Anda di halaman 1dari 4

ANCAMAN DALAMAN

PENYALAHGUNAAN DADAH DANHIV/AIDS


Pengenalan
Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin
serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya
menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah
ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri
sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan,
apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh
mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:


1. Halusinogen
Contoh

: ketamin, halluceno, lysergic acid, phenlyclidine.

2. Depresen
Contoh

:methaqualone , tranquliser

3. Kanabis
Contoh

: ganja,hanish dan marijuana

4. Psikotrapit
Contoh

: syabu, ice, batu Kristal, kaca diamond dan ecstacy

5. Stimulant
Contoh

: daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain

6. Opiat
Contoh

:candu,morfin dan heroin

Faktor-faktor berlaku

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang


dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian,
apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami
kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya,
sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan
dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang
dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa dengan kerja telah menyebabkan anakanak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak

akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian


daripada ibu bapa.

Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya


pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah.
Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu
tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin
akan membawa maut.

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal
ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selepas
keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli
keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara
yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan
dadah. Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya
mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.

Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan faktor penyalahgunaan dadah.
Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana dengan adanya pegangan agama
yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan. Faktor
kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang
larang dalam kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti menghisap
dadah.

Kesan-kesan penagihan dadah: dari segi fizikal, mental dan emosi

Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa


mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami
halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel
darah putih dan paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu
badan. Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami
kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih
pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar
metabolisme. Disamping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan
serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara
mendadak.

Kesan-kesan penagihan dadah dari segi sosial

Penagihan dadah akan membawa kepada penagih kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS,
hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan alat suntikan
yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa
risiko seperti keguguran, kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati.

Selain itu, penagih dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak
siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka
akan terdorong untuk melakukan perkara di luar jangkaan seperti
merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya
masalah sosial. Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak
berani untuk melabur di negara kita.

Cara-cara mengatasi masalah

Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan,


kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus
memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa
keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap
kehidupan seharian. Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus
bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat
menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka
terjebak dengan masalah dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang
diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan
melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual
dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak, serta
sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan-kesan buruk penyalahgunaan
dadah. Selain itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di sekolah
adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus ke dalam
kancah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, remaja juga perlu melibatkan diri
dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah supaya dengan
melakukuan aktiviti tersebut remaja dapat mengelak daripada mengambil dadah.
Tindakan undang-undang juga hendaklah diperketatkan dengan mengenakan
hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti penjara dan denda yang
lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.

Pandangan
Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam kalangan
generasi muda. Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara
semakin tidak menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hanya
disebabkan penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi
menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus mengembleng
tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung masalah ini dari
terus membelenggu masyarakat.

Pengajaran

Semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala dadah, tanpa
mengharapkan pihak berwajib sahaja. Golongan belia pula diharapkan dapat berfikir
sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa berfikiran rasional agar tidak terjebak
dengan dadah. Perangi dadah habis-habisan.

Sumber: http://sblm1053k14.blogspot.com/

PENDATANG ASING TANPA IZIN


Pendatang tanpa izin (PATI) atau pendatang haram merupakan golongan orang yang masuk
atau tinggal di sesebuah negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak
mengikut undang-undang imigrasi, contohnya memasuki negara tujuan tanpa permit dan
bukan dengan melalui pintu masuk utama.
Sebab:

Perang
Penyatuan semula keluarga
Kemiskinan
Perkembangan populasi

Bahaya:
PATI mendedahkan diri mereka serta rakyat tempatan terhadap bahaya, antaranya
termasuklah perhambaan,pelacuran,perkosaan, dan kematian.
Cara menceroboh:

Terdapat beberapa cara PATI menceroboh masuk sesebuah negara. Antaranya:


Melalui sempadan pencerobohan ini berlaku bagi negara-negara yang mempunyai
sempadan daratan atau sungai dengan negara jiran.
Melalui perairan PATI memasuki sesebuah negara dengan menaiki kapal yang
kemudiannya berhenti di persisiran (tidak berlabuh) dan para penumpangnya (PTI)
akan berenang untuk tiba di pantai atau daratan.
Melalui pintu utama PATI memasuki sesebuah negara sebagai pelancong. Namun
mereka kekal tinggal di negara tersebut melebihi tarikh visa yang diberikan.
Melalui perkahwinan.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendatang_tanpa_izin