Anda di halaman 1dari 1

IMPLIKASI DARI KEBOLEHAN MERENTAS MASA

Dengan kebolehan berjalan melipat waktu ia boleh membawa akibat dan


implikasi yang sangat besar jika disalah guna hingga boleh menyebabkan bencana.
Sebab itulah hanya orang yang layak sahaja boleh memiliki keramat jenis ini.
Dengan kebolehan ini para wali boleh mencari rahsia apa yang telah dilakukan
oleh seseorang tertentu pada masa lepas sama ada telah lama atau baharu. Ini
boleh dilakukan ke atas sesiapa sahaja yang mereka mahu sama ada pemimpin
atau orang biasa. Dengan itu mereka boleh mengetahui banyak rahsia sama ada
besar atau pun kecil.
Tetapi para wali adalah bertanggungjawab ke atas setiap perkara yang mereka
ketahui dan juga yang mereka lakukan. Mereka tidak boleh mendedahkan sesuatu
perkara yang mereka telah ketahui sewenang-wenangnya, mereka menyimpan
seribu satu rahsia rapat-rapat dan menggunakannya untuk tujuan kebaikan umum
jua.
Sebab itu hanya orang yang benar-benar layak sahaja boleh memiliki
kekeramatan, jika tidak jadilah macam cerita siri kartun DORAEMON yang boleh
mencetuskan kesusahan dan masalah.

wassalam.