PENGENALAN
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.,
seterusnya dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan mendapat
pahala jika membacanya. Al-Quran diturunkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh
penduduk dunia. Selain dari itu Al-Quran juga adalah mukjizat yang terbesar kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
Kekaguman dan penghargaan yang menyatakan sikap menerima al-Quran sebagai
bacaan maha sempurna tidak hanya oleh mereka yang meyakininya sebagai pedoman hidup.
Bahkan dari musuh-musuh al-Quran pun memberikan satu pandangan yang tidak diminta
sehubungan dengan mukjizat alamiah dan ilahiyah dari kitabullah ini. Di bawah ini kami
akan menghuraikan serba ringkas pengertian mukjizat dan tawatur serta peranan dan
kepentingannya dalam memahami kandungan al-Quran itu sendiri.
PENGERTIAN MUKJIZAT
Sebagaimana yang telah disebutkan di dalam pengertian Al-Quran, yang menyifatkan AlQuran sebagai firman-firman atau kata-kata Allah taala yang berupa mukjizat, maka perlu
dijelaskan di sini pengertian mukjizat dari segi bahasa dan istilah.
a.
A`ajaza yang antara lain diertikan dengan contoh berikut: Mukjizat yang dimiliki oleh
Nabi s.a.w: iaitu apa yang menjadikan para penentang baginda tidak mampu untuk
melakukannya atau menandinginya ketika dicabar, adapun huruf Ha adalah imbuhan yang
menunjukkan pelampauan atau berlebihan (iaitu yang amat sangat tidak mampu ditandingi).
b.
Mukjizat para Nabi dan Rasul adal untuk membuktikan kekuasaan Allah SWT kepada
kaumnya supaya mereka beriman kepada Allah SWT.
PENGERTIAN TAWATUR
Tawatur ialah kata serapan bahasa Arab yang bermaksud "diturunkan daripada seorang
ke seorang". Ia juga biasa dikenali dan digunakan dengan istilah mutawatir. Istilah ini
digunakan dalam pengajian Ulum al-Quran dan Mustalah Hadith.
Dalam ilmu Mustolah Hadith di jelaskan bahawa Hadis Mutawatir ialah nas hadis yang
diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran
(Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut
tidak bermuafakat berdusta tentangnya. Ini kerana mustahil terdapat sekumpulan periwayat
dengan jumlah yang besar melakukan dusta.
Hadis Mutawatir, iaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta
atas Nabi Muhammad saw, sebab hadis itu diriwayatkan oleh banyak orang dan disampaikan
kepada banyak orang. Contohnya, "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja,
maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu
Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).
Menurut para ulama hadis, hadis tersebut di atas diriwayatkan oleh lebih dari seratus
orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis
Mutawatir tidak banyak. Keseluruhan daripada ayat-ayat al-Quran adalah mutawatir,
manakala terdapat sebahagian hadis sahaja yang mutawatir.
Tawatur juga boleh diertikan sebagai memindahkan sesuatu perkara dari satu
kumpulan kepada satu kumpulan yang lain yang mana semua kumpulan itu tidak mungkin
akan bekerjasama untuk membohong ke atas Nabi(kumpulan tersebut mestilah melebihi dari
tiga orang). Oleh itu di dalam tarif al-Quran sebahagian ulama Ulum al-Quran
memasukkan perkataan al-Manqul bi at-Tawatur iaitu sampai ke tangan kita secara mutawatir
(tanpa syak tentang keasliannya). Ini bermaksud secara penuh yakin tanpa syak bahawa alQuran yang sampai ke tangan kita tidak pernah berubah atau ditambah atau dikurangkan
sama sekali. Sepertimana kandungannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w demikianlah
ianya kandungannya pada zaman kita.
Tawatur boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu tawatur tabaqah, tawatur
isnad, tawatur tawaruth dan tawatur qadr al-musytarak. Al-Quran adalah diriwayatkan
secara tawatur al-tabaqah yang mana ia tidak boleh dipertikaikan lagi kerana satu generasi
bersepakat dengan lafaz yang sama. Tawatur juga bukan sahaja dikira berasaskan lafaz tetapi
tawatur juga dikira berasaskan kitabah. Jika hanya diriwayatkan hanya lafaz tawatur tetapi
tidak pada kitabah, maka ia boleh dipertikaikan.
