang sahih
antaranya firman ALLAH Ta'ala dalam surah al-Nisaa ayat ke- 59 iaitu sejurus
selepas ayat ke-58 yang memerintahkan supaya pemerintah menunaikan hak dan
berlaku adil, ALLAH memerintahkan para rakyat untuk mentaati pemerintah:






Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman; Taatlah kamu kepada ALLAH dan
Taatlah kepada Rasul dan para pemimpin dalam kalangan kamu, jika kamu
bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul
jika kamu benar-benar beriman kepda ALLAH dan hari akhirat, demikian itu adalah
(jalan) yang terbaik dan sebaik-baik takwilan".
Kata Imam al-Saadi rh (w. 1376 H) dalam mentafsirkan ayat ini:
"Kemudian (ALLAH) memerintahkan mereka (kaum mukmin) untuk mentaatiNya dan mentaati Rasul-Nya iaitulah dengan melaksanakan apa yang
keduanya perintahkan sama ada yang wajib mahupun mustahab dan
menjauhi larangan keduanya, dan memerintahkan supaya mentaati "Ulul
Amri" iaitulah: Mereka yang berkuasa atas manusia sama ada Pemerintah,
Hakim, dan Mufti kerana sesungguhnya tidak stabil urusan manusia sama
ada dunia atau agama melainkan dengan mentaati mereka dan patuh kepada
(arahan) mereka atas dasar mentaati ALLAH dan mengharap apa yang ada
di sisi-Nya (daripada pahala) tetapi dengan syarat perintah mereka bukan
mengandungi maksiat kepada ALLAH, maka jika mereka memerintahkan
dengan perkara itu (maksiat) maka tiadak ada ketaatan kepada makhluk
dalam menderhaka kepada Khaliq." [Tafsir al-Saadi]
Kata Syeikhul Islam rh:
13

Maksudnya: "dan apa yang ALLAH perintahkan dengannya dan diperintah oleh
Rasul-Nya daripada mentaati para pemerintah dan menasihati mereka adalah
WAJIB atas manusia walaupun dia tidak berjanji melakukannya dan jika dia tidak
bersumpah kepada mereka dengan sumpah muakkad sekalipun, (ianya wajib)
sebagaimana wajib atasnya solat lima waktu, zakat, puasa, haji, dan selainnya
daripada apa yang ALLAH dan Rasul-Nya perintahkan daripada amalan ketaatan "
Sabda Nabi s.a.w:









Maksudnya: "Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati ALLAH dan
barangsiapa yang menderhaka kepadaku maka dia telah derhaka kepada ALLAH,
barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan
barangsiapa yang menderhaka kepada pemerintah maka dia telah menderhaka
kepadaku". [Muslim].
Sabda Nabi s.a.w:







Maksudnya: "Wajib atas kamu dengar dan taat dalam keadaan susah dan senang,
rela dan terpaksa dan dalam keadaan yang merugikan kamu" [Muslim]
Kata Imam al-Nawawi rh dalam mensyarahkan hadis di atas ini:



Maksudnya: "Berkata para Ulama: Maknanya adalah wajib mentaati Pemerintah
dalam perkara yang sukar dan dibenci jiwa dan selainnya selama mana ianya bukan
maksiat jika ianya maksiat maka tidak ada taat seperti mana yang dinyatakan dalam
hadis-hadis yang lain". [Syarah Sahih Muslim, 12/224].
Perintah seorang pemerintah itu dapat dibahagikan kepada 3 jenis:
1. Apa yang ALLAH dan Rasul-Nya perintahkan seperti solat berjemaah,
menutup aurat, bersatu padu sesama Islam, menjaga keamanan awam, dan
lain-lain yang ada nas syarak menyuruhnya maka tidak syak perintah
14

pemerintah menjadikan suruhan ini semakin kuat dan semakin wajib


dilaksanakan.
2. Apa yang ALLAH dan Rasul-Nya larang seperti mendedahkan aurat, isbal
pakaian, mencukur janggut, dan seumpamanya daripada perkara syarak
telah tegah, maka dalam situasi ini wajib menjauhi perintahnya dan tidak
boleh taat (haram taat).
3. Apa yang tiada nas syarak sama ada suruhan atau tegahan bahkan ianya
adalah atas dasar maslahah dan mafsadah; ini wajib ditaati dan pemerintah
berhak menghukum mereka yang melanggar arahannya ini. Ini seumpama
peraturan-peraturan jalan raya, urusan-urusan pentadbiran awam dan
lainnya.
[rujuk: Risalah Taat Wulatil Umur (himpunan fatwa Ibn Baz & Ibn Usaimin berkenaan
Taat pemerintah) edaran Kerajaan Arab Saudi].
Kedua: Al-Nusrah (Pertolongan)
Wajib membantu pemerintah dalam perkara makruf dan mencegah mungkar,
hendaklah rakyat bersama pemerintah berganding bahu dalam menegakkan agama
ALLAH.
Jika pemerintah menyeru kepada Jihad dan berperang melawan musuh-musuh
Negara sama ada kaum kafir atau pemberontak maka wajib menyahut seruan beliau
sebagaimana sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya: "Sesungguhnya Imam itu adalah perisai diperangi dibelakangnya dan
dijadikan perlindungan, maka jika dia (Imam) menyuruh dengan Taqwa kepada
ALLAH azza wa jalla dan berlaku adil maka ianya merupakan pahala baginya dan
jika dia menyuruh dengan sebaliknya maka ia menjadi dosa atasnya" [al-Bukhari &
Muslim].
Kata Imam al-Nawawi rh berkenaan hadis ini:




