Anda di halaman 1dari 38

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan


kelayakan Piala Dunia kepada pasukan Singapura serta tumbangnya
jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan
Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu
sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira
prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki, olahraga, renang, dan
sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding
sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah
menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan
di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama
sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung, ataupun atlet kita
kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau
apa-apapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan
menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar
kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian
ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi
sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan
sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuanpersatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki
Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya,
para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan
persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan
meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda
peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah
dianaktirikan. Kedangkalan pengetahuan tentang bidang sukan serta
kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan
pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik
melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program
pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan.
Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan
seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai
latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan

mutu sukan negara, persis kata pujangga, hanya jauhari yang


mengenal manikam.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga
perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan
atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan
Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong
program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan
Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program
pembangunan sukan ini meliputi

aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan,


psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, bekas Menteri Belia
dan Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur
tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika
bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian
dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak
negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan
menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan
negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang
berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992,
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya bergantung
kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, serta Datuk
Lee Chong Wei. Misi pencarian pelapis baru masih lagi gagal. Namun
begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus
berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak,
pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk
mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan
kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan
secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan
persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang
sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk
persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada
sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar
belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan
secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk
persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil

yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong


Wei dan ratu squasy negara, Datuk Nicole Ann David sehingga
membolehkan mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain
terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang aktif dalam
pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan
yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala
kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya, menuntut
iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet,
pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah
berperanan mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat
sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara
begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang
sukan. Buktinya semasa kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan, kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat
dan berpotensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja setelah
tamat zaman persekolahan. Oleh hal yang demikian pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan
Sukan serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini
hingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Penubuhan sekolahsekolah sukan seperti
Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
(SSTMI) Bandar Penawar dan merupakan satu alternatif bijak agar kita
tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan
datang.
Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu
usaha yang positif ke arah meningkatkan mutu sukan negara. Hal
ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan serta
tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain
dapat didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar
pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga akan
mendapat rakan pelatih atau sparing partner yang bertaraf dunia.
Dengan pendedahan serta latihan intensif ini sudah pasti para atlet
mampu bersaing atau bertanding di peringkat antarabangsa. Tindakan
FAM untuk mengambil pemain-pemain import semula dalam Liga Bola
Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata,iaitu untuk

meningkatkan mutu sukan negara serta menyemarakkan sokongan


peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah bahawa
pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan
prestasi atlet atau ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara
di mata dunia.
Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya
dibiarkan berlanjutan kerana hal ini sedikit banyak berkaitan dengan
maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia
kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh empat
tahun, seharusnya telah mematangkan prestasi kita dalam bidang sukan.
Tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad
dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam
pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan
atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua
pihak bagai aur dengan tebing, misi untuk melihat kelibat anak-anak
muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014
akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh
sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air, terserah kepada kita
untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Semoga
slogan, Majulah Sukan Untuk Negara dapat diimplementasikan.

USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL


Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas
hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi

yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan


perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada
alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan
tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran
itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih

daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah


kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu
sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah kita membiarkan
anak watan berterusan meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini,
sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan
yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di
negara

kita

kemahuan,

bersesuaian
di

situ

dengan

ada

kata

jalan.

peribahasa

Prakarsa

yang

di

mana

berkesan

ada
untuk

mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara


bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di
nusa tercinta ini.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan
memperkenalkan serta

mempopularkan permainan tradisional kepada

generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian


kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
yang sedang membesar. Ibu bapa perlu

mendedahkan permainan

tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan


peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan
memupuk

minat

bermain

permainan

tradisional.

Mereka

boleh

membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah


sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian
cemerlang

dalam

akademik

di

sekolah.

Ibu

bapa

juga

boleh

menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga


yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama
dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang
kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba
bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang
dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak
langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta
mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata
peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
mestilah

menjadikan

kegiatan kokurikulum di

permainan

tradisional

sebagai

satu

daripada

sekolah.

Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan

menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional.


Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti
Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara
bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan
tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu,
pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional
tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana
mereka merupakan akar masyarakat masa hadapan tunjang yang
bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai, justeru,
penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya
dapat mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus
dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal
maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar puteraputeri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif
mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit
tekanan menghadapi peperiksaan.
Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan
tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan
permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan
dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar
dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan
dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita
seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan
sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran
kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada
masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena
kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran,

peraduan

melukius poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan


tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian
dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa
dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah

pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada


generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain
yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila
program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang
ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di
sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan

mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka


mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama
Malaysia akan masyhur di persada
antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia
masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi
pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk
memperkenalkan

permainan

tradisional

kepada

pelancong

asing.

Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain


gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong
asing. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur
sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang
kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan
peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha
kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan
merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan
tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang
diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar
pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian
kerana sebagai fitrah manusia,

segelintir masyarakat

memang suka

bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan


kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan
sektor

korporat

seperti

Proton,

TM

Net dan Maxis

menganjurkan

pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah,

kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini,


contoh

yang

terbaik

ialah

penganjuran

Festival

Layang-layang

Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan


kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada,
pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat
permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil
bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya
memperkenalkan

permainan

tradisional

sekali

gus

mempromosikan

industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.


Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah
budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka
bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai
harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia
melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun 2020, kita
tidak

seharusnya

menjadi

seperti

kacang

lupakan

kulit

yang

melupakan asal usul

dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat


berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada
setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan
bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka
ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut
cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung
untuk

merealisasikan

impian

negara

tercinta

Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!

ke

arah

Menjana

KEPENTINGAN PEMAKANAN SEIMBANG


Sejak kita mentah lagi dan darah hanya setampuk pinang, kita telahpun dididik dan
diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru tentang kepentingan pemakanan
seimbang. Satu senario yang tidak asing kepada seseorang kanak-kanak adalah apabila ditegur
oleh ibu bapa kerana enggan makan sayur-sayuran dan hanya ingin menjamah makanan ringan.
Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa pemakanan seimbang tidak begitu vital
kepada kesihatan seseorang individu. Menurut persepsi mereka, kehidupan manusia di muka
bumi hanyalah sementara dan harus dinikmati sepenuhnya. Oleh itu, mereka memandang
enteng terhadap kepentingan pemakanan seimbang. Pandangan ini dapat disangkal dengan
mudah kerana impak pemakanan seimbang terhadap kesihatan dan kebahagiaan seseorang
amat ketara dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Namun demikian, mengapakah
masalah obesiti kian bertambah kritikal jikalau kebanyakan komuniti sedar tentang kepentingan
pemakanan seimbang? Kajian terkini mendapati bahawa 33% daripada semua penghuni dunia
ini menghadapi masalah obesiti. Statistik ini amat meruncing kerana hal ini bermaksud terdapat
kira-kira 2 bilion orang di seluruh pelosok dunia yang tergolong dalam kategori obes! Apakah

kepentingan pemakanan seimbang yang harus dikupas dan dibugar secara terperinci hingga
ke akar umbi, bagi menyedarkan dan menginsafkan masyarakat agar lebih peka terhadap diet
mereka dan tidak bersikap bena tak bena terhadap kesihatan dan kebajikan peribadi mereka?
Marilah kita mengkaji persoalan yang masih menjadi polemik dalam kalangan masyarakat..
Sebagai pembuka tirai pembincangan ini, salah satu kepentingan atau faedah
pemakanan seimbang yang jelas dan nyata adalah untuk menjadikan tumbesaran manusia lebih
sempurna dari aspek fizikal dan fisiologi. Tubuh badan akan menerima semua zat yang
diperlukan untuk menjalani aktiviti seharian tanpa menjadi lesu. Oleh itu, seseorang yang
menjaga dan mengawal pemakanannya akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih baik
berbanding seseorang yang kurang prihatin terhadap diet dan cara pemakanannya. Zat dan
mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus penting dalam proses pembentukan gigi dan
tulang yang kuat. Kanak-kanak khususnya yang harus mengambil zat-zat ini dalam kuantiti yang
optimum supaya dapat membesar sebaik-baiknya. Di samping itu, mineral seperti zat besi
penting untuk memastikan sistem peredaran darah seseorang itu efisien dan berfungsi secara
lancar. Kanak-kanak dan remaja memerlukan tenaga dan bahan mineral secukupnya untuk
membesar, bukan sahaja dari aspek lahiriah seperti ketinggian dan berat badan, malah juga dari
segi kelancaran fungsi organ dalaman dan kecekapan sistem-sistem badan. Sekiranya
pemakanan mereka tidak seimbang, mereka akan mengalami pertumbuhan yang terbantut serta

tidak sempurna. Hal ini akan memudaratkan kesihatan mereka secara keseluruhannya dan akan
mengakibatkan mereka kurang berkemampuan untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Satu tamsilan yang amat menyayat hati ialah kanak-kanak yang berada di negara-negara Dunia
Ketiga seperti Ethiopia dan Afrika Selatan yang tidak mempunyai akses kepada makanan
berkhasiat. Oleh sebab tidak berpeluang mengamalkan pemakanan yang seimbang, kanakkanak ini tidak dapat membesar dengan sempurna dan kebanyakannya mereka mempunyai
jangka hayat yang amat pendek, seperti 7 hingga 12 tahun sahaja. Ironinya, ramai individu di
negara yang maju berupaya mengamalkan diet yang sihat dan berkhasiat, namun mereka
enggan bertindak sedemikian.
Bertitik tolak daripada huraian sebelum ini, manfaat lain yang diperoleh daripada
pemakanan seimbang ialah menjamin perkembangan mental seseorang yang lebih cekap dan
berkesan. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak
cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami
semasa meneroka liku-liku kehidupan. Situasi ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif dan rasional berbanding dengan individu yang

