Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN

MPU 3113
HUBUNGAN ETNIK
TRIMESTER JANUARY 2016

PANDUAN MENJAWAB TUGASAN BERKUMPULAN

ARAHAN DAN PANDUAN AM :

Tugasan ini berasaskan kepada tema yang dipilih dan dibuat secara berkumpulan.
Saiz kumpulan adalah dalam lingkungan 78 orang (dari kursus yang sama).

1. Tugasan yang disampaikan harus ditaip dengan menggunakan Times New Roman
bersaiz 12 point, langkau dua barisan (double spacing), dan perenggan yang
diseragamkan di kiri dan kanannya (justify) ke atas kertas A4 berwarna putih pada
sebelah muka kertas sahaja.
2. Pastikan muka hadapan tugasan anda dinyatakan dengan jelas perkara seperti nama
universiti, nama fakulti, nama kursus, tajuk tugasan, nama pensyarah, nama pelajar
(disusun mengikut huruf pertama nama), nombor matrik, major dan tahun pengajian
pelajar. (seperti yang disediakan)
3. Senarai isi kandungan perlu dicatatkan bersama nombor muka surat pada helaian
pertama.
4. Semua tugasan mesti mempunyai format berikut: Muka Hadapan, Proposal,
Kandungan dan Analisis, Kesimpulan, Rujukan dan Lampiran (jika ada).
5. Penghuraian isi kandungan mesti melebihi 2500 patah perkataan, minimum 13 muka
surat (tidak termasuk muka hadapan, rujukan dan lampiran).
6. Semua rujukan dan nota kaki mestilah berasaskan format American Psychology
Association (APA). Seperti contoh:
(Nama penulis)

(Tahun)

(Judul Buku)

Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan (ed.)(1997). Kenegaraan Malaysia,


Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
(Tempat )

(Penerbit)

RUJUKAN
Contoh :
Buku:
Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan (ed.) (1997). Kenegaraan Malaysia,
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Internet:
______(2006). Warisan Budaya Malaysia adat resam, dipetik / dicapai pada 7 Oktober
2006, dari http://www.idesa.net.my.
Artikel dari majalah:
Goodstein, C. (1995, September 12). Healers from the deep. American Health, 34, 35, 39.
Artikel dari surat khabar:
Fernandez, T. (2007, October 4). Keep this neighbour at arms length. The Sun. p.26.
Nota kaki:
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman (2005). Kenegaraan Malaysia,
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 95.
Petikan (dalam esei):
_________ (Asnarulkhadi dan Jayum, 1997)
Lampiran

Keratan Akhbar
Petikan Ucapan
Soalan Soal Selidik / Temuramah, dll.

7. Plagiarisme tidak dibenarkan, dianggap sebagai tidak sah dan tidak akan diberikan
sebarang markah. Petikan kata-kata, pandangan ataupun tulisan orang lain perlu diberi
pengiktirafan rujukan kepada penulis atau rujukan. Sekiranya tiada sumber rujukan,
tugasan dianggap tidah sah.
8. Minimum 10 sumber rujukan perlu diberikan. 4 daripadanya adalah daripada buku.
Blog tidak dibenarkan.
9. Tugasan mesti dihantar pada minggu Keempat (4). Tugasan yang dihantar tidak
menepati masa tidak akan dilayan dan tidak diberi markah.
10. Pembahagian markah seperti berikut:
Aspek
Proposal
Kandungan/Huraian/Analisis
Kesimpulan
Format dan Mutu Kerja

Markah
10
30
5
5

Jumlah
50
PANDUAN RINGKAS PROPOSAL
Pelajar perlu menulis satu proposal ringkas yang terdiri daripada:
1. Pengenalan / Latar belakang tajuk
2. Objektif Kajian
3. Skop Kajian
4. Kepentingan Kajian
5. Kaedah Kajian/Metodologi :
i. Temuramah (kurang daripada 10 responden)
ii. Kaedah perpustakaan

(pelajar boleh merujuk jurnal, buku dan membuat survey ringkas - digalakkan).

Anda mungkin juga menyukai