Maksudnya: "yakni (Imam) umpama perisai yang mencegah musuh daripada
menyakiti kaum muslimin dan mencegah manusia sesama mereka (daripada berbuat
zalim) dan menjaga kesatuan Islam dan manusia takut kepadanya dan takut akan
hukumannya, diperangi dibelakangnya yakni diperangi bersamanya kaum kafir,
bughah, Khawarij, dan seluruh ahli fasad dan dijadikan pelindung daripada kejahatan
musuh dan Ahli Fasad dan zalim". [Syarah Sahih Muslim, 4/454].

15

Hadis ini menunjukkan juga bahawa Perjanjian Aman antara kaum Negara Islam dan
Negara Kafir Harbi terletak di tangan Imam bukan selainnya dan Jihad juga berada
ditangannya bukan selainnya, Jihad dilancarkan dengan perintah Imam dan strategi
yang diaturnya bukan selainnya. [rujuk: 'Aunul Ma'bud, 7/310].
Demikian juga membantu Imam ketika dia melakukan kezaliman sebagaimana
sabda Nabi s.a.w:


Maksudnya: "Bantulah saudara kamu sama ada dia melakukan kezaliman atau
dizalimi". [al-Bukhari &Muslim].
Maksud membantu Imam ketika dia melakukan kezaliman adalah sepertimana kata
Nabi s.a.w:


Maksudnya: "Engkau menghalangnya daripada melakukan kezaliman maka
sesungguhnya itu adalah pertologan (baginya)". [Muslim].
3.1 Menasihati Pemerintah & Mendoakan Kebaikan Untuk Mereka
Termasuk dalam ertikata membantu Waliyyul Amri adalah menasihati mereka
sebagaimana yang telah masyhur dalam sabda Nabi s.a.w:
"Agama itu adalah Nasihat", ditanya kepada baginda: "untuk siapa?" jawab
baginda: "untuk ALLAH, Rasul-Nya, Pemimpin-pemimpin kaum Muslimin dan
orang awamnya". [Al-Bukhari & Muslim].
Maksud Nasihat adalah: "Berkehendakkan kebaikan untuk orang lain".
Maka hendaklah rakyat berusaha melakukan amal kebaikan kepada pemerintah dan
sebesar-besar amal makruf untuk mereka adalah berdoa kepada ALLAH senantiasa
supaya mereka diberi hidayah dan taufiq untuk berhukum dengan hukum ALLAH.
Kata Imam al-Barbahari rh (w. 329 H):
"Jika engkau melihat seseorang mendoakan kejahatan atas Sultan
(pemerintah) maka yakinilah dia adalah seorang Ahli Hawa (Bidaah), jika
kamu melihat seseorang mendoakan Sultan dengan kebaikan maka
ketahuilah dia seorang Ahli Sunnah Insya-ALLAH". [Syarhus Sunnah].
Para Ulama Salaf seperti Imam Ahmad dan Al-Fudail bin 'Iyadh (w.187 H) berkata:
"Jika kami mempunyai satu doa yang mustajab maka kami akan doakan
untuk kebaikan pemerintah". [al-Siyasah al-Syar'iyyah, m.s 129]
Imam al-Tahawi rh (w.792 H) menyatakan mendoakan kebaikan untuk pemerintah
adalah termasuk akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang utama:

16



Maksudnya: "dan kami tidak berpandangan memberontak ke atas pemerintah kami
walaupun mereka melakukan kezaliman dan kami tidak mendoakan kejahatan
atas mereka dan kami tidak akan mencabut tangan dari ketaatan terhadap mereka
dan kami berkeyakinan mentaati mereka adalah termasuk ketaatan kepada ALLAH
azza wa jalla yang merupakan kewajipan selama mana mereka tidak menyuruh
melakukan maksiat dan kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan
keafiatan".
3.2 Menegur Pemerintah Jika Mereka Melakukan Kesalahan dan Adab-adabnya
Termasuk menjadi kewajipan kita adalah mencegah pemerintah daripada kezaliman
dan maksiat, maka hendaklah kita memberikan mereka nasihat dan menegur
mereka jika mereka silap dengan penuh adab dan hormat.


