Soalan Contoh 1
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang
berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda,
mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa
dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah
mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah
kepada masyarakat. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana,
jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan
jentera pentadbiran negara.(Huraian Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi
bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum
menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah
pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah.
(Kepentingan)
Soalan Contoh 2
Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan
tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar
Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat .
Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari
aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya
belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana kandungan
gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras,
bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.
Contoh Pendahuluan
Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan
teknologi, warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari
sinonim kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini
mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya
menjurus ke arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini didirikan
hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali
lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya
Sejarah yang menjadi pilihan perdana. Berat mata memandang, berat lagi bahu
memikulnya. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan
Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia muda yang
Contoh Penutup
Contoh Pendahuluan
Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains
dan teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih
cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak
menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks
pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan,
onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan seumpamanya
lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir
masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya
masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang
ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ;
apakah strategi-strategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta
dilaksanakan ?
Contoh Penutup
Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita
yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas
pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas,
semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku
dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah dan barah serta duri
dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam
ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air
kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya
harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang
di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu
digamit dan direalisasi.