Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1 kemahiran menulis

Apakah maksud pratulisan? Huraikan jenisjenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid
untuk melembutkan motor halus mereka.
Berikan contoh yang sesuai.
Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu
dilalui oleh murid-murid bagi menyediakan diri ke
arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang
khusus
dan
boleh
diterima
oleh
kelompok
masyarakat.
Antara aktivit yang dijalankan untuk melembutkan
motor ialah latihan melukis bentuk asas di udara,
latihan melukis bentuk asas di atas pasir, latihan
melukis di dalam air dan sebagainya.

Apakah Disgrafia
Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya
ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran yang
sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja,
tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan
sukar dibaca serta bermasalah dalam memindahkan
maklumat pada kertas. Ini adalah kerana menulis
memerlukan satu set kemahiran motor halus dan
kemahiran memproses maklumat (Deuel, 1995).
Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah
seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak
betul, mudah penat apabila menulis atau menyalin
ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan
(contoh: Sabtu dan sabut), ayat yang tidak
lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam
serta menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti
mengelak apabila diarahkan menulis pada papan
putih dan membaca (Yusup Malie & Walter Alvin Jiniti,
2010).
JENIS DISGRAFIA
Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti
iaitu:
Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil penulisan
spontan adalah sukar dibaca. Walau bagaimanapun,
tulisan mereka boleh dibaca apabila menggunakan
kaedah menyalin semula perkataan atau meniru
perkataan. Kanak-kanak dalam kategori ini juga
menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak
semestinya mereka mengalami masalah membaca
atau disleksia.
Motor Dysgraphia didefinisikan sebagai masalah
yang disebabkan oleh kekurangan dari segi
kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering
menunjukkan tulisan yang tidak boleh dibaca
walaupun ianya menulis menggunakan kaedah
menyalin semula ayat.
Spatial Dysgraphia merupakan kebolehan mengeja
yang normal. Namun begitu, hasil tulisan tangan

masih sukar dibaca sama ada penulisan secara


spontan atau menyalin semula (Deuel, 1995).
Tanda-tanda Disgrafia
Grafomotor (atau graphamotor dalam Bahasa
Inggeris) Fungsi grafomotor ialah penggunaan
sistem saraf-otot (neuromuscular) pada tangan dan
jari dengan berkesan untuk mengerakkan pensel
atau pen untuk menulis huruf dan perkataan pada
kertas.

Tanda-tanda masalah grafomotor ialah:


Genggaman pensel yang agak jangal
Kesukaran membentuk huruf
Mengambil masa yang lama untuk menulis huruf
atau perkataan berbanding dengan kanak-kanak lain
Perenggan yang ditulis pendek berbanding dengan
kanak-kanak lain
Tumpuan (attention) - Penulisan ialah suatu aktivit
yang memerlukan banyak tenaga mental dan
tumpuan atau konsentrasi pada suatu jangka masa
yang panjang. Seorang penulis dikehendaki mengkaji
semula dan memantau hujah-hujah apa yang
disampaikan. Tanda-tanda masalah tumpuan ialah
seperti berikut:
o Kesukaran bermula menulis
o Suka mengelak tugas-tugas yang melibatkan
penulisan
o Mudah terganggu semasa menulis
o Keletihan mental atau mudah semasa menulis
o Kejelasan penulis tidak konsistem
o Banyak kesalahan cuai
o Penulisan yang tidak terancang
Susunan (ordering) - Kanak-kanak kurang sedar
tentang susunan huruf, perkataan atau ayat pada
kertas. Tanda-tanda masalah penyusunan ialah:
o Jarak antara huruf atau perkataan tidak konsisten
o Tidak dapat menulis atas garisan
o Susunan huruf yang salah
o Susunan perkataan salah
o Tidak dapat menulis antara dua jalur
Salah ejaan banyak perkataan
Ingatan (memory) - Ini merujuk kepada berapa
cepat kanak-kanak dapat mengaitkan topik yang
hendak ditulis dengan pengetahuan sedia ada
mereka, kosa kata yang telah dipelajari (lihat gambar
disebelah). Tanda-tanda masalah ingatan ialah:
o Kosa kata yang lemah
o Banyak salah ejaan
o Kesilapan menanda huruf besar
o Salah menggunakan tanda bacaan
o Tatabahasa yang salahgr
Bahasa (language) - Bahasa penting dalam
penulisan. Kanak-kanak perlu mengesan bunyi huruf
dan perkataan dan maksud, tatabahasa untuk
membina serta menjelaskan idea-idea. Kanak-kanak
yang bermasalah bahasa:
o Menghadapai kesukaran mengaitkan bunyi
perkataan, maksud dan ejaan.
o Salah menggunakan bahasa kolokial atau bahasa
slanga
o Pembentukan ayat yang tidak betul

o Kesukaran membaca balik atau menyebutkan apa


yang telah ditulis
o Meninggalkan perkataan atau tidak menghabiskan
penulisan sesuatu
o Perkataan

PERINGKAT MENULIS
1. Peringkat Pramenulis
Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum
mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan
betul.
Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan
dan mata diberikan kepada murid.
Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:
Menulis dari kiri ke kanan
Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
Latihan membentuk bulatan di udara, di atas
meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.
Menyambung titik
Latihan membentuk corak campuran bulatan dan
garisan lurus yang dilakukan secara bebas.
Latihan membentuk garisan lurus
Latihan melukis gambar yang mengandungi garis
lurus dan bulat.
Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
Melukis gambar
Strategi Pengajaran Pratulisan
a. Latihan pergerakan tangan
b. Latihan pergerakan mata
c. Latihan kordinasi tangan dan mata
2. Peringkat Mekanis
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis,
mereka akan melangkah ke peringkat mekanis.
Pada peringkat ini, murid diajar menguasai
kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dalam
abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis
huruf, suku kata, perkataan dan ayat.
Untuk
membolehkan
murid-murid
menguasai
kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktivitiaktiviti yang berikut:
Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada
huruf
mengikut teknik menulis.
Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar
yang
mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu
Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang
diperbuat daripada kad yang berlubang.
Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis
dalam bentuk garis putus-putus.
Latihan menulis huruf dalam suku kata.
Latihan melengkapkan huruf pada perkataan
bergambar.
Latihan menamakan gambar-gambar.
Latihan menyalin frasa atau ayat.
Latihan menyalin ayat daripada buku

Strategi Pengajaran
a. Mengajar tulisan tangan
b. Mengajar ejaan
3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)
Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai
pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar,
bertutur membaca dan mengeja.
Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis
karangan.
Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada
peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal,
berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu.
Kemudian mereka boleh didedahkan dengan
penulisan bebas dan kreatif.
Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan
idea dan pendapat tentang pengetahuan serta
pengalaman yang telah dilalui.
Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan
kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka
kuasai.
Mereka juga akan merancang penulisan mereka
dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang
sudah dipelajari.
CONTOH AKTIVITI MENULIS
Ejaan
Imlak / Rencana
Menulis jawapan pemahaman
Menulis karangan
Menulis ayat berdasarkan gambar
Membina ayat
Memanjangkan ayat
Menulis rencana
Mengisi silang kata
Melengkapkan ayat
Melibatkan proses perkembangan mental dan
pembinaan konsep
Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan
menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman
makna perkataan dan perbendaharaan kata murid
Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat
dari sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan
kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah
dari petikan

Anda mungkin juga menyukai