seimbang aspek pemakanannya. Dr Andrew McCulloch dari Mental Health Foundation telah
menjalankan penyelidikan yang mendapati bahawa pelbagai penyakit mental seperti depresi
( kemurungan ), schizofrenia, penyakit Alzheimer dan ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity
Disorder ) dapat dihindari sekiranya mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan
berkhasiat. Menurut beliau, otak manusia sebagai pusat kawalan seluruh sistem badan juga
dipengaruh oleh nutrien-nutrien yang terdapat dalam diet kita. Kajian saintifik terkini juga
mengeluarkan laporan bahawa mineral seperti kalsium dan sodium terlibat dalam proses
penghantaran impuls dalam sistem saraf badan kita. Dr McCulloch telah mengutarakan evidens
bahawa pemakanan seimbang dapat mengurangkan tekanan emosi serta meningkatkan
keupayaan seseorang individu untuk menangani dan mengatasi sesuatu masalah atau
pancaroba dengan minda yang tenang dan waras.
Sebagai rentetan daripada perbincangan di atas, pemakanan seimbang telah terbukti
dapat mengurangkan risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit yang berbahaya. Malnutrisi
didefinisikan sebagai mempunyai diet yang tidak seimbang, seperti mengambil nutrien-nutrien
dalam kadar yang terlalu banyak ataupun terlalu sedikit. Makanan ringan yang digemari ramai
mempunyai kandungan kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi. Sekiranya kita
terlalu kerap makan makanan ringan, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi
penyakit obesiti, diabetes, hipertensi dan juga strok. Sebaliknya sekiranya kita kekurangan

kalsium, fosforus dan vitamin D dalam diet harian, kita akan menghidapi penyakit osteoporosis
dan osteomalacia, iaitu tulang dan gigi menjadi lemah dan mudah retak. Seperti yang berlaku
kepada kanak-kanak di negara-negara daif, kekurangan protein akan menyebabkan penyakit
kwashiorkor dan marasmus. Penyakit kanser juga terbukti dapat dielakkan dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang, terutamanya kanser payu dara, kanser buah
pinggang dan kanser hati. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa jikalau kita
mengambil semua nutrien, bahan mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan dalam
kuantiti yang tepat, kita akan mengurangkan risiko diri untuk dijangkiti berbagai-bagai penyakit
yang bukan sahaja menderitakan malah juga berpotensi membawa maut. Janganlah sampai
nasi menjadi bubur, barulah kita bertindak dan mengambil berat kepentingan pemakanan
seimbang kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Kepentingan pemakanan seimbang yang terakhir namun tidak kurang signifikannya
berbanding kepentingan yang dihuraikan sebelum ini ialah pemakanan seimbang dapat
menjimatkan kos dan perbelanjaan perubatan seseorang, khususnya golongan yang kurang
berkemampuan. Suatu soal selidik yang dijalankan iaitu Consumer Expenditure Survey 2009

telah menganggarkan bahawa setiap individu membelanjakan kira-kira 6.37% daripada


pendapatan bulanan mereka untuk membiayai perbelanjaan perubatan. Secara amnya,
seseorang itu akan membelanjakan sebanyak US$3,126 (RM9,975) setiap tahun semata-mata
untuk menjelaskan kos perubatan. Pada tahun 2009, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan
perbelanjaan sebanyak RM13.8 bilion untuk menampuang segala keperluan dan kemudahan
perubatan rakyat Malaysia. Senario ini tidak harus berlaku, kerana kita sewajarnya berusaha
menjaga kesihatan diri dan tidak bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalahmasalah kita. Jikalau kita mengamalkan pemakanan yang seimbang, kita mampu menjimatkan
perbelanjaan perubatan sebanyak beribu-ribu ringgit dan wang tersebut dapat disimpan untuk
masa kecemasan yang lain. Dari aspek ekonomi negara pula, berbilion-bilion ringgit dapat
difokuskan bagi menjana pembangunan dan perkembangan dalam industri lain seperti industri
pelancongan dan penyelidikan. Sesetengah pihak akan mengemukakan hujah bahawa
pemakanan seimbang tidak begitu penting, kerana sains dan teknologi moden dalam bidang
perubatan menjelang era pascaglobalisasi ini mampu mengubati hampir setiap penyakit.
Memang benar, bidang perubatan kini semakin canggih hasil daripada daya intelek golongan
saintis dan pakar perubatan. Namun demikian, persis madah pujangga Melayu ada berbunyi,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Dalam konteks ini, peribahasa ini menegaskan
bahawa lebih baik kita menghindari diri daripada menghidapi sesuatu penyakit daripada
mengubati penyakit tersebut selepas dijangkiti. Hal ini juga dapat menjimatkan kos dan

perbelanjaan kita. Membeli makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran jauh
lebih murah daripada membeli ubat-ubatan daripada farmasi.
Tuntasnya, kepentingan pemakanan seimbang amat jelas dan ketara dalam
kehidupan seharian setiap manusia di permukaan bumi ini. Sebelum meletakkan mata pena dan
menulis noktah terakhir, seruan saya ialah kita mestilah sedar bahawa tabiat pemakanan kita
bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap kesihatan fizikal kita, malah akan meninggalkan
implikasi terhadap kesihatan kita secara holistik. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda ialah Apa
yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Memang tidak payah untuk
mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Kita perlulah membina jadual pemakanan yang
terancang berdasarkan Piramid Makanan serta mematuhi arahan doktor. Andai kata semua
warganegara Malaysia berganding bahu dan bersama-sama mempraktikkan diet dan
pemakanan yang seimbang, bukan sahaja individu malah masyarakat dan negara yang akan
menerima kesan positif daripada usaha kolaboratif ini. Akhir kata, marilah kita semua
mengamalkan pemakanan seimbang supaya negara dan juga dunia kita ini akan lebih sihat dan

cergas, sekali gus melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam, kerana badan
sihat, otak cerdas.

KEPENTINGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)


Mutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan
perubahan yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Dalam menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah
menggagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar
Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran
negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama
di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS telah dibangunkan dengan pesatnya
umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lainlain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.

Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat


terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini
banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung
Satu Produk. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos
tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil
keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjungpengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di
pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Meskipun keuntungan
penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS
menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Dalam
usaha untuk mempromosi produk IKS ini, peribahasa yang pipih tidak datang
melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah dijadikan pegangan. Prinsip
membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam
perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini. Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan
pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi
negara.

Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk
menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan
pekerja yang ramai. Sebagai contoh, kilang membuat kerepek memerlukan pekerja
untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk
mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS tersebut memerlukan antara 15 hingga 20
orang pekerja untuk menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan
kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para
pekerja dalam kalangan masyarakat setempat . Hal ini telah akan membuka peluang
kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di
situ. Sikap pengusaha IKS yang prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada
masyarakat setempat, akan mewujudkan perasaan kekitaan terhadap IKS yang
diwujudkan di sesuatu kawasan itu. Peribahasa Melayu ada mengatakan orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ironinya, para pekerja

tersebut akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk
kilang tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk kampung malah dapat membantu negara
mengurangkan masalah pengangguran.
Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat
membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum
bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang
mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian,
perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan hasil
tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti
ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan
perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk
kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para
pengusaha IKS. Hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan
mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah
pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara tidak
langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar
kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan

pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi
permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui
agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah
memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan
nelayan. Tuntasnya, IKS ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya
bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar
kemiskinan rakyat di negara kita yang tercinta ini.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama
telah melancong ke separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai
kesenian dan budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah
kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya ialah kewujudan IKS dapat
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para
pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia
terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang

menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar,


pasu bunga, ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan
lain-lain lagi. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para
pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai
cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang
kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa tak tumbuh, tak
melata, tak sungguh orang tak kata. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta
keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.
Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara
berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor
pelancongan.
Konklusinya, terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana
(IKS) kepada masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak
seharusnya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih
meningkatkan kualiti IKS kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian
daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara
di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara
menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara
telah terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta,

masyarakat serta individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini.


Dana yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya
bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing
dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga
selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan.

KELUARGA IMPIAN SAYA


Rumahku, syurgaku merupakan ungkapan keramat yang memanifestasikan
peri pentingnya setiap ahli dalam sesebuah keluarga memainkan peranan masingmasing dengan sebaik mungkin sehingga menjelmakan kebahagiaan yang
menjadikan rumah seumpama syurga. Semua insan mengidamkan sebuah keluarga
yang bahagia, tidak terkecuali saya. Dalam sebuah keluarga yang bahagia, nilai
toleransi, bertimbang rasa, kasih sayang, hormat menghormati dan kejujuran
sewajarnya menunjangi kehidupan seharian ahli-ahlinya. Tidak lengkap jika setiap
ahli keluarga hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang
lain kerana sikap saling membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan
dalam sesebuah keluarga. Sukar untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan
bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni. Oleh itu, kita
harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan itu kerana
tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam
kehidupan.

Sesungguhnya setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipan


masing-masing demi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa
haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan
mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk
sahsiah anak-anak. Ibu bapa jugalah yang akan memberikan bekalan yang terbaik
kepada anak-anak seperti ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni. Anakanak pada era globalisasi ini semakin cepat menerima apa-apa yang dipelajari,
maka anak-anak ini perlu dibaja dengan perkara yang baik dan berfaedah serta
membuahkan hasil. Anak-anak umpama sehelai kain putih yang harus dicorakkan
oleh ibu bapa supaya menjadi sehelai kain batik yang cantik lagi menarik. Sewaktu
anak-anak masih kecil, ibu bapalah yang menjadi guru mereka kerana merekalah
guru yang pertama dan terdekat yang boleh membimbing anak-anak supaya
menjadi insan yang berwawasan apabila dewasa kelak. Anak-anak akan meniru
jejak langkah ibu dan bapa kerana mereka merupakan idola anak-anak mereka
semasa kecil dan hal ini dapat diibaratkan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Haruslah diingatkan bahawa setiap tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa
pasti ada yang akan menjejaki langkah mereka. Tuntasnya, benarlah bahawa ibu
bapa haruslah membentuk sahsiah anak-anak mereka untuk menjadi insan yang

cemerlang dari segi fizikal mahupun rohani mereka dan ciri keluarga beginilah yang
menjadi impian saya.
Selain itu, ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak mereka yang mana intan,
yang mana kaca, iaitu mereka bijak membezakan antara perbuatan yang baik dan
sebaliknya. Hal ini disebabkan oleh sifat anak-anak yang naif lantas tidak berupaya
membezakan antara perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk. Dalam
konteks ini ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka tentang realiti
menempuh kehidupan yang diredai Tuhan. Ibu bapa harus mengawasi pergaulan
anak-anak di luar rumah kerana dikhuatiri mereka terlampau bebas sehingga
terjerumus ke lembah dunia yang penuh dengan masalah sosial dan susila yang
meruncing sedangkan mereka masih berumur setahun jagung dan darah setampuk
pinang. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan
rakan yang buruk akhlaknya kerana hal tersebut akan menggelapkan masa depan
mereka. Tidak cukup jika kasih sayang yang diberikan seperti bena tak bena.
Sebaliknya, ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan

secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu
bapa juga perlu memastikan anak-anak memperoleh didikan agama yang mantap
sejak anak-anak masih kecil lagi kerana tanpa pegangan agama yang kukuh mereka
akan tersesat seperti layang-layang terputus talinya. Ironinya, ibu bapa haruslah
mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya mereka tidak tersesat ketika
menempuh belantara kehidupan. Dalam benak saya, inilah antara ciri yang perlu
ada dalam keluarga yang menjadi idaman saya.
Anak-anak akan kehilangan semangat untuk melakukan sebarang kerja
seharian jika ibu bapa tidak meluangkan masa dengan mereka walaupun hanya
untuk bertanyakan khabar. Lantaran itu, ibu bapa haruslah berusaha sedaya
mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Meluangkan masa
bersama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka hanya melakukan aktiviti di luar
rumah, bahkan usaha tersebut boleh juga dilakukan di dalam rumah sepeti
membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping
menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak
dengan bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah
dan kehidupan sosial mereka. Ibu bapa tidak seharusnya memperlihatkan sikap
rakus dalam mengejar fatamorgana dalam aspek kebendaan sehingga

mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Wang ringgit bukanlah


penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi tetapi kasih sayang yang ikhlas
dari lubuk hati yang suci itu adalah penting bagi menjana keluarga bahagia. Tidak
salah jika ibu bapa mencari rezeki pada siang hari, tetapi jika sering pulang lewat
petang sehingga mengabaikan makan minum anak-anak, tentu mereka akan makan
hati. Peribahasa Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kurang
memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Walau
bagaimanapun, ibu bapa haruslah meluangkan masa mereka bersama dengan
anak-anak agar mereka tidak kesunyian di samping dapat membina keluarga
bahagia.
Menjadi anak yang derhaka ialah perkara yang dilarang sama sekali dalam
mana-mana ajaran agama. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak
haruslah menuruti perintah ibu bapa mereka. Anak-anak hendaklah belajar dengan
penuh kesungguhan dan mendapat keputusan yang cemerlang kerana pencapaian
tersebut dapat membanggakan ibu bapa untuk membalas jasa mereka. Anak-anak

seharusnya memuliakan maruah diri dan maruah keluarga dengan tidak melibatkan
diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, dan menagih
dadah. Anak-anak sewajarnya mendengar nasihat ibu bapa, bukannya menjadikan
diri mereka tidak ubah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Tidak sepatutnya
jasa ibu bapa yang tidak terbalas itu dilupakan begitu sahaja. Sebagai insan yang
bergelar anak kita haruslah mengenang jasa mereka kerana kita ditegah untuk
menjadi seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak haruslah mengambil alih tugas
ibu bapa yang dahulu menjaga kita sewaktu kecil dan kini tugas itu diambil oleh
generasi muda untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah uzur yang sudah tidak
boleh menguruskan diri mereka lagi. Jika ibu bapa boleh menatang kita umpama
anak emas, mengapa kita sebagai anak tidak boleh melakukan hal yang sama? Hal
ini disebabkan oleh mereka masih tidak bijak untuk menghargai seseorang yang
telah berjasa kepada diri mereka sedangkan ibu bapalah yang telah membimbing,
mendidik dan menjaga mereka sejak mereka kecil lagi. Seandainya tiada ibu
bapa,siapakah kita pada hari ini? Akhir sekali,anak-anak harus mentaati perintah ibu
bapa agar keluarga bahagia dapat dibina. Sejujurnya, inilah antara ciri yang perlu
ada dalam sebuah keluarga yang menjadi impian saya.

Haruslah menjadi kewajipan dalam institusi kekeluargaan untuk saling hormat


menghormati antara satu sama lain. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan
daripada mencetuskan pertelingkahan, terutamanya antara ibu bapa dengan anakanak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini
boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung. Ramai orang
mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan
damai. Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,
mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati
oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina. Ahli
keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain. Seandainya dalam
keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek matematik, haruslah dibantu
oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan
mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana
mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang, malah mereka
lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah. Kita haruslah

mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan ke gunung
sama didaki, ke lurah sama dituruni. Tegasnya, saya mengimpikan ahli keluarga
yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan untuk membina keluarga
bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi
keluarga itu menjadi keluarga yang dihormati.
Kesimpulannya, itulah antara ciri keluarga yang menjadi impian saya,
terutamanya setelah saya dewasa dan membina keluarga sendiri. Semuanya akan
menjadi kenyataan sekiranya saya berjaya dalam bidang pelajaran yang sudah pasti
akan menjadikan masa hadapan saya cerah kerana kedudukan ekonomi saya yang
stabil. Selain itu, saya dan pasangan yang menjadi suri kehidupan saya akan
memikul tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin agar anak-anak akan
menjadikan kami sebagai rol model mereka. Dengan keizinan daripada Yang Maha
Esa, mudah-mudahan impian saya akan tercapai. Lebih jauh lagi, saya mesti
berusaha dengan penuh kesungguhan agar impian tidak tinggal sebagai mimpi
pada siang hari kerana tanpa usaha tiadalah kejayaan. Semoga fajar yang
menyingsing pada sekurang-kurangnya sepuluh tahun akan datang memberikan
sinaran paling gemilang dalam kehidupan saya.