2.
3.
4.
Menolak perasaan syak dan menambahkan keyakinan bahawa al-Quran yang sampai
ke tangan kita tidak pernah berubah atau ditambah atau dikurangkan sama sekali.
Sepertimana kandungannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w demikianlah ianya
kandungannya pada zaman kita.
5.
Membuktikan bahawa al-Quran itu adalah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang
agung dan terpelihara hingga Hari Kiamat.
ASBAB NUZUL
a.
Quran dari kata asbab jamak dari sababa yang artinya sebab-sebab, nuzul yang
artinya turun. Yang dimaksud disini adalah ayat al-Quran. Asbabun nuzul adalah suatu
peristiwa atau perkara yang menyebabkan turunnya ayat-ayat al-Quran baik secara
langsung atau tidak langsung.
b.
Asbabun Nuzul adalah sesuatu yang menjadi sebab turunnya satu atau beberapa ayat
al-Quran yang terkadang menyiratkan suatu peristiwa sebagai respon atasnya atau
sebagai penjelas terhadap hukum-hukum ketika peristiwa itu terjadi.
4. Mana al-Qathan
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Seorang dapat menentukan apakah ayat mengandung pesan khusus atau umum
dan dalam keadaan bagaimana ayat itu mesti diterapkan.
KESIMPULAN
1. Asbabun nuzul adalah sebab turunnya al-Quran (berupa peristiwa/pertanyaan) yang
melatarbelakangi turunnya ayat al-Quran dalam rangka menjawab, menjelaskan dan
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari kejadian tersebut.
2. Asbabun nuzul terdiri dari kata asbab (jamak dari sababa yang artinya sebab-sebab), dan
nuzul (artinya turun).
3. Macam-macam asbabun nuzul ada 2, iaitu :
a. Dari sudut pandang redaksi yang dipergunakan dalam riwayat asbabun nuzul meliputi
sharih dan muhtamilah
b. Dari sudut pandang terbilangnya asbab an-nuzul untuk satu ayat atau terbilangnya ayat
untuk satu asbab an-nuzul meliputi :
1) Beberapa sebab yang hanya melatarbelakangi turunnya satu ayat
2) Satu sebab yang melatarbelakangi turunnya beberapa ayat
Ertinya :
Wahai anak Adam ! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke
tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula
kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas
(Al-Araf : 31)
Katakanlah (wahai Muhammad): siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang telahdi keluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga
benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya ? Katakanlah :
Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang yng beriman (dan juga yang tidak
beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat) itu pula hanya tertentu (bagi orang yang
beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami
satu persatu bagi orang yang (mahu) mengetahui.
(Al-Araf : 32)
10
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa pada zaman jahiliyah terdapat seorang
wanita bertawaf di Baitullah dengan tidak memakai baju dan bercawat dengan secebis kain.
Kemudian dia menjerit dengan berkata : Pada hari ini aku halalkan sebahagian atau
seluruhnya kecuali yang kututupi ini.
Maka turunlah ayat ini (Surah al-Araf:31) sebagai perintah untuk berpakaian lengkap
apabila memasuki masjid. Kemudian ayat yang berikutnya (Surah al-Araf : 32) turun sebagai
peringatan kepada orang-orang yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.
(Diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibnu Abbas).
Ayat 184.
Ertinya :
Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman)
bahawa sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengida penyakit gila (sebagaimana
yang mereka tuduh itu), bahkan ia hanyalah seorang (pesuruh Allah) yang memberi amaran
yang jelas.
(Al-Araf : 184)
11
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Nabi berdiri di atas Bukit Safa sambil
menyeru kepada kaum Quraisy dengan menyebut nama-nama suku bangsanya dan memberi
peringatan akan seksaan Allah yang pernah dan yang akan terjadi. Kemudian berkatalah di
antara mereka: Sesungguhnya temanmu ini gila, semlam suntuk di terus berbicara.
Maka Allah menurunkan ayat ini sebagai penjelasan bahawa Muhammad itu tidak gila
bahkan dia adalah Rasulullah yang memberi amaran yang jelas.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hatim dan Abu Syaikh daripada Qatadah).