Maksudnya: "Barangsiapa yang hendak menasihati Sultan (pemerintah) dengan
sesuatu perkara maka janganlah dia menzahirkannya terang-terangan (di khalayak)
tetapi hendaklah dia memegang tangannya lalu bersendirian dengannya, jika dia
menerima daripadanya (nasihat) maka itulah yang dikehendaki, jika tidak maka dia
(penasihat) telah menunaikan tanggungjawabnya" [Ahmad].
Hadis ini disahihkan oleh Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani rh dalam Zilal alJannah dan dihasankan oleh Syeikh Syu'aib al-Arnauth dan 'Adil Mursyid dalam
Takhrij mereka pada Musnad Ahmad.

:

-
:


-

:
. :

:
:

:

:
-
-

:
:

.

:
:


-
-


:

Maksudnya: Daripada Said bin Juhman katanya: "Aku bertemu dengan Abdullah bin
Abi Aufa dan dia telah hilang penglihatan- lalu aku member salam padanya lalu dia
17

berkata: Siapa kamu? Aku menjawab: Saya Said bin Juhman. Beliau bertanya: Apa
khabar ayahmu sekarang? Aku menjawab: Al-Azariqah telah membunuhnya. Kata
beliau: Semoga ALLAH melaknat al-Azariqah, Rasulullah s.a.w telah berkata kepada
kami (yakni Sahabat): bahawa mereka itu adalah Anjing-anjing neraka. Kata Said;
Aku berkata: Al-Azariqah sahaja atau semua Khawarij? Kata beliau: bahkan semua
Khawarij (adalah anjing-anjing neraka). Kata Said: Aku berkata: Tetapi Sultan
menzalimi manusia dan dia melakukan kepada mereka begitu dan begini. Lantas
beliau menarik tanganku dengan kuat dan berkata: Binasalah engkau wahai Ibn
Juhman, wajib atasmu berpegang dengan al-Sawad al-A'zam (dua kali), jika sultan
mendengar kata-katamu maka datangilah dia di rumahnya lalu beritahu kepadanya
apa yang kamu tahu, jika dia menerima maka itulah, jika tidak maka biarkan kerana
engkau tidak lebih tahu daripadanya". [Ahmad, perawinya semuanya tsiqat].
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim pula:



:
:

:




Maksudnya: daripada Usamah bin Zaid kata beliau: dikatakan kepada beliau:
Apakah engkau tidak mahu berjumpa dengan Usman dan menasihatinya? Maka
jawab beliau: Adakah kamu semua ini berpandangan aku tidak bercakap
(menasihatinya) melainkan aku mesti mendengarkannya kepada kamu? Demi
ALLAH, aku telah bercakap dengannya ketika hanya antara aku dan dia tanpa aku
membuka suatu perkara yang aku tidak suka aku menjadi orang pertama
membukanya (fitnah dan huru hara).
Kata Imam Al-Nawawi rh:


Maksudnya: "dan padanya terdapat: Adab dengan pemerintah dan berlemah lembut
dengan mereka dan menasihati mereka secara sir dan menyampaikan kepadanya
apa yang manusia cakapkan berkenaannya (yang tidak elok) supaya dia berhenti
dari melakukannya". [Syarah Sahih Muslim, 18/118].
Kata Imam Ibn Hajar al-'Asqalani rh (w.852 H) berkenaan hadis ini:



Maksudnya: "dan berkata (al-Qadi) 'Iyadh: Maksud Usamah bahawa dia tidak mahu
membuka pintu mengingkari Imam secara terang-terangan kerana apa yang ditakuti
daripada akibat tindakan itu bahkan hendaklah berlembut dengannya (Imam) dan
menasihatinya secara sir kerana itu lebih layak untuk diterima" [al-Fath, 13/52]

18


Maksudnya: Daripada Salamah bin Syihab al-'Abdi kata beliau: Kata Umar r.a:
"Wahai rakyat, sesungguhnya kami ada hak yang tertanggung atas kamu; Nasihat
secara ghaib (sir) dan membantu atas kebaikan " [Al-Zuhd oleh Hannad bin Sirri].
Atsar-atsar ini dan banyak lagi menunjukkan asal dalam menasihati pemerintah
adalah secara sir dan bukan di khalayak ramai, jika tidak dapat maka bolehlah
menasihatinya secara terbuka tetapi dengan adab dan sopan berhadapan
dengannya bukan secara umpatan dan cakap-cakap belakang.
Dalilnya firman ALLAH Ta'ala dalam surah Ta Ha ayat 43-44:

