Anda di halaman 1dari 5

4.

0 Refleksi Kendiri
4.1 Prolog
Program BIG merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu para pelatih dalam
kemenjadian sebagai seorang pendidik berkualiti. Aktiviti-aktiviti yang dikendalikan merangkumi
berbagai-bagai aspek yang diharap agar dikecapi para bakal guru. Penyertaan program
tersebut telah banyak memanfaatkan saya dalam kemenjadian seorang guru yang
berakauntabiliti terhadap profesion perguruan. Bagi menperjelas lagi manfaat-manfaat yang
diperoleh daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti, saya akan menjelaskan
dengan terang dan teratur seiring dengan huraian dalam bahagian-bahagian di bawah.
4.2 Manfaat yang diperoleh
4.2.1 Diri : Kepentingan penguasaan bahasa
Bahasa merupakan asas kepada semua jenis komunikasi. Kefasihan bahasa penentu
pengaruh dan keyakinan penutur. Jika seseorang penutur tidak mempunyai penguasaan
bahasa yang baik, dia akan gagal mengeluarkan ideologi yang ada dalam fikiran justeru
menjejaskan ketampilan seseorang itu. Melalui aktiviti forum yang dikendalikan oleh rakan
seperjuangan, saya telah memahami bahawa betapa pentingnya penguasaan bahasa dalam
kehidupan seharian. Sebagai seorang guru, khususnya guru bahasa, kefasihan bahasa adalah
ciri terutama yang tidak boleh dikesampingkan. Cara rakan-rakan mengendalikan forum
tersebut telah membuka mata saya kepada karisma seseorang penutur yang benar. Walaupun
berfaedah, tajuk forum agak membosankan. Namun, para penyampai telah mendapat
sambutan yang hangat dan tumpuan yang tinggi sepanjang perjalanan forum dengan
kemahiran mengawal suasana dewan. Hal ini merupakan pelajaran paling penting yang saya
hargai.
4.2.2 Kerjaya : Pemahaman yang lebih mendalam
Forum yang bertajuk Pembinaan Insan Guru yang Seimbang telah memberi saya
kefahaman yang lebih mendalam dan menyeluruh tentang kerjaya sebagai seorang guru.
Dalam agenda kerohanian dan akhlak keguruan, para penyampai telah mendedahkan kami
kepada konsep nilai dan etika keguruan. Sebagai seorang guru, kita harus mempunyai sahsiah
yang kuat dan sanggup membimbing pelajar-pelajar ke arah yang dikehendaki. Selain daripada
itu, seorang guru perlu sedar akan pengaruh-pengaruh dan trend-trend global yang dapat

mempengaruhi generasi dan segi aqidah serta pemikiran mereka. Dengan erti kata lain, guru
memegang kuasa penuh ke atas pembentukan sahsiah pemangkin negara. Etika keguruan
merangkumi sifat yang adil, tidak pilih kasih dan pengutamaan yang diberikan kepada yang
benar. Pembinaan insan guru yang seimbang bukan setakat teori sahaja, hal tersebut
berkaitrapat dengan nilai murni yang kita amalkan sejak bangku sekolah lagi.
4.2.3 Kerjaya : Tanggungjawab sebagai seorang guru
Persepsi masyarakat terhadap kerja sebagai seorang guru hanya mendidik dan
menikmati tempoh cuti yang penjang. Begitu juga pemikiran saya dahulu. Namun, apa yang
telah mereka abaikan adalah perkara-perkara perinci dan kertas kerja yang juga merupakan
tanggungjawab guru. Salah satu isu yang dikemukakan ketika forum kelas 2.2 dijalankan
adalah tanggungjawab yang perlu guru laksanakan. Selain melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, pendidik juga harus membantu menyelesaikan masalah pelajarpelajar biar masalah dalam pembelajaran mahupun masalah peribadi. Dengan erti kata lain,
guru mendukung peranan sebagai penjaga di sekolah yang boleh pelajar percayai. Guru perlu
membantu pelajar-pelajar mengurus diri dan waktu di sekolah di samping mengajar dan
menunjukkan contoh kepada murid-murid tentang adab-adab berguru secara langsung dan
tidak langsung. Tambahan pula, kertas kerja yang sering masyarakat kesampingkan adalah
kemasukan markah peperiksaan dan kokurikulum, rancangan pengajaran dan laporan
perkembangan pelajar. Sebelum ini, pemikiran saya sesama persepsi masyarakat yang tidak
cukup mendalam. Kini, saya telah memahami kepahitan seorang guru yang sering
dianaktirikan.
4.2.4 Organisasi : Pendekatan yang terus terang
Jika direnungi segenap, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG
mempunyai satu persamaan yakni cara pembentangan yang terlalu berwarna-warni.
Penyampaian idea yang menarik sememangnya dapat memancing perhatian pendengar.
Namun, pemutarbelitan akan membawa kepada kekeliruan yang menjejaskan aliran
pembentangan. Kadang-kala, pendekatan yang terus terang adalah kunci kepada pencapaian
matlamat. Dalam pengajaran di kelas juga, jika seorang guru asyik memberi penjelasan yang
terlampau banyak nescaya pelajar-pelajar akan merasa bosan. Pada pendapat saya, guru
sepatutnya memberitahu pelajar mengenai topik pelajaran secara terus terang. Melalui
pengalaman saya sebagai seorang pelajar, saya cenderung mengikut pengajaran guru dengan
lebih bersemangat jika pendekatan terus terang dilaksanakan. Dalam pada itu, hal ini turut