Ayat 187.
Ertinya :
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat : Bilakah masa
datangnya ?. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi
Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya
melainkan Dia. (Huru-hara) hri kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk
yang ada) di langit dan di bumi, ia tidak dating kepadamu melainkan secara mengejut.
Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah:
Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Al-Araf : 187)
ASBAB NUZUL SURAH AL-ARAF AYAT 187
12
Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa Ibnu Abi Qusyair dan Samuel bin Zaid
dating mengadap Nabi dan bertanya : Terangkan kepada kami, bilakah berlakunya kiamat ?
sekiranya benar engkau adalah seorang Nabi menurut pengakuanmu kerana kami tahu
bilakah ia akan terjadi.
Maka Allah menurunkan ayat ini untuk menjelaskan bahawa tidak ada seorang pun
yang tahu akan ketibaan waktunya kecuali Allah. Sesungguhnya ia akan tiba secara mengejut.
(Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dan selainnya daripada Ibnu Abbas).(Diriwayatkan pula
oleh Ibnu Jarir daripada Qatadah dan dijelaskan bahawa orang yang bertanya itu adalah
kaum Quraisy).
Ayat 204.
Ertinya :
Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya) supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Araf:204)
ASBAB NUZUL SURAH AL-ARAF AYAT 204
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat adalah berhubung
dengan kisah orang-orang yang suka membaca Al-Quran dengan nyaring ketika solat jemaah
berimamkan Nabi.
Maka ayat ini memerintahkan agar mendengar dan memerhatikan bacaan imam.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan selainnya daripada Abi Hurairah).
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa terdapat orang-orang yang suka
bercakap pada waktu sembahyang. Maka penurunan ayat ini adalah sebagai larangan
berbicara pada waktu dibacakan ayat suci al-Quran. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hatim daripada
13
Abi Hurairah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Hatim daripada Abdullah bin Mughaffal.
Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir daripada Ibnu Masud).
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini turun disebabkan oleh seorang
pemuda daripada kaum Ansar yang suka mengikut bacaan ayat-ayat al-Quran yang dibaca
oleh Nabi sebelum Nabi selesai membacanya. Ayat ini melarang mengganggu orang yang
sedang membaca al-Quran. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada az-Zuhri).
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika para sahabat mendengar
bacaan ayat al-Quran daripada Rasulullah, mereka pun mengulanginya sebelum Rasulullah
selesai membacanya.
Maka turunlah ayat ini sebagai perintah untuk mendengar dan memerhatikan bacaan
al-Quran. (Diriwayatkan oleh Said bin Mansur dalam sunannya daripada Abu Mamar
daripada Muhammad bin Kaab.
14
As-Sayuthi, Imam Jamaluddin, Asbabun Nuzul, Lubabun Nuqul fi Asbabun Nuzul, Kuala
Lumpur: Darul Fajr, 2008.
Ahmad Kamaruddin Ibrahim, Ismail Mat Ludin, Khairil Anuar Ahmad, HBQE1103 Ulum AlQuran, Kuala Lumpur : Open University Malaysia(OUM), 2009.
Ahmadehirjin, Moh., Al-Quran dan Ulumul Quran, Yogyakarta: PT. Dana Bhakti
Primayasa, 1998.
Al-Qathan, Mana, Mabahits fi Ulumul Quran, Mansyurat al-Ahsan al-Hadits, t.tp., 1973.
Al-Utsaimin, Muhammad bin Shaleh, Dasar-dasar Penafsiran al-Quran, Semarang: Dina
Utama, 1989.
Anwar, Rosihon, Ulumul Quran, Bandung: Pustaka Setia, 2006.
As-Shalih, Subhi, Membahas Ilmu-Ilmu al-Quran, Jakarta: Pustaka Firdaus, 1985.
Shalih, Subhi, Mabahits fi Ulumul Quran, Dar al-Qalam li Al-Malayyin, Beirut, 1988.
Syadali, Ahmad, dan Ahmad Rifai, Ulumul Quran I, Bandung: Pustaka Setia, 2006.
Thabathabai, Allamah M.H., Mengungkap Rahasia al-Quran, Bandung: Mizan, 1987.