Anda di halaman 1dari 3

SOALAN LATIHAN PENGUKUHAN BAB 1:

PENGURUSAN
Soalan 1
Senaraikan empat fungsi pengurusan dan jelaskan kepentingan
pengurusan bagi sesebuah organisasi perniagaan.
Empat fungsi pengurusan adalah perancangan, pengornanisasian, kepimpinan dan pengawalan.
Kepentingan pengurusan bagi sesebuah organisasi ialah pengagihan sumber dengan cekap
dan mengelakkan pembaziran. Ia juga membantu penyelarasan tugas kepada pekerja dalam
sesebuah organisasi.

Soalan 2
Jelaskan peranan pengurus sebagai komunikator.
Peranan pengurus sebagai komunikator adalah sebagai penghubung antara pekerja bawahan
dan pekerja atasan. Pengurus juga berperanan sebagai individu yang bertanggunjawab
menyampaikan maklumat dan memantau gerak kerja pekerja bawahan. Komunikator adalah
individu yang berbincang dengan organisasi luar untuk kepentingan organisasi. Komunikator
perlu memastikan ketepatan maklumat yang diterima oleh pekerja bawahan

Soalan 3
Huraikan tindakan pengurus sebagai seorang usahawan seperti yang
disarankan oleh Mintzberg.
Tindakan pengurus sebagai usahawan adalah pengurus perlu sentiasa berfikir untuk
memberikan suatu idea dan inovasi untuk meningkatkan prestasi syarikat. Pengurus perlu
sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat supaya dapat membuat keputusan yang betul.
Pengurus perlu sentiasa cepat memenuhi peluang dan berani menanggung risiko.

Soalan 4
Senaraikan empat prinsip yang disarankan oleh Federick W.Taylor untuk
meningkatkan kecekapan pekerja yang boleh meningkatkan produktiviti.
Membangunkan aspek sains bagi setiap elemen kerja, memilih dan melatih pekerja secara
saintifik, mengalakkan kerjasama sepenuhnya antara pekerja, mengalakkan pembahagian
kerja dan tanggungjawab secara saksama.

Soalan 5
Jelaskan sikap pekerja berdasarkan Teori X yang perlu diberi perhatian
oleh pengurus didalam organisasi yang dinyatakan oleh Douglas
McGregor.
Pekerja teori X yang bersikap negatif seperti malas, tidak bertanggungjawab perlu dipaksa,
diarah dan dikawal. Pengurus mesti bersikap serius dan tegas dalam mengawasi pekerja ini.
Pengurus yang tegas dapat mendisiplinkan pekerjanya dan memastikan hukuman diterima
oleh pekerjanya yang tidak menjalankan tugas. Pekerja yang sering lewat perlu diberi surat
amaran supaya ia menjadi suatu ancaman untuk tidak mengulangi kesilapan.

Soalan 6
Jelaskan kepentingan kemahiran konseptual kepada seorang pengurus
pertengahan.
Kemahiran konseptual penting bagi pengurus pertengahan kerana pengurus pertengahan
terlibat dalam aktiviti