Anda di halaman 1dari 3

Sekolah

Jenis
Kebangsaan (Tamil ) Ladang Tebrau mula di asaskan pada tahun 1946 oleh En.
Manikavasagam iaitu seorang kerani di Ladang Tebrau. Ketika itu bangunan sekolah
terdiri daripada dua buah bangunan yang berasingan yang berfungsi sebagai klinik dan
kedai runcit. Kemudian bangunan-bangunan tersebut telah diubahsuai menjadi bilik
darjah.
Pada tahun 1947, sekolah ini telah dijalankan secara rasmi dibawah pentadbiran
seorang Guru Besar iaitu En.E.S Devaraj dan seorang guru. Pada masa itu, sekolah
hanya mempunyai 35 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 3 sahaja. Pada tahun
1955, sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi dan diwujudkan kelas dari tahun 1
hingga tahun 6 oleh Guru Besar En.L.Velumail. Dari masa ke semasa bilangan murid
semakin meningkat.
Pada tahun 1977, dengan bantuan Jabatan Pelajaran Negeri Johor sebuah bilik
darjah tambahan dan sebuah tandas telah dibina. Oleh kerana bilangan pelajar
semakin meningkat pada tahun 1982 bangunan tambahan yang bersambung dengan
bangunan sedia ada telah dibina oleh MIC Cawangan Tebrau dan Belia MIC Tebrau
yang diketuai oleh En. Chandran. Selain itu, sebuah kantin juga telah dibina. Kawasan
sekolah juga telah dipasang pagar. Pondok menunggu bas juga didirikan di hadapan
sekolah.Dengan keprihatinan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, bangunan sekolah yang
uzur telah dibaik pulih pada tahun 1955, setelah lebih setengah abad , pada tahun 1999
bangunan sedia ada terpaksa dirobohkan atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan.
Sekolah bangunan baru sekolah dua tingkat ini siap dibina atas daya usaha Y.B
datuk K.S Balakrishnan, PIBG, Guru Besar, Guru-guru dan para penderma. Bangunan
tersebut menelan belanja lebih kurang RM 600,000.00. Kerajaan Johor juga memberi
sumbangan kepada bangunan tersebut. Pada 29 september 1999, Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Ladang Tebrau telah berpindah ke sebuah bangunan baru dua
tingkat yang telah siap dibina.
Pada November 1999, En.G. Mani telah ditukarkan ke SJK(T) Ladang Tebrau
sebagai Guru Besar di sekolah ini. Semasa di bawah pentadbiran beliau, kejadian
bencana alam telah berlaku pada tahun 2001. Hampir kesemua peralatan dan
dokumen-dokumen sekolah telah musnah akibat banjir. Pejabat dan perpustakaan yang
pada asalnya ditempatkan dibawah telah dipindahkan ke tingkat atas untuk
keselamatan di masa akan datang. Sekolah juga mendapat sumbangan peralatan
pejabat dari sekolah lain.
Pada Februari 2004, Guru Besar En.G Mani telah bersara wajib dan diganti oleh
En.R.Anamalai dari SJK(T) Ladang Pelepah, Kota Tinggi. Beliau menjadi guru besar di
sekolah ini hanya 6 bulan sahaja mulai bulan April hingga September 2004. Beliau
ditukarkan ke SJK(T) Kulai Besar. Pn.G.Nagaratnam Guru Besar SJK(T) Pontian ambil
alih tugas pada Oktober 2004. Semasa beliau mengambil alih tugas tersebut bumbung
sekolah tingkat atas telah rosak dan bocor. Keadaan ini kurang menyenangkan muridmurid dan P&P tidak dapat dijalankan dengan teratur. Beliau telah berusaha untuk
mendapatkan bantuan daripada pihak MIC .
Hasil daripada usaha beliau, Dato Balakrishnan telah bersetuju untuk memberi

peruntukan sebanyak RM40 000.00. Kini masalah tersebut telah dapat diatasi .
Pada masa yang sama pihak MIC juga telah memberi peruntukan sebanyak RM10 000
untuk pembelian buku perpustakaan.
Pada awal tahun 2006, sekolah telah dilanda banjir 2 kali berturut-turut iaitu pada
19 disember 2006 dan 12.01.2007. Air naik setinggi 5 kaki menyebabkan kebanyakkan
peralatan ditingkat bawah sekolah tidak boleh diguna semula.
Dengan usaha ketua jabatan , komitmen guru-guru,sumbangan NGO serta
sokongan PIBG sekolah telah mencapai prestasi yang begitu baik beberapa tahun
berturut-turut. Pencapaian yang dicapai adalah seperti berikut:
TAHUN

BIL 7A

BIL 6A

% PENCAPAIAN

GPS

2010
3
4
66.7
2.23
2011
4
1
51.4
2.50
2012
6
4
67.4
2.02
2013
1
4
69.23
2.33
2014
2
3
76.32
2.24
2015
5
4
68.18
2.28
Keputusan peperiksaan awam telah memberi kepercayaan kepada ibubapa serta
kawasan perumahan yang membangun di persekitaran kawasan sekolah menyebabkan
penambahan murid seperti berikut.
TAHUN

2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016

ENROLMENT MURID

230
255
268
255
268
264
281

Nama-nama Guru Besar Semenjak Ditubuhkan.


1.Encik. E.S Devaraj
1947-1953
2.Encik K.Velumail
1954-1965
3.Puan.S.Suppammal
1966-1994
4.En.P.Devasagayam
Julai 1994-1997
5.Puan. S. Sathia Dewi
Oktober 1997-1999
6.Encik.G.Mani
MEI 2000 - 2004
7.Encik.Annamalai
APRIL 2004 SEP 2004
8.Pn.Nagaratnam
OKTOBER 2004 APRIL 2008
9.Puan. Chellathai
JULAI 2008 2010

10.Encik.L.Subramaniam
11.Pn.Chellathai
12.En.M.Nadarason

JANUARI 2011 JULAI 2012


JULAI 2012 HINGGA DEC 2014
DISEMBER 2014 HINGGA KINI

Anda mungkin juga menyukai