Anda di halaman 1dari 5

Dunia konsumerisme dewasa kini sering mengalami pergolakan.

Situasi ini
berpunca akibat daripada kelemahan peniaga dan pengeluar dalam
mematuhi etika perniagaan sehingga meninggalkan kesan yang tidak sihat
kepada

pengguna.Siapakah

yang

dimaksudkan

sebagai

pengguna?

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penguna didefinisikan sebagai orang


yang membeli dan menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Natijah daripada kejahilan para pengguna dalam menentukan tentang
hak-hak dan tanggungjawab pengguna menyebabkan mereka senang
diperkotak-katikkan oleh peniaga yang suka menangguk di air keruh.Hal
ini memang sering terjadi kepada para pengguna yang rata-ratanya tidak
mengetahui hak-hak dan tanggungjawab mereka..Walaupun mereka ini
mempunyai kelulusan yang tinggi dalam akademik dan memegang
jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan.
Isu kepenggunaan atau konsumerisme ini sudah menjadi polemik di
kalangan masyarakat kita.Namun masih kurang tindakan yang dilakukan
bagi menangani situasi ini.Jika isu ini dibiarkan begitu sahaja,impaknya
tetap mempengaruhi kehidupan manusia sejagat.Sejajar itu,kita sebagai
pengguna mestilah proaktif dalam memainkan peranan supaya kata-kata
Adam Smith bahawa Consumer is the king atau Pengguna ialah raja
tidak hanya tinggal pada kata-kata sahaja. Menurut Pertubuhan Kesatuan
Pengguna Sedunia terdapat tujuh hak asasi pengguna, iaitu hak untuk
mendapat

keselamatan,hak

untuk

mendapat

maklumat,hak

untuk

mendapat keperluan asas dan pilihan,hak untuk mendapat perwakilan,hak


untuk mendapat pampasan,hak untuk mendapat pendidikan, dan hak
untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih.Jadi,setelah mengetahui hakhak ini pengguna mestilah bertindak secara rasional apabila membeli
barangan atau perkhidmatan semoga mereka tidak menjadi mangsa
kecurangan

peniaga

atau

pengeluar

ini.Sikap

peniaga

yang

suka

menaikkan harga barang secara semberono perlu ditangani segera.Jika


ada peniaga yang bertindak menipu dalam jual beli barangan atau
perkhidmatan,kita
melaporkan

kepada

sebagai

pengguna

pihak-pihak

yang

wajib

mengambil

berkenaan

seperti

tindakan
Persatuan

Pengguna,Tribunal Pengguna,Majlis Pengguna dan sebagainya.


Sebagai seorang pengguna kita berhak untuk mendapatkan keselamatan

daripada produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan supaya ia


tidak membahayakan kesihatan.Hal ini kerana, kebanyakan produk tidak
menjaminkan keselamatan dan mengandungi bahan-bahan kimia yang
boleh menjejaskan kesihatan kita.Biar kita mengambil contoh, peristiwa
pil pelansing Slim 10yang menimpa seorang pelakon Singapura iaitu
Andrea De cruz yang nyaris menemui ajal kerana mengalami kegagalan
fungsi hati akut gara-gara mengambil pil langsing.Fenomena ini berlaku
akibat

pihak

diharamkan

pengeluar
iaitu

produk

gabungan

menggunakan

Fenfluramine

dan

bahan

kimia

Phentermine.

yang
Selain

itu,pengguna juga mempunyai hak untuk hidup dalam alam sekitar yang
bersih.Jika kita renungkan kembali,dasawarsa ini cuaca amat panas terik
sehingga merimaskan setiap aktiviti kehidupan harian kita.Semua ini
berpunca daripada alam sekitar yang tercemar.Sepatutnya pengguna
berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih,tidak
tercemar,tidak membahayakan kesihatan,tidak mengancam kebebasan
serta menjamin kehidupan yang selesa.
Memang sah dan ternyata ,kita semua ialah pengguna .Namun,adakah
kita benar-benar tahu akan apa hak kita?Hak untuk mendapat pampasan
merupakan

satu

perkara

yang

sering

kita

tidak

tahu

kewujudannya.Kejahilan ini menyebabkan kita sering teraniaya.Pengguna


sebenarnya mempunyai hak untuk mendapat pampasan atau ganti rugi
daripada

peniaga

jika

diberi

barangan

atau

perkhidmatan

yang

rosak,busuk,dan tidak berkualiti.Di bawah Ordinan Jualan Barang-Barang


1957 dan Akta Kontrak 1974 merupakan undang-undang yang memberi
hak kepada pengguna untuk mendapat pampasan jika diberi barang atau
perkhidmatan yang tidak berkualiti atau tidak memenuhi syarat-syarat
yang dijanjikan.Oleh itu,kita sebagai pengguna perlu peka terhadap
perkara sebegini supaya tidak terus menjadi seperti mentimun yang
digelek oleh durian.
Selain

itu,

pengguna

kepenggunaan.