menyumbang kepada organisasi kerja yang mendukung peranan penting dalam pemudahan
dan kecekapan kerja. Dengan garis panduan yang jelas, semua kakitangan dapat bekerja
secara beransur-ansur dan berorganisasi.
4.2.5 Komuniti : Pembinaan daya kepimpinan
Melalui aktiviti amali, bakat pelajar dapat dicungkil dan diasah. Salah satu ciri yang
terserlah adalah daya kepimpinan di mana pelajar belajar untuk berbincang dan berkerjasama
sebagai satu kumpulan yang berorganisasi. Seperti dalam satu komuniti di mana seseorang
ketua akan memimpin, seorang ketua kumpulan telah diamanahkan untuk membimbing kami
dalam pengurusan kerja amali tersebut. Walaupun demikian, pelajar-pelajar lain juga
menunjukkan bakat mereka yang terpendam. Misalnya, seorang pelajar yang pernah menjadi
ahli Kadet Remaja Sekolah dapat mempergunakan kemahiran membuat simpulan semasa
mengikat tiang-tiang kayu. Dalam sebuat komuniti, daya kepimpinan guru tidak kurang
pentingnya kerana gurulah yang membimbing pelajar ke arah kebenaran. Aktiviti BIG telah
banyak memberi dorongan kepada saya agar mengatasi batasan sendiri dalam erti kata
bahawa saya berani menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua dan membina
kemahiran pengurusan diri serta kumpulan.
4.3 Cadangan penambahbaikan
4.3.1 Persedian yang mencukupi
Tujuan forum diadakan adalah untuk digunakan sebagai tempat atau wadah
pengumpulan segala data, info, ilmu dan pengalaman. Meskipun demikian, para penutur perlu
memberi perhatian kepada faktor-faktor yang menentukan keberkesanan forum. Jika para
penutur hanya berfokus kepada pemberian maklumat, para pendengar akan hilang tumpuan
dan berasa bosan. Kekurangan ini boleh dikekang dengan persediaan yang mencukupi dibuat
dahulu sebelum menyampaikan info-info. Antara persediaan yang perlu ditekankan merangkumi
pemahaman tentang umur dan ilmu pengetahuan pendengar untuk memutuskan pendekatan
yang diambilkan. Hal ini dikatakan demikian kerana cara penyampaian akan mencerminkan
persediaan yang dibuat penutur sekali gus mempengaruhi keyakinan pendengar terhadap
penyampai. Keberkesanan forum lebih terserlah jika para penutur memahami sedikit sebanyak
mengenai latar belakang pendengar.