)33( ) 34(
Maksudnya: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun sesungguhnya dia telah
melampau batas, maka berkatalah kamu berdua kepadanya dengan perkataan yang
lunak mudah-mudahan dia beringat atau takut".
ALLAH memerintahkan Musa a.s dan Harun a.s sedangkan mereka berdua adalah
pilihan-Nya dan kekasih-Nya supaya berlemah lembut dalam menasihati Fir'aun,
musuh ketat-Nya, maka ini lebih utama dan aula digunakan dengan pemimpin
muslim yang ALLAH telah namakan mereka sebagai: "Naungan ALLAH di Bumi".
Kata Imam Ibn al-Jauzi rh [w.597 H] (dan beliau seorang yang ahli dalam menasihati
pemerintah):



Maksudnya: "termasuk Amar Makruf dan Nahi Munkar bersama dengan Sultan
adalah Takrif (memberitahu kepadanya apa yang makruf) dan memberikannya wa'z
(nasihat yang memberi kesan mengandungi targhib dan tarhib) adapun
mengasarkan bahasa seperti: Wahai Zalim, Wahai yang Tidak takut kepada ALLAH,
maka jika perbuatan ini membawa kepada fitnah dan membawa keburukannya
kepada orang lain tidak harus"
Kata Imam Ibn Muflih rh (w.763 H):



Maksudnya: "dan tidak ada sesiapa pun boleh mengingkari atas Sultan kecuali
dengan cara member mau'izah, menakutkannya (akan neraka) atau
19

mentahzirkannya daripada akibat di dunia dan akhirat maka ianya wajib adapun
selainnya adalah haram " [al-Adab al-Syar'iyyah, m.s 175].
Para Ulama Salaf khususnya di zaman Bani 'Abbas memberikan kita contoh yang
amat baik bagaimana mereka menasihati dan menegur pemerintah, penuh dengan
bahasa-bahasa yang lunak dan tidak menggerakkan manusia untuk memberontak.
Contoh yang jelas Imam Ahmad bin Hanbal rh sentiasa memanggil al-Muktasim
dengan "Amirul Mukminin" demikian juga Imam al-Syafii rh ketika di bawa ke
hadapan al-Rasyid dalam keadaan dan kaki dirantai dan al-Rasyid siap sedia
memancungnya, Imam Al-Syafii hanya berlunak dan memanggil mesra al-Rasyid
sebagai: "Amirul Mukminin".
Adapun mencela pemerintah dan menyebut keburukannya di khalayak ramai dengan
cara yang boleh menimbulkan kebencian kepada pemerintah dan menggerakkan
jiwa memberontak maka ini tidak dibenarkan sama sekali kerana Nabi s.a.w
bersabda:

Maksudnya: "Jihad yang paling utama adalah Kalimah yang 'adil di sisi sultan yang
zalim atau amir yang zalim". [Abu Daud, al-Tarmizi,al-Nasaie,dan Ibn Majah].
Rasulullah s.a.w menyatakan dua perkata penting yang perlu bagi seorang yang
ingin menasihati pemerintah di sini:
Pertama: Hendaklah kalimahnya 'Adil iaitu benar sama ada menyuruh dengan
makruf atau mencegah mungkar dan telah berlalu penjelasan ianya dilakukan
dengan lemah lembut kerana ini adalah asal dakwah.
Kedua: Di hadapan atau di sisi pemerintah yakni hendaklah perkara itu sampai
kepadanya dan ditujukan kepadanya, bukan di hadapan khalayak yang boleh
menjatuhkan haibah Sultan di mata rakyat.
Kata Ulama Dakwah rahimahumullah:




Maksudnya: "dan adapun apa yang berlaku daripada pemerintah daripada maksiat
dan kesalahan yang tidak menjadikannya kufur dan terkeluar daripada Islam maka
yang wajib padanya adalah menasihati mereka dengan cara yang syar'ie secara
berhemah dan mengikut apa yang diamalkan Salafus Soleh tanpa mencela mereka
di majlis-majlis dan perhimpunan manusia". [al-Durar al-Saniah, 9/106].
Demikian penjelasan para Ulama Salafi berkenaan cara-cara menasihati dan
menegur pemerintah bukan dengan berusuh dan bertunjuk perasaan.
21

3.3 Manhaj Salafi dalam Berhadapan dengan Pemerintah yang Zalim dan Fasiq
Manhaj Salafi amat tegas tidak boleh mentaati perintah yang membawa maksiat
kepada ALLAH Ta'ala kerana tsabit dalam hadis yang sahih: "Tidak ada ketaatan
bagi makhluk dalam melakukan maksiat kepada Khaliq".
Secara ringkasnya Manhaj Salafi menetapkan ada dua pendirian dalam berhadapan
dengan pemerintah zalim dan fasiq:
Pertama: Tidak mentaati perintah maksiat itu secara khusus berdasarkan dalildalil berikut:

