Anda di halaman 1dari 7

KEBERKESANAN PENDEDAHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM

TOPIK PECAHAN TERHADAP PENCAPAIAN MURID TAHUN 4

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang penting di setiap sekolah
rendah di Malaysia. Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa
penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita
mencapai kecemerlangan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi
teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam arus
pembangunan negara. Melalui ilmu matematik, pelbagai bidang ilmu lain dapat diterokai
dan diterjemahkan dengan lebih mudah untuk faedah semua.
Perubahan dalam silibus pendidikan sekolah rendah kebelakangan ini secara tidak
langsung memberi impak kepada murid mahupun guru terutamanya bagi mata pelajaran
Matematik. Ini adalah kerana perubahan sebegini meminta dan menuntut para guru untuk
lebih menguasai setiap topik yang diajar. Selain itu, murid pula perlu lebih kukuh asas
Matematiknya untuk lebih mudah menguasai sesuatu topik yang diajar. Dengan kata lain,
pengetahuan sedia ada murid tentang topik terdahulu perlu kuat sebelum meneruskan
pelajaran ke topik yang seterusnya. Ini kerana setiap topik adalah berkaitan antara satu
dengan yang lain. Tambahan pula Matematik merupakan mata pelajaran yang
memerlukan kefahaman yang mendalam dan mempunyai kesinambungan daripada satu
topik dengan topik yang lain. Sebelum pembelajaran topik baru dimulakan, penguasaan
kepada topik sebelumnya adalah amat penting.
Dalam sistem pendidikan kini yang lebih terarah kepada pembelajaran abad ke 21,
kemahiran berfikir aras tinggi sangat penting dan diaplikasikan dalam setiap mata
pelajaran termasuklah Matemaik. Tambahan pula, dalam Pengisian Kurikulum pula telah
dinyatakan secara eksplisit tentang elemen-elemen baru yang amat perlu dikuasai oleh
murid. Elemen-elemen tersebut termasuklah kemahiran berfikir, dan kemahiran belajar
cara belajar. Elemen-elemen ini amat perlu dikuasai murid untuk diaplikasikan dalam
dunia pekerjaan kelak (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003, ms. 5). Antara elemenelemen tersebut kemahiran berfikir dianggap sebagai elemen yang sangat penting .
1

Menurut Robinson (2000), selain daripada kemahiran asas, kemahiran yang lebih penting
untuk memperoleh pekerjaan adalah memiliki kemahiran berfikir tahap tinggi 3 (higherorder thinking skills). Kemampuan untuk berfikir secara kreatif, belajar, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan yang baik adalah penting bagi seseorang untuk bekerja
dengan baik. Sudah tentu pekerja yang dapat berfikir secara kreatif, bertindak logik,
mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan merupakan aset yang sangat
berharga. Keadaan ini menjadi lebih baik kepada mereka yang memiliki kemahiran
berfikir aras tinggi dengan mereka yang cuma mempunyai kemahiran asas pengetahuan.
Salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik Tahun 4 sekolah
rendah ialah pecahan. Pecahan ialah nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam
bentuk a / b di mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a
dinyatakan sebagai pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebagai penyebut.
Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah. Dalam menguasai
kemahiran dan topik pecahan ini kemahiran berfikir aras tinggi harus didedahkan kepada
murid-murid supaya dapat menyelesaikan soalan dengan lebih kreatif dan kritis.

1.2 Latar Belakang Masalah


Dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia,
kurikulum mata pelajaran telah mengalami banyak perubahan sejak
merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk
meningkatkan kebolehan murid dalam pengiraan matematik. Selain itu,
di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 yang mana
merupakan satu pelan strategik jangka panjang yang mensasarkan kualiti pendidikan
Negara dipertingkatkan dalam tempoh 13 tahun dengan pelaksanaan tranformasi
pendidikan secara menyeluruh. Lima (5) aspirasi sistem dan enam (6) aspirasi murid telah
dikenalpasti sebagai pemangkin untuk memacu kecemerlangan pendidikan Negara di
masa hadapan. Antara keberhasilan daripada pelaksanaan transformasi pendidikan ialah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk meletakkan Negara dalam
kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA
dalam tempoh 15 tahun.

Bagi mencapai hasrat tersebut, kemahiran berfikir guru dan murid terutama dalam
konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan perkara keperluan atau
keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan
dalam PPPM 2013-2025. Murid yang suka bertanya dan boleh memberi cadangan
penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan bahan rangsangan
seperti soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih mendalam,
membuat kesimpulan dan refleksi, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam situasi sebenar.
Bagi topik pecahan Tahun 4 ini memerlukan murid berfikir secara kreatif dan mampu
membuat dan menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah yang menggunakan
pelbagai strategi. Oleh itu, pendedahan dan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi
adalah sangat diperlukan bagi membantu murid untuk mengatasi masalah ini. Dengan
adanya pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi ini, murid mampu memberi cadangan

penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan bahan rangsangan


seperti soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih mendalam,
membuat kesimpulan dan refleksi, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam situasi sebenar.

