Anda di halaman 1dari 1

DOA BERSAMA PEMIMPIN NEGERI

.




, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berhimpun
bersama kepemimpinan Negeri Pahang Darul Makmur pada malam yang berbahagia ini . Mudahmudahan pertemuan ini akan menjadi medan yang subur untuk kami bekerjasama dan bertukartukar pengalaman demi memantapkan proses pendidikan anak-anak kami di samping
menghubungkan silaturrahmi antara kami .
Ya, Allah,
Kami memohon kepada-Mu kebaikan, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan,
tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi
mempertingkatkan kemajuan diri kami untuk kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Ya Allah, kami mohon perlindungan-Mu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, ya Allah,
lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hamba-Mu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman
antara kami bagi menunaikan tugas yang diamanahkan semoga kami menjadi insan-insan yang
beriman dan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan-Mu jua.
Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Seribu Kerahmatan ,
Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan
kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini
dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan
melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah
sekiranya Engkau mengizinkannya .
Ya Allah , Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasang-pasangan ,
Ya Allah , jadikanlah majlis permuafakatan kami ini sebagai perkongsian pintar yang diberkati dan
dirahmati . Dan berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan apa yang telah kami perolehi dan
sepakati dalam majlis ini .

Anda mungkin juga menyukai