: - -
: - -






Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Wajib atas setiap muslim dengar dan taat (kepada pemerintah) dalam urusan yang
dia suka atau benci melainkan dia disuruh melakukan maksiat maka jika dia disuruh
melakukan maksiat maka tidak wajib dengar dan tidak wajib taat. [Hadis
dikeluarkan: al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai, dan Ahmad].
Daripada Saidina Ali r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:


Maksudnya: Sesungguhnya Taat itu dalam perkara makruf sahaja. [al-Bukhari &
Muslim].

- - - -

Maksudnya: Daripada Tariq bin Syihab r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada
Nabi s.a.w sedang baginda telah meletakkan kaki baginda di atas tempat
tunggangan: Apakah Jihad yang utama? Jawab baginda: Perkataan yang benar di
sisi pemerintah yang zalim. [Hadis dikeluarkan: al-Nasai, darjatnya hasan].
Hadis-hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa ketaatan kepada pemerintah dan
sesiapa sahaja yang daripada makhluk hanya berlaku dalam urusan yang sesuai
dengan syariat sahaja, apabila urusan itu tidak sesuai dengan syariat maka haram
untuk kita mentaati perintah itu.
Kedua: Walaupun Haram mentaati perintah maksiat itu namun Haram juga
memberontak kepada pemerintah dan memeranginya selama mana dia tidak
menjadi kafir.
Dalil perkara ini mencapai tahap mutawatir, antaranya hadis-hadis berikut:
21



Maksudnya: Daripada Ubadah bin al-Somit r.a daripada Nabi s.a.w baginda
bersabda: Dengar dan Taatlah ketika susah dan senang, rela dan terpaksa, dan
ketika keadaan yang merugikan kamu walaupun mereka (pemerintah) merampas
hartamu dan memukul belakangmu. [al-Sunnah Ibn Abi Asim Zilal al-JannahSahih].

: - -
: - -




: .



Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membenci akan pemerintahnya kerana sesuatu maka bersabarlah
kerana sesiapa yang keluar daripada pemerintah sekadar sejengkal dia mati dalam
keadaan jahiliah. Dalam riwayat yang lain: maka hendaklah dia bersabar, kerana
sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada al-Jamaah sekadar sejengkal maka
dia mati dalam keadaan jahiliah. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari & Muslim].
Kata Imam Ibn Hajar al-'Asqalani rh berkenaan hadis ini:





Maksudnya: "berkata Ibn Battal: pada hadis ini terdapat hujjah meninggalkan
memberontak terhadap Sultan walaupun mereka zalim dan telah sepakat para
Fuqaha' wajibnya mentaati Sultan yang menguasai secara rampasan kuasa dan
berjihad dengannya dan mentaatinya lebih baik daripada memberontak kepadanya
kerana pada itu (tidak memberontak) terdapat pemeliharaan terhadap darah dan
menanangkan orang ramai dan hujjah mereka adalah khabar ini dan lainnya yang
membantu (dalam penghujahan) dan mereka tidak mengecualikan apa-apa pun
melainkan jika berlaku pada Sultan kufur yang jelas maka tidak harus mentaatinya
bahkan ketika itu wajib memeranginya bagi mereka yang mampu" [al-Fath, 13/7]

22

- -
: - -

:

.
:

Maksudnya: Daripada Ummu Salamah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya akan memerintah kamu nanti pemerintah-pemerintah, maka (ada
perbuatan mereka) yang kamu setujui dan ada yang kamu ingkar, maka sesiapa
yang membenci (maksiat yang mereka lakukan) dia telah terlepas (daripada azab),
sesiapa yang mengingkarinya dia selamat, tetapi sesiapa yang reda dan mengikut
(maka dia termasuk orang yang bersubahat). Mereka (Sahabat) berkata: Apa tidak
patutkah kami memerangi mereka (pemerintah)? Jawab baginda: Tidak boleh
selagi mereka bersolat. [Hadis dikeluarkan: Muslim, Abu Daud, dan al-Tarmizi dan
lafaz pada Muslim].