1.3 Kerangka Konseptual


Dalam mencapai objektif kajian, kerangka konseptual kajian dibina sebagai panduan
kepada pengkaji dalam menjalankan kajian seperti yang dipaparkan pada Rajah 1.1.
Kerangka ini menerangkan bagaimana kajian ini akan dijalankan.

Kumpulan Eksperiman
gg
Men
a
p
n
an Ta
Soal

So
a

lan

Me

ng

gu

na

ka
n

Ujian Pra
Topik Pecahan Penyelesaian Masalah

Ujian Pasca
Topik Pecahan Penyelesaian

KB
AT

KBAT
n
a
k
una

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan kerangka konseptual di atas, kajian akan dijalankan terhadap


dua kumpulan murid iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Kedua-dua kumpulan ini akan diberikan pra ujian yang melibatkan topik
pecahan penyelesaian masalah. Keputusan pra ujian akan dicatat dan
tempoh masa akan diambil. Setelah melaksanakan ujian, keuda-dua
kumpulan akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan
eksperimen

akan

didedahkan

dengan

soalan

yang

melibatkan

penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi manakala kumpulan kawalan


akan diajar menggunakan kaedah lama iaitu soalan pecahan yang tidak
menggunakan kemahiran befikir aras tinggi. Setelah menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran, pengkaji sekali lagi akan memberikan set
soalan yang sama untuk dijawab. Keputusan akan direkodkan dan
perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca akan dibuat.

1.4 Tujuan Penyelidikan


Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pendedahan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam topik pecahan bagi murid Tahun 4 di daerah Kerian.

1.5 Objektif Penyelidikan


a)

Meningkatkan prestasi murid dalam menjawab soalan yang melibatkan topik


pecahan.

b)

Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid bagi topik
pecahan yang murid boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian.

c)

Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik khususnya


topik pecahan.

1.6 Persoalan Kajian


a)

Adakah pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi dapat meningkatkan


prestasi murid dalam menjawab soalan penyelesaian masalah bagi topik
pecahan ?
5

b)

Adakah pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi bagi topik pecahan dapat
membantu murid mengaplikasi dalam kehidupan seharian mereka ?

c)

Adakah pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi dapat meningkatkan minat


murid terhadap mata pelajaran Matematik?

1.7 HIPOTESIS KAJIAN


Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian skor murid sebelum dan selepas
kemahiran berfikir aras tinggi didedahkan kepada murid bagi topik pecahan.

1.8

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil

kajian

ini

diharapkan

dapat

memberi

panduan

dalam

memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam


kelas sekaligus dapat menghasilkan satu pengajaran yang berkualiti
dan

sesuai

dengan

tahap

keupayaan

murid

berdasarkan

pendedahan kemahiran berfikir aras tinggi yang telah diterapkan


dan aplikasikan. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat
memberikan maklumat berkaitan keberkesanan dan kepentingan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam topik pecahan Tahun 4 kepada
pihak yang berkepentingan untuk tindakan lanjutan.

1.9

BATASAN KAJIAN

Kajian

adalah

berbentuk

kuantitatif

menggunakan

rekabentuk

eksperimen. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada muridmurid sekolah rendah di daerah Kerian. Topik yang difokuskan hanya
topik pecahan bagi murid Tahun 4.

1.10 DEFINISI OPERASIONAL

1.10.1 Pecahan
Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan. Nombor 1
mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.Nombor 1 boleh diwakili oleh nombor
pecahan dimana pengangka dan penyebutnya adalah sama.Contohnya 2/2,4/4,5/5.
Terdapat dua bahagian dalam pecahan iaitu pengangkadan penyebut. Pengangka ialah
angka yang berada di atas manakala penyebut ialah angka yang berada di bawah.
/4

1.10.2 Kemahiran berfikir aras tinggi


Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan keupayaan untuk mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu. Kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) ini sangat diperlukan oleh muridmurid abad ini terutamanya dalam mengaplikasikan kehidupan seharian. Pelaksanaan
KBAT dalam bilik darjah adalah melalui perubahan dalam kurikulum, pedagogi dan
pentaksiran. Dari sudut kurikulum, hendaklah ditulis secara eksplisit dalam dokumen
kurikulum manakala dari sudut pedagogi pula, memerlukan pelbagai strategi PdP
yang menerapkan KBAT seperti alat berfikir, soalan aras tinggi dan inkuiri. Selain itu,
dari sudut pentaksiran pula, soalan haruslah berbentuk aras tinggi dalam peperiksaan
pusat.
Dengan pendedahan KBAT ini, pengajaran dan pembelajaran akan berubah menjadi
pembelajaran dan pemudahcaraan yang mana guru berperanan mengajar dan murid
belajar semasa melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah dan apabila memasuki
aras pemikiran yang lebih tinggi, guru berperanan sebagai pemudah cara semasa
murid belajar.

Anda mungkin juga menyukai