4.3.2 Unjuran suara


Sebagai seorang pendidik, suara seorang guru mendukung peranan yang tidak kurang
pentingnya dalam pengajaran. Hal ini demikian kerana suara yang lantang dapat menonjolkan
sifat guru yang bersemangat di samping menarik balik perhatian pelajar semasa mereka hilang
fokus kepada pengajaran guru di depan. Cadangan unjuran suara dikemukakan atas sebab
perbentangan-perbentangan yang disampaikan berkongsi kelemahan ini. Prestasi dan
keberkesanan penyampaian boleh ditingkatkan jika suara dikeluarkan dengan lantang dan
jelas. Kekuatan suara turut mempengaruhi nada suara sekali menjejaskan cara penyampaian
mesej yang ingin ditujukan. Forum, lakonan dan pembentangan tajuk berkenaan merupakan
satu latihan yang menyerupai keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam
pada itu, pelajar-pelajar akan menyedari kekurangan masing-masing dan berusaha mengekang
kelemahan sebelum terlewat.
4.3.3 Isi kandungan kunci keberkesanan
Dalam aktiviti pembentangan tajuk mengenai Guru dan Akauntabiliti Profesionalisma,
kawan seperjuangan saya telah membentangkan topik tersebut dengan bermaya sekali.
Pelajar-pelajar lain juga sudi memberi kerjasama penuh dengan memberi perhatian kepada
penyampaian tersebut. Namun, oleh sebab para penutur ingin menghabiskan pembentangan
dalam masa yang singkat, isi-isi yang dibentangkan tidak diuruskan dengan baik dalam erti kata
bahawa terdapat beberapa isu penting dibincangkan secara ringkas dan tidak mendalam.
Dalam pada itu, pembentangan tidak dapat mencapai keberkesanan yang diinginkan meskipun
penyampaian dilaksanakan dengan lekas. Dalam pengajaran kelas juga, waktu subjek itu
mungkin singkat tetapi isi kandungan yang disampaikan akan menentukan tahap input yang
optimum.
4.4 Kemenjadian sebagai seorang guru yang cemerlang
4.4.1 Pembinaan Jati Diri
Jati diri bermaksud kekuatan dalaman, keperibadian dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan
individu, golongan atau bangsa.(Abd Ghafar, 2012). Program BIG diadakan dengan bertujuan
untuk mengasah kekuatan yang ada pada diri pelajar dan berusaha menyerlahkannya. Dalam
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, saya yakini bahawa pembinaan jati diri sebagai seorang
individu ataupun guru berjaya dilaksanakan. Dalam pembinaan jati diri, empat prinsip telah
digariskan yakni Pelajar, Penunjuk Arah, Peserta serta Pemupuk. Melalui aktiviti forum, para

penutur memainkan peranan Penunjuk Arah di mana mereka memberi infomasi terkini dan
membincangkan isu-isu hangat yang dibentangkan manakala para pendengar mendukung
peranan Peserta di mana mereka menyertai persidangan forum tersebut. Dua prinsip yang lain
juga terbukti dalam aktiviti perbentangan dan aktiviti amali. Para pendengar semasa
penyampaian perbentangan telah menunjukkan prinsip Pelajar yang dipegang dengan memberi
tumpuan kepada ciri-ciri Guru dan Akauntabiliti Profesionalisma yang dibentangkan. Prinsip
Pemupuk juga dipraktikkan semasa pelajar-pelajar saling memberi motivasi dalam aktiviti amali
agar tidak mudah putus asa dan berganding bahu menyempurnakan tanggungjawab yang
diamanahkan. Oleh hal yang demikian, aktiviti-aktiviti tersebut telah membina jati diri saya
dalam kemenjadian sebagai seorang guru yang cemerlang.
4.4.2 Pembangunan yang seimbang dan menyeluruh
Untuk menjadi seorang guru yang berbakat, pembangunan yang seimbang dan
menyeluruh tidak boleh dikesampingkan. Hal ini kerana tanggungjawab yang digalaskan oleh
sorang pendidik meliputi banyak aspek. Dari aspek pengurusan diri dan penimbaan ilmu
pengetahuan sehingga ke aspek pengendalian acara, seorang pendidik harus memiliki
kemahiran tersebut sebelum melaksanakan pengajaran. Program BIG telah memberi
pendedahan yang mencukupi kepada pelajar-pelajar melalui forum, lakonan, perbentangan
serta aktiviti amali. Selain daripada itu, persidangan forum dan perbentangan juga
mendedahkan kami kepada persepsi yang berlainan. Hal ini telah menyumbang kepada
pembangunan diri kami yang menyeluruh dan tidak terkawal dalam satu persepsi yang
ditentukan sahaja. Demi membajai guru-guru yang cemerlang, program BIG telah memberi
bidang ilmu dan keterampilan tertentu di luar jangkauan khalayak ramai yang kami perlukan.
4.5 Pengakhiran
Berlandaskan perkara-perkara di atas, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program
BIG banyak berkait rapat dengan kemenjadian saya sebagai seorang pendidik bagi menjayakan
misi dan visi negara. Setelah berpanjang lebar mencatitkan manfaat dan pembinaan
kemenjadian individu terbilang, saya berpendapat bahawa setiap aktiviti yang dijalankan jelas
memaparkan objektif yang seadanya iaitu kemenjadian pelajar sebagai seorang pendidik yang
cemerlang. Program BIG ini telah banyak memberi refleksi diri saya sebagai seorang pendidik.
Saya akan mencuba sedaya upaya untuk mengekang kepincangan ciri-ciri guru cemerlang
yang ada pada diri saya.

Anda mungkin juga menyukai