: - -

: : - -


:

:

[ : :



: ]




Maksudnya: Daripada Auf bin Malik r.a: Kata beliau: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu sukai mereka itu
dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan
kamu, dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci mereka itu dan
mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.
Berkata beliau (Auf): Kami berkata: Wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami
memerangi mereka ketika itu? Jawab baginda: Tidak boleh selagi dia mendirikan
dalam kalangan kamu solat, tidak boleh selagi dia menegakkan dalam kalangan
kamu solat, sesungguhnya sesiapa memerintah atasnya seorang pemerintah lalu dia
melihatnya (pemerintah tersebut) melakukan sesuatu yang maksiat kepada Allah
maka bencilah dia atas apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah namun
jangan dia mencabut tangan daripada ketaatan. [Hadis dikeluarkan: Muslim dan
Ahmad].

:- - : : - -

:
:





23

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Masud r.a kata beliau: Telah bersabda
Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya akan berlaku selepasku nanti perkara yang sukar
dan perkara-perkara yang kamu ingkari. Kata mereka (Sahabat): Apakah yang
kamu perintahkan kepada sesiapa antara kami yang menjumpainya? Kata baginda:
Kamu tunaikan hak yang ada atas kamu (mentaati pemerintah dalam makruf) dan
kamu mintalah hak kepunyaan kamu kepada Allah. [Hadis dikeluarkan: Al-Bukhari,
Muslim, dan al-Tarmizi].
Maksud dalam hadis ini adalah kaum pemerintah yang akan melebihkan diri
mereka dalam urusan harta dan sebagainya (memakan harta secara zalim). [Jamiul
Usul, Ibn al-Athir].

-

: : - -

: -






- -





:
Maksudnya: Daripada Wail bin Hujr r.a kata beliau: Telah bertanya Salamah bin
Yazid al-Jufi r.a Rasulullah s.a.w kata beliau: Wahai Nabi Allah, apakah
pandanganmu jika nanti berdiri pada kami pemerintah-pemerintah yang meminta hak
mereka (ketaatan dan baiah) dan menghalang hak kami (daripada keadilan dan
bermuamalah dengan baik) maka apakah perintahmu? lalu baginda berpaling
daripadanya kemudian dia bertanya lagi, maka baginda berpaling daripadanya,
kemudian dia bertanya lagi pada kali yang kedua atau ketiga lalu ditarik oleh alAsyas bin Qais r.a lalu baginda Rasulullah s.a.w berkata: Dengarlah dan taatlah
kerana sesungguhnya atas mereka apa yang mereka dipertanggungjawabkan dan
atas kamu apa yang kamu dipertanggungjawabkan. [Hadis dikeluarkan: Muslim dan
al-Tarmizi].

:



Maksudnya: Daripada Junadah bin Abi Umayyah kata beliau: Kami masuk menemui
Ubadah bin al-Somit r.a ketika beliau jatuh sakit, kami berkata: Semoga Allah
memperelokkan keadaan kamu, sampaikan kepada kami hadis yang mudahmudahan Allah manfaatkan untuk mu dengannya yang kamu dengar daripada Nabi
s.a.w. Kata beliau (Ubadah): Telah memanggil kami akan Nabi s.a.w maka kami
membaiat baginda lalu berkata lagi: Antara apa yang baginda ambil baiat atas kami:
Kami berbaiat untuk dengar dan taat (pada pemimpin) dalam keadaan rela dan
paksa, susah dan senang, dan keadaan yang merugikan kami dan jangan kami
24

mencabut urusan daripada empunyanya melainkan kamu melihat kufur yang jelas
yang ada pada kamu daripada Allah bukti. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari dan
Muslim].
Kata Imam al-Nawawi rh:







Maksudnya: "dan makna hadis: Janganlah kamu mencabar pemimpin dalam
kekuasaan mereka dan jangan menghalang mereka melainkan kamu melihat
terdapat pada mereka perkara mungkar yang jelas yang kamu yakini daripada
kaedah agama Islam jika kamu melihat hal itu maka ingkarilah atas mereka dan
berkata benarlah di mana sahaja kamu berada, adapun memberontak kepada
mereka dan memerangi mereka maka ianya HARAM DENGAN IJMAK kaum
muslimin walaupun mereka itu fasiq dan zalim dan telah banyak hadis yang sama
makna dengan ini yang aku telah sebutkan dan telah berijmak Ahlus Sunnah tidak
terpecat Sultan disebabkan fasiq, adapun wajah yang disebut dalam kitab-kitab Fiqh
bagi sebahagian ashab kami (al-Syafii) bahawa dia terpecat dan diriwayatkan dari
Muktazilah juga maka ini adalah kesalahan dari si penuturnya menyalahi ijmak.
Berkata para Ulama: dan sebab tidak terpecatnya dia dan haramnya memberontak
adalah disebabkan apa yang akan berlaku daripada perkara itu daripada fitnah (huru
hara) pertumpahan darah, permusuhan maka mafsadah dalam memecatnya lebih
banyak dari kekalnya dia". [Syarah Sahih Muslim, 12/229].
Kata Imam al-Barbahari rh:

