Anda di halaman 1dari 2

http://didikhibur.blogspot.my/2011/12/konsep-terapi-bercerita.

html

Konsep Terapi Bercerita


No comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Konsep Terapi Bercerita

Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui
perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi.
Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran,
penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Elemen yang
penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan sesuatu cerita.
Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik muka
dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita yang
didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita. Seiring dengan
peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar kemudiannya ditulis di atas
kayu, buluh, tulang,batu, kulit kayu,kulit binatang, kertas,sutera, kanvas, dirakam pada
filem
dan
disimpan
dalam
bentuk
digital.
Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan
klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk
membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah
dipersetujui
antara
ahli
terapi
dan
klien.
Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita
sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris
menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping

http://didikhibur.blogspot.my/2011/12/konsep-terapi-bercerita.html
itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka
menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting
mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam.
Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta
dinamika
keluarga
mereka.
Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran
melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka
sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses
pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai dan
rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan yang positif.
Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling
kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan, fikiran,
perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981). Oleh sebab itu
pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman
antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling
kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu empati,
penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.