SEBAB-SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI


PELANCONGAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong
memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat
Malaysia memilih untuk melancong di negara sendiri? Malaysia sebenarnya
mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh dikomersialkan.
Antaranya termasuklah destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan, Industri
Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat Menarik, Sukan dan Agrotourism.
Klasifikasi ini penting kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan
memudahkan mereka membuat pilihan untuk melancong ke tempat-tempat tersebut.
Kebiasaannya, tempat tersebut wujud kerana keunikan identiti dan keistimewaan
tersendiri. Contohnya, destinasi pelancongan berasaskan tempat-tempat menarik
seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara Bako.
Selain itu, destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui
penganjuran Sukan Antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour De

Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelaslah sektor


pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat menarik minat pelancong.
Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang menarik terdapat di
negara ini. Malaysia mempunyai hutan yang menarik. Tempat-tempat ini boleh
menenangkan fikiran kita contohnya, Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di
Sarawak dan lain-lain. Promosi ini keunikan dan keindahan alam semula jadi telah
diwara-warakan melalui iklan-iklan di media cetak dan media elektronik termasuklah
di laman-laman web. pameran di tempat-tempat awam seperti pasar raya,
pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Contohnya pertandingan memancing
Joran anjuran Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak langsung turut
mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik
Kenyir dan Empangan Temenggor. Ringkasnya, Promosi destinasi pelancongan
yang giat dilakukan dalam usaha memperkenalkan destinasi menarik di Malaysia
merupakan pemangkin Malaysia menjadi lokasi tarikan utama pelancong kerana tak
kenal maka tak cinta.
Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu
oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia
merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai

budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan
India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum
Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina
pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai
makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu
misalnya terkenal dengan makanan seperti sate, ketupat dan rendang manakala
kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru
keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada
para pelancong untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang
dua mata dalam menjana ekonomi negara. .
Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Apabila
melancong di pantai, pulau, dan kawasan tanah tinggi, kita dapat menghilangkan
tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong bersama-sama
keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh
Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Port Dickson, Desaru Kota Tinggi,

Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan lokasi lain yang boleh dijadikan
destinasi pelancongan keluarga. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan
rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan
Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan
alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana
iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan
semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di
kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil
menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang
terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini menjadi faktor
dominan menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.
Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal.
Contohnya, Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit.
Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual di negara kita setanding
dengan negara di luar negara. Selain itu, terdapat juga pelbagai kraftangan yang
boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan kraftangan
Malaysia kerana menarik dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai
pihak. Pada setiap tahun juga, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega.

Contohnya seperti yang telah dilakukan oleh First World Hotel. Agensi tersebut
telah menyediakan pakej yang murah, serendah RM 88.00 untuk satu malam
meliputi penginapan, makan malam, sarapan, makan tengah hari dan lawatan ke
taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej istimewa tersebut, sudah pasti
pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memajukan
sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu melancong
luar negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.
Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika
usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk
melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia akan menjadi
nyata. Segala usaha yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan
kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatinan dan rasa
bertanggungjawab serta cinta akan negara , nama Malaysia akan menjadi sebutan
dan pilihan utama seluruh penduduk dunia sebagai destinasi merehatkan minda.

CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU


Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pernah menyatakan bahawa
lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula
daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis. Nah, inilah
ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam mendidik anak bangsa
tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat matahari yang
menyinari kehidupan insaniah dengan cahaya ilmunya. Kegigihan guru dalam
mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan.
Tanpa usaha dan pengorbanan guru, tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang
cemerlang. Oleh itu, cara-cara menghargai jasa guru yang mewarnai fokus
perbincangan akan dihuraikan dan dipericikan untuk kepentingan bersama.
Memetik kata-kata daripada Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein yang menyatakan bahawa pemupukan adab menghormati
guru bermula dari rumah dan mengharapkan ibu bapa menggalakkan anak-anak
mereka menghargai jasa guru. Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslah adab
menghormati guru merupakan elemen penting dalam memupuk budi bahasa dan

adab sopan dalam kalangan pelajar. Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab
ketika berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita menghargai jasa guru.
Para pelajar perlulah sentiasa bermanis muka sambil mengucapkan selamat
sejahtera atau memberikan salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru
tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru
tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sikap seperti masuk telinga kiri keluar
telinga kanan perlu dielakkan. Dalam konteks ini, mereka sewajarnya memberikan
tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa
mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Ketika mengadakan
sesi perbincangan di kelas, pelajar perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan
suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan
lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan
amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.
Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga merupakan salah satu cara
yang tidak boleh dikesampingkan oleh pelajar yang terpancar akhlak mulianya.
Antara ciri pelajar yang berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah,

sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun


ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian seragam dengan kemas dengan
rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk disiplin pelajar untuk bersedia
belajar seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika
disiplin terkawal sudah tentu memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya
mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang. Peribahasa bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat, membuktikan kerjasama erat
antara guru dan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi
pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar. Jelaslah, mematuhi
disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru.
Di samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap
guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru merupakan amalan yang mulia.
Para guru akan berasa bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak
berkhidmat sebagai pendidik lagi. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan
sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari tersebut, sewajarnya
pelajar memberikan hadiah kepada guru yang mengajar mereka sebagai tanda

penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang
diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi
mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Nilai bukan ukuran tetapi
pemberian yang ikhlas itu lebih bermakna. Sekiranya pelajar tidak mampu
memberikan hadiah, cukuplah sekadaru ucapan selamat hari guru.
Amalan ziarah-menziarahi guru perlulah dijadikan budaya dalam kalangan
pelajar.

Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara

kita menghargai jasa para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi
pelbagai masalah dalam kehidupan. Sebagai contohnya, kemungkinan guru ditimpa
kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya kerana malang tidak
berbau. Sebagai pelajar, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi
situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit paha kanan paha
kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah
tangan untuk menggembirakan guru sekali gus mengurangkan beban kesakitan
yang ditanggung. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita
perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Hal ini amat
bertepatan dengan peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu

memikul. Jelaslah bahawa frasa, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah


sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para
pelajar.
Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan
kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita selama ini. Mendoakan
kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke
rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah
mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala
bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan
tugas mendidik anak watan dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal
dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka
sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru
akan terus dikenang sepanjang masa.
Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seorang guru itu
sukar untuk dibalas walaupun dengan segunung intan. Tanpa guru siapalah kita

kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita
bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya
mendapat keberkatan daripada Tuhan. Renungilah bait-bait puisi di bawah.

Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

CARA-CARA ANDA MENGATASI TEKANAN ATAU STRESS


Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam
kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak
ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan
yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan
dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya,
manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan
pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga.
Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan
dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai
sumber kesengsaraan dan penderitaan sehingga tekanan yang dihadapi itu
membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas
daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya
faktor pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa
langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.

Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan


yang sangat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan
tersebut ialah riadah, iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang
terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan
ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman
rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya,
selain peluh mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas
mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan akan
menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan
selepas melakukan riadah, saya akan tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar
segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya
fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu
bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan
perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun
masalah pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu,
saya menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu
meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk
mengurangkan tekanan.

Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat


mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi
memastikan saya memiliki kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, saya
sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar.
Apabila menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian tersebut,
sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas
atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan
pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai
satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran pula yang diberikan,
saya akan menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai
kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang
diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran
berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan
yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala
kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu
yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima kritikan tersebut, fikiran akan

menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah
tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan
fikiran yang positif.
Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak
tempatan mahupun muzik antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi
cakera padat, masih ada muzik di dalam jiwa saya yang membuatkan kaki
bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan, walaupun
sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan dengan
pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi
yang efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik
bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri,
saya seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki
bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan.
Seni katanya yang melankolik akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi
seolah-olah saya turut merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu
tersebut. Jika tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan
sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan katakata pujangga yang menukil bahawa muzik tak mungkin dapat dipisahkan

daripada jiwa setiap manusia. Tanpa muzik juga kehidupan akan menjadi sepi.
Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti
memiliki kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya hadapi,
bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.
Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan
tekanan yang dihadapi. Setiap hari saya akan mendirikan solat , sekurangkurangnya limkali sehari kerana solat merupakan tiang agama. Apabila saya tidak
mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, solat
memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Solat
yang khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi,
malah saya dapat merasakan betapa dekatnya diri saya dengan Yang Maha
Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah
seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik
Norhisham Mustaffa bahawa solat merupakan senaman yang paling ampuh
untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan

sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga
ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan
tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan. Selepas
mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan
kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa
hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya
menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan
mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan.
Setiap tahun ayah dan ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar
negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia, China, Kemboja dan India
selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat
merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan
segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang
mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dapat saya
atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika melancong itu,
saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping
menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut,

bertepatan dengan maksud peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan,


banyak pula pengalaman. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa,
Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka
walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka
sangat halus dan mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh
mereka dengan iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih
dikekalkan untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi
diamalkan di republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan
dengan seni binanya yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu
termasuk sesi membeli-belah cukup membantu saya melupakan segala tekanan
yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk
menghadapi tekanan dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu
atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala tekanan yang ada demi kelangsungan
hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga

merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama
pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih
matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya
masih memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam
hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping rakanrakan sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak melupakan
guru yang mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya,
hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu saya
menghadapi semua tekanan dengan tenang.

CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG


Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang
telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada
menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada
kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecapi, negara kita masih lagi
terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam
benak fikiran kita, apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan
yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai
keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa
membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula
penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata

peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat
dituruni.
Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan
penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif
dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh
pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik katakata azimat Lootze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke
arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan
amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam
kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya
diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di
badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja
dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa
Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat
menarik penyertaaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan
artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah
bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan
perisai yang ampuh untuk merungkai masalah kenaikan harga barangan.

Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang
kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun
begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu
tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka.
Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell,
seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah
pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea,
tindakan agensi bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada
kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit
yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong
peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA
dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk
melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima

sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah


masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput
tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan
CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak
golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniagapeniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah
menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita
juga berpegang pada falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur
sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi
mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada
kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh
agensi bukan kerajaan atau NGO.
Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang
tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah
kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini
perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub
dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak
berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan
tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati
tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan
juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan

secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk


memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak
bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah
melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal,
mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan
telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana
peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di
pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak
berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang
sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga
yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan
di pasaran.

