Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
LAPORAN AKHIR
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugas wajib yang perlu
dilaksanakan selama seminggu oleh semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Saya berjaya menyempurnakan tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang
tempoh PBS ini. Tempoh untuk saya menjalani program ini adalah dari 22 September
2014 hingga 26 September 2014 di SJK(C) Chung Hua, Sibu. Sekolah ini merupakan
sekolah rendah pilihan saya untuk menjalani program ini kerana saya ingin mencuba
dan menuntut pengalaman di sebuah sekolah bertaraf normal. Portfolio telah
dilengkapkan sebagai koleksi dokumen yang memberi gambaran bahawa seorang guru
yang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
Semasa menjalani PBS di SJK(C) Chung Hua, saya telah menjalankan PBS
bersama empat orang rakan sekelas saya, iaitu Henry Goh Keh Leong, Lau Ung Hong,
Lau Yong Siong dan Sii Tuong Sieng. Sekolah ini terletak di pusat bandar yang dipenuhi
dengan pelbagai kemudahan. Kemudahan yang disediakan dapat memenuhi keperluan
asas murid dan membantu mereka mencapai kecemerlangan tidak kira dari segi
kurikulum atau kokurikulum. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa sekolah ini dapat
melahirkan murid yang setanding dengan sekolah lain yang berkualiti.
Sepanjang melaksanakan PBS, saya mengambil kesempatan untuk mengambil
gambar di setiap sudut dan bahagian sekolah rendah ini. Catatan juga dibuat apabila
guru besar SJK(C) Chung Hua, Encik Wong Sing Chuong memberi taklimat terhadap
pengurusan sekolah ini. Saya juga telah meminta maklumat umum sekolah ini daripada
beliau. Segala maklumat ini adalah penting untuk dimasukkan ke dalam portfolio
sebagai bukti. Saya tidak sanggup untuk meninggalkan sekolah pada hari akhir kerana
banyak pengalaman yang boleh saya timba lagi.
Di samping itu, saya juga bersempat untuk mempelajari banyak perkara baru
berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar. Saya
mendapati seorang guru yang berjaya haruslah sempurna dari aspek penampilan,
pergaulan, pengurusan dan keperluan sama ada dengan pihak sekolah, guru-guru dan
murid-murid. Daya menjangka sesuatu perkara yang sempurna dan hasrat untuk
memenuhi keperluan orang lain harus ada dalam diri kita. Saya sedar bahawa memberi
pengajaran yang baik bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana memerlukan
kerjasama daripada kalangan murid. Murid-murid yang terlalu aktif juga akan