:
. ] [: .
.
Maksudnya: "dan Tidak Halal memerangi Sultan dan memberontak atasnya
walaupun mereka itu zalim ini kerana sabda Rasulullah s.a.w kepada Abu Zar r.a:
"Bersabarlah walaupun dia seorang hamba Habsyi (yakni pemerintah)", dan kata
baginda kepada kaum Ansar: "Bersabarlah sehingga kamu berjumpa denganku di
Haudh". Dan bukan termasuk Sunnah memerangi Sultan; kerana sesungguhnya
pada perbuatan itu terdapat kerosakan bagi agama dan dunia". [Syarhus Sunnah].
25

Kata Imam al-Syaukani rh:




Maksudnya: "dan telah mutawatir hadis-hadis yang melarang memberontak pada
pemerintah selama mana tidak zahir daripada mereka kufur yang jelas atau
meninggalkan solat, maka jika tidak zahir pada Imam yang awal salah satu dari dua
perkara ini tidak boleh memberontak atasnya walaupun dia mencapai kemuncak
dalam melakukan kezaliman tetapi wajib menyuruhnya kearah makruf dan
mencegah daripada mungkar bersesuaian dengan kemampuan dan wajib
mentaatinya selain dalam melakukan maksiat kepada ALLAH s.w.t" [al-Sailul Jarar,
m.s 940].
Terdapat hadis yang menunjukkan
pemerintah iaitu sabda Nabi s.a.w:

seolah-olah

mengharuskan

memerangi








Maksudnya: "Tidak ada Nabi yang ALLAH utuskan dalam suatu Umat sebelumku
melainkan ada baginya daripada umatnya penolong dan ashab yang mengikut
sunnahnya dan mengikut jejak langkahnya kemudian mereka akan diganti dengan
pengganti yang berkata dengan apa yang mereka tidak lakukan, membuat perkara
yang mereka tidak disuruh dengannya; barangsiapa berjihad menentang mereka
dengan tangannya maka dia mukmin, barangsiapa yang menentang mereka dengan
lisannya maka dia mukmin, dan barangsiapa yang menentang mereka dengan hati
dia mukmin dan tiada lagi selepas itu iman walau sebesar biji sawi" [Muslim]
Kata Imam Ahmad r.h: "Mengubah dengan tangan bukan bermaksud dengan
pedang dan senjata"
Kata Ibn Rajab rh (w. 795 H): "ketika ini dimaksudkan dengan berjihad terhadap
pemerintah dengan tangan adalah menghilangkan kemungkaran yang mereka
lakukan dengan tangannya seperti menumpahkan arak-arak mereka, memecahkan
alat-alat muzik mereka dan seumpamanya dan membatalkan kezaliman yang
mereka perintahkan dengan tangannya jika dia mampu atasnya dan semua ini harus
dan tidak termasuk dalam memerangi pemerintah dan tidak pula memberontak
kepada mereka yang datang larangan berkenaannya " [Jamiul Ulum wal Hikam,
2/249]
26

3.4 Manhaj Salafi dalam Menghilangkan Kezaliman Pemerintah


Nasihat dan Panduan Rasulullah s.a.w amat jelas dalam berhadapan dengan
kezaliman dan kefasiqan pemerintah:

: - -
: - -




: .



Maksudnya: Daripada Abdullah bin Abbas r.hma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membenci akan pemerintahnya kerana sesuatu maka bersabarlah
kerana sesiapa yang keluar daripada pemerintah sekadar sejengkal dia mati dalam
keadaan jahiliah. Dalam riwayat yang lain: maka hendaklah dia bersabar, kerana
sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada al-Jamaah sekadar sejengkal maka
dia mati dalam keadaan jahiliah. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari & Muslim].
Kata Imam al-Hasan al-Basri rh (w. 110 H):

"!
{: "!

! !



"}



Maksudnya: "Demi ALLAH jika manusia itu diuji melalui pemerintah mereka lalu
mereka bersabar maka tidak lama melainkan ALLAH akan mengangkat ujian itu
daripada mereka; tetapi (yang menghalang perkara ini berlaku) adalah mereka
tergesa-gesa mengangkat pedang maka mereka dibiarkan dengannya, dan Demi
ALLAH, mereka tidak membawa datang hari yang baik sama sekali (selepas
memberontak)", kemudian beliau membaca (ayat 137 surah al-A'raf, maksudnya):
"dan telah sempurna kalimah Tuhanmu yang terindah atas Bani Israel dengan apa
yang mereka sabarkan dan Kami musnahkan apa yang dibuat oleh Firaun dan
kaumnya dan apa yang mereka bina". [al-Syariah, al-Ajurri, 1/373].
Kata Imam Malik bin Dinar rh (w.130 H):

Maksudnya: "Sesungguhnya al-Hajjaj adalah hukuman yang ALLAH telah kenakan


atas kamu maka janganlah kamu sambut hukuman ALLAH dengan pedang tetapi
sambutlah dengan doa dan merendah diri (kepada ALLAH)" [Tarikh al-Islam, alZahabi, 6/322].

27

Maka, perintah untuk bersabar dengan kezaliman pemerintah dan berusaha


mengislahkan diri terlebih dahulu bukanlah akidah Murjiah seperti yang diwar-warkan
bahkan bukan pula bidaah rekaan al-Albani rh tetapi ianya akidah yang telah tsabit
semenjak zaman Salafus Soleh dan dinyatakan para Tabiin rahimahumullah.
FASAL KEEMPAT: SIKAP AHLI BIDAAH TERHADAP PEMERINTAH
Ahli Bidaah sikap mereka terhadap pemerintah adalah memberontak dan
menggulingkan pemerintah dan menjadikan amalan ini sebagai amalan ibadat
mereka.
Misalnya Muktazilah, di dalam rukun ajaran mereka adalah: "Menyuruh kepada
Makruf dan Mencegah Kemungkaran"; namun yang mereka maksudkan adalah
menggulingkan pemerintah.
Kata Syeikhul Islam rh dalam menjelaskan akidah Muktazilah:

" "
Maksudnya: "dan 'Al-Amru bil Makruf wan Nahyu 'anil Munkar' di sisi mereka
mengandungi maksud: harus memberontak kepada pemerintah dan memerangi
mereka dengan pedang". [Majmuk al-Fatawa, 13/387]
Al-Khawarij pula, menentang dan mengkafirkan pemerintah muslim sudah menjadi
tunjang adan teras agama mereka, bahkan mereka digelar al-Khawarij kerana sikap
dan akidah mereka yang beriktiqad memberontak kepada pemerintah adalah
suruhan agama.
Kata Imam al-Barbahari rh:



Maksudnya: "dan barangsiapa yang keluar memberontak ke atas Imam daripada
imam-imam kaum muslimin maka dia adalah Khawarij dan telah memecah belahkan
kesatuan kaum muslimin dan menyalahi atsar maka matinya adalah mati jahiliah".
[Syarhus Sunnah].
Adapun al-Rafidah adalah antara Ahli Bidaah yang sangat kuat memberontak dan
menentang para pemerintah kaum muslimin sebagaimana yang dijelaskan Syeikhul
Islam dalam Minhaj al-Sunnah [1/113]:








Maksudnya: "dan ini adalah keadaan al-Rafidah, sesungguhnya mereka itu keluar
dari taat (kepada pemerintah yang wujud) dan meninggalkan jamaah".

28

Oleh itu, kita tidak menjadi hairan lagi setelah meneliti kalam para Ulama Salafi ini
kenapa mereka ini di zaman kita boleh berhimpun di bawah satu pertubuhan, satu
slogan dan satu perjuangan, kerana hidup dan mati merekalah hanyalah untuk
menggulingkan kerajaan dan memecah belahkan jamaah kaum muslimin.
Wallahua'lam.

29

Penutup
Hasil pembentangan ringkas berkenaan manhaj salafi dalam berinteraksi dengan
pemerintah ini dapat kita simpulkan bahawa manhaj salafi manhaj yang syumul dan
menyeluruh serta sempurna mencakupi aspek politik.
Manhaj Salafi mempunyai asas dan pendirian yang tersendiri dalam persoalan
Imamah dan Wilayah, bahkan ianya termasuk prinsip asas dalam akidah salafiah
yang mulia ini dan mereka yang menyelisihi jalan Salafus Soleh dalam persoalan ini
sama sahaja dengan mereka yang menyelisihi Manhaj Salafi dalam persoalan
akidah yang lain iaitu mereka terdedah untuk terjerumus dalam kelompok-kelompok
bidaah.
Oleh itu, hendaklah kita berusaha untuk memahami dan mengamalkan manhaj salafi
ini dengan sempurna dan syumul semampu yang mungkin kerana ALLAH Ta'ala
berfirman:



Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
sempurna dan janganlah kamu mengikut jejak langkah Syaitan kerana dia itu adalah
musuh bagi kamu yang amat nyata" [al-Baqarah: 208].
Semoga ALLAH menghidup dan mematikan kita di atas Manhaj ini dan menetapkan
hati kita di atasnya seteguh-teguhnya di zaman yang penuh dengan fitnah dan ujian
ini. Wallahu waliyyul hidayah wat Taufiq.

Disediakan oleh;
Muhammad Asrie bin Sobri
(B.A Aqidah & Dakwah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi)

31

Anda mungkin juga menyukai