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan


menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah
membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan
usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut,
kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media
massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu
kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga
barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam
kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang
lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang
mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas
gologan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa
haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan
berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen
pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk
menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana.
Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat
aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka
dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media
elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu
kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam

memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga


barangan di negara ini.
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi
bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga
untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai
manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu
kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang
bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua
anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung
untuk membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan
oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan
lagi menjadi angan-angan Mat Jenin.

CARA CARA MENGHARGAI WARGA TUA


...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat,
anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang
jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.
(Surah An-Nisa : 36)
Begitulah ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya berbuat baik
kepada manusia. Warga tua juga tidak terkecuali daripada ayat ini. Warga tua
merujuk kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Mereka merupakan
ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita. Mereka
merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-

anak. Mereka juga lebih banyak memakan asam dan garam berbanding kita.
Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi
gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Ada sesetengah mereka pula
dianggap seperti Quran buruk. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan
kulit. Oleh hal yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka harus kita hargai.
Pihak kerajaan haruslah memperuntukkan belanjawan untuk membina rumah
kebajikan untuk warga tua yang teraniaya dan terabai oleh keluarga mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana ada golongan muda yang bertopengkan muka manusia
tetapi berhati binatang ini mengabaikan kebajikan warga tua demi kepentingan diri.
Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan haruslah menyediakan tempat berlindung
kepada golongan yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga ini supaya
nyawa mereka tidak diancam bahaya. Dengan usaha ini, warga tua yang pernah
berjasa kepada bangsa dan negara ini akan berasa dihargai dan diapresiasi. Usaha
ini juga secara langsung dapat membuka minda dan membeliakkan mata rakyat
tentang keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan warga tua di negara kita supaya
dapat dijadikan suri teladan kepada negara maju yang lain.
Selain itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua.
Hal ini dikatakan demikian kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan kejadian
anak-anak muda yang melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila
mendapat wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka.
Golongan yang berperwatakan ketidakberperikmanusiaan ini berpura-pura menjaga
ibu bapa mereka sehingga warga tua ini mencapai usia 55 tahun. Apabila berjaya
mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan melupakan ibu bapa dan
hidup mewah dengan wang titik peluh ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerajaan
haruslah memperketat peraturan pengeluaran wang KWSP agar kebajikan dan
masa depan warga tua dapat dilindungi.
Di samping itu, kita juga boleh menghargai warga tua dengan cara meraikan
mereka. Jika kita melihat kegembiraan seseorang itu menyambut hari lahirnya,
begitulah juga apabila kita meraikan warga tua. Contoh sambutan warga tua yang
umum kita ketahui ialah Sambutan Hari Warga Tua (SAHAWAT). Persatuan BangsaBangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tarikh 1 Oktober untuk menyambut
Sambutan Hari Warga Tua. Sambutan ini telah disambut oleh negara Malaysia sejak
tahun 1992 sebagai satu tanda apresiasi kepada warga emas ini. Melalui sambutansambutan sebegini, mereka sudah tentu berasa gembira dan dihargai oleh

masyarakat. Secara tidak langsung, sambutan ini menjadi satu cara untuk
menghargai warga tua.
Media juga berperanan untuk menghargai warga tua, sama ada media cetak
mahupun media elektronik. Media massa sentiasa memainkan peranan sebagai alat
untuk menyampaikan propaganda yang efektif sama ada yang baik ataupun yang
buruk. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan kelebihan yang ada pada media
massa untuk menyampaikan mesej menghargai warga tua. Drama-drama dan filemfilem yang ditayangkan hendaklah memasukkan unsur menghormati orang tua ke
dalamnya. Contohnya, dalam filem KL Gangster, walaupun wataknya
utamanya,Malik (lakonan Aaron Aziz) ialah seorang ahli gangster, dia tetap sayang
akan ibunya dan sentiasa berusaha membantunya. Secara tidak langsung, para
penonton yang menonton filem ini dapat belajar untuk menghormati orang tua walau
sesiapapun mereka. Para penonton juga secara tidak langsung akan menghargai
warga tua ini.
Apabila Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijalankan di seluruh pelosok
negara, Kementerian Kebajikan Masyarakat turut menyahut seruan kerajaan dengan
menampalkan poster hormati yang tua, utamakan yang memerlukan di dalam
pengangkutan awam. Hal ini dikatakan amat penting kerana kita haruslah
memberikan tempat duduk kepada golongan tua. Golongan yang tua dan lemah ini
tidak berdaya untuk berdiri dalam keadaan bas atau tren yang sesak dengan
penumpang bagai ikan dalam belat. Oleh sebab itu, kita sebagai pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara haruslah memberikan tempat duduk kepada mereka
demi menjaga keselamatan mereka apabila menggunakan pengangkutan awam.
Dengan usaha ini, kita dapat menunjukkan penghormatan dan keprihatinan kita
kepada golongan yang tua.
Konklusinya, warga tua bukanlah seperti surat khabar lama yang harus
dibuang setelah penat menabur budi selama ini. Mereka telah banyak membanting
tulang empat kerat untuk membina bangsa dan negara yang merdeka. Kejayaan
golongan yang terdahulu menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada kita pada
masa ini. Wahai orang muda, janganlah kita menjadi seperti ulat lupakan daun
selepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan
daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh
ketenangan jiwa malah mereka mestilah mendapat tempat yang sewajarnya dalam
masyarakat kini. Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa

warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan anda pula yang
disisihkan.