juga

Pendidikan

berhak

untuk

kepenggunaan

mendapat

boleh

pendidikan

menjadikan

setiap

individu itu mempunyai maklumat serta kebolehan membuat pilihan


secara waras.Lebih penting lagi,dengan adanya ilmu konsumerisme ini
pengguna akan bertindak melaporkan kejadian penyelewengan oleh

peniaga-peniaga kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan yang


sewajarnya diambil dengan segera.Sikap dan mentaliti pengguna pada
hari ini perlu ada anjakan paradigma supaya mereka akan bertindak lebih
efektif dan efisyen.Tindakan tidak berhati perut oleh para peniaga yang
diumpamakan seperti lintah darat ini wajar dibanteras.Hal ini kerana,
tanpa kita sedari golongan yang tidak beretika inilah yang selalu
memperalatkan para pengguna lantaran ketidakpekaan mereka terhadap
hak-hak sebagai pengguna.
Kecenderungan masyarakat moden yang tidak suka menjaga tepi kain
orang juga menyebabkan mereka sering ditindas oleh golongan lintah
darat ini.Dalam era globalisasi ini sepatutnya pengguna tidak harus
terpinggir dan terkebelakang.Masyarakat hari ini naf dengan kebendaan
dan material yang melalaikan sehingga kadang kala mereka lupa akan
tanggungjawab

mereka

tanggungjawab

pengguna?

sebagai

pengguna.Apakah

Menurut

Risalah

yang

sebenarnya

diterbitkan

oleh

Bahagian Hal Ehwal Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri


dan Hal Ehwal Pengguna,Kuala Lumpur,ada menggariskan pengguna
mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga terhadap
masyarakat.Justeru,untuk membebaskan pengguna daripada belenggu
kejahilan

dan

kegelapan

ini

maka

mereka

perlu

tahu

apakah

tanggungjawab terhadap diri sendiri? Sebagai warga Malaysia yang


prihatin kita mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat
untuk diri sendiri.Kita perlu mengetahui dan memahami segala maklumat
berkaitan dengan barang-barang yang dibeli.Lebih penting lagi, kita
sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri sendiri
apabila menggunakan barang-barang yang bahaya seperti barang-barang
elektrik,bahan-bahan kimia dan ubat-ubatan.Segala arahan tentang cara
penggunaan

barang-barang

tersebut

mestilah

dipatuhi

agar

tidak

mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.


Seterusnya, pengguna juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat
aduan jika ditipu dan menuntut pampasan jika ada kecacatan pada barang
tersebut.Pendedahan yang dibuat oleh media massa seperti surat khabar
Mingguan Malaysia patut dipuji,dengan adanya ruangan Dari Tribunal
Tuntutan Pengguna pada setiap hari Ahad sedikit sebanyak perkara yang

dipaparkan di ruangan itu memberi panduan dan pengetahuan kepada


para pengguna tentang cara-cara menuntut ganti rugi.Biar kita mengambil
contoh,kisah seorang pengguna yang tertipu apabila mengharapkan
gambar yang mencatatkan detik bergelar graduannya hanya tinggal
memori di fikirannya sahaja kerana pihak studio yang ditugaskan
merakamkan

detik-detik

keprofesionalisme

penuh

yang

bersejarah

menyebabkan

itu

tidak

gambar

menggunakan

tersebut

tidak

berkualiti.Walaupun sesetengah pihak menganggap perkara yang dituntut


oleh pengguna itu remeh-temeh tetapi pihak yang menuntut berjaya
mendapat ganti rugi yang sepatutnya, kerana Tribunal berpendapat detik
bergelar graduan tidak akan berulang lagi dan adalah tidak munasabah
bagi pihak yang menuntut menyewa jubah graduan dan membeli semula
bunga hidup semata-mata untuk mengambil gambar buat kali kedua.Kes
ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 30 November 2003.
Selain

tanggungjawab

terhadap

diri

sendiri,pengguna

juga

bertanggungjawab terhadap masyarakat iaitu tanggungjawab perwakilan


yang bermaksud pengguna perlu memainkan peranan yang positif dalam
badan-badan
Persatuan

yang

mewakili

Pengguna

dan

kepentingan

Majlis

mereka

Pengguna.Pengguna

seperti

FOMCA,

perlu

bersikap

proaktif jika mahu mereka tidak terus ditindas.Bertitik tolak dari situ juga
pengguna

perlu

bertanggungjawab

dalam

bidang

pendidikan

kepenggunaan supaya dapat mewujudkan masyarakat pengguna yang


bijak dan waras.Kita tidak mahu lagi pengeluar atau peniaga mengambil
kesempatan

sehingga

menyebabkan

kadar

inflasi

meningkat.Dalam

konteks ini,pengguna mestilah bertindak wajar dan tidak hanya bertopang


dagu merintih bahawa diri mereka sudah tertipu.
Kesimpulannya,

pendidikan

kepenggunaan

amat

penting

dalam

membentuk masyarakat yang dinamik dan harmoni.Justeru,kita perlulah


mengambil inisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang
konsumerisme ini agar tidak terus ditipu oleh peniaga yang seperti
harapkan

pagar,

pagar

makan

padi

dan

tidak

melaksanakan

tanggungjawab mereka sebagai pengeluar dan penjual yang mematuhi


etika amalan perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
ini.Oleh itu,komitmen yang tinggi daripada semua pihak harus digembleng

semoga usaha memodenkan budaya konsumerisme dapat mewujudkan


kesejahteraan sosial masyarakat. Di samping itu, pihak pihak yang
berkenaan seperti Persatuan Pengguna dan FOMCA mestilah sentiasa
memantau hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan pengguna agar
pengguna tidak terus ditindas dan ditipu oleh lintah darat yang hanya tahu
menghisap darah orang lain tanpa memikirkan natijahnya.Diharapkan
kerjasama

yang

memperjuangkan

padu

antara

kepentingannya

pengguna
ini

dapat

dan

pihak-pihak

membanteras

yang

masalah

kecurangan dalam kalangan peniaga dan pengeluar ,semoga keharmonian


dan kesejahteraan hak-hak pengguna tidak terus dinodai.
Label : Esei

Anda mungkin juga menyukai