Pertumbuhan
Perkembangan
Mental
Emosi
Sosial
Umum
perasaan
KONSEP PERTUMBUHAN
Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan
otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.
Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang
lain dari semasa ke semasa;
D.S Wright &Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang
(sifat jasmani; saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain)
Secara keseluruhannya, pertumbuhan merupakan perubahan yang bersifat kuantitatif
(perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila
individu matang. ). Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur
berdasarkan peringkat- peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik.
(measurement of human physical variation)
CIRI-CIRI PERTUMBUHAN
1. Suatu ketuhan dan fenomena pertumbuhan serta sempurna.
2.Perubahan dapat diukur dan diteliti dengan jelas.
3.Pertumbuhan mengikut kematangan seseorang.
4. Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar
bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman.
5.Struktur mendahului fungsi: struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum
digunakan.
6. Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan.
KONSEP PERKEMBANGAN
Crow &Crow : Perubahan secara kualitif serta cenderung ke arah yang lebih baik
dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan
antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah
mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat.
D. S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam
warisan hayat.
Charls Darwin : Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang
diperlukan untuk matang adalah lama.
Secara keseluruhannya, perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dan
lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapau kematangan
secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi
dapat dilihat perubahannya sengan membuat perbandingan sebelumnya. Faktor baka
dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS ). Dianggap sebagai perubahan
tingkah laku mental.
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua
ahli dalam sesuatu jenis.
1.Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
2. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.
3.Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu.
4.Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari
perubahan sifat.
5.Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi
peringkat kematangan.
6. Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan
jasmani dan pembelajaran.
7. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran