Anda di halaman 1dari 20

1

KOLEKSI
TAZKIRAH RAMADAN
2013/1434
SK BUKIT KUARI,
BATU PAHAT
Disusun semula oleh :
PANITIA AGAMA ISLAM

Isi Kandungan
Kefardhuan,Erti dan Niat Puasa

Kelebihan Puasa

Syarat Wajib dan Sah Puasa


5
Perkara yang Membatalkan Puasa
Hari Yang Sunat dan Haram Berpuasa
10
Nuzul Al-Quran
10
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
11
Erti Lailatulqadar serta amalannya
15
Amalan Sunat Hari Raya
16

ERTI PUASA

KEFARDHUAN DAN ERTI PUASA

Puasa ialah menahan diri daripada makan atau minum dan


perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbitnya
fajar sehingga terbenam matahari.
KEFARDHUAN BERPUASA
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

183
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Beberapa hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
1. Barangsiapa berpuasa dalam bulan ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah maka Allah
akan mengampuni segala dosanya yang lalu.
2. Barang siapa yang mencari majlis ilmu dalam bulan
Ramadhan maka setiap langkahnya akan ditulis sebagai
ibadah setahun dan akan bersama aku di bawah Arash
3. Barang siapa yang terus mengikuti jemaah selama
Ramadhan, Allah akan memberi
7. barang siapa membuat satu amalan dalam bulan Ramadhan
maka Allah akan menggandakan sehingga 70 kali ganda.

NIAT PUASA

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu
Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Kelebihan Berpuasa
Kelebihan Berpuasa
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh
Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu
semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari
kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai
yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700
kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat
memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

7. Menyihatkan sistem pencernaan. Waktu kita berpuasa


sistem pencernaan kita berehat selama 12-14 jam selama
satu bulan. Hal ini menyebabkan kurangnya kerja-kerja
pencernaan yang dilakukan oleh sistem pencernaan kita.
8. Mengurangkan berat berlebihan. Puasa dapat
mengurangkan lemak dan kegemukan. Rasa lapar bukan saja
menyebabkan perut kosong, tetapi kadar gula dalam darah
juga menurun. Dan akibatnya berat badan akan menurun
dengan syarat masa berbuka janganlah balas dendam dengan
makan sebanyak mana yang kita mahu.
9. Memelihara tubuh dari kelebihan sisa-sisa zat yang tidak
diperlukan. Semasa berpuasa, tubuh kita akan menggunakan
zat-zat makanan yang tersimpan untuk bertindak membuang
sel-sel yang rusak dan lemah dari bagian tubuh yang sakit
selanjutnya memberi kesempatan kepada sel-sel tubuh untuk
menjadi lebih aktif.
10.
Melindungi
dari masalah
gula. Puasa secara semula jadi
Siapa
yang diwajibkan
puasa?
1. Orang
yang telah
baligh;
dapat
menurunkan
kadar
gula dalam darah. Keadaan ini
menyebabkan
pangkreas
yang
menghasilkan
tidak wajib puasa
ke atas
kanak-kanak
yanginsulin
belum berehat.
baligh.
Namun digalakkan berpuasa jika telah mencapai umur
mumayyiz.2. Orang berakal waras;
tidak wajib puasa ke atas orang gila atau tidak siuman.
3. Tidak ada keuzuran;
keuzuran yang menggugurkan kewajipan puasa ada dua
jenis;
a) Keuzuran yang menegah dari sahnya puasa
b) Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa.

Apakah keuzuran yang menegah dari sahnya puasa?


1. Kedatangan haid atau nifas; wanita yang kedatangan haid
atau nifas pada mana-mana waktu di siang hari di bulan
Ramadhan, batallah puasanya.
2. Gila; seorang yang menjadi gila pada mana-mana waktu di
siang hari, maka batallah puasanya pada hari tersebut.
1.
orang
yang sakithari
di mana
puasa
mendatangkan
3. Sakit;
Pengsan
di sepanjang
penuh;
jika
ia tersedar pada
kepayahan baginya atau boleh menambah kesakitan
1. Sakit; orang atau
yang sakit di mana puasa
mendatangkan kepayahan baginya atau boleh
menyebabkan lambat sembuh, harus baginya
berbuka puasa. Jika
menambah kesakitan atau menyebabkan
sembuh,
harusBegitu
baginya berbukayang
dibimbangi boleh membawa maut, wajiblahlambat
iaApakah
berbuka.
keuzuran-keuzuran

puasa. Jika dibimbangi boleh membawa maut,

mengharuskan
berbuka puasa?
juga, harus berbuka bagi orang sihat jika dengan
berpuasa
wajiblah ia berbuka.
Begitu juga, harus

dibimbangi akan menimbulkan penyakit.

berbuka bagi orang sihat jika dengan


berpuasa dibimbangi akan menimbulkan
penyakit.

2. Musafir; orang yang berada perjalanan2. atau


permusafiran dan
Musafir; orang yang berada perjalanan

atau permusafiran
dan jarak ia
perjalanannya
jarak perjalanannya mengharuskan qasar dan
jamak, harus
mengharuskan qasar dan jamak, harus ia

berbuka puasa, namun mengekalkan puasa adalah


lebih
baik.
berbuka puasa,
namun
mengekalkan puasa
adalah lebih baik.
3. Tidak
mampu
berpuasa;
sama ada kerana
3. Tidak mampu berpuasa; sama ada kerana
tua
atau
kerana
tua atau kerana sakit yang tidak ada lagi

sakit yang tidak ada lagi harapan untuk sembuh


atau
kerana
hamil
harapan untuk
sembuh
atau kerana
hamil atau
atau menyusukan anak, dan sebagainya.

menyusukan anak, dan sebagainya.


Orang-orang yang memiliki keuzuran seperti di atas,
gugur kewajipan puasa dari bahunya. Harus
baginya berbuka puasa, namun wajib diganti
dengan puasa pada hari lain (apabila hilang
keuzuran nanti). Kecuali jika sakit atau keuzurannya
berterusan hingga bila-bila, maka diberi

Orang-orang yang memiliki keuzuran seperti di atas, gugur


kewajipan puasa dari bahunya. Harus baginya berbuka puasa,
namun wajib diganti dengan puasa pada hari lain (apabila hilang
keuzuran nanti). Kecuali jika sakit atau keuzurannya
berterusan hingga bila-bila, maka diberi kelonggaran
kepadanya untuk menggantinya dengan fidyah.

Syarat-syarat sah berpuasa


1. Orang Islam. tidak sah puasanya orang kafir atau orang yang
murtad dari agama.
2. Orang yang berakal sihat. tidak sah puasanya orang yang
hilang akalnya, kerana gila, atau mabuk.
3. Orang yang telah putus dari darah haidh, nifas, dan
wiladah. sekalipun belum mandi wajib untuk mensucikan diri dari
haidh,nifas, wiladahnya. tidak sah puasanya orang yang sedang
haidh,nifas,wiladah. Tetapi wajib mengqadhapuasa yang
ditinggalkan.tidak wajib mengqadha shalat fardhu yang
ditinggakan.
4. Waktu yang diterima untuk mengerjakan puasa. tidak sah
puasa pada Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Aidil Adha, dan 3 hari
sesudah Aidil Adha yang disebut hari

tasyriq. Itulah hari-hari

yang haram berpuasa, meskipun puasa wajib, kerana nadzar atau


qadha wajib

Orang-orang yang tidak memiliki syarat-syarat di atas atau


salah satu darinya, tidak sah puasanya.

PERKARA YANG MEMBATALKAN DAN YANG


Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara
di bawah ini :
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka
dengan sengaja.

1. Sakit; orang yang sakit di mana puasa


mendatangkan kepayahan baginya atau boleh
Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan
belakang)
atau
qubul
menambah
kesakitan atau
menyebabkan
lambat sembuh, harus baginya berbuka
(jalan depan) dengan sengaja.
puasa. Jika dibimbangi boleh membawa maut,
wajiblah ia berbuka. Begitu juga, harus
Muntah dengan sengaja (jika termuntah, berbuka
tidakbagi
batal
puasa).
orang sihat
jika dengan
berpuasa dibimbangi akan menimbulkan
penyakit.
Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak
mengeluarkan mani.
2. Musafir; orang yang berada perjalanan

Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan


jalan
atau permusafiran
danbersukajarak perjalanannya
mengharuskan qasar dan jamak, harus ia
suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.

Kedatangan haid atau nifas.


Gila sekalipun hanya sekejap masa.

berbuka puasa, namun mengekalkan puasa


adalah lebih baik.
3. Tidak mampu berpuasa; sama ada kerana
tua atau kerana sakit yang tidak ada lagi
harapan untuk sembuh atau kerana hamil atau
menyusukan anak, dan sebagainya.

Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga


terbenam matahari.
Bersalin.

Orang-orang yang memiliki keuzuran seperti di atas,


gugur kewajipan puasa dari bahunya. Harus
baginya berbuka puasa, namun wajib diganti
dengan puasa pada hari lain (apabila hilang
keuzuran nanti). Kecuali jika sakit atau keuzurannya
berterusan hingga bila-bila, maka diberi
kelonggaran kepadanya untuk menggantinya

Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada


dengan hati, perkataan atau perbuatan.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA


Puasa tidak akan terbatal dengan salah satu daripada perkaraperkara di bawah ini :
Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan orang yang gusinya
selalu berdarah.
Bersuntik.
Termasuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga.
Termasuk lalat atau nyamuk dan seumpamanya ke dalam rongga.
Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap ke hidung
dengan tidak bersangatan.

10

HARI YANG SUNAT DAN HARAM BERPUASA

PUASA-PUASA SUNAT
1.Puasa hari-hari hitam(puasa di akhir bulan islam)
2.Puasa hari Isnin dan Khamis
3.Puasa di bulan-bulan haram
4.Puasa di bulan Syaaban
5. Puasa 6 hari dibulan Ramadan
PUASA YANG DIHARAMKAN
1.Puasa pada hari raya Aidilfitri, Aidiladha dan hari-hari
Tasyriq

11

2.Puasa pada hari Syak dan hari-hari separuh yang kedua


bulan Syaban
3.Puasa seorang isteri tanpa keizinan suaminya yang berada
di dalam negeri

NUZUL AL-QURAN
Nuzul Al-Quran bermaksud penurunan Al-Quran ke
lauhulmahfuz.
Ianya disambut setiap tahun pada 16 Ramadan bulan hijrah
Ayat pertama yang diturunkan ialah ayat 1-5 Surah Alaq

Namun ayat Al-Quran telah diturunkan secara berperingkat


selama 23 tahun yang mana 10 tahun penurunannya berlaku
di kota suci Mekah manakala 13 tahun di
Madinatulmunawwarah.
Adapun penurunan ayat-ayat ini terjadi mengikut peristiwa
semasa dan keadaan yang berlaku pada ketika itu.Dalam erti
kata yang lain ianya diturunkan secara sedikit demi sedikit
sehinggalah sebelum wafatnya Nabi Muhammad SAW.

12

Kemudian setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW,para


sahabat nabi mengambil inisiatif untuk mengumpulkan semua
ayat-ayat yang telah diturunkan demi memelihara
kesuciannya dan akhirnya ia dibukukan dan dimushafkan.
Wallahualam

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA


1. Berkumur-kumur.
Keterlaluan berkumur ketika wuduk. Nabi s.a.w sangat suka
berkumur ketika wuduk. Namun, perbuatan itu dikurangkan
sedikit jika Nabi s.a.w berpuasa.
2. Bersugi selepas waktu Zuhur
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w maksudnya: Sesungguhnya
bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah
daripada bau kasturi pada hari kiamat. (Hadis

riwayat

Bukhari) Oleh kerana bau mulut orang yang berpuasa lebih


wangi di sisi Allah, maka wajarlah dikekalkan bau

mulut

3. Berbekam.
Ini mungkin kerana berbekam melemahkan orang yang
berpuasa
4. Merasai makanan tanpa hajat.
5. Mencium dan memeluk pasangan

13

6. Banyak tidur.
Tidur keterlaluan akan lari daripada tujuan merehatkan
badan, bahkan akan melemahkan kembali tubuh badan
7.Mengumpul banyak air liur dan menelannya
8.Cakap banyak tanpa hajat.
Ini kerana banyak bercakap mengundang pelbagai
kemungkinan, termasuk fitnah dan tersalah cakap.
9 . Mandi yang berlebihan
Silap yang biasa dilakukan
1 ) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa
dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).
Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya:
"Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa)

hendaklah ia berpuasa baki harinya itu" (riwayat Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun
di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya
"Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.
Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkan sahur adalah

lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI


SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

14

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa


melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi
umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah
antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat
malam.
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu
kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah
syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun
Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang.
Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan
ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.
5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang
hari dgn alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kiter lakukan
di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan
Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala
untuk kita
6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia
adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti
menegasakan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur
orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.(Al-Jami' asSoghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)
7) Tidak mengutamakan solat subuh
berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa & tidak
mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding
solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang

15

disebut oleh Nabi SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat


Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala
menghidupkan seluruh malam.
8) Solat kerana meriah. Menunaikan solat Tarawih di
masjid dengan niat sekadar inginkn meriah. Malangnya
mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat,
jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir
ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar
keimanan dan mengharapkan ganjaran redha Allah SWT
sebagaimana yg ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam
hadith:ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira

dengan niat". (Riwayat Bukhari)


9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi
dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan
pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta
secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada
kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang
terlibat dengan riba' adalah berperang dengan Allah &
RasulNya..

LAILATULQADAR

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum


sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam.

16

Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman


Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (AlQadr : 2) .
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar dan amalanya
1.Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya


Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah
: 201 )
2.Banyakkan solat,membaca Al-Quran,doa dan zikir.
3.bacalah walaupun 1 ayat Al-Quran sebelum tidur,kerana
jika berbetulan dengan malam qadar pahalaya lebih baik
daripada sekali khatam Al-Quran pada malam-malam
lain(sebaiknya bacalah 10 kali surah Al-Ikhlas)
4.Bagi perempuan yang haid atau nifas,ucapkan zikir di
bawah

Pada malam lailatulqadar turun para malaikat rahmat dan


membawa rezeki dan mendoakan kesejahteraan orang
mukmin yang sedang beribadah dan beriktikaf di masjid

17

AMALAN SUNAT DI HARI RAYA


Amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w
sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
1.Bertakbir
Firman Allah S.W.T:

Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan),


supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana
telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu
bersyukur.
Surah al-Baqarah:185
2.Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri

Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya,


sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain
taqabbalullah minna waminka (Semoga Allah menerima
amalan kami dan amalanmu).
3.Mandi pada pagi hari raya.
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi
wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat
perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah
ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap
hari? Beliau menjawab: Tidak harus melakukannya. Namun,

18

mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari


Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri."
4.Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum
berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini
bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan
berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan


solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat
bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya
Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin
menutup prasangka semacam ini.
Rujuk Fath al-Bari, jil. 5
5.Memakai pakaian yang indah.
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian
yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang


dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua
hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan
majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai
baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.
Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-SyafiI, jil. 1

19

6.Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari


raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat
Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke


tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum
berangkat.
Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487
7.Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri
adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh
seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri


kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua
rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya
dan sesudahnya.
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989
8.Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
9.Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan
Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:

20

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi


dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia
telah berpuasa setahun
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164

SILAP YANG BIASA DIBUAT

Anda mungkin juga menyukai