Anda di halaman 1dari 8

Struktur Ayat Bahasa Melayu

Soalan 4 : Bincangkan jenis dan fungsi ayat berita, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seru.

Pengenalan

Konsep Ayat

Jenis-jenis Ayat

Ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut :

i. Ayat berita

ii. Ayat tanya

iii. Ayat perintah

iv. Ayat seruan

Ayat Berita

Ayat berita merupakan ayat yang diucapkan dengan maksud untuk membuat satu pernyataan.

Oleh itu, ayat berita juga dikenali dengan nama ayat penyata atau ayat keterangan. Ayat

berita berfungsi untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, atau untuk memberi

maklumat sesuatu hal. Ayat berita merupakan ayat yang berfungsi menyatakan sesuatu yang

diucapkan kepada pendengar. Ayat ini merupkan ayat pernyataan seseorang dan mempunyai

tujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu, ayat berita terdapat dalam

kebanyakan bahan bacaan misalnya akhbar, majalah, novel dan sebagainya yang

memaklumkan sesuatu kepada pembaca. Contohnya :

a. Budak itu berjalan seorang diri dalam gelap.

b. Hospital itu telah d.itutup minggu lalu.

c. Harga minyak telah naik minggu lalu.


Ayat Tanya

Ayat tanya atau ayat soal alah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu kepada
seseorang. Ayat tanya nada yang menaik atau nada yang meninggi dan disertai dengan tanda
soal pada bahagiam akhir ayat.

Ayat tanda dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada dua iaitu ayat tanya
dengan kata tanyadan ayat tanya tanpa kata tanya.

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya dalam ayat
dan kata tanya terdiri daripada kata ganti nama tanya dan dan frasa sendi nama tanya.

Ayat tanya dengan ganti nama tanya terdiri daripada tiga kata iaitu kata apa, siapa dan
mana. Kata ganti nama tanya ini boleh menjadi unsur predikat atau mengalami proses
pendepanan predikat. Dalam proses pendepanan predikat, kata ganti nama tanya mestilah
menerima partikel –kah seperti contoh-contoh di bawah.

Unsur predikat

a. Benda itu apa?

b. Budak itu siapa?

c. Adik awak mana?

Pendepanan predikat

a. Apakah benda itu?

b. Siapakah budak itu?

c. Manakah adik awak?

Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh
frasa sendi nama tanya seperti: di mana , dari mana, ke mana , sejak bila, sampai bila,
bagaimana, dengan siapa dan sebagainya. Frasa sendi nama tanya ini berada dalam binaan
predikat dalam susunan ayat biasa dan partikel –kah mestilah diletakkan selepas frasa sendi
nama tanya apabila ayat tersebut mengalami proses pendepanan predikat. Misalnya :

a. Tuan tinggal di mana?

b. Di manakah tuan tinggal?

c. Dengan siapakah anda berbual?

d. Bdak itu dating dari mana?

e. Dari manakah budak itu dating?

Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat tanya yang ditandai tanpa kata atanya. Ayat ini
dari segi pengucapannyaditinggikan nada suara pada akhir ayat. Ayat tanya tanpa kata tanya
juga merupakan ayat penyata yang diberikan nada meningggi dan berupa soalan yang
diajukan kepada seseorang. Oleh yang demikian, ayat penyata apabila diberikan nada
meninggi pada bahagian akhir ayat, ayat tersebut berubah menjadi ayat tanya tanya kata
tanya. Unsur partikel –kah boleh disisipkan pada akhir ayat. Misalnya :

a. Rumah itu terbakar. --- ayat penyata

1a. Rumah itu terbakar/terbakatkah? --- ayat tanya

b. Pemuda kacak itu dikejar anjing. --- ayat penyata

1b. Pemuda kacak itu dikejar anjing/anjingkah? --- ayat tanya

c. Kereta buruk itu telah dilanggar lori. --- ayat penyata

1c. Kereta buruk itu telah dilanggar lori/lorikah? --- ayat tanya

Ayat tanya menghendak jawapan daripada orang yang diajukan pertanyaan.


