Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR SELATAN

02000 KUALA PERLIS,


PERLIS

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


SKPBS 2016

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NURSYAHIRAH BINTI HISHAM
SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1.0

TAJUK KERTAS KERJA


KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
TARIKH
TEMPAT
MASA

2.0

:
:
:

PENDAHULUAN
Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab & persatuan dan sukan
permainan sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab
untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian
kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan
keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi
merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan
kepimpinan ini

memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk

memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha unit
beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga perlu mengetahui dengan
jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulum.
Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan
keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus
kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.
3.0

RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan
penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri,
pelajar tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini
pelajar yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab
mereka dan bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

4.0

MATLAMAT
Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan
kemahiran mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya.

5.0

OBJEKTIF
5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..
5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
5.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah

6.0

JAWATANKUASA
Penasihat
Pengerusi
N. Pengerusi 1
N. Pengerusi 2
Setiausaha

: YM Tg. Tun Noorani binti Tg.Senawi


: En. Mahime bin Mat Isa
: En. Hassan bin Salleh
: En. Mansor bin Man
: Pn. Siti Nursyahirah binti Hisham

Ahli-ahli Jawatankuasa:
6..1

Pengacara

6.2

Buku Program

6.3

Sijil & Cenderahati

6.4

Jamuan makan

6.5

Urusetia dan Pendaftaran

6.6

Jurufoto dan dokumentasi

6.7

Backdrop & Hiasan Pentas

6.8

Persiapan Tempat

6.9

Siaraya

6.10 Kawalan murid

7.0

BIDANG TUGAS
7.1 Penyelaras program
- Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum.
- Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.
7.2 Setiausaha
- Menguruskan makluman kepada peserta kursus.
- Menguruskan surat kepada penceramah.
- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.

7.3 Persiapan Tempat dan Siaraya


- Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.
- Menyediakan tempat duduk dan keperluan penceramah semasa program.
- Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di PSS.
- Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan.
.
7.6 Back Drop
- Menguruskan backdrop di bahagian hadapan tempat kursus.
7.7

Pengacara Majlis
- Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan majlis penutupan.
- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis.
- Mempengerusikan majlis hingga tamat.

7.8

Jurufoto dan Dokumentasi


- Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.

7.9

Sijil dan Buku Program


- Berbincang dengan penyelaras, merangka dan menyediakan buku program.
- Menyediakan sijil untuk para peserta kursus.

7.10

Jamuan
- Berbincang dengan penyelaras untuk memastikan jumlah peserta.

7.11

8.0

Membuat tempahan makanan dan memastikan tempat makan adalah bersih


dan teratur.

Urusetia dan Pendaftaran


- Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahap 2 yang terlibat dalam setiap Unit Beruniform, Kelab & Persatuan,
serta Sukan Permainan SKPBS.

10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM KEIBUBAPAAN


Masa
8.00 8.30 am
8.30 9.30 am
9.30 11.00 am
11.00 11.30 am
11.30 1.00 pm
1.00 1.30 pm
1.30 pm

Aturcara
Pendaftaran
Taklimat / Ice Beraking
Ceramah : Konsep Kepimpinan
Rehat / Jamuan
Ketrampilan Diri / Kreativiti Berpasukan
Majlis Penutup
Bersurai

11.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan :
Perkara
Bayaran Saguhati Penceramah

Jumlah

Jamuan Makan
Murid
Guru
Peralatan cnth : fail, pensel A4 paper..
Cenderahati dan sijil
JUMLAH

12.0 PENUTUP

Sumber

Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas
dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana
perubahan ke arah kecemerlangan di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform masingmasing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada

para pelajar serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan


berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program

ini

juga

diharapkan

dapat

melahirkan

pemimpin

yang

berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan


unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar yang berfikiran
positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh,
..
(SITI NURSYAHIRAH BINTI HISHAM)
SETIAUSAHA KOKURIKULM
SEK. KEB PADANG BESAR SELATAN

Disemak oleh,
.
(MAHIME BIN MAT ISA)
GPK KOKURIKULUM
SEK. KEB. PADANG BESAR SELATAN

Diluluskan oleh,
..
(YM TG. TUN NOORANI BINTI TG. SENAWI)
GURU BESAR
SEK. KEB. PADANG BESAR SELATAN

Anda mungkin juga menyukai