Anda di halaman 1dari 5

TEMPURUNG

SEJARAH
Berjalan di atas tempurung tergolong sebagai salah sejenis
permainan tradisional. Permainan ini popular di kalangan
kanak-kanak, terutama di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia.
Meskipun permainan ini disebut umum sebagai berjalan di
atas tempurung, namun bukanlah bermaksud berjalan
memijak-mijak tempurung. Sebaliknya, ia bermaksud
menggunakan tempurung sebagai alat untuk berjalan kaki.
Sesiapa yang ingin bermain permainan ini harus
mendapatkan dua buah tempurung kelapa. Tali dimasukkan
melalui lubang yang terdapat di tengah-tengah tempurung.
Di hujung tali pada bahagian dalam tempurung itu diikatkan
kayu kecil. Ini dilakukan supaya tali itu tidak terlepas
daripada tempurung tersebut.

Dengan demikian, tempurung itu dapat digunakan untuk


berjalan sambil memegang talinya. Lazimnya, kanakkanak bermain permainan ini untuk tujuan berlumba.
Sayangnya, permainan tradisional yang cukup
menyeronokkan ini sudah tidak begitu popular lagi di
kalangan kanak-kanak pada zaman sekarang.
Namun demikian, permainan tradisional yang menarik
hati ini masih belum pupus. Hal ini demikian kerana
permainan ini masih mendapat tempat dalam aktiviti
sukan rakyat yang dianjurkan di segenap pelosok negara
kita.
Malah, menariknya dalam sukan rakyat ialah perlumbaan
berjalan di atas tempurung ini turut dimainkan oleh
golongan dewasa.

http://rishi38.zooma.com/sudutkarya.html