Jawaopan yang diberikan berupa dua bentuk, sama ada terbuka atau tertutup. Ini
menghasilkan ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup.
Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya memerlukan penjelasan atau
maksud yang ditanya oleh ayat tanya. Ayat tanya tertutup pula ialah bentuk jawapan yang
diberikan sama ada ya, bukan atau tidak.

Ayat perintah

Ayat perintah ialah bentuk ayat yang dituturkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu
tindak balas daripada orang yang mendengarnya. Orang yang bertindak balas ini ialah orang
kedua iaitu orang yang diajak bercakap ataupun dilawan bercakap. Dalam bahasa Melayu,
ayat perintah boleh dibahagikan kepaada empat kategori berdasarkan kata-kata yang
digunakan dalam ayat, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silangan atau ayat permintaaan.

1. Ayat Suruhan

Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menyuruh orang yang diajak
bercakap melakukan sesuatu yang disuruh oleh orang pertama. Dalam ayat ini subjek
yang terdiri daripada kata ganti nama kedua boleh mengalami pengguguran.
Misalnya :

a. (Awak) keluar dari bilik ini!

b. (Kamu) belikan sepinggan mee.

c. (Engkau) ambillah duit ini buat belanja.

Ayat ini boleh mengalami nada yang lembut sekiranya partikel –lah digunkan pada
predikat “keluar, belikan dan ambillah”.

2. Ayat Larangan

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan jangan, usah atau tak usah
sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Ayat-ayat
ini mengalami pelembutan apbila partikel =lah disisipkan selepas kata larangan.
Misalnya :

a. Usah/usahlah balik lambat.

b. Jangan/janganlah ambil barang berharga itu.


c. Tak usah/tak usahlah dipedulikan budak nakal itu.

Ayat larangan juga terdapat dalam bentuk umum, tetapi ayat ini tidak menggunakan
kata larangan dan tidak menerima partikel –lah. Misalnya :

a. Dilarang merokok.

b. Dilarang menampal pelekat.

c. Ditegah berludah.

3. Ayat Silaan

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila, jemput dan
sebagainya sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan
seseorang. Kata silaan ini digunakan pada permulaan ayat dan unsur pelembut –lah
boleh digunakan.

Contoh :

a. Sila/silalah naik ke rumah.

b. Jemput/jemputlah makan bersama-sama.

c. Jemput/jemputlah masuk.

4. Ayat Permintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan
tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seseorang. Misalnya :

a. Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

b. Ttolong dating awal sedikit.

c. Tolong tutuplan pintu itu.

Ayat ini boleh dilembutkan dengan menggunakan kata harap seperti contoh di bawah.

a. Harap jangan merokok.

b. Harap jangan bising

c. Harap jangan berludah.


Ayat Seruau

Ayata seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasiuntuk melahirkan
sesuatu perasaan, sama ada takut, kagum, marah, sakit hati dan sebagainya. Tanda seruan
diletakkan pada akhir ayat seruan. Dalam ayat seruan, kata seru sering digunakan seperti
amboi, wah, cis, eh,aduh dan sebagainya. Misalnya :

a. Amboi, tingginya bangunan!

b. Wah, kau dah pandai melawan!

c. Nah, terima tikamanku!

Rumusan

Berdasarkan perbincangan di atas ayat-ayat yang telah dibincangkan,


pembahagiannya boleh dipermudahkan seperti rajah pohon di bawah.

AYAT

Ayat Dasar Ayat Tunggal

FN + FN Ayat Berita Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan

FN + FK

FN + FA Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan Ayat Permintaan

FN + FS

Tanpa Kata Tanya Dengan Kata Tanya

Frasa Sendi Nama Tanya Ganti Nama Tanya

Petunjuk :

FN - Frasa Nama
FK - Frasa Kerja

FA - Frasa Adjektif

FS - Frasa Sendi

Soalan 5 :
a. Jelaskan Rumus Struktur Frasa (RSF), rajah pohon dan braket berlabel dalam
menjelaskan struktur ayat bahasa Melayu.

b. Bina RSF dan rajah pohon bagi ayat-ayat berikut :

i. Aminah seorang guru.

ii. Dia telah membaca buku cerita itu.

iii. Guru itu memberitahu saya bahawa adik saya telah lulus peperiksaan.